26 December, 2010

Emneya (part 4)


"hari ni hari lahir abang.." kata Emneya pada diri sendiri. Dia mahu memberikan sesuatu sebagai hadiah di hari lahir Erman. Dia mencongak sambil memikirkan apakah hadiah istimewa yang bakal diberikan pada suaminya nanti.

"cekodok pisang!" Emneya melonjak sendiri. Sudah lama dia tidak membuat cekodok pisang kegemaran suaminya itu. Emneya masih ingat dulunya Erman tidak kenal cekodok, setelah mereka berkahwin, Emneya selalu masakkan kuih itu dan Erman sangat menyukainya.

Emneya tersenyum. Hatinya berbunga bahagia bila terkenangkan telatah Erman saat-saat dulu. Tanpa berlengah, Emneya menuju ke dapur untuk membuat cekodok istimewa hari itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.50 pagi. Emneya sudah selesai membuat 'hadiah istimewa' untuk suaminya. Kemudian, tiba-tiba dia mendapat idea untuk membuat surprise di pejabat Erman. Emneya segera bersiap, dia mengenakan baju kurung corak bunga kecil berwarna lembut, bertudung dan bersolek tipis agar tidak kelihatan lesu bila bertemu Erman nanti.

Permata Holdings tersergam indah di tengah kota. Teksi yang dinaiki Emneya berhenti betul-betul di hadapan pintu besar syarikat itu. Setelah membayar tambang teksi, Emneya segera masuk dan menuju ke ruang lif. Dia menekan angka 5, di mana terletaknya pejabat Pengurusan syarikat yang diterajui Erman.

Emneya masuk ke bahagian Pengarah Urusan, Liza, setiausaha Erman berada di hadapan bilik Pengarah.

"assalamualaikum" Emneya memberi salam dengan sopan sekali sambil tersenyum manis ke arah Liza.

"walaikumsalam, ye, boleh saya bantu?" Liza bertanya.

"saya nak jumpa suami saya..dia ada?" Emneya menutur lembut.

"oh, ini puan Emneya ke?" tanya Liza. Dia seperti tergamam melihat Emneya di hadapannya. Baru kali pertama dia berjumpa Emneya, isteri Pengarah besar Permata Holdings sejak dia mula berkhidmat di syarikat itu.

Dia hanya mendengar nama Emneya melalui teman-teman sepejabat yang pernah berjumpa dengan Emneya sewaktu Erman membawa Emneya ke majlis-majlis keraian syarikat waktu dulu. "memang cantik orangnya" getus hati Liza. Dia mengakui kecantikan isteri majikannya itu.

"ye saya.." Emneya senyum lagi. Liza tidak berkelip memandang Emneya, seakan mahu terus menatap wajah comel isteri bosnya itu. Betapa lembut, cantik, jelita dan ayu sekali rupa paras Emneya, memang betul apa yang diceritakan oleh teman-teman selama ini, tidak sangka hari ini dia berpeluang menatap sendiri wajah cantik Emneya.

Dia juga telah mendengar desas desus perkhabaran tentang keretakan hubungan Erman dan Emneya, melihat sendiri kegedikan Ku Sarah, dia pasti, itu adalah antara punca keretakan mereka.

Apa yang pasti, Liza sangat suka pada Emneya. Dari senyuman Emneya sahaja, Liza berasa senang sekali. Tanpa dia sedari, sudah beberapa minit hatinya bermonolog sendiri dan Emneya hanya memerhatikannya dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

"err..maaf puan, maaf..sebentar ye" Liza baru tersedar dan segera menekan punat telefon yang bertulis 'Pengarah'. Erman menyambut di hujung talian.

"Puan Emneya datang nak jumpa Tuan" kata Liza.

"suruh tunggu kat luar" jawab Erman serius.

"baik tuan" Liza menurut.

"er..puan, Tuan Erman suruh tunggu, puan duduk dulu ye" Kata Liza sambil mempelawa Emneya ke ruang sofa.

