Showing posts with label layangan hikmah. Show all posts
Showing posts with label layangan hikmah. Show all posts

03 October, 2009

Permata kebahagiaan


PERMATA PERTAMA:
Sesungguhnya aku sangat berharap kepada Allah, sehingga aku melihat kesabaran yang baik yang telah diperbuat olehNya..
Wahai wanita yang berkedudukan tinggi, muslimah yang jujur, muslimah yang taat, jadilah seperti pohon kurma yang jarang membusuk dan jauh dari penyakit. ketika ia dilempar batu,justeru ia memberikan kurma dan sentiasa tumbuh pada musim panas mahupun musim sejuk, banyak manfaatnya. Jadilah engkau pada kedudukan yang tidak menyentuh perkara-perkara yang tidak bermanfaat, yang mampu menjaga kehidupan dari hal-hal yang dapat menutupi aib. Perkataanmu adalah zikir, pandanganmu adalah menarik pengajaran, dan DIAM mu adalah berfikir. Di mana pun engkau berada, engkau sentiasa mendapatkan kebahagiaan dan kesejahteraan. Allah akan menghilangkan mendung, kelabu yang menghimpitmu. Allah melenyapkan rasa takut, dan menjernihkan dari kemuraman. Tidurlah engkau di atas doa orang-orang mukmin, dan bangunlah dengan dendangan pujian untukmu. Di mana pun engkau mengetahui bahawa kebahagiaan itu bukanlah terletak pada harta, akan tetapi ketika engkau mentaati Zat yang maha terpuji.
PERMATA KEDUA:
Apa yang terjadi telah berlalu..kurniakan seteguh kesabaran serta kekuatan..
Saudara saudariku, sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Dan sesungguhnya setelah cucuran air mata akan terbit senyuman, dan setelah malam itu ada siang. Tentulah awan duka akan bercerai berai dan tentu kegelapan malam yang pekat akan menjadi terang benderang. Ketahuilah olehmu, bahawa sesungguhnya engkau diberi pahala jika engkau seorang ibu, kerana anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, penolong bagi agama, jika engkau sanggup mendidik mereka dengan pendidikan yang benar, nescaya mereka akan berdoa untukmu dalam sujud pada waktu akhir waktu. Sungguh ini merupakan suatu nikmat yang agung agar engkau menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Sesungguhnya engkau mampu menjadi seorang pendakwah yang menyeru kepada jalan Allah di antara wanita-wanita lain, dengan perkataan yang baik, dengan nasihat yang bijak, dengan hikmah, mendebat dengan sesuatu yang lebih baik, dengan berdiskusi, dengan petunjuk, dengan teladan serta dengan cara yang mulia.
PERMATA KETIGA:
Katakanlah kepada yang mencela kami kerana pergantian waktu, nescaya ia tidak mengingkari kecuali mereka yang mendapat petaka..
Tengoklah olehmu berapa generasi yang telah berlalu.Adakah mereka mati dengan membawa hartanya? adakah mereka mati dengan membawa hartanya? adakah mereka mati dengan membawa istananya? adakah mereka dikubur dengan emas dan peraknya? adakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta dan pesawat terbangnya? TIDAK! bahkan ditelanjangi dari baju dan penutup, mereka dimasukkan dengan kain kafan ke liang kubur, kemudian mereka ditanya: SIAPAKAH TUHANMU? SIAPAKAH NABIMU? DAN APAKAH AGAMAMU? maka...persiapkanlah dirimu untuk menghadapi hari itu, janganlah bersedih dan janganlah sayang atas sesuatu kenikmatan dunia, kerana semua itu akan sirna dan tidak berharga.
PERMATA KEEMPAT:
Sekiranya Allah menghendaki disebarkan kebaikan, nescaya Allah ciptakan juga baginya lisan-lisan yang hasad..
Umurmu yang terhitung adalah umur yang membahagiakan, melapangkan, menenteramkan, dan mahu menerima apa yang ada. Sedangkan serakah, tamak, dan sikap takbur sungguh bukanlah kehidupanmu yang asli. Semua itu adalah lawan dari kesihatan, kebugaran dan kecantikanmu. Maka berusahalah untuk meraih redha Allah, qana'ah terhadap pembahagian, iman dengan ketentuan dan sentiasa berharap dengan masa hadapan. Jadilah engkau seperti rama-rama ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lainnya dan dari satu taman ke taman lainnya. Atau jadilah engkau seperti seekor lebah yang sentiasa memakan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula. Dan apabila dia hinggap di atas tangkai, tidak mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa merosakkannya, mengeluarkan madu dan tidak menyengatnya, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan kasih. Ia memiliki dengungan sukacita dan bisikan keredhaan. seakan akan ia utusan dari keraaan langit yang turun atau utusan dari alam keabadian yang datang mendekati.
PERMATA KELIMA:
Dan setiap bencana yang terjadi..walau menghimpit, maka ia akan segera menuju kepada kebahagiaan..
Engkau dengan kecantikanmu lebih terang daripada sinar matahari, dengan akhlakmu, engkau lebih wangi daripada harum minyak misk, dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada bulan, dan dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintiknya hujan. Maka jagalah kecantikanmu dengan keimanan, keredhaanmu dengan rasa puas hati, dan maruahmu dengan bertudung. Berhati-hati engkau dengan kehidupan wanita yang murtad, wanita kafir, wanita tukang sihir, wanita pelacur dan wanita yang suka mencela. Sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam, tiada yang memasukinya kecuali orang-orang yang paling celaka..

