05 May, 2014

Kejohanan Bowling Pertama.




Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama kali saya menyertai Kejohanan Bowling Majlis Kakitangan Kerajaan Sabah tahun ni. Mula-mula dulu saya hanya jadikan bermain boling sebagai satu hobi dan cara release tension, tapi tidak sangka saya ter'serius' pula dalam sukan boling.

Saya mewakili Jabatan Pelajaran Sabah. Tapi adat bertandinglah...ada menang ada kalah, dan yang kalah tu team saya. hihi

Tapi dapat pengalaman bertanding tu paling penting. Lagipun saya masih sangat baru dalam boling, terlalu banyak perkara yang saya kena belajar daripada bowler2 yang sudah hebat dan berpengalaman terutamanya bowler wanita Sabah yang sudah banyak kali mewakili Sabah ke Maksak Malaysia di Kuala Lumpur.

Bila bermain boling, dan ingin menyertai mana2 pertandingan, coaching itu perlu dan study lane condition sebab setiap balingan yang cantik adalah dari kepakaran kita membaca keadaan oil lane. Saya belum pandai, jadi kejohanan baru2 ini sepertinya lane tidak menyebelahi saya kerana saya hanya bergantung kepada jenis balingan baby hook yang saya training sebelum ini.

Apapun, saya seronok dan dapat banyak pengalaman first time masuk tournament bowling :) Tahun depan insha Allah usaha lagi.

29 April, 2014

Rindu Pena.


Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga Allah memberi kekuatan dan istiqamah untuk menulis perkara yang baik-baik. Apa khabar dunia blog? Pastinya saya sudah terlalu jauh ketinggalan. Semoga enjin baru dan semangat yang tiba-tiba datang ini mampu jadi pemangkin untuk menjaga ruang coretan ini.

Pena yang sangat berdebu untuk disentuh kembali, pena yang terlalu bersawang untuk digapai kembali, tapi tak apa, saya akan bersihkan debu-debu dan sawang itu, belai kembali dan harus saya ingat 3 perkara dalam dunia menulis.

1. Mudah

Kenapa mudah? kerana ini zaman teknologi. Menulis dan update blog tidak semestinya kena buka laptop atau on komputer. Smartphone pun boleh..jadi, sangat mudah walaupun hanya tulis, 'Apa khabar kawan-kawan?' dan klik 'publish'. Mudah kan.

2. Ringan

Sudah tentulah ringan, smartphone usung ke sana ke mari. Betul tak? alah, laptop kecik pun ada. gajet je berlambak, bertimbun-timbun alat-alat canggih nak buat apa kalau tak guna. ehem, pandainyeeee cakap..

3. Serius

Bab serius ni saya lebih suka zahirkan dengan perkataan konsisten atau pun istiqamah. Apa sahaja pekerjaan yang baik haruslah dengan sifat istiqamah. Semoga hari ini memberi nafas istiqamah untuk saya berkongsi idea-idea dalam blog saya ini.

Sungguh, saya terlalu rindu mencoret di blog seperti dulu. Punya rakan-rakan blogger yang baik hati dan saling bertukar pendapat. Maka, rindu ini saya luahkan hari ini semoga idea mengemaskini blog sendiri berterusan tanpa henti.

Satu sapaan istimewa buat semua follower Pena Farhana yang disayangi semua,

Apa khabar kawan-kawan Pena?

:)

24 November, 2012

Topup rohani

Santapan rohani pagi.

Akhir-akhir ini saya menghadapi kecelaruan emosi. Suami saya tidak lama lagi akan berangkat semula ke Mesir meneruskan agenda pencarian ilmu. Tipu kalau saya kata tidak sedih bila memikirkan akan berjauhan lagi, tetapi saya akan sentiasa meredhai dia kerana itu adalah satu tuntutan di sisi agama.

Saya berfikir, adakah aku ini bersedih-sedihan, emosi turun naik hanya dsebabkan suami akan berangkat demi sebuah ilmu?

Celaru. Saya bermunajat hina di hadapan Allah. Kotak fikir saya ligat berpusing mencari punca. Kemudian terbentang jelas di gambaran mata saya segala penderitaan rakyat di bumi Gaza, Syria, serta Rohingya.

Akhirnya saya tahu punca kecelaruan ini. Rohani saya tidak merasai fana' dunia sepertimana rakyat di Gaza. Fana' dunia ini bermakna, dunia ini tidak memberi erti apa-apa. Rohani saya biasa-biasa saja. Kenapa biasa saja? kerana saya tidak dibentangkan dengan peperangan di depan mata, saya hidup penuh nikmat, bila lapar, saya boleh makan apa sahaja, bila mengantuk saya boleh tidur bila-bila masa sahaja. Tidur pula beralaskan empuknya tilam dan bantal.

Saya monolog lagi di hati. Kenapa? adakah aku ini inginkan negara yang berperang?? tumpah darah terkorban nyawa? adakah aku tidak bersyukur Malaysia yang ada sekarang?

Bukan. Bukan itu maksud hati saya. Lama saya terdiam. Foto-foto bumi Gaza yang dibom, bayi dibunuh, ibu dikelar, semuanya saya tatap satu persatu. Saya doa dalam hati, Ya Allah, tunjukkan aku apa yang aku tidak sedari, tunjukkan aku apa yang aku tidak ketahui, pimpin aku ke jalan yang benar kepada Islam.

Akhirnya pagi ini suami sudi mengisi rohani saya dengan tazkirah yang lembut namun cukup terkesan di hati. Saya sudah rasa tenang dan lega.

"beruntunglah Gaza dan Syria, Allah dah sediakan istana untuk mereka di Syurga. Mereka tersiksa di dunia, tapi tidak di akhirat. Syahid ni, hanya orang terpilih je Allah bagi. Sesiapa yang dapat syahid, dia tak akan dihisab dah, automatik terus masuk syurga.

Umpamanya kalau lalu tol, kita-kita semua ni beratur nak lalu tol, orang yang mati syahid, ada jalan istimewa tak payah beratur tunggu. Terus jalan je masuk istana yang Allah dah sedia. Betapa tinggi dan indah anugerah Allah untuk orang-orang yang dikurniakan syahid ni.

Zaman nabi dulu, sahabat-sahabat yang kaya, bila dapat harta, mereka akan secepatnya melepaskan harta tu dari diri mereka dengan melakukan infaq kepada fakir miskin kerana orang kayalah paling banyak lalu checkpoint kat mahsyar nanti sebab Allah nak hisab satu persatu harta tu semua belanjakan kat mana.

Sayang, kalau satu hari Allah uji kita dengan banyak harta, doa selalu moga kita berdua jadi manusia yang sentiasa mahu berinfaq di jalan Allah.

Sepuluh ringgit kita bagi ikhlas kat peminta sedekah, sepuluh ringgit itulah milik kita di akhirat nanti. Satu ribu kita bagi ikhlas kat keluarga kita yang susah, satu ribu itulah harta kita di akhirat, sepuluh ribu kita bagi ibu bapa atau orang miskin untuk tujuan membantu mereka, sepuluh ribu itulah harta abadi kita di akhirat.

Ingat selalu, apa-apa sahaja yang kita bagi ikhlas kat orang, itu semua akan menjadi milik kita di akhirat. Abang nak kita dua ingat selalu PERBANKAN AKHIRAT ini. "

Saya bersyukur, masih ada sisa nafas untuk terus menghayati betapa indahnya ISLAM. Mari wahai sahabat semua, beringatlah. Gaza tersiksa di dunia, tetapi hamparan mahligai menanti mereka semua di akhirat. Kita pula hidup penuh nikmat, bercampur baur dengan hiburan melalaikan, lagha yang tidak sudah-sudah, serta maksiat di sana-sini. MAKA di akhirat kita tidak akan bersama Gaza meniti mahligai indah, tetapi kita kena beratur untuk dihisab, adakah SYURGA atau NERAKA!

Mari sama-sama hayati hidup kita di tahap mana, iman kita bagaimana, semoga di akhirat kelak kita umat yang tidak rugi.

