30 November, 2010

Haram upload gambar


Bismillahirrahmanirrahim..

Sambung semula entri yang dah lama saya tak repost. Cemomoi marah saya gelak :P..tu la saya terus serius balik buat entri ni..ngeh3..Maaf buat Shika yang sudah lama menunggu. Saya bukanlah orang yang terlalu tepat untuk menjawab, tetapi sekadar kongsi pendapat saya rasa tak salah.

Nampak tajuk entri tu? macam ganas pulak deena menjawab ye. Ok, saya ulang sekali lagi, HARAM UPLOAD GAMBAR DI FACEBOOK, BLOG, MYSPACE dan sebagainya. Hurm..lepas ni adalah orang-orang yang bunyi "memandai je si deena farhana tu buat fatwa, dia sendiri upload gambar kat blogger profile, memang nak kena betol"

Ok, sila baca sampai habis. HARAM UPLOAD GAMBAR SEKIRANYA:

1) Gambar itu mendedahkan aurat atau yang sewaktu dengannya, seperti nampak bentuk tubuh sama ada baju transparent atau sendat (ini memang tak de kompromi!)

2) Gambar berdua, pasangan yang sedang hangat bercinta, pegang-pegang tangan WALAUPUN aweknya pakai tudung (yang ini pun memang tak de kompromi)

3) Gambar 'jangok' yang sengaja diupload untuk dipuji dan dipuja. Tau jangok tu apa? tanya orang kelantan ok.

Sekiranya elemen-elemen yang tertera di atas ada dalam gambar yang kamu upload, maka, haramlah ia. Saya harap itu boleh buat kita semua faham tanpa ada yang rasa susah.

Namun begitu, saya suka untuk mengulas tentang email yang diterima sahabat saya yang berbunyi 'haram setiap perempuan mengupload gambar'. Saya tidak setuju dengan ayat ini.

Jangan terlalu mudah meletakkan hukum tanpa mengambil kira beberapa keadaan sampingan. Ok, upload gambar di blog samalah juga dengan kita ambik gambar untuk guna kat pasport antarabangsa. Sesiapa sahaja boleh tengok muka kita. Tak ada beza, alam maya ataupun alam nyata.

Kalau yang buat email tajuk 'haram setiap perempuan mengupload gambar' itu memang tiada satu pun gambar dia pernah ambik, saya memang tabik spring kat dia! mustahil kan tak pernah ambik gambar dan penuhi urusan-urusan yang memerlukan gambar pasport anda!

Macam di mesir, masa saya dalam pengajian, kawan saya pakai purdah, untuk nak isi borang masuk exam, gambar berukuran pasport TIDAK MEMAKAI PURDAH diperlukan untuk syarat masuk exam. Jadi terpaksa penuhi syarat tu untuk membolehkan dia masuk peperiksaan.

Ok, saya nak sentuh email tu sentuh pasal perempuan yang memakai purdah yang upload gambar kat blog dan ayat ni 'amat malang! anda secara tak langsung adalah wanita yang tidak memiliki perasaan malu pada khalayak' sangat buat saya terkejut!

Tak perlu tumpu pada yang berpurdah je, pakai purdah ke, tak pakai purdah ke sama je. Janganlah kita terlalu mudah menghukum pada sesuatu hal yang hanya akan buat kita tergantung antara syurga dan neraka. Faham kan maksud saya. Kalau betul-betul nak perjuangkan soal hukum, tu ha, masih bertimbun orang yang minum arak, masih ramai orang tak solat fardhu 5 waktu.

Berbalik pada soal upload gambar, bagi saya niat tu paling penting la. Ok, sebelum orang tanya saya 'deena upload gambar kat blogger profile untuk apa?' baik saya jawab siap-siap.

Mula-mula saya ada blog, saya tak letak gambar saya, saya letak gambar sandal ladies yang ada sejambak bunga kat sandal tu, siapa yang dah lama kenal saya, diorang kenal la tu saya sebab memang pic tu yang akan naik tiap kali saya follow dan komen entri org.

