Showing posts with label pra Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label pra Ilmiah. Show all posts

09 July, 2010

Kenapa 4 mazhab?


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya sepatutnya buat entri ni semalam, tapi disebabkan line broadband buat hal, terpaksa tangguh entri ni, maaf sangat buat zarahilmi yang menunggu, balik-balik tegur kat ym dia kata "zara tunggu respon deena pasal mazhab tu"..

Zara sekarang sedang melanjutkan pelajaran di London dan dia pernah ditanya oleh penduduk sekitarnya tentang Islam yang mempunyai 4 mazhab. Katanya orang bertanya pada dia "tidakkah dengan adanya 4 mazhab itu menampakkan Islam itu sendiri berpecah-belah?"

Sebelum ini pun saya pernah mendengar dari mulut sahabat saya sendiri yang bukan beragama Islam mengatakan bahawa kewujudan 4 mazhab itu adalah punca perpecahan umat Islam.

Saya akan cuba jelaskan semampu fikrah fahaman saya, dan berharap zara akan mendapat konklusi yang terbaik tentang hal ini.

Pertama sekali saya ingin tegaskan bahawa pendapat yang mengatakan 4 mazhab sebagai punca perpecahan umat Islam adalah salah sama sekali. Sejak zaman nabi SAW, hingga zaman sahabat, tabi' tabi'en yang juga dikenali sebagai golongan salaf ini telah berjuang mengembangkan Islam sejajar dengan kesesuaian penduduk sesuatu tempat maka termaktublah bahawa Islam mempunyai 4 mazhab yang terkenal iaitu Maliki, Syafi'e, Hanafi dan Hambali.

Setiap mazhab ini memang terdapat perbezaan, NAMUN, perbezaan itu bukanlah bererti perpecahan. Tujuan utama wujudnya 4 mazhab ini adalah kerana mengikut kesesuaian sesuatu tempat dan lifestyle masyarakat di tempat tersebut melalui kaedah dan cara yang pelbagai namun tetap pada lingkungan yang tidak membatasi Islam atau dengan kata lain sebagai simbol pembuktian bahawa Islam agama yang mudah dan sentiasa memudahkan umatnya.

Mazhab Maliki, apabila bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tanpa syahwat maka tidak terbatal wudhu', itu adalah sangat bersesuaian diguna pakai di bumi Makkah yang sentiasa sarat dengan jutaan manusia yang berpusu mengerjakan umrah dan haji. Bayangkan jika kita guna pakai mazhab Syafi'e, dengan sesak manusia, kita kena perbaharui wudhu. Dapat bayangkan? tempat nak ambik wudhu bukannya dekat, nak harungi jutaan manusia lagi?

Dengan adanya mazhab lain juga, kita menyaksikan seluruh proses jual beli di atas muka bumi ini terselamat dari menjadi haram kerana mazhab Syafi'e menetapkan bahawa setiap urusan jual beli wajib disertakan dengan akad "saya beli" dan "saya jual". Korang-korang ada akad ke tiap kali beli? (bukan akad nikah ye :P) kalau korang je yang akad "saya beli" then makcik tu tak jawab (pekak ke ape makcik ni?) pun tak jadi jugak.

Mazhab lain kata bagi orang yang CANTIK JELITA wajib pakai purdah. Kemudian Syafi'e kata aurat wanita adalah keseluruhan tubuh KECUALI muka dan tapak tangan. Kalau Syafi'e tak kata macam tu, semua wanita-wanita cantik seperti ZARAHILMI, kak Nadiah Sidek, Nurul izza, Melatidaisy, Kak rosaliza, Kak Imun, Cik Amy, Kella, Kak Nida, Kak fa10, Kak Zue, Sakina, dan semua blogger wanita yang bertandang di blog saya ini WAJIB PAKAI PURDAH!! haaaa..kak Nadiah, kena pakai purdah tau :P

Begitulah juga dengan mazhab yang lain, saling melengkapi dan memudahkan kita bila berada di mana-mana. Walaubagaimanapun, syarat untuk mengamalkan sesuatu mazhab itu hendaklah kita memahami mazhab itu tanpa ragu serta melihat pada persekitaran fahaman penduduk setempat untuk mengamalkan mazhab tersebut, jika tempat itu berpegang pada mazhab Syafi'e seperti Malaysia maka kita amalkan Syafi'e, begitulah sebaliknya agar tidak berlaku kesalahfahaman tentang Islam itu sendiri.