Terima kasih suami yang sentiasa ajar saya.

ALLAHUMMANSUR IKHWANANA FI FALASTIN!
ALLAHUMMANSUR IKHWANANA FI FALASTIN!
ALLAHUMMANSUR IKHWANANA FI FALASTIN!

11 April, 2012

Maafkan Ibu


Bismillahirrahmanirrahim. Moga lenggok pena maya saya yang hina ini berlabuh hanya pada redho Rabbul Izzah.

"Maafkan Ibu"

Mentari indah pagi itu tidak seindah hati Johan yang berbalam. Di tatapnya berulang kali surat jemputan untuk hari konvokesyennya ahad ini.

'Ayah dan Bonda jemputan terhormat..' dia tidak menghabiskan bacaannya seperti sebelum ini. Ahh. Rimas dirasakan. Kenapa mesti ada surat jemputan ini?? mengapa pihak universiti mewajibkan kehadiran ibu bapa?? soalan itu bertalu menghenyak akal fikirannya.

"tahniah johan, kau memang hebat!" ucapan tahniah itu diterimanya dari rakan-rakan sepanjang hari dia berada di kampus.

Memang sudah diduga, Johan Afzan Hashim akan dianugerahkan sebagai calon paling cemerlang Universiti Kebangsaan Malaysia kerana kehebatannya dalam akademik dan bidang-bidang lain.

Dia meraih pointer tertinggi dalam peperiksaan akhir dalam misinya memburu segulung ijazah. Dia juga dinobatkan sebagai Pelajar Terpintar rantau asia tenggara apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia dalam Pertandingan Inovasi Gerak Belia Asia Mahasiswa. Namanya menjadi sebutan, kejayaannya diraikan dan dibanggakan.

Jauh di pinggir desa, sepasang wajah tua tersenyum bahagia melihat kejayaan sang anak mempersembahkan kehebatan demi kehebatan kepada dunia.

********************

"KRINGG KRINGG" deringan telefon memecah bunyian unggas di teratak usang milik mereka.

"Tuan dan Puan dijemput hadir ke majlis konvokesyen UKM ahad ini sebagai tetamu terhormat, tahniah atas kejayaan anak Tuan dan Puan" wakil dari pihak universiti menghubungi ibu dan ayah Johan untuk menjemput mereka hadir di majlis itu.

Senyuman dan ucapan syukur silih berganti meniti dibibir tua mereka berdua. Anak satu-satunya kini bersinar bak kemilau permata.

Hari ini kepulangan anak yang tercinta, dalam hati ibu dan ayah, pastilah pulangnya untuk menjemput mereka untuk ke majlis bersejarah itu.

"ibu tak payah pegi lah!" tinggi suara Johan. Keningnya berkerut seribu, tiada senyum diukir.

"kenapa tak kasi ibu kamu pegi?" tanya ayah Johan. Dia sudah menjangka anaknya pulang dengan wajah suram.

"tak de apelah, ibu tak payahlah pegi, nanti letih, KL tu jauh!" Johan mencipta alasan. Si ibu hanya diam tetapi ada senyuman salju menyambut kata-kata anaknya.

"sebab kamu malu ibu kamu buta kan?" tanya ayah Johan lagi. Johan senyap.

"kamu malu sebab ibu kamu buta kan??" kali ini suara ayah Johan lebih tinggi. Seakan mencabar ego anaknya.

"ye!! Johan malu!! kawan-kawan Johan, semua mak diorang sempurna!! tak buta macam ibu!!!" Johan membentak.

"ayah lagi malu ada anak macam kamu Johan, ayah tak tahu macam mana kamu boleh jadi pelajar cemerlang, ayah hairan sungguh" suara ayah Johan perlahan, tetapi ada nada kesal dari seorang ayah.

"tak apa lah bang, jangan marah Johan.. tak apa nak, ibu tak pegi ye, jangan muram macam tu, nanti nak terima anugerah mesti ceria.." kata-kata lembut ibunya menyapa telinga. Johan senyap seribu bahasa, tetapi rasa lega bertakhta di hati. Sekurangnya dia tidak perlu lagi untuk menebalkan muka di hari konvokesyennya nanti.

Hari penganugerahan berlangsung dengan linangan airmata gembira dari seorang ibu di beranda usang. Hanya ayah Johan menjadi tetamu terhormat, namun, saat nama sang anak dilaung bangga, airmata kesedihan seorang ayah bercucuran mengenang hakikat budi rendah seorang anak terhadap ibunya.

Tiada seinci pun rasa bangga di hati ayah Johan. Selepas majlis itu, dia tidak menunggu lama, terus meminta diri untuk pulang ke kampung kerana risau isterinya yang buta sendirian di rumah.

*****************************

Kini Johan adalah seorang usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya serta sudah beristeri. Empayar perniagaannya mencipta kejayaan demi kejayaan bertali arus, title usahawan muda jutawan menjadi kebanggaannya setiap hari. Di tambah pula, dirinya telah menjadi menantu kebanggaan buat Tan Sri Hanafi, menteri di jabatan Perdana Menteri.

Sepanjang itu juga, Johan tidak pernah pulang ke kampung, apatah lagi membawa isterinya bertemu kedua orang tuanya. Masyarakat mencela sikap Johan yang tidak mengenang budi, tetapi sang ibu tampil membela dengan penuh rasa kasih buat seorang anak.

Ibunya menanggung nestapa rindu yang tiada berkesudahan. Anak satu-satunya yang ditatang sejak lahir ke dunia tiada di sisi di hari-hari tua. Sakit menimpa sang ibu berbulan lamanya, digagahkan kudrat untuk setia menanti kehadiran sang anak yang dirindui. Namun, takdir Allah tiada siapa mampu mengubah, ibu Johan menghembuskan nafasnya yang terakhir diribaan suami tercinta.

Ayah Johan redha atas pemergian isterinya dengan linangan airmata. Hendak disusun langkah bertemu anak di hari pemergian sang ibu, sungguh dia tidak berdaya. Akhirnya ibu Johan dikebumikan dengan seribu kesayuan penduduk kampung.

Minggu berikutnya, ayah Johan mengemaskan langkah mengumpul sejuta kekuatan menyembah anak durhaka, demi kasih buat Allahyarham isteri yang telah bersemadi.

Sri Kencana Holdings tersergam indah di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ayah Johan menyusun langkah perlahan masuk ke bangunan megah dan mewah itu. Dia segera bertemu seorang wanita yang berada di kaunter dan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan anaknya Johan.

"encik dah buat temujanji?" tanya wanita itu.

"tak ada, saya tak dapat hubung dia kat telefon, jadi saya datang sini saja" jawab ayah Johan sopan.

"maaf encik, Tuan Johan ada meeting penuh hari ni" kata wanita itu.

"tak apa, saya tunggu kat sini saja" jawab ayah Johan.

Seharian ayah Johan menunggu di ruangan bawah bangunan. Dia hanya keluar mencari musolla untuk menunaikan solat jamak dan menunggu semula di ruangan itu dengan penuh sabar. Lapar di perut seolah tidak terasa.

Jam senja sudah berlabuh, ayah Johan masih setia menunggu. Akhirnya Johan dan beberapa orang kanannya keluar melintasi ruangan tempat ayahnya menunggu.

"Johan!" ayahnya memanggil. Johan terkejut melihat ayahnya ada di hadapan. Johan segera meminta izin dari rakan lain dan membawa ayahnya ke sudut ruangan bangunan itu agar jauh dari pandangan orang.

"buat apa ayah datang sini??" tanpa bertanya khabar, Johan mengajukan soalan itu. Hati seorang ayah sudah tidak tertahan melihat anak yang hilang adab susila.

