23 February, 2010

Doakan dia..




Pemilik blog ini kini berada dalam keadaan tidak sihat. Mohon kepada semua agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya.


~min usratiha~

16 February, 2010

Saya doakan kamu dan kamu


Bismillahirrahmanirrahim..


Lahaula wala quwwata illa billah..sesungguhnya saya amat takut pada Allah, jadi saya mohon diberikan nusrah dalam semua perkataan dan tindakan.

Harapan saya, semua sahabat-sahabat yang bertandang ke sini dalam keadaan sihat wal'afiat. Apapun yang sedang berlaku sekarang ini, saya anggapkan ianya sebagai rencah dan rencam dalam kehidupan.

Terima kasih tidak terhingga buat semua yang telah memberikan komen sama ada di halaman entri mahupun di halaman chatbox saya.

Pertamanya, kepada semua sahabat yang telah memberi komen dan membantu saya dengan niat untuk menjernihkan suasana, saya doakan moga hidup kalian dilimpahi rezeki dan nikmat dari Allah, diberikan kesihatan yang baik, diberikan keberkatan umur dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Keduanya, kepada 'human' yang gigih berusaha di peti chatbox saya, saya setulus hati mendoakan agar Allah meredhai seluruh jalan hidup kamu, diberikan keberkatan dalam usia, disuluhkan hidayah pada setiap ruang hayat kamu, diberikan inayah agar menjadi khalifah zuhud di bumi Allah, diringankan segala ujian kamu, dimudahkan segala urusan kamu.

Dan akhir sekali, saya doakan agar kamu beroleh kejayaan dunia, dan pastinya kejayaan dalam menempuh akhirat kelak.

Terima kasih juga di atas semua teguran, saya menerimanya dengan setulus hati.


p/s: saya berusaha untuk 'slamber' seboleh yang mungkin atas nasihat dan komen dari para pembaca, atau bahasa manis berusaha untuk redha. Ya, sudah pasti. kerana saya tahu, ujian dalam blog ini, tidak setanding ujian yang diterima para nabi dan sahabat dahulunya. Jadi, slamber2 ajelah kata mereka :)

tak cukup slamber ke ni? :)

14 February, 2010

Saya insan biasa.


Bismillahirrahmanirrahim..


Dua tiga menjak ini, saya agak letih. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Biasanya, menatap laman blog saya ini adalah salah satu cara saya menghilangkan letih di otak dan sebagai penghibur hati.

Tetapi, hampir seminggu ini otak saya tambah letih bila buka peti emel, yahoo messenger, dan blog ini. ok, tidak apa. Saya mengerti. Itulah yang dikatakan sebagai ranjau kehidupan. Bukan semua orang boleh menerima jalan fikiran kita.

Jemari juga sudah mula terasa bosan kerana beberapa entri sebelum ini berbunyi agak 'emosi' (ya ke emosi?) seperti entri ini juga. Harapan saya selepas entri ini, jemari masih boleh menukil sesuatu yang lebih bermakna. InsyaAllah.

Bermula dari perihal lagu blog dan description, saya banyak menerima sergahan melalui emel khususnya dari 'mereka' yang mungkin kurang menyenangi tulisan saya. Kini, peti chatbox saya juga sudah mula dicemari dengan topik yang sama.

Apa yang ingin saya luahkan, saya tidak menyenangi situasi ini kerana bagi saya, berdebat untuk suatu benda yang tidak akan ada penyudahnya itu adalah sia-sia.

Kenapa saya kata sia-sia? kerana akhirnya kata-kata kesat dan kasar itu pasti akan timbul dan sudah tentu ada yang akan terluka. Hati saya tersentak bila 'kamu' kata saya ini terlalu mudah melatah, dan yang paling hebat kamu kata saya ini murtad. Saya MERASA semua itu kerana SAYA INI INSAN BIASA YANG SERBA TIDAK SEMPURNA (selagi namanya hamba,pastilah tidak sempurna).

Kalau saya kata kamu yang murtad bagaimana? inilah yang saya katakan, perbalahan yang SIA-SIA.

Apapun, dengan rendah hati saya mohon maaf kepada sesiapa yang kurang menyenangi saya dan juga semua tulisan saya atau apa jua bentuk kelakuan dan tindakan yang mungkin adalah sebuah khilaf bagi kamu dari diri saya. SAYA MOHON MAAF.

Permintaan saya, tolong hentikan situasi yang tidak enak ini dan jadilah sahabat saya yang tulus membimbing saya, jika benar saya melakukan kesilapan.