Tapi, saya dah tukar sebab saya pernah ikut satu sesi motivasi bertajuk 'diri saya'. Ada satu soalan yang buat saya betul-betul tergamam 'anda, diri anda dan nama anda, anda ibaratkan seperti apa?'

Masa tu kebetulan sangat saya lak buh gambar sandal! adoi..cantik dah nama sebelah, sekalinya imej sliper! kalau buh imej diamond tak apa jugak..

Kemudian, saya berfikir. Saya menulis untuk diri dan orang lain, jadi saya rasa, upload gambar saya yang kecik itu sudah memadai untuk menghormati pembaca-pembaca blog saya :) supaya mereka pun tahu bahawa yang menulis ini adalah manusia dan bukan jin,ok.

Ini hanya prinsip peribadi, tak semestinya orang atau blogger-blogger yang lain sama macam saya fikir..Kan? blogger yang tak letak gambar dia pun saya hormat dan hargai, lebih-lebih lagi yang letak word agung seperti subhanallah..Allahuakbar..saya sangat tenang melihatnya :)

Saya rasa dah panjang sangat entri ni, ada baiknya saya stop dulu, nanti letih sahabat semua nak baca. Insha Allah, bertemu di entri akan datang :)

note: deena suka ambik gambar, jangan tak tau :P hehe

29 November, 2010

Gelak setelah lama tak gelak :))


Bismillahirrahmanirrahim..

Entri santai, kita rest-rest sikit otak sebelum saya mula menjawab soalan kawan-kawan yang bertimbun. Saya dah lama tak blogwalking. Saya pun mula berziarah ke blog teman-teman hari ini. Biasanya, komen latest tu saya akan singgah blog dia. Nak jadikan cerita, saya singgah satu blog, kalau anda semua tengok face saya masa blogwalking, memanglah sangat serius, sampaikan teman serumah saya kata, "tak buleh muncungkan lagi ke mulut ko tu?" huh.

Saya bukan apa, nak tumpukan pada pembacaan, tu yang terseries :P. Ok, terus, jangan melalut lak. Saya pun bukalah blog ni, dan terus terang saya agak jarang datang blog ni sebabnya, saya tak boleh add link blog tu kat blog saya, nak add, sebab saya dapat tau dia link kan blog saya. Tapi, tak dapat nak add, so saya selalu tak tau kalau dah update.

Tapi, blog ni selalu komen entri saya, sebab tu saya ada juga singgah blog ni. Kemudian, tadi saya singgah blog itu dan........saya sangatlah tergelak gila-gila hari ini. Saya baca latest entri dia. Muka punya serius ni membaca..tiba-tiba, Adoi.. Lucu!

kalau anda semua nak tahu kenapa saya gelak, anda baca sendiri kat sini ye. Huahuahuahua...

Terima kasih kepada Tuan tanah LOADING ERROR kerana buat saraf ketawa saya aktif hari ini. Terima kasih juga kerana sudi menjadi follower dan komentator blog yang tak seberapa ini :)

Oh ya, sebelum saya terlupa nak bagitahu, saya telah menukar template dan berlaku sedikit masalah teknikal, jadi, semua senarai bloglist saya hilang dan saya tahu, ada blog yang sebelum ini ada dalam list saya tidak tersenarai kerana saya terlepas pandang, mohon maaf banyak-banyak, dan saya minta sesiapa yang perasan blognya tiada dalam list saya, sila bagitahu untuk perhatian saya, terima kasih :)

28 November, 2010

Back on track!


Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Saya kelu untuk berbicara, namun perlu juga menyusun kata. Pertama sekali, saya mohon maaf kerana sebelum ini dengan drastik buat entri mengundur diri. Saya berhalangan untuk menulis kenapa, tetapi cukuplah dengan apa yang terjadi membuatkan saya gagahkan untuk menaip semula.

Keduanya. Saya terharu. Terharu dengan sokongan dan kesetiaan kawan-kawan semua. Aduhai, blog saya ini sangat jauh bezanya dengan blog kawan-kawan yang begitu mantap. Blog saya ini sekadar di pinggiran, bukan setakat di pinggiran, malah tiada bayang pun di persada maya ni, tetapi, sokongan dari sahabat semua sangat menyentuh hati saya.