"terima kasih sebab kamu masih kenal ayah, ayah datang nak bagitahu ibu kamu dah tak ada, ibu kamu dah pergi buat selamanya, ayah datang bukan nak tagih apa-apa dari kamu, ayah cuma minta beberapa minit masa kamu hari ni dan lepas ni ayah tak jumpa kamu pun tak apa lah" perlahan suara ayahnya tapi jelas dia menahan sebak, airmata sudah bertamu, tapi dikesat airmata itu dengan hujung lengan baju yang lusuh.

Saat itu Johan terdiam.

"ayah nak sampaikan pesan ibu kamu, sebelum ibu kamu pergi, dia minta ayah cakap ni pada kamu, maafkan ibu yang buta, ibu halalkan air susu ibu, ibu ampunkan semua dosa kamu, ibu doakan kamu jadi anak yang mengenang Allah dan tau erti budi" sejenak ayah Johan terhenti, mengesat lagi airmata yang tumpah.

"Johan, setelah sekian lama ayah pendam rahsia ini, tapi hari ini biar kamu tahu, supaya ayah masih boleh berharap kamu jadi insan yang tau diri...dulu kamu lahir ke dunia, mata kamu buta, ibu kamu yang hadiahkan mata dia untuk kamu sebab ibu tak sanggup kamu membesar tanpa melihat dunia..mata kamu sekarang itu adalah mata ibu kamu yang kamu selalu rasa hina dengan dia.." ayah Johan menangis. Rindu pada isterinya semakin mendalam.

"semoga kamu jadi manusia yang tahu diri, itu saja yang ayah nak cakap kat kamu, ayah minta diri dulu, assalamualaikum" lengan baju yang lusuh kini basah dengan airmata, ayah Johan melangkah meninggalkan anaknya dengan kesedihan berlipat ganda.

Seperti petir menyambar segala urat tubuh, Johan menangis buat pertama kali. Seluruh tubuhnya menggeletar dan penyesalan yang hadir umpama gunung menghempap badan. Sesak dan sempit dirasakan, pinar mata mengiringi tangisnya senja itu bersaksikan Kencana Holdings yang gah namun berlitupkan kelana airmata pemiliknya yang tiada berpenghujung.

Tamat.

P/s: Semoga saya dan semua anak-anak di luar sana sepenuh jiwa menghargai ibu dan bapa masing-masing.

16 January, 2012

Emneya (part 8)


Perkahwinan Syed Erman dan Ku Sarah kini menjadi sebutan seluruh warga kota. Perkahwinan seorang ahli perniagaan terkenal, pasti semuanya tidak sabar menanti hari bahagia itu tetapi tidak bagi Erman. Dia langsung tidak berhati untuk melangsungkan rencana perkahwinan yang sudah disepakati oleh kedua belah pihak.

Hati dan otaknya kini berpusat pada Emneya seorang. Celaru yang dia pernah lalui selama berkecimpung dalam dunia bisnes tidak setanding dengan celaru hatinya waktu itu. Ini bukan soal bisnes syarikat, bukan soal untung rugi dan harta, tetapi soal hidup mati wanita pertama yang dicintainya yang kini bergelar isteri.

Segala tanggapan negatif dan buruk sangka di hatinya terhadap Emneya sebelum ini lenyap sama sekali, yang tinggal hanya cinta dan kasih buat isterinya itu. Ibarat cinta mekar semula, hati seolah tidak mampu menerima sebarang perpisahan.

Erman merenung lantai bilik berjubinkan rona bunga, dulu bilik itu menjadi saksi teguhnya kasih terhadap Emneya. Di bilik itulah terlakar kenangan manis dan telatah lembut isterinya itu. Masa dan saat itu sudah terlalu mustahil untuk diulang kembali. Airmatanya bergenang lagi.

*******************************

Pagi itu Erman tekad memberitahu mamanya bahawa dia ingin membatalkan perkahwinan dengan Sarah. Di meja makan, mereka bersarapan bersama, Syarifah Nur Zalia sibuk bercakap tentang persiapan majlis resepsi Erman dan Sarah.

"mama nak buat majlis resepsi man dengan sarah kat Pavilion Hotel, Raflesia Hall tu besar, lengkap, senang nak buat majlis, meja tetamu boleh.."

"man nak cakap sesuatu dengan mama" belum sempat Syarifah Nur Zalia menghabiskan kata-katanya, Erman sudah mencelah.

"what is it?" Syarifah Nur Zalia mengangkat kening, sambil matanya seakan terbeliak.

"man tak nak kawin dengan Sarah ma.." setelah kekuatan dikumpul sepenuh hati, akhirnya terpacul juga ayat itu di depan mamanya.

"man jangan nak buat hal!! dengar ni, kiamat sekalipun man mesti kawin dengan Sarah, faham?!!" suara Syarifah Nur Zalia bergema mengejutkan penghuni di dalam banglo itu seraya berdiri meninggalkan Erman berseorangan.

Beberapa minit kemudian, kelihatan mamanya turun dari tingkat atas bersama beg tangan tergantung di bahunya menandakan dia akan keluar.

"pegi jumpa Sarah and decide invitation!!" pesanan keras Syarifah Nur Zalia kepada Erman sebelum keluar dari rumah. Erman sekadar membatu di meja makan, matanya jatuh ke pinggan berisi roti bakar. Tidak disentuh pun makanan itu.

Erman berdiri kemudian menuju ke bilik belakang, ingin bertemu Emneya. Dilihatnya Emneya tekun membersihkan halaman belakang dapur. Sambil duduk Emneya mencabut rumput yang tumbuh meliar di kawasan tepi pasu bunga. Mukanya semakin hari tampak pucat dan tidak bermaya, namun dikerah tenaga yang ada untuk membuat apa sahaja jenis kerja di rumah itu.

Erman memandang sayu ke arah Emneya. Dia menghampiri Emneya dan duduk betul-betul di hadapan isterinya itu. Di raih tangan Emneya dan mengelus lembut. Emneya senyum bila menyedari kedatangan suaminya.

"neya dah makan..?" perlahan suara Erman.

"dah tadi....." jawab Emneya lembut sambil bibirnya mengukir senyum. Mendengar suara Emneya, Erman jadi bertambah sayu. Tidak dapat ditahan-tahan rasa sayu itu, matanya sudah mula berkaca, ditahannya air itu agar tidak memecah benteng yang menghalang airmata itu jatuh.

Erman mendongak ke atas sambil mengelipkan mata beberapa kali agar airmata teduh kembali. Jemari Emneya masih dipegangnya erat.

"abang nak bawa neya jumpa doktor..abang tak nak neya sakit.." redup suara Erman, namun dia berusaha menghidupkan harapan yang semakin sirna.

"neya tak apa-apa bang, neya sihat..abang jangan risau ye.." wajah pucat itu cuba memberi keceriaan buat sang suami.

"neya...maafkan semua salah abang ye, abang nak sama-sama neya selalu lepas ni" bibir Erman bergetar menahan sedih.

"abang nak selalu dengan neya.." semakin perlahan suara Erman.

"neya..janji dengan abang, walaupun abang kawin dengan sarah, abang nak neya selalu ada dengan abang..janji ye.." Kali ini tidak ditahan airmata yang bergenang, ia gugur jatuh tepat di jemari Emneya sewaktu Erman mengucup tangannya yang halus. Emneya mengangguk sambil mengusap rambut suaminya dan berdoa di dalam hati semoga suaminya tabah menghadapi saat yang sukar ini.

*********************************

Majlis perkahwinan besar-besaran telah tiba, pernikahan Erman dan Sarah akan berlangsung pagi itu di kediaman mewah milik keluarga Sarah.

"Erman! faster! kita nak bertolak cepat" laung Syarifah Nur Zalia dari tingkat atas. Erman yang sudah lengkap berbaju melayu satin putih hanya mendengar kosong kata-kata mamanya. Airmata bertamu sejak semalam, tidak mampu dibendung rasa pilu di hatinya.

Emneya tidak dibenarkan untuk ikut serta ke majlis itu. Dia hanya mampu bersabar dengan semua ketentuan di hadapan hidupnya. Dia masih terus membuat kerja-kerja yang sepatutnya di dapur.