Saya ini insan biasa, merasa perlu untuk mencoret kata hati saya di laman kepunyaan saya (bukan kepunyaan kamu) dengan harapan, kamu tidak menganggap saya ini mudah melatah. Saya faham, langit tidak selalunya cerah, kerana mendung sedang merangkak di laman blog saya. Saya terima seadanya.

p/s: maaf kiranya masih ada kekhilafan pada kata-kata, kerana saya juga tahu, bukan mudah untuk memuaskan hati semua manusia.

Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang tulus menjalin ukhuwah dengan saya. Saya pasti sangat menghargainya.


13 February, 2010

Ini benda mudah..


Bismillahirrahmanirrahim..


Kepala masih pening. Sebabnya, terpaksa men'delete' semua layangan emel dari 'mereka' yang tidak dikenali. Belum selesai yang itu, datang pula sergahan dari seseorang yang juga saya tidak kenali.

Tapi kali ini bukan pasal lirik lagu, tapi tentang description blog yang tertulis di atas headblog saya ini. Untuk makluman, tulisan yang tertera itu adalah description yang telah saya tukar. Sebelumnya bertulis begini:"JANGAN PINTA PADA ALLAH DIRINGANKAN UJIAN, TETAPI PINTALAH BERATNYA IMAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN ITU"

Saya tegaskan di sini, membuat entri ini bukan berniat untuk sesuatu yang tidak baik, cuma sekadar ingin sampaikan beberapa hal dan maksud yang mungkin tidak sampai kepada sesiapa yang membacanya.

Seorang hamba Allah telah menegur saya. Katanya, "kata-kata hikmat cik itu salah, JANGAN PINTA PADA ALLAH DIRINGANKAN UJIAN, kerana Quran mengajar kita untuk berdoa agar diringankan ujian. Lalu dia mengarahkan saya untuk menukar ayat itu.

Saya berfikir. Tetapi bukan berfikir samada betul atau tidak tulisan saya itu, tapi berfikir kenapa hamba Allah itu berkata seperti itu kepada saya. Oh, mungkin fahaman kamu terhadap ayat itu berbeza dengan saya, atau fahaman kamu terhadap ayat itu berbeza dengan kami-kami semua?

Hamba Allah yang saya hargai (hargai lah ni, kalau tak, tak buat entri pasal ni), saya mengakui quran ada mengajar kita untuk berdoa agar diringankan setiap ujian, seperti maksud ayat ini "ya tuhan kami, jangan Kau ujikan kami dengan ujian yang kami tidak berdaya".

"tidak berdaya" itu adalah merujuk kepada iman kita. Segala sesuatu cubaan, dugaan dan ujian jika tidak bersama iman, maka segalanya akan menjadi terlalu sukar hatta ujian sekecil zarah pun bila Allah timpakan kepada kita jika tidak punyai iman, sudah pasti haru biru jadinya.

Saya mohon kepada kamu wahai hamba Allah, tolong fahamkan maksud dalam konteks ayat itu. Janganlah kita menjadi orang yang terlalu gemar mempertikaikan hal yang terlalu kecil sehingga menyebabkan berlakunya kekeliruan yang lebih besar dan dahsyat terhadap orang lain.

Saya bukannya tidak mahu menerima, malah saya menghargai teguran anda, tetapi alangkah molek jika perkara yang kita tegur itu adalah suatu yang berbaloi dan orang lain mendapat hikmah darinya.

Hemat saya, lebih baik kita berbicara soal masalah ummat yang begitu berlambak dari membuat pertikaian tentang perkara kecil yang hanya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan di antara kita.

Ataupun pada hemat sahabat saya, lebih baik buat kuih pau berintikan bom c4 bagi kat askar-askar yahudi makan, daripada duk melayan lirik lagu menanti di barzakh syirik atau tak syirik! (sokong!!)

Saya ini bukanlah sufi. Ilmu juga terlalu cetek, jadi saya letakkan diri saya pada aras kecetekan yang tidak terlalu tenggelam dan juga cuba untuk terbang tetapi tidak ingin terlalu tinggi, kerana tinggi itu bisa membuat kita tidak tahu untuk turun ke bumi.

p/s: terpaksa tukar description atas arahan pihak tertentu demi kemaslahatan semua dan juga sebagai menghargai si hamba Allah yang sentiasa berusaha :)

Lepas ni, apa lagi yang tak kena dgn blog saya ni? :(

12 February, 2010

Ada apa?


