Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

16 May, 2011

Hilang??


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya hairan, sebelum ni ada 8 komen di entri Emneya 7, kenapa sekarang tinggal 4 komen? itupun semua komen baru. Pelik betul saya. Saya sedang membuat 'judge' untuk semua peserta contest Emneya dimana setiap komen para peserta di ambil kira pada setiap part dan semua komen yang hilang tu adalah dari peserta-peserta contest.

Aduih..macamana ni, saya pun tak sempat save, tak sangka pulak tiba-tiba hilang, tempoh hari blogger ada masalah dan saya rasa di situ bermulanya hilang semua komen-komen di Emneya 7.

Saya mohon maaf di atas kesulitan ini, pada sesiapa yang rajin untuk drop semula komen, saya hargai dengan sepenuh hati, insya Allah selepas ini, saya akan save semua komen supaya tidak kalut macam ni lagi.

Maaf ye..

23 April, 2011

Tiada Tajuk.


Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih baik jangan letak tajuk entri, kalau letak pasti ada yang akan muntah baca.

"wei deena, udah-udah le update merapu, tak jugak update2 emneya, podahh"

Sebelum saya kena sembur macam itu, baik jangan letak tajuk entri okeh. lalala~ Jenuh fikir mau mula ayat entri ni macam mana sebab saya tau, bengang sudah emneya's participants nii. Hari tu janji mau update emneya 7, tak jugak muncul sampai sekarang! kau memang la hampeh deena!!

Saya minta maaf.. (maaf lagi!! :P) boring sudah orang baca word maaf saya ni. Tapi saya kena juga minta maaf ni, kalau tak, tambah tak jalan lah pena Farhana ni. Aduyai..teruknya saya ni.

Saya tidak tahu, rupanya bila masuk alam bekerja, setiap hari KERJA tu makin bertambah. Saya pula memang orang yang tak tahu bahagikan masa, memang tunggang langgang, yang jadi mangsa, blog ni lah. tak tau apa jadi dah.

Saya harap entri ni dapat bagi suntikan semangat untuk saya menulis semula di pena ini (yee lah tu, eksen ja cakap, tak hapdet jugakk..eii..benci betuuull)

Banyak je nak cerita, nak tulis, tapi tu lah 'ngepek' camni jugak bunyi entrinya. Orang pun dah pening baca.

Lagi sekali nak kata..

(please jangan bosan dan muntah ye)

IM SORRY :(

Emneya 7....tolonglah munculkan dirimu...

22 March, 2011

Deena Farhana!!!


Bismillahirrahmanirrahim..

Perghhh..senyap sunyi tenggelam tak nampak bayang! Kawan saya kata "cik deena! bek ko buang laut ja belog ko tuh! org tggu emneya sempat terberanak dua ko tau tak!"

Saya sangat merasa ralat atas kesulitan ini. Hari tu sudah janji update emneya 7, tapi sampai sekarang tak update. Maafkan saya sekali lagi.

Saya betul-betul tak sempat. Tugasan terlalu banyak dan saya memang tak pandai bahagikan masa. Kawan-kawan blogger yang lain pun selalu bertanya khabar, tiada respon dari saya, maaf sangat ye..

Kesian owner blog Ayohngoh dan kawan-kawan yang lain, balik-balik tanya pasal emneya.

Ok, malam ni saya update emneya 7.

:)

27 February, 2011

Maaf :(


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya sendiri terkejut bila tengok post terakhir 5 februari 2011. Perhh. Nak buka dashboard pun macam dah tak reti. :p

Memang lama tak update blog. Kena minta maaf pada semua kawan-kawan, terutama Emneya's participants. Ada kawan hantar emel kata saya dah lupa Emneya. Tak..saya tak lupa. Hati ni betul-betul nak update, blogging seperti biasa, tetapi nampaknya tak berjaya curi masa untuk blog.

Saya sibuk dengan kerja-kerja maktab, baru posting sekolah, hal-hal pengurusan tempat bertugas, proses penyesuaian dan pengenalan di samping kerja dan tugasan yang semakin banyak menyebabkan saya tidak mampu luangkan masa untuk berblog.