Mek Jah juga merasa sedih sekali melihat situasi yang berlaku, namun dia tidak berdaya menyatakan apa-apa kerana dia hanyalah seorang tukang gaji di rumah itu.

Syarifah Nur Zalia, Syed Hanif dan Mek Jah sudah sedia untuk bertolak, pemandu peribadi Syed Erman juga sudah menanti. Erman berlari menuju ke belakang mencari Emneya, airmata sudah menitis ke bumi. Dia mendapatkan Emneya. Emneya senyum memberi semangat buat suami tercinta. Senyuman itu menambahkan lagi kesedihan yang berlipat ganda.

Erman merasakan seolah dia akan pergi jauh dari Emneya, sungguh. hatinya sedikit pun tidak merasa gembira dan bahagia. Tambahan lagi melihat wajah pucat isterinya yang tidak sihat, Erman merasa seperti petir sedang merentap tulang-tulang badannya.

"neya.." Erman memeluk isterinya erat.

"neya tunggu abang balik ye..." bisik Erman perlahan ke telinga Emneya. Airmata Erman semakin deras.

"tunggu abang ye..." suara tangisnya kedengaran.

"abang jangan nangis..." lembut Emneya memujuk, tapi airmatanya juga sudah berguguran.

"tunggu abang ye..." Erman teresak perlahan sambil disentuh kedua belah pipi Emneya. Diusap lembut ubun-ubun isterinya dan mengucup dahi Emneya penuh kasih.

"abang sayang neya..tunggu abang balik ye..." di dakap erat isterinya seolah tidak mahu melepaskan. Erman tahu, beberapa saat lagi mamanya akan menjerit memanggil.


"abang balik nanti...neya tunggu ye.." Erman memberi sinar pengharapan. Dia mahu hatinya kuat pagi itu demi janjinya untuk pulang bertemu Emneya semula.

Erman sekuat hati melepaskan dakapan sambil mengucup jari-jemari Emneya. Emneya melangkah keluar menghantar suaminya dengan doa semoga segalanya berjalan lancar. Kaki Emneya terus melangkah ke jalan hadapan kawasan rumah sehingga kereta yang membawa mereka hilang dari pandangan.

Waktu itu dia merasakan sunyi. Rindu terhadap suaminya semakin kuat. Fikirannya terbang, hanya Erman dalam ingatan. Tanpa disedari, dia melangkah lebar ke tengah jalan, tanpa diduga, sebuah kereta laju melintasi kawasan kediaman lalu merempuh tubuh kecil Emneya.

Emneya terbaring dengan darah berlumuran, anak matanya masih sedar dan hatinya masih setia memanggil sayu nama suaminya, Erman.

*bersambung



12 December, 2011

Lafaz Sakinah



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, sudah sebulan lebih saya menjadi isteri kepada Mohammad Hairil Abd Rahim. Saya meniti suatu perjalanan yang panjang untuk mengukir semula senyuman, dan Allah sentiasa adil kepada semua hambaNya.

Saya bahagia dengan anugerah Allah ini. Terima kasih ya Allah :)

InsyaAllah, saya akan lunaskan semua hutang tertunggak terhadap Pena Farhana selepas ini, wait ya..

11 October, 2011

Pemenang Emneya Contest


Bismillahirrahmanirrahim..

Terbiar lagi, lagi dan lagi. Maaf ya..

*Pemenang pertama sebenarnya Nurul, kerana penyertaan entri kontesnya amat menepati kehendak saya..tetapi disebabkan dia adik saya, tak apalah, boleh bagi hadiah bila-bila. kan nurul..so, congrats to you dear! nanti i bagi special present yaa~ ini entrinya:


Oleh itu saya nak ucap setinggi-tinggi tahniah buat 2 pemenang ini.

Pemenang pertama:

(Kella)

Pemenang kedua:

(Hairil)


dan dua orang lagi pemenang bertuah di mana mereka ini manis sekali di hati saya:

(Kak Nurkass)

(Kak Atie)


Tidak lupa sekalung penghargaan buat semua peserta, saya amat menghargai anda semua.



Semua pemenang di minta untuk emelkan pada saya nombor telefon bimbit prepaid ke emel saya deenafarhanaz@gmail.com untuk proses penganugerahan hadiah. Terima kasih atas sokongan anda semua :)

08 August, 2011

Mencari Pemenang Emneya contest


Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua? Selamat menjalani ibadah puasa, moga semua amalan baik kita diterima sebagai amal jariah di sisiNya. Jari saya jadi makin kekok menaip untuk update blog ni, malu ada, segan pun ada.

Saya rindukan saat dulu, riang menulis apa sahaja. Tapi saya akur dengan kudrat diri yang begini, tunduk pada keadaan dan situasi. Apapun, saya terharu, tiap kali buka blog ni, masih ada sahabat-sahabat yang setia bertandang ke Pena ini. Terharu sangat:(

Tentang Emneya, pertama sekali saya minta maaf sangat atas keterlewatan ini, episod Emneya pun belum selesai lagi. Terima kasih pada semua peserta contest yang masih setia menepek banner Emneya di blog anda, saya pasti akan sangat-sangat menghargai anda semua.

Saya sedang berusaha menghabiskan baris-baris akhir kisah Emneya, Insha Allah, jika diizinkan Allah, Emneya akan terbit dalam bentuk buku. Saya tak pasti lagi, samada akan terus update part Emneya di blog ini atau tidak, ianya masih dalam pertimbangan dan saya akan khabarkan dari semasa ke semasa.

Dengan itu, saya kini dalam pencarian memilih Pemenang untuk Emneya Contest, Insha Allah minggu ni saya selesaikan, kena baca balik semua entri penyertaan dari para peserta, sesiapa yang masih nak edit, sila edit sebelum saya baca.

Terima kasih kerana setia menunggu:)

25 June, 2011

Repost- Antara Tadbir dan Takdir


Bismillahirrahmanirrahim..

Di persinggahan dunia ini, manusia tercipta dengan berbagai kemahuan serta keinginan. Itulah rencam. Semuanya diatur dan diolah mengikut kehendak batin dan jiwa.

Apabila yang diolah menghasilkan satu lakaran keinginan, cantik dan tepat pada waktunya, bibir menguntum seribu senyuman, hati pula melonjak keriangan. Itu tandanya tadbir dan takdir seiringan lalu tercipta kebahagiaan.

Namun, bagaimana pula jika tadbir tidak seiringan dengan takdir? puas diolah, puas diatur, puas di susun, akan tetapi pengakhirannya tetap bukan kehendakmu. Di sini iman diuji. Berat terasa, lenguh di jiwa.

Tidak habis merintih, kenapa dan mengapa harus diuji begini. Mengharap jawapan pada siapa? ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya. Ada insan sedih meruntun hati.

Dikala merasa langkah kehidupan tidak seiring dengan kemahuan, yakini hanya satu. Allah menanti permohonan kita. Rintihlah padanya kerana Dia memang menanti rintihan kita. Rayulah padanya kerana Dia memang menanti rayuan kita.

Sesulit dan sesukar apapun, ruang untuk menadah dan meminta pada Nya terbentang luas. Dia yang memiliki segala tadbir alam dan ketentuan. Dia yang berkuasa atas segala isi langit dan bumi. Dia yang memberi izin, segala sesuatu terjadi.

Usah diratapi jalan hiba yang sedang kau tempuh, tetapi rianglah kerana ruang permohonan terbuka seluas lautan. Mohonlah, agar segala tadbir hamba kita Dia serasikan dengan takdir agungNya.

Jalan ini yang harus kau tempuh, teguhlah pada kalimahNya, serulah hati mereka. Moga Allah memberi nusrah terindah.

13 June, 2011

Kawin tu senang, tapi tidak mudah.


Bismillahirrahmanirrahim.

Orang kata perkahwinan ini mudah, tetapi kenapa ada yang bercerai? Orang kata perkahwinan ini susah, tetapi ramai pula yang nampak mudah berkahwin.