Ada yang menghantar mesej dan menghubungi saya melalui telefon. Ada yang memberi offline ym dan tidak kurang juga email. Di blog pun ramai yang menitip kata. Saya sangat terharu. Dalam pada terharu tu, dapat pula email yang buat saya tambah terharu dan juga 'terkena' sikit-sikit :P. Itu juga yang buat saya gagahi balik pena ni.

Saya dapat email ni. Saya copy 100%.

"10 sebab kenapa Deena tak boleh stop blogging"

1)Deena belum umumkan pemenang untuk 'hadiah penghargaan Dari Pena Farhana' (rujuk entri Hadiah penghargaan dari pena farhana)

2)Deena belum jawab beberapa soalan dari kawan-kawan(tau kan soalan apa)

3)Cerita EMNEYA belum selesai

4)Kisah Deen Farhan belum pun masuk part2

5)Deena ada ramai follower

6)Deena ada ramai comentator

7)Deena ada byk bloglist

8)Blog deena byk kat bloglist org(tak hapdet nanti duk bwh je link,buat semak blog org je)

9Blog deena tempat rujukan

10)DEENA STOP XBAGITAU REASON KENAPA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perghh! saya baca tu terus darah macam stop mengalir kat badan. Memang 'terkena' sungguh! terutama yang nombor satu tu. Hadoilah.. macamana boleh lupa ye :P. Malu jugak ni..huhu...yang pastinya, saya terkejut dan tak sangka orang akan email tu kat saya.

Sepanjang satu minggu ni, chatbox bergegar lagi. Saya menulis pun salah, nak stop pun salah. Haih..tak apalah. Saya dah lali. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudi defend saya, angah dan nurul, terima kasih :)

Buat Iqbalsyarie, terima kasih kerana sentiasa bertanya khabar, pemilik blog Loading Error, terima kasih kerana setia menjadi silent reader saya. I do visit your blog too :) buat melatidaisy, sweet sangat dapat jadi kakak bilah :), dan teristimewa buat sahabat saya kella, nama kella sentiasa dihati.. :)

Juga buat semua yang sudi bertandang ke sini, sahabat bloggers yang dah drop kat entri, dan yang selalu drop kat chatbox, terima kasih banyak2. Deena sangat terharu dengan kalian (T_T)

Salam 'comeback' buat semua! (ceh..blagak cam blog ben ashaari plak..ngeh3) :P

19 November, 2010

Undur diri


Bismillahirrahmanirrahim..

Pena Farhana mungkin akan berhenti di sini. Terima kasih buat semua sahabat blogger yang sudi menjalin ukhuwah dengan deena. Kalian akan sentiasa di hati deena.

Maafkan salah dan silap sepanjang Pena ini menari. Deena manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maaf kiranya Pena ini pernah melakar kata yang mengguris kalian. Maaf juga kiranya deena pernah meletakkan suatu perkara bukan pada yang hak.

Buat sahabat-sahabat, teruskan tinta anda kerana deena akan terus setia membaca entri kalian. Moga ukhuwah antara kita sentiasa mekar di jambangan restu Ilahi.

Salam sayang abadi dari Deena Farhana buat semua :)

16 November, 2010

Deena, haram ke?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya rushing masa, tapi nak juga buat entri ni sebagai feedback sementara untuk sahabat saya yang bertanya. Terima kasih bertanya, dan ketahuilah, saya amat menghargai sifat suka bertanya walaupun kadang-kadang saya tak dapat nak jawab. hehe

Semalam sahabat saya maklumkan pada saya baru-baru ni dia dapat emel. Emel tu panjang lebar cakap pasal haram perempuan letakkan gambar di facebook, myspace, blog dan sebagainya.

Dia juga ada buat skop tentang wanita yang berniqab (memakai purdah) haram mengupload gambar-gambar mereka di blog dan facebook walaupun yang kelihatan hanya sepasang mata. Jadi sahabat saya bertanya pada saya adakah betul ianya haram.