Maafkan saya ya..

Insya Allah, saya akan cuba update blog seperti biasa especially EMNEYA, kerana saya menanti pemenang untuk contest itu sejurus selepas tamat kisah ini. Saya mohon maaf sangat-sangat, sepatutnya episod Emneya tamat sebelum tarikh tutup contest untuk membolehkan saya mencari pemenang, namun saya dikekang dengan berbagai komitmen dan halangan untuk menyudahkan kisah Emneya ini. Saya betul-betul mohon maaf.

Buat kawan-kawan yang memberikan award, terima kasih banyak-banyak, saya dah ambil cuma tak publish lagi. Allah saja yang tahu betapa saya menghargai kalian semua.

Emneya part 7 akan di publish secepat mungkin. Salam sayang buat semua, terutama peserta contest Emneya. I love u all :)

03 November, 2010

Kita raja

Bismillahirrahmanirrahim..

Pehh..temberang je tajuk tu. Mana ada kita raja, just hamba ok. Tajuk tu saja saya letak sebab saya mau bicara dalam konteks diri, bukan soal keagungan. Yang agung dan yang paling atas itu Allah. Tiada tara.

Saya pernah rasa sakit kerana terguris dengan kata-kata manusia. Tapi, kalau mau kesah betul apa orang lain cakap, kita akan tambah sakit. Lalu, ambil jalan mudah, biarkanlah. Jangan lah cepat sangat melatah dengan benda-benda remeh.

Contoh benda remeh apa?

~ "better i study clever-clever before i be stupid person" ~ Woiii, grammar haru-biru! kalau tak reti cakap, jangan mengada-ngada nak cakap! geli tau dengar..

~ "aku nak corak bunga kecil-kecil, cantik.." ~ eeeeee ko niii, cerewet btol laa, kalau dah memang gemuk, pakai apa pun still nampak cam badak sumbu laa, hishh

~ "kesian dia, aku nak tolong.." ~ ko ni, kalau ye pun baik hati sangat, jangan sampai badan sendiri binasa! ko tu pun nyawa-nyawa ikan, berlagak nak tolong orang pulak! hih. tak paham aku!

Remeh temeh ke semua tu? muahaha. Contoh lebih kurangla. Kalau manusia yang angin selalu sejuk, mesti dia kata "tak apelah", "biarlah", "abaikanlah"....dsb.

Kalau manusia yang jenis 'hangin' camana? Kompom..lebam luar, lebam dalam. Kalau lebam luar tak pe lagi, boleh hilang, kalau lebam dalam? ingat sampai mati la. Dendam tak ingat akhirat.

Saya pernah mengalami tiga situasi remeh atas tu, and..to be honest, saya selalu kata dalam hati "biarlah". Saya rasa itu jalan yang terbaik. Malas woo mau panjang-panjang cerita (tapi tu tidak menunjukkan saya baik ya, jangan harap. Hangin gak saya ni)

Saya cakap inggeris, orang hentam. Saya cakap another language, pun kena. Kata tatabahasa tunggang langgang, tunjuk pandai.

Saya buka blog ni pun kena juga. Saya tiada facebook pun kena, saya tiada nuffnang pun kena juga. Ya, saya memang bukan seorang yang kreatif mencipta ruang untuk menjadi seorang bisnesswoman.

Kamu ada facebook, ada nuffnang, just go on. Jadikan blog mu tempat meraih succes, saya tiada langsung masalah dengan itu. Dalam kata lain, saya biarkan kamu bebas dengan kehendak kamu, dan saya bebas dengan kehendak saya.

Saya tiada kerja. Itu kenyataan. "why not u create some space to earn money? u have your blog, creatiflah sket" kawan saya pernah cakap macamni dengan saya. Bukan saya tak nak terima advice dia, tapi...hmm..kalau mulut jahat mesti jawab "ni blog aku, suka hati mak bapak kucing aku la!" (pinjam words kawan.. :P )

Bagi yang selalu 'beralah' dengan benda remeh temeh ni..tahniah sebab anda sudah menunjukkan yang anda boleh pupuk rasa sabar dalam diri.