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya bingung, kenapalah ada orang yang terlalu peduli tentang lagu blog saya? Bila saya buat entri tentangnya, nampaknya 'mereka' tambah meradang. Kata mereka, saya saja cari publisiti murahan. Penuh peti emel saya dengan layangan surat cinta dari 'mereka'.

Ada apa dengan kamu? saya jemput berbincang secara terbuka juga tidak mahu. Apa mahu kamu? saya rasa saya tidak ada apa-apa masalah dengan kalian. Jika kalian rasa kebenaran bersama kalian, saya jemput dengan penuh ikhlas, tampil lah.

Membuat entri ini juga, saya pasti kalian akan 'menyalak' lagi. Siapa kata saya taksub dengan lagu Menanti di barzakh? kalian yang kata, bukan saya. Sebenarnya bukan saya yang taksub, tetapi kalian yang bermasalah.

Nasihat saya, usah kalian letih menghurai kata. Andai kurang selesa, jangan mampir di laman saya. Senang bukan?

Special thanks to all friends who gave their sincere opinion dan suggestions. i'll be always appreciate it, and finally, i've got the playlist track which is so easy to everyone who dont want hear the sounds, just click the button under the playlist.

And..good news is Menanti di barzakh song is still there! :)


p/s: kalau lagu-lagu dalam playlist tu pun masih lagu syirik, saya xtau la. pahni saya buh lagu rock baru tak syirik agaknye.

08 February, 2010

Lagu blog saya berunsur syirik?


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya mendapat beberapa emel dan offline Yahoo Messenger mengatakan lagu yang berkumandang di blog saya ini berunsur syirik. Dulu lagu Jalan Lurus, orang kata lagu church.

Ku merintih, aku menangis
ku meratap, aku mengharap
ku meminta,
dihidupkan semula

agar dapat kembali ke dunia nyata..

Perjalanan roh ku,
melengkapi sebuah kembara,
singgah di rahim bonda,
sebelum menjejak ke dunia,
menanti di barzakh,
sebelum berangkat ke Mahsyar,
diperhitung amalan, penentu syurga atau sebaliknya..

Tanah yang basah berwarna merah,
semerah mawar dan juga rindu,

tujuh langkah pun baru berlalu,
seusai talkin bernada syahdu,
tenang dan damai di pusaraku,
nisan batu menjadi tugu,
namun tak siapa pun tahu resah penantianku..

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
seakan ku dengari,
tangis mereka yang ku tinggalkan,
kehidupan di sini bukan suatu khayalan,
tetapi ia sebenar kejadian..

Kembali oh kembali,
kembalilah ke dalam diri,
sendirian sendiri,
sendiri bertemankan sepi,
hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
terbujur dan kaku,
jasad di dalam keranda kayu..

Ajal yang datang di muka pintu,
tiada siapa yang memberitahu,
tiada siapa pun dapat hindari,
tiada siapa yang terkecuali,
lemah jemari, nafas terhenti,
tidak tergambar sakitnya mati,

cukup sekali, tak sanggup untuk ku mengulangi..

Jantung berdegup kencang,

menantikan malaikat datang,
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
selama ini diceritakan,
kini aku merasakan,
di alam barzakh jasad dikebumikan..

Ku merintih, aku menangis,
ku meratap, aku mengharap,
ku meminta dihidupkan semula,
agar dapat kembali ke dunia nyata..

~Menanti Di Barzakh by Far East~

Saya mohon jasa baik sesiapa yang telah menghantar emel dan offline agar dapat menjelaskan pada saya, mana part yang syirik dalam lagu ini. Jika tidak mahu berkongsi dalam ruangan komen, sila emelkan terus kepada saya. Pandangan dan pendapat sahabat-sahabat yang lain juga dialu-alukan.

p/s: kalau saya letak lagu balada ataupun rock ok tak?
;)

05 February, 2010

Terima kasih..


Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam ayah meminta saya untuk ambil gambar di atas dan buat entri tentangnya. Tapi mohon maaf kerana grafik gambar kurang memuaskan. Maklumlah, kamera telefon bimbit yang hanya berapa mp sahaja.

Apa yang istimewanya tentang gambar di atas ialah, khat itu telah dihadiahkan oleh us Mohd Noor Fathi kepada kami sewaktu kami hendak berangkat pulang dari Mesir ke tanah air. Khat yang di tulis sendiri dengan tangannya. Tahniah di atas bakat menulis seni khat yang dimiliki beliau.

