Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

10 September, 2010

Salam EidulFitri


Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Tiada siapa yang tahu adakah kita bakal bertemu Ramadhan akan datang ataupun tidak. Hati sayu tidak terkira saat tirai Ramadhan berlabuh maghrib semalam. Moga segala amalan kebaikan serta doa-doa kita dikabulkan Allah swt.

Saya merafak sepenuh kesyukuran kerana masih dapat menikmati Ramadhan yang baru berlalu dengan tenang beserta kesihatan yang baik sepanjang sebulan Ramadhan. Saya penuh berharap moga amal kebajikan saya dan anda semua diterima.

Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat seluruh keluarga dan rakan taulan, juga buat sahabat-sahabat blogger Pena Farhana yang sentiasa di hati.

Deena dan keluarga berbesar hati ingin menjemput sahabat semua ke rumah terbuka kami di Jalan Puspakom, Kg Ranau Kota Marudu, Sabah pada hari raya kedua bersamaan hari sabtu, 11 sept 2010.

Special invitation ini Deena tujukan buat semua penghuni Top Commentators Pena Farhana, Followers dan semua sahabat Pena Farhana. Jemput datang rumah deena ye :)