Point yang saya nak cakap, sabar ada batasnya even terhadap benda yang remeh ni. Dari hal sekecil zarah la banyak memberi kesan pada karektor dan pembawaan sikap kita sehari-hari. Saya dan anda semua ni raja. tak percaya? Lihat pada tubuh anda, andalah raja pada kerajaan diri anda. Punya otak dan hati untuk mengemudi tampuk pemerintahan dalam diri.

Kalau orang kata anda berlagak, perasan baik, macam badak sumbu, abaikan dia. Teruskan pemerintahan hatimu kerana dia tidak berhak mengganggu gugat corak pimpinan kerajaan dirimu kerana kau adalah RAJA.

Hidup mesti terus, dunia tetap berputar meski dirimu dalam belenggu kepayahan. Atur langkahmu terus ke destinasi impian. Jangan putus asa :)

01 September, 2010

Misi mencari LailatulQadar


Bismillahirrahmanirrahim..

Moga sahabat semua sentiasa dalam rahmat lembayung kasih Allah dan makin bersemangat di bulan yang penuh barakah ini.

Kini kita sudah memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadhan. 10 malam yang di dalamnya Allah janjikan satu malam yang lebih berharga dari beribu bintang. Satu malam yang padanya terbuka seluruh pintu bagi segala hajat dan rintihan buat setiap hamba.

Barang siapa bertemu malam berkah itu, maka setiap butir pengharapan dan permohonan, cepat atau lambat akan diperkenan oleh Allah swt. Alangkah indah dan bertuahnya kita jika bertemu malam itu.

Telah diperincikan tentang waktu turunnya malam lailatulqadar iaitu pada 10 malam terakhir yang bertarikh ganjil, serta tanda-tanda turunnya malam tersebut. Kita umat manusia tidak akan tahu bila waktu yang pasti turunnya malam itu, maka tuntutan berjihad memburu malam lailatulqadar ini wujud pada hamba yang tulus mendambakannya.

Fenomena kini, 'mencari lailatulqadar' seolah bertukar menjadi 'mencari lailatuKainLangsir, lailatulkuehRaya wa lailatulBajuRaya'..

Serba sibuk dengan segala macam persiapan. Menjadi kesedihan jika kurang atau tidak hebat persiapan hari raya. Seolah nak beraya setahun. Padahal puasa sebulan saja.

Wajib khatam buat kueh raya banding nak khatam Quran. Wajib ada baju raya, kalau tidak, raya jadi hambar, tak seronok dan sebagainya.

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak perlu dan tidak boleh membuat sebarang persiapan raya, cuma kena berpada dan cukuplah dengan kesederhanaan kerana ynag sederhana itulah yang lebih cantik dipandang mata.

Moga dengan sisa Ramadhan yang berbaki ini, kita dapat menggembleng tenaga dan semangat untuk terus menjalankan misi pencarian malam yang penuh barakah iaitu LailatulQadar, saya doakan moga kita beroleh dan bertemu dengan malam yang menjadi dambaan.

31 May, 2010

Ini manusia ke???!!!


Bismillahirrahmanirrahim..


Tak terluah apa-apa bila tengok gambar-gambar ini melainkan hati menggeletar dan rasa seperti nak tembak hidup-hidup je perempuan dajjal bawah ni.. (memang saya marah sangat ni!) Astaghfirullahal a'zim..mengucap panjang tengok gambar ni..









Ini bukan manusia, bukan juga haiwan, sebab haiwan pun ada juga rasa belas kasihan. Perempuan ni saya tak tahulah spesis apa.

Kawan yang emel gambar-gambar ni, ya Allah..kepala macam kena letrik je tengok. Gila punya perempuan. kalau kena suruh tembak perempuan ni hidup-hidup, sungguh, saya yang akan tampil dulu.

Jurugambar yang snap aksi kejam perempuan ni pun sama, saya rasa nak tembak sekali. Memang macam ini ke orang china? adduh..kenapalah ada makhluk sekejam ini kat dunia..