Saya tertarik dengan kata-kata di dalam emel itu yang berbunyi "kau indah terpelihara dalam niqabmu (purdah), tetapi sayang, kau hancurkan kesopanan itu dengan mengupload gambarmu di blog"

Dalam emel tu juga dia ada kata sesiapa wanita yang upload gambar menerusi blog dan facebook, menunjukkan dia adalah wanita yang tidak memiliki perasaan malu pada khalayak.

Kata emel tu lagi, melalui sepasang mata, ianya mampu mencipta fitnah dan badai yang tidak tertanggung oleh setiap wanita.

Ok, buat masa ni saya belum sempat huraikan pandangan saya, insha Allah lepas selesai urusan dan kerja, saya akan buat repost pasal ni. Sahabat-sahabat yang baca ni, saya alu-alukan tinta hati anda untuk kita kongsi bersama :)

14 November, 2010

Kisah Deen Farhan (part 1)




Bismillahirrahmanirrahim..

Ini Deen Farhan, adik bongsu saya. Saya buat entri ni sebab ada kaitan dengan soalan seorang sahabat pada saya semalam.

Bertemu dengan adik saya petang jumaat lalu, di rumah along saya. Lama betul tidak peluk dia. Bila jumpa, saya peluk dan cium pipi dia seperti selalu, tapi kali ni dia nampak malu-malu. Saya tanya "kenapa?" Kemudian dia geleng sambil senyum-senyum kambing.

Mama pun kata "sudah besar kan, orang cium pun malu sudah". Baru saya faham. Memang dia sudah besar sekarang, tinggi pun hampir sama dah dengan saya. Umur dia masuk 11 tahun 2011 ni.

Adik saya ni ada kisah tersendiri, bila saya renung kembali, semuanya itu memberi kekuatan pada saya yang sedang bergelut dengan satu fasa getir dalam hidup ini.

Deen Farhan dilahirkan sebagai anak Kristian. Ibu dan ayah kandungnya beragama Kristian. Namun janji telah dipatri antara orangtuanya dengan orangtua saya bahawa, Deen Farhan akan diangkat menjadi anak kepada orangtua saya dan menjadi adik lelaki satu-satunya buat kami 6 beradik perempuan.

Lahir sahaja Deen Farhan Yonjuny ke dunia, dia diqamatkan oleh papa saya. Ibunya rela anaknya menjadi sebahagian dari keluarga kami memandangkan kehidupan mereka yang agak susah dan ramai anak lalu berhasrat memberikan Deen kepada kami.

Bermulalah episod kehidupannya di atas muka bumi ini bersama kami sekeluarga. Sempat menyusu badan dengan mama saya dan cukup untuk menjadikan dia seperti darah daging kami sendiri.

Takdir Allah, dia membesar dengan beberapa simptom disleksia dan pernah di klasifikasikan sebagai hyperaktif. Seorang kanak-kanak yang normal namun adakalanya tindakan dia tidak diduga dan di luar kawal. Dari itu, perkataan 'istimewa' mula tertanam dalam jiwa saya.

Bergelar kakak pada Deen Farhan adalah satu kurniaan indah Allah berikan pada saya. Berhadapan dengan keletahnya yang selalu buat saya 'cekak pinggang' dan juga buat kami sekeluarga terhibur adalah saat paling manis dalam hidup kami.

Pernah dulu waktu umurnya sekitar 5 tahun, dia amat suka bermain di laman rumah. Jiran kami ada bela anjing, kebetulan anjingnya baru beranak. Saya hampir pengsan bila tengok Deen terkedek-kedek angkut anak-anak puppy yang chubby-chubby tu bawa balik rumah.