Kawan-kawan saya yang belum berkahwin selalu call saya, "tolooongg! aku nak kawin weii!" Saya tiada jawapan sebab saya pun bukan orang yang layak berbicara soal kawin. Hanya mampu doakan yang baik-baik saja.

Hidup masih panjang jika diukur secara kasar, apa yang pasti, saya mengharapkan yang terbaik di hadapan.

Perlu sejuta semangat untuk terus bekerja demi sebuah bekal hidup ke akhirat. Tidak perlu toleh ke belakang kerana ianya hanya membekas derita.

Yakin, ada hidup buatmu!

26 May, 2011

Saya jumpa Emneya!


Bismillahirrahmanirrahim..

Best nya semalam jumpa Emneya! Betuuul..

Nanti saya cerita.

Tak percaya? tunggu.....

P/s: Saya akan jawab komen-komen sahabat bila saya lapang, terima kasih masih sudi menjengah Pena Farhana :))

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah. Serius. Saya betul-betul terkejut bila baca entri blogger Ismihairil tadi. Nampak je gambar kaabah yang di edit begitu dada saya berdegup kencang. Ya Allah..ya Allah..ya Allah.....sesungguhnya Kau Maha Besar, azablah perbuatan manusia laknat ini. Saya teramat sedih. Buka mata wahai pejuang-pejuang Islam, lihat agama kita sedang dipersenda!

Bawah ni saya post semula entri beliau, terima kasih kerana memberi izin.

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Segala puji bagi Allah, dariNya kita memohon pertolongan, perlindungan, petunjuk jalan. Aku bersaksi tiada Tuhan kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, yang diutuskan kepada umat akhir zaman, agar semua dalam cahaya dan selamat dari kegelapan.

O Allah..Kau lengkapkan dalam hati kami ini cinta kepada kekasihMu yang mana tiada yang lebih hebat selapas dari itu melainkan rasa cinta dan rindu kepada Baginda SAW.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kalian cintakan Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni segala dosa kalian, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." -Imran, 31

Sidang pembaca yang beriman,

Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara semoga Allah melaknati segala perbuatan kejinya terhadap kemuliaan Baginda SAW, suami kepada Khadijah al-Kubro dan Aisyah ar-Ridho serta bapa kepada Fatimah az-Zahra, Allah meredhoi mereka semua ini.

(cam khutbah plak,maaf kalo terboring :P )

Aku x mau ulas siapa sebenar makhluk yg bernama Hajjah Siti Al-Wuzara, adakah dy laki atau pompuan, muslim or non, apa tujuan dy mencarut dalam urusan aqidah Islam masih tak dapat nak dibongkar lagi.



Kalau nak maki tahap cibai &%$#@@! pun x dak kesan pa kt makhluk ni, lagi dy sronok ada la....pasai rasa diberi perhatian, kita duk balas komen itu ini dgn penuh hikmah dy balas dgn sekali mencarut ja.

Keberanian dy mencabar kemuliaan Islam mmg da tahap ICU, jgn sampai aku rebus stokin lame aku dan siram dalam semua lubang yg ade kt jasad hang. (stokin sy sume basuh ye.makluman)


The grand shit of makcik ni telah menggantikan 'nabi' dengan babi...jd babi muhammad SAW, pastu edit gambaq kaabah and pi buh lady gaga kt situ...aku rasa makcik pakcik yg setengah mati kumpul duit nk pi haji....da daftar kena tunggu 5 6 taun lg bru dapat pi plak...last2 da dapat pi Mekah blk semula ke 1Malaysia yg agama RASSSMI nya Islam ni.... free2 ja ngadap mata baca makcik ni punya shit words.


Dy seru ummat Islam supaya bykkan amalan membaca Kursi spya peroleh syurga lucah Firdaus,

peeehhhhhhhhh!!

peeehhh lgi!

pehhh lgi lgi!!!


Setan jahat2 dy pun...dy akui keesaan Allah...kesucian syurga....azabnya neraka...dan kemuliaan para rasul serta mereka yg soleh...bezanya dy tak mau sujud tanda hormat pd Nabi Adam AS, itu ja.

Bole jd dy non-Muslim tp topengkn nama islam....bole jd dy islam cuma otak dy da dimamah anai-anai sejak Dato Najib dilantik menjadi PM lg. (lamee tu)

Kita sebagai muslim, berdoalah semoga Allah ampuni kita dan menghalang jiwa raga kita dr terlentur untuk merobek kesucian tauhid Allah ini, dan doakan semoga the grand shit of makcik tu mendapat hidayah oleh Allah SWT dengan jalan yang tak di sangka2.

Pihak kerajaan perlu serius dalam apa jua hal yg berkaitan dengan isu agama 'RASSSMI' Malaysia ni, bukan sekadar soal penghinaan, malah hukum hakam dalam politik, ekonomi, sosial, dan segala2nya.

Ni berlaku kemalangan tanah runtuh duk sibuk persoal status rumah anak yatim tu berdaftar ke x...nak tanya pada pimpinan sekalian..kalian meluluskan judi, arak, pertandingan maknyah semua tu status di sisi Allah guaaaneeee....semua tu x berdaftar sebagai perkara yg halal dalam landasan syarak. (ambooih..slow skit..SB byk la ni :P )

Sembang kemaaih aku ni....lu jgn cakap saja....wat keerja juga loo

Apapun cara dan solusi yg perlu di ambil...aku doakan hal ini dapat di atasi dengan baik..


Sayangilah Rasulullah dengan menghampiri keluarganya




Wallahu muwaffaq wal musta'an~

25 May, 2011

'boy' saya ;)



Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hari lahir Deen Farhan, boleh pulak saya terlupa. Adeh. Farhan sengaja tanya saya tadi.

"alang, siapa ya hari jadi hari ni?" ceh...soalan...bajet nak mintak hadiah! Dia ni sudah besar, 11 tahun sudah, nama timangan Farhan ni baby, dari kecil kami semua terbiasa panggil baby, sekarang lekat dah nama tu, bila dia dah besar macam ni pelik je panggil 'baby' kan farhan kan?

Oh...Dia ini lain sikit nakal nya, beza dari budak lain, ada masa nanti saya cerita. Cuma yang pasti dia ni tetap istimewa di hati kami sekeluarga.

Deen Farhan, Selamat hari lahir, moga dirimu mampu menjadi daie pada Islam, pembela keluarga masa hadapan.

Sayang seluas angkasa, kasih setinggi langit buatmu, Deen Farhan :)

Bawah ni pula selingan, anak buah tercinta, Nur Izzah Awfiyyah Ehzatulawlia. Ni gambar dia masa kecil, sekarang dah jadi anak dara.



Ops..ada lagi..bawah ni pula, kawan saya yang telah selamat menjadi 'ayah'. Tahniah kerana berjaya meminjam anak orang untuk kelihatan seperti bapak :p nasibla si baby aisyah humaira mau sporting..erkk tapi tengok macam terkejut je face baby nengok muka si kawan. haha


20 May, 2011

Probitas Et Fides



Bismillahirrahmanirrahim..

Ini slot blog pilihan. Sudah lama saya nak buat entri ni, tapi saya selalu tak sempat. Probitas Et Fides, pemiliknya Encik Sahromnasrudin, blogger yang tidak pernah sunyi dengan lontaran idea.

Pada tahun 2010, carta komentator Pena Farhana menyaksikan beliau yang baru 2 minggu mengenali Pena Farhana, terus tersenarai sebagai top 10 komentator. Saya terlalu segan masa itu kerana saya selalu tidak punya masa untuk berbloging dan menulis komen pada entri-entri para sahabat termasuklah di Probitas Et Fides.

Beliau merupakan blogger yang sangat rajin membaca dan memberi komen, begitu setia bertandang ke Pena Farhana walaupun saya pernah berhenti dari dunia blog. Beliau juga adalah pembaca setia e-novel saya, Emneya dan pengunjung setia blog saya.