01 October, 2009

Bunga-bunga..


Bunga pertama:
Jadilah engkau seperti lebah, hinggap di atas bunga-bunga yang semerbak harum dan ranting-ranting yang basah.
Bunga kedua:
Engkau tidak memiliki waktu untuk mencari aib manusia serta mengumpulkan kesalahannya.
Bunga ketiga:
Jika Allah sentiasa bersamamu, maka siapakah yang harus engkau takuti? Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?
Bunga keempat:
Api kedengkian akan memakan tubuh, dan terlalu mudah cemburu adalah api yang terus membara.
Bunga kelima:
Jika engkau tidak siap hari ini, belum pasti esok menjadi milikmu.

Serikandi berjiwa bahagia



Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan penuh kekhusyu'an.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa memakai hijab, merasa malu, menjaga maruah serta keteguhan hati.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kejernihan hati.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa menepati janji, dapat menjaga amanah, jujur dan dapat dipercayai.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa bersabar, bermuhasabah dan bertaubat.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa berzikir, bersyukur, dan berdoa.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa menjadikan Aisyah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan.
Ya...
Untuk senyumanmu yang indah, yang dapat membangkitkan rasa cinta dan menghantarkan kasih sayang kepada orang lain.
Ya...
Untuk budi bahasamu yang baik yang dapat membinakan persahabatan dan menjauhkan rasa dengki.
Ya...
Untuk derma yang membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan perut yang lapar.
Ya...
Untuk menbaca Al Quran, sama ada merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan memohon keampunan.
Ya...
Untuk zikir dan istighfar, mengalunkan doa dan memperbetulkan taubat.
Ya...
Untuk mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan kepada mereka sunnah nabi, dan memberi tunjuk ajar tentang apa yang bermanfaat bagi mereka.
Ya...
Untuk rasa malu dan berhijab sepertimana yang diperintahkan oleh Allah.
Ya...
Untuk berkawan dengan wanita-wanita yang baik yang sentiasa takutkan Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilai agamanya.
Ya...
Untuk berbuat baik kepada kedua orang tua, silaturrahim, menghormati jiran tetangga dan santun terhadap anak yatim.
Ya...
Untuk bacaan yang bermanfaat, dan penelaahan yang berfaedah serta bersama buku-buku yang baik yang memberi petunjuk.
Tidak...
Untuk menghabiskan umurmu dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat, membalas dendam dan berdebat yang tidak ada kebaikannnya.
Tidak...
Untuk mempamerkan harta benda serta mengumpulkannya hingga harus mengorbankan kesihatan, ketenteraman hati, tidur dan istirehatmu.
Tidak...
Untuk sentiasa mencari kesalahan dan mengumpat orang lain atas kesalahan mereka dan lupa terhadap aib diri sendiri.
Tidak...
Untuk tenggelam dalam kelazatan hawa nafsu serta memenuhi apa sahaja yang dikehendakinya.
Tidak...
Untuk menghabiskan waktu bersama orang-orang yang mengisi waktunya dengan perkara-perkara yang tidak berguna.
Tidak...
Untuk mencuaikan badan dan rumah dari kebersihan, wewangian dan disiplin.
Tidak...
Untuk pelbagai macam minuman yang diharamkan, rokok, dan semua yang mengandungi penyakit.
Tidak...
Untuk selalu mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang telah lewat dan kesalahan yang telah berlaku.
Tidak...
Untuk melupakan akhirat dan amal untuknya, dan lupa terhadap tanda-tanda kewujudannya.
Tidak...
Untuk membelanjakan harta dalam perkara yang diharamkan, berlebih-lebihan dalam perkara yang mubah sedangkan sedikit untuk ketaatan.

30 September, 2009

Permata Words


"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah
kehidupan yang dengannya hati anda akan
benar-benar hidup."
~Sayidina Hasan bin Ali~
"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai
tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak
menciptakan dirimu secara sia-sia."
~Ali Zainal Abidin bin Husein~
"Ada tiga perkara yang akan menghancurkan.
Orang yang menganggap banyak amal
perbuatannya dan berasa kagum dengan
pendapatnya sendiri."
~Muhammad Baqir bin Ali Zainal Abidin~
"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang
dituju, maka segala daya upayanya menjadi
sia-sia."
~Muhammad Jawad bin Ali~