Ya Allah. Terjerit saya masa tu. Perasaan masa tu memang terkejut dan rasa nak marah, tapi dengan muka seposen Deen kata "mau kaci mandii, keciaan dia beyum mandii"

Terus saya tak jadi marah. Cepat-cepat saya dapatkan tanah dan samak dia satu badan. Nangis-nangis dia takut bila tengok badan dia jadi coklat saya lumur dengan tanah. Haha, siapa suruh :P

Pernah lagi sekali dia memandai-mandai pergi dapur goreng telur. Ni pun saya rasa nak pengsan. Dia goreng masuk sebijik bulat tu la. Dia tak pecahkan pun. Alahai. Rasa nak marah tapi selalu tak jadi.

Paling menyentuh hati saya bila satu hari tu dia tanya "alang..kenapa kat sekolah cikgu selalu salah tulis nama papa? balik-balik tulis Yonjuny..apalah diorang tu, xsuka"

Bergenang airmata dengar dia tanya macam tu. Masa tu dia baru umur 6 tahun, belum pun masuk darjah satu. Saya tak jawab masa tu, just peluk dia dan cium kepala dia. Saya memang tak mampu nak hurai satu-satu bagi faham dia yang masih terlalu mentah untuk faham kedudukan dia masa itu.

Dan semalam dia tanya saya lagi, "alang..kenapa nama papa kita tak sama?" sekarang umur dia dah nak masuk 11 tahun, pun saya masih tak mampu dan tak sampai hati lagi nak fahamkan dia betul-betul.

Saya diam. Dia tanya lagi "kita kan adik beradik, kenapa tak sama..kan semua keluar dari perut mama.." Hati ni nak je bagitahu dia kami bukan dari perut ibu yang sama, tapi lidah kelu untuk menutur itu.

Apapun, saya amat sayangi dia. Sangat dan sangat sayangi dia. Saya berdoa siang dan malam moga kehadirannya di sisi Islam mampu menjadi ruh kekuatan dan penegak agama suatu masa nanti.

p/s: info penting pasal Deen: dia sangat gemar main game. Lebih sanggup bergadai nyawa demi game. Huh. Sabar je la..

09 November, 2010

Allah ada di mana?

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru ni saya sembang-sembang kosong dengan seorang kawan. Kawan tu bukan Islam. Tiba-tiba saya rasa sembang kami tu bukan kosong lagi bila dia tanya "in Islam, u call the god Allah right? where is he now?" (korang nampak tak word 'he' tu? dia ingat Allah tu lelaki agaknya)

Dalam kepala saya mula dah mencongak-congak. Dia ni nak saiko dan kempen aku masuk kristian ke? kemudian dia kata "dont worry, i just wanna know more about Islam"

Saya pun dengan besar hati mengukir senyum yang paling comel. Comel konon. Perasan tak habis-habis la ko ni deena. :P

Kemudian, saya jawab soalan dia, bila saya jawab Allah tidak dimana-mana, tiba-tiba dia datangkan satu maksud dari potongan ayat Quran ni "kemudian Allah bersemayam di atas arasy".

Perghh..siap bawa ayat Quran lagi wehh..means dia baca tafsir Quran, motifnya, mungkin nak buat research kot.

"you told me just now Allah is no place. can you explain me the meaning of this sentences?" Serius gila muka dia. Huuuhh....si deena pun tarik nafas panjang-panjang le :P

Beberapa minit dia cuba provoke saya dengan potongan ayat tu. Dia kata Quran sendiri cakap Allah di atas arasy, maknanya Allah ada tempat. (bukan main lagi dia ni..siap dengan mimik muka yang kalah profesor)

Saya terpaksa minta masa untuk jelaskan maksud ayat tu, sebab kalau tak minta, dia je yang conquer bercakap. Haih..

Maksud dari ayat 'di atas arasy' tu adalah sebagai simbol kekuasaan dan keagungan Allah swt. Allah swt tidak mengambil tempat. Apabila dikatakan Allah itu di atas arasy, maknanya Allah mengambil tempat. Semua yang mengambil tempat ini menunjukkan dia berhajat kepada sesuatu.

Apabila berhajat kepada sesuatu, maknanya dia bersifat lemah. Maka ianya amat mustahil bagi sifat-sifat Allah.