Sudah lama saya tidak menulis komen di mana-mana entri sahabat-sahabat blogger termasuklah Probitas Et Fides dek kerana kekangan waktu dan situasi.

Walaubagaimanapun, Link blog Probitas Et Fides masih ada di blog saya dan semestinya setiap kali Probitas Et Fides updated, saya PASTI singgah membaca entri beliau sehingga habis.

Kini, saya adalah Silent Reader of Probitas Et Fides. Salam ukhuwah, salam persaudaraan, tahniah dan selamat maju jaya buat Encik Sahrom, ikhlas dari Pena Farhana :)

19 May, 2011

Kisah 'Farhan Farhana'


Bismillahirrahmanirrahim..

Tamat waktu persekolahan, saya pulang terus ke rumah, kebetulan adik saya, Farhan pun baru pulang dari sekolah. Saya mengajar sekolah lain, Farhan bersekolah di tempat lain. Tiba-tiba dia kata.

"ooo, alang curi nama saya aa??"

Curi?? Bila masa pulak lah saya curi nama dia ni. Masih tidak faham maksud adik saya, saya pun bertanya.

"curi nama apa pulak?"

Muka memang serius masa tu, letih dari sekolah. Dia pun jawab.

"curi nama lah"

Saya tambah bingung. Apalah yang dimaksudkan adik saya ni. Cuba juga mau catch maksud dia, tapi failed.

"kakak curi nama apa ni? nda faham lah" (mau hot sudaaa.hahah) Farhan pun jawab.

"tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu" sambil muncung dia tunjuk kat nametag bergantung di tudung saya bertulis 'INTAN FARHANA'

Gulp. Saya memang rasa mau ketawa masa tu, tapi tahan. Saya kata,

"cuba eja betul-betul nama ni"

Farhan pun mula mengeja.

"ai.. en=in..ti...a...en...=tan! ef, a, ar =far, h, a, en, a =han! DEEN FARHAN!!"

Hahahah. Saya hanya mampu tutup mulut dan ketawa je lah masa tuh. Punya semangat dia eja nama saya.

sekalinya kat hujung bunyi DEEN FARHAN. haih. Bertuah betol. Dia kata saya curik nama dia.

Lepas tu saya tanya dia,

"Siapa curi nama siapa ni?" :P

Dia tak jawab. Sambil ketawa sengih2 masuk bilik.

aduilah adikku. Tu lah, suruh belajar membaca, tarak mau dengar. Ish.

16 May, 2011

Hilang??


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya hairan, sebelum ni ada 8 komen di entri Emneya 7, kenapa sekarang tinggal 4 komen? itupun semua komen baru. Pelik betul saya. Saya sedang membuat 'judge' untuk semua peserta contest Emneya dimana setiap komen para peserta di ambil kira pada setiap part dan semua komen yang hilang tu adalah dari peserta-peserta contest.

Aduih..macamana ni, saya pun tak sempat save, tak sangka pulak tiba-tiba hilang, tempoh hari blogger ada masalah dan saya rasa di situ bermulanya hilang semua komen-komen di Emneya 7.

Saya mohon maaf di atas kesulitan ini, pada sesiapa yang rajin untuk drop semula komen, saya hargai dengan sepenuh hati, insya Allah selepas ini, saya akan save semua komen supaya tidak kalut macam ni lagi.

Maaf ye..

11 May, 2011

Emneya (part 7)


Hatinya lesu dan letih . Namun Emneya sedar, itu bukan alasan untuk mengalah di pentas kehidupan. Kisah hidupnya yang telah bermula sejak dia lahir di dunia dan terpilih merasa sentuhan kasih seorang ibu bernama Mak Wa tidak harus berakhir dengan segala ratap kesedihan. Dia mahu pastikan matinya adalah sebagai suatu yang tidak sia-sia.

"Ibu..neya tak mampu tabah macam ibu..tapi neya doa..mudah-mudahan Allah berikan sedikit ketabahan ibu sebagai semangat neya teruskan hidup..neya rindu ibu sangat.." rintihan lirih dan sayu jelas kedengaran keluar dari mulut Emneya bersama linangan airmata rindu terhadap ibu tercinta.

Seperti biasa, Al fatihah dan surah Yasin dihadiahkan buat arwah ibu. Mek Jah terpukau dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran dari Emneya. Begitu merdu dan sayu sehingga Mek Jah tidak dapat menahan sebak.

Mek Jah menatap tubuh kecil Emneya duduk berteleku di atas sejadah sambil terus mendengar Emneya mengalunkan kalimah-kalimah Quran.

Di hati Mek Jah, Emneya sempurna sebagai seorang wanita. Dikurniakan paras yang sungguh cantik, berkulit putih kemerahan, gebu dan mulus, mempunyai sepasang mata bundar ber alis lentik, berlesung pipit di pipi, berbicara selembut wajah ayunya, berperibadi tinggi dan sangat baik hati.

Erman sedang meniti satu kerugian besar kerana mensia-siakan seorang bidadari secantik dan sebaik Emneya. Bila dimarah, dia tunduk tanpa melawan, bila sakit menduga, mulutnya dibasahi zikir tanpa keluh. Bila difitnah, dia menadah tangan memohon kekuatan dan bantuan Allah yang Esa, bila dia melakukan kesalahan, dia begitu ringan hati untuk meminta maaf, dan sentiasa memaafkan orang lain.

Itulah Emneya, anak yang tidak jelas keturunan, atau lebih jelas lagi, anak terbuang. Namun, sahsiah dan peribadinya mengalahkan sesiapa yang sempurna dalam keluarga dan kehidupan.

******************************************

"mama nak man dengan sarah cepatkan tarikh kahwin" serius muka Syarifah Nur Zalia. Erman tidak menjawab.

"man dengar tak mama cakap ni?" tanya Syarifah Nur Zalia kepada anaknya.

"dengar ma.." jawab Erman pendek.

"mama nak tetapkan tarikh cepat, dalam minggu depan ni" tambah Syarifah Nur Zalia lagi.

"ha?" Erman tersentak dengan cadangan mamanya.

"kenapa nak cepat ma? kan dah bincang hari tu dalam tempoh 2 tahun tunang" kata Erman menunjukkan protes terhadap cadangan mamanya.

"ape salahnya cepatkan? mama tak kira, man dengan sarah mesti kahwin juga minggu depan ni, ma dah jumpe wedding planner, semua dah settle, man tak yah risau" jawab Syarifah Nur Zalia penuh yakin.

"what? decide without asking me??" Erman semakin tidak setuju.

"im your mum, and you are my son, i've made all decisions since you're kid right??" Syarifah Nur Zalia mula menunjukkan muka 'berkuasa'nya.

Erman mati kata-kata. Itu Syarifah Nur Zalia. Seorang ibu yang bertanggungjawab telah mencorak dan menentukan hidup Erman sejak kecil.

"malam nanti kita tetapkan tarikh kahwin, jangan balik lewat ye, mama tunggu kat rumah" Syarifah Nur Zalia beredar dari pejabat Erman.

Erman kelu. Hatinya kosong. Di benaknya kini cuma ada satu nama. Emneya. Dia sendiri keliru, tapi yang pasti, ada rindu buat Emneya. Dia kini di posisi sukar, meluahkan rasa rindu pada Emneya, pasti mengundang seribu kekecohan.

Memendam rindu pada Emneya, pasti dia yang sakit. Erman di jalan buntu. Di antara kemahuan ibu dan rindu pada isteri.

Tarikh perkahwinan telah ditetapkan, semua persiapan telah bermula. Sarah semakin sibuk menanti hari penyatuannya dengan Erman. Namun Erman sebaliknya, dia semakin keliru dan jelas tidak bersedia untuk berkahwin dengan Ku Sarah.

Hatinya meronta untuk berbicara dengan Emneya. Dia mencari kelibat Emneya di ruang dapur, namun tidak kelihatan. Hampir 10 minit mencari, akhirnya susuk yang dicari ada di depan mata. Tetapi, dengan pantas manik jernih menghuni tubir mata sebaik melihat Emneya duduk bersila di ruang bilik stor bersebelahan dapur sambil menjamah nasi berlaukkan ikan goreng sahaja.