Pesan us Fathi, cantik kalau ianya dalam double frame. Ayah pun kata begitu, tapi dalam gambar tu, rasanya bukan double frame pun..

Mungkin ada kesilapan teknikal. Tapi, tidak apalah, yang penting sudah dalam frame dan sudah tergantung di ruang tamu rumah ayah. Kata ayah, "ambil gambar, masuk dalam blog, biar Fathi tengok, khat dia sudah sampai Sabah".

Apapun, terima kasih dari kami atas hadiah itu. Terima kasih daun keladi, lain kali hadiahkan lagi ye..

p/s: lepas ni, sesiapa nak tempah khat bolehlah ye. mama dah tempah ni, minta tulis nama mama pulak dengan nama saya sekali la ye. hehe

Blog us Fathi~http://artsdesigner.blogspot.com

01 February, 2010

Betapa mahal harga sebuah 'sabar'


Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi 30 Januari 2010 jadual penerbangan saya dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Seperti biasa, beratur di hadapan kaunter untuk proses check in. Saya tiba awal di Lapangan Terbang jadi saya antara orang yang berada di barisan hadapan.

Kakak saya dan suaminya yang tolong tempahkan tiket saya secara online. Jadi saya hanya perlu memberi kad pengenalan saya di kaunter. Tiba giliran saya, saya senyum pada petugas MAS yang manis bertudung sambil menghulurkan kad pengenalan saya.

Tetapi, senyuman saya tidak dibalas. Tidak apalah, mungkin dia sedang tekun menjalankan tugasnya, kebetulan pagi itu ramai yang menaiki penerbangan tersebut.

Selang beberapa minit, petugas MAS itu kata, nama saya tiada dalam penerbangan pagi itu. Dia tanya saya, book online ke? saya jawab, ya. Dia tanya lagi, ada print tak? saya jawab, tiada. Lepas itu dia terus cakap, nama saya tiada dalam flight itu.

Saya lihat air mukanya cukup tidak selesa. Saya minta supaya dia memeriksanya lagi sekali. Terus dia jawab, saya dah check, tak de.

Saya sedar waktu itu, saya dalam masalah bila melihat tindak tanduk petugas MAS itu seolah endah tak endah. Saya cuba berfikiran positif. Cari jalan, selesaikan. Kebetulan ada seorang petugas MAS, mengarahkan saya pergi ke kaunter sebelah untuk double check.

Petugas MAS di kaunter sebelah pula ramah dengan senyuman sambil bertanya kepada saya, ada yang saya boleh bantu? kemudian saya terangkan semuanya dan akhirnya selesai. Salinan tempahan tiket online sudah ada di tangan saya.

Kemudian saya terus beratur di barisan kaunter tadi, petugas yang sama sebelumnya. Dia tidak langsung pandang muka saya, dan berkata, dah la tak print, reference number pun tak de. Saya yang dari tadi ambil langkah berdiam dan cuba bersabar, akhirnya tidak mampu bertahan.

Saya jawab agak panjang juga. Ramai orang yang memerhatikan kami. Last sekali saya cakap, kita sama-sama pakai tudung, masing-masingla jaga adab.

Saya kesal, sepanjang saya menaiki mana-mana penerbangan, tidak pernah jumpa petugas semuram itu. Tambah saya kesal, dia tidak dapat kesan nama saya dalam penerbangan kerana jika tempah secara online, nama ayah yang akan di tulis dahulu.

Jadi dia tengok kad pengenalan saya, bukan nama ayah yang di hadapan. Dia terus cakap nama saya tiada dalam penerbangan. Sepatutnya dia lebih tahu procedur itu kerana dia adalah petugas MAS.

Lagi-lagi saya kesal, kerana hari itu, dia kurang bersabar di atas tugasnya. Benar, hati saya terguris dengan kata-katanya. Jika saya yang bersalah sekalipun, dia seharusnya bertindak lebih dewasa kerana saya yakin dia tahu tentang etika kerja.

Apapun, saya anggap ianya sebagai ujian yang sangat kecil. Tidak sebesar zarah pun, tetapi begitulah, terlalu besar harga sebuah sabar sehingga saya tidak mampu untuk berdiam diri dan sempat merasa sedikit terganggu dengan sikap petugas itu.

Saya doakan selepas ini, dia sentiasa tenang dan lapang dalam menunaikan tugasnya dan saya dikurniakan setinggi kesabaran bila berhadapan dengan situasi seperti itu.

p/s: credit to Along and her husband for helping me to book the ticket. Thanks so much..