11 December, 2010

Emneya Contest Giveaway


Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah sebuah penghargaan buat mereka yang menyambut baik, memberi sokongan dan setia membaca kisah Emneya yang saya lakarkan di sini, dengan itu saya sangat berbesar hati untuk membuat contest ini.

Syarat menyertai contest ini:

1) Menjadi follower Pena Farhana (sila nyatakan kepada saya anda follower ke berapa, sekiranya sudah menjadi follower, nyatakan username anda)
2) Link blog Pena Farhana di bloglist anda.
3) Mengikuti cerita Emneya dari part 1 dan seterusnya, dan WAJIB meninggalkan komen pada setiap part Emneya.
4) Buat entri khas tentang contest ini dan pastikan anda upload banner di atas tu (klik untuk maklumat contest)
5) Sebarkan tentang contest ini (saya akan ambil kira pemenang dengan komen terbanyak pada entri contest ini di blog anda)
6) Buat karangan ringkas dan kreatif tentang Pena Farhana dan Emneya (saya akan ambil kira gaya bahasa dan cara pengolahan entri)
7) Letak banner contest ini di entry anda dan di SIDEBAR blog anda berlink kan blog Pena Farhana.
8) Tag 5 orang sahabat anda dalam contest ini.
9) Setelah selesai semuanya, anda tinggalkan link entri contest yang anda buat itu di ruang komen ini untuk perhatian saya.

Dua orang pemenang dicari. Pemenang pertama akan menerima kredit prepaid bernilai Rm 50 dan barangan cenderahati dari negeri Sabah di bawah bayu.

Dan...seorang lagi pemenang bertuah akan dipilih mengikut kreativiti terbaik mengolah entri contest ini dan akan menerima kredit prepaid bernilai Rm 10.

Bagi penyertaan yang berada di luar negara, sekiranya menjadi pemenang, saya akan maklumkan kemudian tentang jenis dan method hadiah yang bersesuaian.

Sekiranya penyertaan menepati syarat dan piawaian, 2 orang pemenang itu akan diumumkan pada awal januari 2011 nanti.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Disember 2010

Buat semua, selamat mencuba :)

22 comments:

HASRUL NIZAM said...

Salam ziarah kak... perghh siap ade kontest ni, memang mantop arr

hairil said...

nk join...!!

tp nak adiah kete besaaaa walaupun aku kecikkk!

huaa3x

cemomoi said...

tambah sikit lagik hadiah tiket penerbangan ke sabah skali

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

waalaawweehh,,,,

banyak la pulak syarat dia,.,,huhuhu...

i'll try,,,xpenah kot join mana2 contest,,

da lama x om9,,,, memang ketinggalan abez la

nurkass said...

as salam deena..harap sihat sentiasa..thanks cos inform pasal contest ni..sib baik akak BW mlm ni..hehe..

melatidaisy said...

salam kak :)

hehee.. bilah xpenah join blog contest ni. inshaAllah kalau masa mengizinkan, bilah cuba t .. :)

da nk balik uia sok.. doakan bilah ea ..

salam rindu buat kak deena ^_^

hairil said...

Username: M.Hairil

follower ke bape ribu ntah??

:P

http://ismihairil.blogspot.com/2010/12/emneya.html

Far8 budak baik said...

wahhh line nurul slow gile..
nnti nurul wat..nak topup tu..
hihi

NICK IRFAN said...

gudluck! hehe

sahromnasrudin said...

semoga awak berjaya ya

nurkass said...

salam deena..
huh setelah berhempas pulas curi2 masa akhirnya kuar gak N3 emneya nih..huhu..

Username : nurkass

Follower : erk..tak ingat yg ke berapa..

Link : http://ilahihediya.blogspot.com/2010/12/1st-contest-giveaway-emneya.html

Afida Anuar said...

salam deena,, rajinnya buat contest...hehe...

ahaa, nampaknya saya dah kene tag dengan kass pasal kontest ni..;)

Myfrin's story said...

Salam, deena. Kak dah join contest ni.

http://jafrin67.blogspot.com/2010/12/emneya-contest-giveaway.html

Aidil said...

ala... rugi aku pakai postpaid.. kalo tidak senang2 ja 10 ringgit masuk... hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam farhana...k.atie dah join contest..jemput ziarah yer..makasih!

http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2010/12/emneya-contest-giveaway.html
ID~azatie~
FOLLOWWER NO:403

Nadiah Sidek said...

insyaAllah nnt akak join ye deena (kalau sempat nak buat karangan..uhuhu..)

Hazwan Hakim said...

nk join tp kurang tahu tp arini baru kenal penulis...kurang tahun biodata penulis..heheh

kella said...

dah join dah deena...
terima kasih kerana sudi jemput untuk join contest ini! dah lama tak join contest!

:)

take care deena!
nice to hear from u again! :D

Kakzakie said...

salam perkenalan dari kakak. kella yg memperkenalkan.... moga ada kebaikan....

Nadiah Sidek said...

akk join! harap2 betul la mcm yg deena nak..

http://ummsyuhada.blogspot.com/2010/12/emneya.html

the triplets said...

susahnya contest nih...banyk nak kena study nih...

kakyong said...

kakyong di TAG oleh nadiah.. tapi rasa mcm tak sempat la kalo nak join ni... idea tak mari ler.. hari ni pun dah last day... dah baca ke semua part 1 hingga 5.. cerita nya sungguh menyentuh jiwa... menitis2 air mata... bila nak UP kan sambungan nya... ;)