"puan nak minum apa?" tanya Liza.

"tak apa, saya dah minum" Emneya tersenyum lagi. Manisnya isteri Tuan Erman ni.....getus hatinya lagi.

Hampir dua jam menunggu, akhirnya Erman keluar bersama Sarah di sisi. Erman menuju ke arah Emneya. Emneya yang keletihan menunggu, terlelap di sofa itu. Erman memandang Emneya. Dia kelu seketika. Tiba-tiba dia teringat sewaktu dulu, Emneya selalu menunggunya pulang sampai lewat malam dan tertidur di sofa rumah.

Melihat Emneya terlelap begitu, secebis rindu dan sayu datang mengetuk pintu hatinya waktu itu walaupun dia masih lagi marah dengan Emneya. Erman hanya berdiam diri sambil terus memandang Emneya.

"woi perempuan! sini bukan tempat kebajikan! bangun!!" suara sarah bergema. Dia geram melihat Emneya datang ke pejabat Erman. Emneya yang terkejut dengan tengkingan Sarah terjaga serta merta. Sambil menyapu matanya, dia berkelip-kelip memandang siapa di hadapannya waktu itu.

"abang..." Emneya segera bangun dan mencapai tangan Erman, disalam dan dikucupnya penuh hormat. Sarah sempat menepis tangan Emneya namun terlambat. Liza memerhatikan dari jauh adegan itu.

"maaf..neya tertidur" Emneya berkata lembut. Erman kelu. Perasaannya bercampur baur ketika itu. Lalu mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"abang..selamat hari lahir..neya buatkan cekodok pisang yang abang suka.." Emneya menghulurkan kotak cantik berisi cekodok pisang kepada Erman. Erman tidak memberi respon, tiba-tiba Sarah menepis kotak itu lalu bertaburan semua kuih di atas lantai. Erman terperanjat dengan tindakan Sarah, namun masih tidak mampu berkata apa-apa.

"kau bagi tunang aku kuih bodoh macam tu?! memang dasar kampungan!!" mulut Sarah semakin ringan menghamburkan kata-kata hinaan.

"baik kau berambus sekarang!! go to hell!!!" Sarah makin kerasukan menengking Emneya. Di tendang-tendangnya beberapa biji cekodok yang berada hampir dengan kakinya. Dia sangat membenci Emneya dari dulu hinggalah kini kerana Emneya telah berjaya memikat hati Erman, pemuda idamannya itu.

Mata Liza tidak berkelip melihat kejadian di hadapan matanya. Rasa geram pada Ku Sarah semakin meluap, rasa kasihan pada Emneya pula semakin menggunung. Emneya tunduk. Perlahan-lahan dia tunduk dan mengutip satu persatu cekodok yang bertaburan dan meletakkan semula ke dalam kotak yang di hiasnya sendiri pagi tadi.

Erman masih tetap membisu melihat apa yang berlaku, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak suka Sarah bertindak seperti itu terhadap Emneya. Setelah Emneya selesai mengutip semua cekodok itu, dia bangun dan menuju tepat di hadapan Erman.

"maafkan neya bang, neya dah ganggu masa kerja abang.." lirih suara Emneya. Dia berusaha semampu mungkin menahan airmatanya dari jatuh berguguran.

"selamat hari jadi abang..maaf..neya tak dapat bagi hadiah apa-apa.." suara Emneya semakin sayu menahan sebak. Erman masih tidak bersuara sehinggalah Emneya beredar keluar dari ruang pejabat.

"bastard!!!!" Sarah masih belum jemu menghina Emneya meskipun Emneya sudah mula beredar dari situ.

"u! dah la" setelah sekian lama barulah kedengaran suara Erman menghalang Sarah dari terus menghamburkan kata-kata nista. Itupun setelah Emneya pergi dari situ. Erman terganggu dengan apa yang berlaku. Dia serba salah. Bila mengingatkan gambar dan video itu, egonya menempel kuat di hati. Dia tidak mahu sesekali meruntuhkan tembok egonya demi seorang Emneya yang baginya sudah berubah sikap.