Bila ada orang tanya saya Allah ada dimana? Allah tengah buat apa? nabi adam kahwin ada pelamin ke tak.. biasanya saya tanya balik, ko tengah demam kapialu ke? demam kapialu memang otak senget sikit.

Terus kata saya hampeh lak..aku yang hampeh ke, soalan korang yang hampeh ni...lagi2 kalau orang yang tanya tu orang Islam..memang saja dia cari pasal tanya soalan tu. Huh.

08 November, 2010

Bayyinat



Bismillahirrahmanirrahim..

Pengenalan

Saya ada beberapa blog pilihan sejak adanya Pena Farhana di alam maya ini. Blog pertama yang akan mengisi ruang entri saya kali ini adalah Bayyinat. Dulunya dikenali sebagai Pondok Cinta.

Url : Http://iqbalsyarie.blogspot.com

Pemilik : Iqbal Syarie bin Saari

Genre : Syarah deen, tazkirah kehidupan, pengalaman.


Siapa Iqbal Syarie


Setelah hampir dua bulan Pena Farhana bertapak, saya mula menjadi sahabat blogger pada Iqbal Syarie. Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi banyak berkongsi bicara kehidupan dengannya melalui blog dan di luar blog.

Dia pelajar METC, masih sangat muda. Namun bicara tintanya sangat memukau minda. Saya menganggapnya sebagai adik dan memandangnya sebagai seorang yang mampu menjadi role model pada anak muda zaman kini.

Dia juga pemegang amanah saham bumiputera..ehhhhh silap..pemegang carta top komentator Pena Farhana sejak Januari 2010. Hampir semua entri dalam blog saya ada komen dari dia. Blog saya pernah diganggu oleh sekelompok spesis manusia yang gemarkan publisiti murahan, dan Iqbal ada tampil membantu saya serta membuat entri khusus untuk saya di blognya masa itu.

Pernah satu ketika, saya sakit. Blog saya sepi tanpa sebarang entri selama sebulan. Iqbal tetap setia bertandang ke blog saya dan selalu menitip kata-kata semangat. Tidak cukup di blog, menghantar mesej pada saya untuk mengirimkan doa agar saya cepat sembuh. Saya terharu.


Tinta Bayyinat

Dulunya pondok cinta, pernah beberapa ketika dia buat entri straight semua cakap pasal cinta. Bagus, itu menarik pembaca muda untuk singgah di blognya. Semua suka bila ust Iqbal cakap pasal cinta..ngehehe

Pengisian blognya berkisar tentang permasalahan agama. Dia menghuraikan dengan begitu bersahaja namun cukup mudah dan senang difahami. Dari isu cinta hinggalah halal haram. Kadangkala saya terlepas entrinya kerana kekangan masa, tidak berkesempatan untuk buka lappy, tapi bila ada masa, saya akan ke blognya untuk catch up dan baca semua entri-entri yang terlepas.


Harapan Deena

Secara peribadi, saya amat mengaguminya. Sangat berpotensi untuk menjadi pemimpin yang berpegang pada nilai agama. Harapan saya, moga dia istiqamah dan suatu hari akan menghasilkan buku garapannya sendiri untuk tatapan masyarakat.

Satu lagi, moga Allah memberi ruang untuk kita saling berkongsi bicara yang bermanfaat sekarang dan masa-masa akan datang.

Tahniah buat blog Bayyinat dan pemiliknya, Adik Iqbal Syarie.

06 November, 2010

Poligami

Bismillahirrahmanirrahim..

Huh. Tajuk tu sangat skema. Siapa yang tidak tahu poligami angkat tangan! (tetiba deena angkat tangan) "kahwin empat saya tau, poligami tak tau" poyo punye deena. Dah2, jangan melalut pulak :P

Alkisahnya macamni, salah seorang kawan saya berkongsi masalah dia dengan saya baru ni. Suami dia nak kahwin lagi.

Kawan: "dia nak kahwin lagi..aku tak tau nak buat apa.."

Deena: "atas alasan apa dia nak kahwin lagi?"

Kawan: "ini sebahagian dari perjuangan hidup dan dia nak zuriat katanya"

Deena: "dah kompom ke ko tak dapat bg anak untuk dia?"