Ok, kemudian Zara bertanya pada saya kenapa orang memandang adanya 4 mazhab ini sebagai simbol perpecahan umat Islam?

Yakinlah, mazhab-mazhab ini bukan lambang perpecahan umat Islam, ianya adalah pemudah cara untuk semua umat Islam di seluruh dunia tanpa ada yang terbabas dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Saya percaya, TIDAK MENGUASAI ILMU dalam mengamalkan mazhab-mazhab ini adalah PUNCA UTAMA berlakunya pergeseran dan perpecahan yang dikategorikan oleh orang luar sebagai Islam itu berpecah belah. Jadi moralnya, 'tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china'

Adehh..janganlah ada yang pening deena berceloteh ni :P mohon pada siapa yang pakar, tegurlah saya jika ada kesilapan dalam tulisan, dan mohon maaf jika fikrah saya ini menyanggahi fikrah kalian :)

p/s: 17 hb ni saya ke Teluk Intan, Perak darul ridzuan. jemput datang rumah nenek saya kat hutan melintang, kita sembang2 :)

07 July, 2010

Bid'ah


Bismillahirrahmanirrahim..


Aisehmen...tajuk entri tu skema! skema islamik ala-ala blog ust iqbal pulak. Saya tak reti sebenarnya, tapi bila ada yang bertanya, dengan rasa humble, saya cuba juga penuhi walaupun dhaif.

Haneem minta penjelasan tentang bid'ah sebab dia kata dah pening dengan student lelaki kat kampus yang sibuk perjuang nak hapuskan bid'ah. Saya faham dan maklum ada di kalangan pelajar-pelajar yang menolak bid'ah bulat-bulat kerana fikrah mereka yang memandang bid'ah sebagai suatu yang sesat.

Bagi saya, menolak kesemua bid'ah itu adalah kurang tepat kerana di sana terdapat bid'ah yang baik iaitu bid'ah hasanah. Contoh bid'ah hasanah banyak, yang mudah antaranya membaca Yasin malam jumaat, sambutan maulid nabi, skop lebih luas pula solat tahajjud berjemaah, memberi predikat sebuah hadis dengan sahih, hasan, dhaif, mutawatir dan ahad, dan penterjemahan Quran ke pelbagai bahasa, semuanya itu adalah bid'ah hasanah.

Walaubagaimanapun, saya suka nak ingatkan tentang peringatan Nabi SAW melalui sabda baginda "jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat"

Jadi dalam kita menentukan suatu bid'ah itu menjadi hasanah atau saiyyi'ah (buruk) itu adalah dengan melalui timbangan. Tetapi harus diingat, bid'ah ini bukan hukum. Setiap bid'ah kita buat pertimbangan untuk menentukan ianya hasanah mahupun saiyyi'ah.

Mana timbangan yang menjurus kepada manfaat menuju kebaikan maka ianya adalah hasanah, mana yang menjurus lebih kepada kemudharatan dan keburukan maka ianya adalah saiyyi'ah ataupun Qabihah. Maka yang namanya saiyyi'ah itu adalah haram dan wajib ditinggalkan.

Sebenarnya persoalan bid'ah ini telah berkurun lama dibahas oleh segenap lapisan para ulamak dan ilmuan. Terlalu banyak huraian pengertian dan penjelasan. Bagi saya persoalan bid'ah ini tidak akan pernah ada tuntasnya. Pusinglah ikut mana pun, ianya tidak akan pernah selesai kerana persoalan bid'ah ini adalah satu perbahasan yang tidak ada kata putus dan sepakat.

Saya mohon maaf jika ada perkataan yang mungkin kurang memberi kefahaman kepada semua yang membaca, itu kerana saya bukan ahli dalam membicarakan persoalan begini, tetapi lebih baik mencuba daripada langsung tak cuba kan..hehe..(entahla deena..aku pun xpaham ko ckp ape ni :P)