Erman tewas dengan keegoan, rasa kasihan dan simpati pada Emneya merajai jiwanya saat itu. Dia segera mendekati Emneya. Rasa kekok kerana sudah lama tidak bercakap dengan Emneya lenyap sama sekali.

Emneya tidak menyedari kehadiran Erman. Erman duduk perlahan di tepi Emneya, isterinya itu ditenung penuh hiba. Dadanya terasa sebak sekali. Mungkin itulah kerinduan yang telah lama dia nafikan.

Emneya kelihatan pucat sekali. Melihat Emneya menyuap beberapa butir nasi ke dalam mulut menambahkan lagi sebak di hati Erman.

"neya..." Erman memecah kesunyian bilik stor itu. Begitu jelas getar sayu suara Erman memanggil nama Emneya.

"eh abang....maaf neya tak sedar" Emneya menjawab dan menguntum senyum sebaik melihat Erman.

"nape neya makan kat sini..?" Wajah Erman menahan sebak.

"abang ambik lauk lain ye.." Kata Erman cuba mengalihkan pandangan Emneya daripada wajahnya yang semakin tidak mampu menahan kesedihan. Sedih bila isteri sendirian begitu. Baru sekarang Erman terasa mahu sentiasa berada di samping Emneya.

"takpe abang...neya dah kenyang.." jawab Emneya sambil mengukir senyuman yang lebih lebar.

"neya...." lirih suara Erman.

"ye abang.." Emneya setia dengan senyuman terukir buat suami tersayang.

"neya tak sihat ye..?" tanya Erman.

"sihat bang...neya sihat.." Emneya berusaha menutup segala rasa sakit melalui senyumannya. Dia tidak mahu suaminya risau apatah lagi suaminya tahu keadaan dirinya waktu itu.

"abang minte maaf...abang banyak buat salah dengan neya..ampunkan abang ye.." mutiara jernih yang cuba ditahan tidak bertahan lama. Erman sendu dalam kata-kata. Ingin didakapnya Emneya namun belum berdaya.

"abang tak buat salah ape-ape dengan neya..." Emneya menyentuh tangan suaminya.

"abang jangan sedih-sedih..nanti abang sakit..bakal pengantin tak boleh sedih.." Emneya cuba memberi keceriaan walaupun sebenarnya hati jelas dalam kesayuan.

Saat itu sudah lama Emneya nantikan, dapat berbicara tenang dengan Erman walaupun situasi mereka sudah tidak seperti dulu lagi. Kini Erman bakal mempunyai isteri kedua dan Emneya harus akur dan merelakan Erman mencari kehidupan yang lebih baik.

"izinkan abang tebus semua kesilapan abang.." Erman menyeka airmata di pipi.

"abang janji tak akan biarkan neya sorang lagi" tambah Erman dengan mata penuh pengharapan.

"Syed Erman!!!!!!!!" Syarifah Nur Zalia sudah menanti di muka pintu dengan wajah menahan amarah.

"what do you mean by this acting???? are u crying Erman??? what a stupid man!" muzik kemarahan Syarifah Nur Zalia bermula lagi.

"menangis untuk perempuan tak guna macam ni?? dont be stupid Erman. Please!" kata Syarifah Nur Zalia bernada sindiran. Tiada langsung rasa senang terhadap Emneya.

"dont say anything! just get out from here and find your fiancee" Syarifah Nur Zalia memberi arahan.

"ma..." Erman cuba berbicara.

"now!!!!" lantang suara Syarifah Nur Zalia sambil jari telunjuk diarahkan ke ruang tetamu.

Erman bangkit perlahan dan sempat menyentuh tangan Emneya sebagai isyarat meminta diri. Erman menyeka lagi matanya yang masih basah.

**********************************************

Hari ini temujanji Syed Erman dengan Doktor Zaki. Erman menunggu Doktor Zaki di biliknya sementara Doktor Zaki merawat pesakit terakhir di bilik sebelah.

Tiba-tiba mata Erman tertumpu pada sebuah fail di atas meja Doktor Zaki. Tertulis namanya di depan fail itu.

"fail aku.." getus hatinya.

Dia segera mencapai fail itu dan menyelak helaian kertas di dalamnya. Semua proses perawatan dan perkembangan kesihatannya ada tercatat lengkap di fail itu sejak dia mula ditahan di dalam wad dan menjalani pembedahan.

Erman terus menyelak. Kemudian helaian seterusnya tertulis "Donater/penderma". Sudah lama Erman teringin untuk mencari siapakah penderma sebenar ginjalnya. Riang sedikit sebentar lagi dia tahu nama penderma yang budiman itu, dia berniat di dalam hati, sekalipun sukar bertemu muka, mengetahui nama pun sudah cukup memadai.

DONATER'S NAME: MRS EMNEYA ABDULLAH

AGE: 26

BLOOD GROUP: O Rh (D)

Jantung Erman seakan berhenti berdegup kala melihat nama yang tertera. Pandangannya berpinar. Sesak dirasakan.

"jika penderma mendermakan ginjal sewaktu dia masih hidup, semua sistem badannya akan jadi lemah dan kemungkinan besar dia tidak akan dapat bertahan lama" kata-kata Doktor Zaki sebelum dia menjalani pembedahan dulu masih jelas di telinga.

Erman semakin tidak dapat mengawal emosi. Dia segera keluar mencari Doktor Zaki.

"tell me, penderma nama Emneya tu isteri saya ke??" tanya Erman yang sudah berlinangan airmata.

Doktor Zaki terperanjat Erman tahu nama penderma sebenar. Doktor Zaki serba salah.

"tell me please" Erman merayu.

"ye..itu isteri tuan" akhirnya Doktor Zaki terpaksa memberitahu.

"ya Allah...." Erman menyentuh dadanya. Waktu itu, segala isi dunia sudah tidak bererti buatnya. Airmata semakin laju membasahi pipi. Baru semalam dia tengok Emneya duduk jamah nasi berseorangan.

"Ya Allah...............neya..................abang rindu neya..." kali ini tangisan Erman jelas kedengaran. Tangisan itu sebagai tanda dia bakal kehilangan Emneya buat selamanya. Emneya kini sakit, dan berjuang hidup sendirian meneruskan saki baki nafas yang ada. Erman pula cuma tinggal beberapa hari sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Sarah.

*****************************************

Setiba di rumah, Erman berlari mencari Emneya. Puas dia mencari, tetapi tak jumpa.

"Mek Jah, neya mana?" tanya Erman.

"ada kat belakang, puan suruh basuh semua baju kat belakang.." jawab Mek Jah sedih. Erman segera ke belakang. Kelihatan Emneya duduk di atas lantai sambil membasuh. Erman berlari mendapatkan Emneya. Airmata sudah lama berguguran.

Di dakap erat tubuh Emneya. Emneya hairan dan terkejut.

"neya......" Erman menangis teresak-esak.

"abang nape ni......." Emneya bertanya hairan.

"nape neya derma..abang nak pulangkan balik...abang tak nak hilang neya.." tangis Erman semakin kuat. Emneya terdiam. Suaminya sudah tahu dia penderma sebenar. Erman teresak sambil menyentuh kedua belah pipi Emneya. Pucat wajah itu.

Erman mengucup pipi isterinya dengan tangis yang semakin hebat. Airmata Emneya pun sudah mula menitis. Dia tahu, ini mungkin waktu-waktu terakhir dia bersama Erman. Namun, dia ikhlas. Rasa ikhlas itulah yang memberi sedikit ketenangan pada jiwanya.

"neya......" Erman tiada daya berkata-kata. Dia hanya mampu terus mendakap, menyebut dan memanggil nama isterinya itu bersama selaut airmata yang tumpah.