Kawan: "tak tau lah..dah dia nak kahwin..aku nak buat macamana.."

Deena: "hmm..ko tak yah la buat apa2, bukan ko yang nak kahwin kan" (apa punya kawan jawab camni :P)

Kawan: "aku sedih.."

Deena: "ye..ye..aku faham..sapela yang tak sedih laki nak kahwin..orang putus wayar je yang tak sedih..ko sabarlah banyak-banyak ye.."

Kawan: "aku tak sanggup bermadu..sungguh. aku tak sanggup"

Panjang kami bual, kalau saya tulis semua, alamatnya tertidur la ust Iqbal baca :P . Pendek kata, kawan saya sekarang berada dalam dilema. Dia sedang bergelut dengan perasaan yang serba tidak kena.

Suaminya perasan dengan sikapnya yang seperti tidak selesa. Lalu suaminya kata "takkan lah nor tak faham lagi hakikat sebuah perjuangan..ini sunnah nabi nor..nor kata nor redha..tapi kenapa nor macamni"

Kawan saya kini semakin dilanda kesayuan dan kesedihan yang tidak tertanggung. Jika saya ditempatnya waktu ini, ingin saya titip puisi jiwa Amiza Khusyri ini untuk tatapan para suami.


Suamiku,

Garisan duka yang mencalari jiwa masih jelas terasa. Tetapi usah gentar pejuangku! teruskan nada juangmu walau atma jadi taruhan..

Manusia lantang berbicara tentang hukum, tetapi mereka tidak boleh menafikan detup nadi perasaan. Ku gagahi jua kehidupan rodaku ini kala ku lemas dalam derita jiwa yang membadai. Lakukanlah wahai pejuangku, benar, ia adalah sunnah Rasul junjungan. Usah ditepis hadir amanat hanya disebabkan oleh satu tuntutan halus yang bernama perasaan..

Abang,

Usah disalah ertikan tangisan ini. Maaf andai tangisan ini bakal menghadirkan kemelut jiwa yang berpanjangan. Tetapi yakinlah, tangisan ini disebabkan salah diri sendiri yang masih belum mampu mencari sinar dan manisnya nur Ilahi kala kucuba untuk menjadi Srikandi Cintamu..


Ikhlas,
Isterimu.

04 November, 2010

Biarawati


Mungkin ini kita boleh jadikan sebagai satu peringatan. Tiada niat apa-apa buat post ni, hanya sebagai renungan dan ingatan. Terima kasih buat kak ainhany, dan saya panjangkan entri beliau di laman saya.

Moga kita dapat merenung sebaiknya. Bagi saya, tudung kebanyakan yang ada pada hari ini ada yang tidak salah, cuma bila dibutangkan bahagian leher dia menyerupai seorang biarawati.

Kalau ke tempat umum, memang ramai betul yang guna style pin bahagian leher tu. Mungkin nak bagi nampak leher kurus. ngeh3

03 November, 2010

Kita raja

Bismillahirrahmanirrahim..

Pehh..temberang je tajuk tu. Mana ada kita raja, just hamba ok. Tajuk tu saja saya letak sebab saya mau bicara dalam konteks diri, bukan soal keagungan. Yang agung dan yang paling atas itu Allah. Tiada tara.

Saya pernah rasa sakit kerana terguris dengan kata-kata manusia. Tapi, kalau mau kesah betul apa orang lain cakap, kita akan tambah sakit. Lalu, ambil jalan mudah, biarkanlah. Jangan lah cepat sangat melatah dengan benda-benda remeh.

Contoh benda remeh apa?

~ "better i study clever-clever before i be stupid person" ~ Woiii, grammar haru-biru! kalau tak reti cakap, jangan mengada-ngada nak cakap! geli tau dengar..

~ "aku nak corak bunga kecil-kecil, cantik.." ~ eeeeee ko niii, cerewet btol laa, kalau dah memang gemuk, pakai apa pun still nampak cam badak sumbu laa, hishh

~ "kesian dia, aku nak tolong.." ~ ko ni, kalau ye pun baik hati sangat, jangan sampai badan sendiri binasa! ko tu pun nyawa-nyawa ikan, berlagak nak tolong orang pulak! hih. tak paham aku!