Akan tetapi, sayu tetap ada bila melihat Sarah menghina Emneya sebegitu. Erman dilanda kecamuk yang berterusan.

"i tak sukelah perempuan tu, tak tahu malu, berani betul datang sini bawak kuih macam tu! ingat u ni ape, buruh kasar ke?!" Sarah sudah mula bising.

"u baliklah dulu, i ada kerja nak siapkan ni" kata Erman. Dia sengaja memberi alasan kerana hatinya ingin bersendirian waktu itu.

"sayang..u okey tak ni?" tanya Sarah dengan suara lenggok seribu. Liza yang masih memerhatikan rasa meluat dengan sikap mengada-ngada Ku Sarah itu.

"okey..i okey" jawab Erman pendek.

"okey, nanti balik keje ambik i ye,kite gi dinner kat waterfront tu" kata Sarah.

"ye" Erman hanya mampu setuju untuk mengelakkan Sarah 'berleter' makin panjang lebar.

"tadi bukan main bengis! sekarang lembut tulang dari lidah!" kata Liza sambil menjuih bibir. Setelah Ku Sarah beredar, Erman masuk semula ke biliknya. Dia menuju ke tingkap pejabat dan terpandang Emneya melangkah perlahan menuju ke perhentian bas berhadapan sedco yang terletak berhampiran Permata Holdings.

Kotak berisi cekodok masih di tangan Emneya. Erman teringat semula kejadian tadi. Kali ini, dia benar-benar sayu. Rasa kasihan bersarang di hatinya. Erman menyoroti langkah lesu Emneya hinggalah Emneya menaiki bas dan hilang dari pandangannya.

Erman duduk dan mencapai gambar Emneya di dalam laci. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama gambar isterinya itu berada di dalam laci mejanya. Dulu, gambar itulah menjadi penghias mejanya setiap hari, namun sekarang tidak lagi.

Ditenungnya wajah ayu Emneya. Kisah dulu terimbau kembali saat dia mula-mula mengenali Emneya. Terlalu panjang kisah itu dan satu hembusan nafas yang sangat berat dilepaskan. Dia sendiri mengakui, dia dan Emneya tidak sebahagia dulu.

Erman tertunduk dan kini tanpa dia sedari, potret kecil Emneya berada erat dalam dakapannya.

*bersambung*

10 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam deena..dah kuar siri ke4 yer!bestnya...!sedihnya, bila neya diperlakukn camtu...sampai hati Erman tidak mempertahankn neya dr cacian sarah yg gedik tuh!

hairil said...

kuang hajau punya pmpuann!!

brani dia hina makanan bangsawan sniri!!

(sambil hentak lappy 3x)

eeeiiyaaahhhh!!!
(terajang meja 2x)

adooooooooiii~.... :(

tak silap aku sekodok penah masuk show cep wan...femes pa cekodok..cedaaaaap

~CiK TiNieY~ said...

cekodok mmg sedappp...hehehe

sambung cepat akk...;)

Myfrin's story said...

Aduuiii..tingginya ego Erman tu, kesian Emneya....:(

Naimah SiDiK said...

menitis air mataku .... sobb sobbb ........

nurkass said...

emm..hela nafas panjang la plak..kenapalah si erman tu berdiam diri jek..grrr..

cemomoi said...

cekodok memang sedap!

ummu said...

mengapa berdiam
sedangkan dalam hati
masih berkobar
cinta nan suci
begitulah kehidupan ini,kan farra

ada kesedihan,ada gembira
dan yang penting perjuangan dan pengorbanan

kella said...

sedih... :( sian emneya diperlakukan sebegitu... begitu penyabarnya neya tu..

cun09 said...

salam deena...

maaf teeerrrlambat...tp tetap setia membaca ^_^

egonyeee sang lelaki eeeaaakkk...