Erman terlalu sedih. Dia tidak mahu lepaskan tubuh Emneya dari dakapannya. Rasa kesalnya menggunung. Rindu pada Emneya kini sudah tidak terluah dengan kata-kata. Airmata deras membasahi salju ruang pertemuan sayu mereka petang itu.

"neya jangan tinggal abang ye.." Erman berbisik sayu di telinga Emneya.

Emneya tidak mampu bersuara. Hanya airmata peneman suasana..

*bersambung..*

08 May, 2011

Repost- sempena Hari Ibu


Jangan disakiti insan itu


Aku tiba di satu lorong. Ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. Tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. Akan tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya. Jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. Aku ingin menghampiri wanita tua itu. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua tersebut.

"engkau ni tak faham bahasa ke?! aku kata berambus dari sini!" menyala kemarahan lelaki itu. Aku terpaku menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapanku. Siapakah lelaki itu? dan siapakah wanita tua itu? Aku semakin ingin tahu. Ku lihat sekeliling, sepi. Terdapat banyak rumah besar dan mewah di sekitarnya.

Tempat itu mungkin kawasan perumahan orang-orang elit. Duga hatiku. Lelaki tadi masih mengheret wanita tua itu dengan kasar sekali sambil terus menghambur kata-kata penghinaan. Sebagai seorang manusia, aku tidak tergamak melihatnya. Kesakitan jelas tergambar di wajah wanita tua itu. Aku memberanikan diri meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. Telingaku terus menyantap kemarahan lelaki itu.

"orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!" Astaghfirullah. Mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu. Lelaki itu masih terus mengheret dengan gagah lalu menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur.

"kalau kau masih tak faham bahasa, aku tanam kau hidup-hidup!" itu amaran terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita tua itu. Aku tergamam sekali lagi. Mataku menyoroti langkah lelaki itu. Ku lihat dia segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. Orang kaya rupanya. Hatiku berkata. Aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu.

"mak cik tak apa-apa?" soalku sambil membantunya. Lengan dan kakinya berdarah. Segera ku capai tisu di dalam beg tanganku. Tanpa ku sedar, ada manik jernih berguguran di pipiku. Waktu itu memang aku sedih sekali. Bukan kerana apa-apa. Tetapi kerana dia seorang insan tua. Aku membayangkan jika wanita tua di hadapanku saat itu adalah darah dagingku. Aku segera menyeka manik jernih itu agar tidak kelihatan oleh wanita tua itu. Tubuhnya menggeletar. Hatiku tambah tersayat melihat keadaan wanita tua itu. Pasti dia sedang menahan kesakitan.

"saya bawa mak cik ke klinik ye" kataku.

"tak pe nak..mak cik tak apa-apa" senyuman lelah terukir di bibir tuanya.

"mak cik ni cuma rasa lapar dan dahaga.." tambahnya lagi. Manik jernih terus berguguran ke bumi. ku seka lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku segera memapah tubuh tua itu. Kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. Aku segera menahan teksi itu dan meminta supaya menghantar kami ke restoran yang berhampiran. Tubuh tua itu semakin menggeletar. Aku pasti dia menahan lapar yang amat sangat. Manik jernih kini bukan seperti manik lagi. Airmata laju membasahi pipi. Entah mengapa hatiku sangat sedih.

Aku tidak mahu bertanyakan apa-apa waktu itu. Hanya berdiam diri sambil tanganku ligat menyeka airmata yang gugur. Kami tiba di hadapan sebuah restoran dan segera membayar tambang. Tubuh itu ku papah masuk ke dalam restoran dan segera memesan makanan dan minuman. Tidak sampai lima minit makanan sudah terhidang.

"mak cik makan ye" ku bantu membaiki kedudukannya agar lebih selesa menjamah makanan.

"mari nak, makan sama-sama" di gagah kan suara untuk mempelawaku makan sekali.

"mak cik makan dulu" aku mengukir senyum kepadanya. Ku lihat dia menjamah dengan berselera sekali sambil aku melihat ada titisan airmata mengiringi seleranya. Aku biarkan. Masih belum mahu menyoal itu dan ini. Tiba-tiba wanita itu bersuara.

"dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu.." airmatanya deras mengalir. Aku juga sama. Dalam pada itu hatiku nyata tersentak. Seluruh jiwaku dilanda sayu yang maha hebat. Wanita tua itu terus bercerita sayu di hadapanku dengan getar suara yang lirih sekali. Hatiku sempat mencerlung kala mendengar segalanya.

Rupanya wanita tua itu selama ini di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan keluarganya. Dipukul dan tidak diberi makan. Penderitaan dan kesakitan yang ditempuhnya selama ini masih mampu dipendam kerana sayangnya terhadap si anak.

Aku masih tidak habis fikir, bagaimana seorang anak hilang pertimbangan terhadap ibu yang sudah bertarung nyawa melahirkannya, menyusukan, membesarkan, melayan karenah, malah MENDOAKAN si anak dengan doa yang tiada tepi agar berjaya mengecap kebahagiaan hanya disebabkan HARTA dan kemewahan. Sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat.

Dulu, lelaki itu sering didoakan oleh insan yang bernama ibu. Tapi kini, lelaki itu lupa memberi doa kepada ibunya malah mencalar hati ibunya dengan layaknya seekor haiwan buas. Dia mengejar ketinggian darjat dan pangkat, namun dia lupa bahawa yang sepatutnya dicari dan disembah adalah SYURGA yang ada di bawah tapak kaki ibunya..pengalaman ini amat memberiku pengajaran. Moga diriku dan diri kalian dapat menjadi buah hati kebahagiaan para ibu. Amin.

Ma, terima kasih kerana memberi kehidupan buatku, halalkn semua darah yang tertumpah dan susu yang diteguk. I love u MAMA.

23 April, 2011

Tiada Tajuk.


Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih baik jangan letak tajuk entri, kalau letak pasti ada yang akan muntah baca.

"wei deena, udah-udah le update merapu, tak jugak update2 emneya, podahh"

Sebelum saya kena sembur macam itu, baik jangan letak tajuk entri okeh. lalala~ Jenuh fikir mau mula ayat entri ni macam mana sebab saya tau, bengang sudah emneya's participants nii. Hari tu janji mau update emneya 7, tak jugak muncul sampai sekarang! kau memang la hampeh deena!!

Saya minta maaf.. (maaf lagi!! :P) boring sudah orang baca word maaf saya ni. Tapi saya kena juga minta maaf ni, kalau tak, tambah tak jalan lah pena Farhana ni. Aduyai..teruknya saya ni.

Saya tidak tahu, rupanya bila masuk alam bekerja, setiap hari KERJA tu makin bertambah. Saya pula memang orang yang tak tahu bahagikan masa, memang tunggang langgang, yang jadi mangsa, blog ni lah. tak tau apa jadi dah.

Saya harap entri ni dapat bagi suntikan semangat untuk saya menulis semula di pena ini (yee lah tu, eksen ja cakap, tak hapdet jugakk..eii..benci betuuull)

Banyak je nak cerita, nak tulis, tapi tu lah 'ngepek' camni jugak bunyi entrinya. Orang pun dah pening baca.

Lagi sekali nak kata..

(please jangan bosan dan muntah ye)

IM SORRY :(

Emneya 7....tolonglah munculkan dirimu...

22 March, 2011

Deena Farhana!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Perghhh..senyap sunyi tenggelam tak nampak bayang! Kawan saya kata "cik deena! bek ko buang laut ja belog ko tuh! org tggu emneya sempat terberanak dua ko tau tak!"

Saya sangat merasa ralat atas kesulitan ini. Hari tu sudah janji update emneya 7, tapi sampai sekarang tak update. Maafkan saya sekali lagi.

Saya betul-betul tak sempat. Tugasan terlalu banyak dan saya memang tak pandai bahagikan masa. Kawan-kawan blogger yang lain pun selalu bertanya khabar, tiada respon dari saya, maaf sangat ye..

Kesian owner blog Ayohngoh dan kawan-kawan yang lain, balik-balik tanya pasal emneya.

Ok, malam ni saya update emneya 7.

:)