Remeh temeh ke semua tu? muahaha. Contoh lebih kurangla. Kalau manusia yang angin selalu sejuk, mesti dia kata "tak apelah", "biarlah", "abaikanlah"....dsb.

Kalau manusia yang jenis 'hangin' camana? Kompom..lebam luar, lebam dalam. Kalau lebam luar tak pe lagi, boleh hilang, kalau lebam dalam? ingat sampai mati la. Dendam tak ingat akhirat.

Saya pernah mengalami tiga situasi remeh atas tu, and..to be honest, saya selalu kata dalam hati "biarlah". Saya rasa itu jalan yang terbaik. Malas woo mau panjang-panjang cerita (tapi tu tidak menunjukkan saya baik ya, jangan harap. Hangin gak saya ni)

Saya cakap inggeris, orang hentam. Saya cakap another language, pun kena. Kata tatabahasa tunggang langgang, tunjuk pandai.

Saya buka blog ni pun kena juga. Saya tiada facebook pun kena, saya tiada nuffnang pun kena juga. Ya, saya memang bukan seorang yang kreatif mencipta ruang untuk menjadi seorang bisnesswoman.

Kamu ada facebook, ada nuffnang, just go on. Jadikan blog mu tempat meraih succes, saya tiada langsung masalah dengan itu. Dalam kata lain, saya biarkan kamu bebas dengan kehendak kamu, dan saya bebas dengan kehendak saya.

Saya tiada kerja. Itu kenyataan. "why not u create some space to earn money? u have your blog, creatiflah sket" kawan saya pernah cakap macamni dengan saya. Bukan saya tak nak terima advice dia, tapi...hmm..kalau mulut jahat mesti jawab "ni blog aku, suka hati mak bapak kucing aku la!" (pinjam words kawan.. :P )

Bagi yang selalu 'beralah' dengan benda remeh temeh ni..tahniah sebab anda sudah menunjukkan yang anda boleh pupuk rasa sabar dalam diri.

Point yang saya nak cakap, sabar ada batasnya even terhadap benda yang remeh ni. Dari hal sekecil zarah la banyak memberi kesan pada karektor dan pembawaan sikap kita sehari-hari. Saya dan anda semua ni raja. tak percaya? Lihat pada tubuh anda, andalah raja pada kerajaan diri anda. Punya otak dan hati untuk mengemudi tampuk pemerintahan dalam diri.

Kalau orang kata anda berlagak, perasan baik, macam badak sumbu, abaikan dia. Teruskan pemerintahan hatimu kerana dia tidak berhak mengganggu gugat corak pimpinan kerajaan dirimu kerana kau adalah RAJA.

Hidup mesti terus, dunia tetap berputar meski dirimu dalam belenggu kepayahan. Atur langkahmu terus ke destinasi impian. Jangan putus asa :)

01 November, 2010

My nephew



Bismillahirrahmanirrahim..









Tadaaaa...inilah dia Muhammad Dhiyaul Hakim Syah Bin Imran Syah. Kami panggil Hakim. My first nephew. Anak Along saya. Mix sudah dia ni, India+melayu+dusun kadazan, jadilah INMEDUKA. Ngeh3...

Berapa ye umur dia..eheh..lupa..mungkin 5 tahun..dia ni very talkative, pernah sekali dia kata nak makan, then tunjuk kat lauk ikan, suruh saya ambik bubuh kat pinggan dia..saya pun cakapla, "nak ikan?" dia pun geleng dan jawab "akim want pishhh, not ikan"

Hahahaha. Gelak tak sedar dunia saya. Mbik kau. Bukan ikan okeh. Pishh :P
Manja betul sama atuk. Kalau atuk ada, yang lain tak laku. Haha

Rindu sama dia ni..sekarang dia dah gi school..belajar rajin2 okey..saaaayang akim..mmmuahh