23 August, 2010

Saya Presiden


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya menonton Buletin Utama beberapa hari yang lalu dan tersiar berita tentang ini. Saya tertarik kerana saat ini Amerika sedang mencongak kredibiliti pemimpin itu dengan kelantangannya dalam kekuasaan bersuara tentang isu baru-baru ini.

Rakyat Amerika mengkritik hebat tindakan Presiden mereka, Barrack Obama yang telah meluluskan pembinaan sebuah masjid di sebuah kawasan penempatan orang Islam di negara itu.

Menjawab kritikan itu, katanya setiap rakyat mempunyai hak dan dia sebagai presiden mesti memberikan hak itu kepada semua rakyat dengan adil termasuklah memberikan tempat beribadat kepada semua penganut.

Tidak kurang juga ramai yang bersetuju dengan tindakan Barrack Obama, dan tidak kurang juga yang mengkritik habis habisan.

Pena: Bush pun berdiri sambil merenung potret Obama. haha..

21 August, 2010

What Happen?


Bismillahirrahmanirahim..


Harap semua sahabat sihat dan bersemangat menjalani ibadah puasa. Sedar tak sedar, sekarang dah hampir pertengahan Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita.

Waktu-waktu ini saya tengah ligat berfikir, kenapa jemari saya akhir-akhir ini terasa amat susah untuk update blog, puas di paksa, puas di kerah, tetap juga tak ter update blog ni. Rasa betul-betul lost passion untuk menulis.

Berziarah ke blog teman-teman juga sudah tidak sekerap mana, rasa lenguh dan jenuh nak on lappy. Apa masalahnya saya pun tak tahu, padahal saya amat suka blogging dan blogwalking.

Sudah hampir sebulan setengah, semua entri saya mendatar dan tiada pengisian, hanya sekadar update keberadaan saya di mana dan itupun serba ringkas. Mohon maaf atas kelemahan itu.

Banyak benda saya nak kongsi, tapi saya betul-betul tak mampu nak datangkan mood untuk meng update blog, jenuh fikir..awatla ngan ceq ni :( Saya berterima kasih sangat pada semua teman-teman yang masih sudi membaca apapun tajuk entri-entri saya. Terharu dengan hakikat indah ukhuwah sekalipun hanya di ruang maya.

Saya berharap, mood untuk bersama blog ini masih ada tersisa dan dapat temui kembali perasaan suka mengupdate blog macam dolu2 :)

15 August, 2010

Sanah helwah deena :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Aduyaii..tajuk tu poyo je, mengada-ngada bunyi :P wahaha.. umur dah makin tua, so deena, tepuk dada tanya diri, takat mana dah hidup engko sekarang ni... thanks buat semua sahabat yang mengingati saya :)

Lama betul tak update, entahla, apa dah jadi dengan saya ni..lost passion in writing..mungkinlah jugak baru ni layan journey kat semenanjung, alhamdulillah sekarang dah pulang sabah..

Buat semua, selamat menjalani ibadah puasa, moga kita dapat manfaatkan sepenuhnya keberkatan Ramadhan ini.

Lesu je tengok blog ni.. selesu hati saya..eh deena ngko jgn lesu2 bulan pose ni! huh.

03 August, 2010

Tahniah :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, along saya, Puan Nur El Hafizah bt Numan telah mendapat anugerah khidmat cemerlang di atas semua gerak kerja gigihnya selama bergelar guru dan kaunselor.

Bagi saya dia cemerlang dalam kerjaya, cemerlang sebagai isteri dan ibu, cemerlang sebagai anak sulung kepada kedua ayah bonda saya, dan cemerlang sebagai kakak sulung pada kami 7 beradik.

Tahniah. Moga kejayaan ini dapat menjadi titian menuju syurga Allah.

p/s: deena lak bile nak dpt anugerah? kerja pun blom lg..huahuahua :P

31 July, 2010

11 hari yang bermakna


Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah..10 hari tak update! bukan tak nak update, broadband di rumah nenda teluk intan sangatlah tidak boleh pakai. Lambat!

Saya baru tiba di Klang dari Teluk Intan, menginap di sini rumah pakcik saya untuk beberapa hari. Rasa rindu dengan nenek, saya nak bertolak tadi nenek menangis. Tipulah kalau saya kata tak sedih. Semalam tidur pukul 2 pagi, layan nenek bersembang.

Selama 11 hari bersama nenek, saya merasakan ianya saat yang indah terlakar dalam hidup saya. Sebelum ini biasanya pulang Teluk Intan paling lama 3 atau 4 hari sahaja. Kali ini, tinggalkan nenek dengan segunung sebak menggamit perasaan.

Saya tidak tahu samada masih ada kesempatan bertemu nenek atau tidak, melihat fizikal nenek dan kudratnya, saya tahu nenek benar-benar berada di hujung usia emasnya. Banyak yang saya perolehi sepanjang berada di Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak.

Saya berdoa, moga Allah mengurniakan kesempatan untuk kami bertemu nenek lagi. Ameen.

21 July, 2010

Teluk Intan :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Huh...lama sangat tak update. Sempatkan diri untuk buka blog ni dan buat post ringkas. Sekarang saya berada di Teluk Intan, Perak. Alhamdulillah, 17 hb yang lalu dah selamat sampai di Kota Bharu Kelantan, Nurul pun dah semakin sihat dan telah kembali berkuliah.

Parents saya sudah pulang ke Sabah, dan saya ke Hutan Melintang, Teluk Intan untuk menziarahi nenek saya. Berusia hampir 90 tahun, nenek saya, Siti Aisyah Binti Danudiharjo masih dikurniakan kesihatan yang baik dan masih boleh memasak.

Saya tiba di rumahnya, ada 9 jenis lauk nenek hidangkan untuk saya..Huh....terbaring kekenyangan...huahaha..

Tadi, jalan-jalan cuci mata kat bandar Teluk Intan... seronok :)

17 July, 2010

Esok jumpa Nurul


Bismillahirrahmanirrahim..


Letih. Baru tadi sampai Kota Kinabalu, esok saya mama dan papa akan menaiki flight ke Kuala Lumpur kemudian sambung flight ke Kota Bharu, Kelantan untuk melawat adik Nurul di sana, doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.

Saya berusaha untuk catch up semua entri teman-teman yang sudah ter miss, akan tetapi badan tersangat lah letih, moga ada waktu yang lebih lapang untuk membacanya.

Nurul masih berada dalam keadaan tidak sihat, jangkitan kuman terlalu tinggi, moga Allah sembuhkan adik saya. Entri ni ringkas sebab mata saya pun dah layu, esok sebelum subuh kena bertolak ke airpot..