"Ya Rabb, sesungguhnya Kau maha melihat segala kebiadaban penduduk dunia, timpakan apa yang sepatutnya pada perempuan ini dan campakkan apa yang terbaik ke relung hatinya serta jauhkan dan hindarkan kami semua dari berlaku kejam seperti perempuan itu..ameen"

Sedih tengok kucing tu. Sedih sangat! :(

24 May, 2010

Aiyyooo...tokojut den!



Bismillahirrahmanirrahim..

Baru tadi blogwalking, tiba-tiba nampak gambar ni, sebelum ni saya ada dengar pasal kes ni tapi saya lupa nak search gambar dia. Sekali jumpa, terus terbuat dua entri hari ni. huhu..

Saya baca kisah dia ni, aduh..rasa simpati saya menebal, bukan apa..takut dia tak sempat bunuh Nik Aziz lagi, dia dulu kena bunuh. Alahai..kalau ye pun tak suka Nik Aziz, janganlah celupar mulut sampai nak bunuh2..ingat kita ni sapa? tuhan ke? jagalah reputasi umno..kan bawa title pemuda umno, takkan la pemuda umno perangai macam ni. Kang malu PM..heii la sapuan..sapuan..

Ini dia antara bahana laman sosial facebook..hempa yang mana ada pesbuk, jangan mara ceq noh..hat mana bek buat tauladan, hat mana tak bek jadi sempadan..ceq pon tak baguih gak, masih blajaq erti hidup..

Bagi saya, berpolitiklah hebat mana pun, Umno ke, Pas ke, DAP ke, Keadilan ke, tapi pesan saya, jangan sesekali jadi dajal..berani bercakap sampai tak ingat kiamat..ingat, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Saya dengar hidup budak ni sekarang dah jadi tak tentu hala hanya kerana ugutan bunuh yang dia buat kat facebook.

Sungguh, saya rasa simpati. Simpati kat mak pak dia, ahli keluarga dia..sekarang ni orang duk cemuh dia, kata itu ini kat dia, kesian kat mak yang dah lahirkan dia, hati mak mana yang tahan kalau anak kena cemuh, walaupun nampak memang salah anak, cemuhan, makian itu sakit..

Wahai Safuan Hilmi, tak dak sapa nak halang hang politik, tapi hang jaga2..jangan sampai politik wat hidup hang haru biru naa..sian kat mak pak hang..susah payah besaqkan hang..titik peluh..hang lak wat lagu nih..aduhai..dengaq kata mata ayaq hang kena gak tempias tsunami..sian..tak pasai2 glemer ondespot..

Cadangan saya, baik bagi Safuan ni jumpa Nik Aziz face to face, biar dia tengok sendiri muka insan tua yang dia nak bunuh sangat tu. Kita tengok siapa yang nanges dulu. Sama ada Nik Aziz nanges sebab tengok muka kebudak-budakkan Safuan, atau budak Safuan ni yang nanges tengok muka tua Nik Aziz dengan ketayap lusuhnya.

Akhir sekali, saya doakan budak ni bertaubat dan selamat, begitu juga dengan ahli keluarganya. Dijauhkan dari segala malapetaka. Dikau masih muda Safuan, jangan stopkan riang hidupmu semata-mata dek politik yang kau sendiri tak faham apa tujunya..

"Wahai canggih dunia, jangan kau renggut segala kesopanan insan tatkala kau melebarkan sayap menghenyuk segala waras fikiran penduduk alam.."

19 May, 2010

Kenapa tak boleh?


Bismillahirrahmanirrahim..


Lama juga tak update, sampai cemomoi kata "lama beno memendam rasa ni"..huhu.. memang lama pun, sampai thomas cup dah lama setel dah. Malaysia, sila usaha lagi ye.

Ok, hari ni saja je post pasal budak sorang ni. Waktu tu papa ada urusan luar daerah, so saya kena ganti tempat papa kat sekolah. Nak storylah pasal celoteh budak-budak yang saya jumpa. Banyak yang buat saya senyum, mulalah ingat perihal diri sendiri waktu umur-umur macam tu.

Nak pendekkan cerita, saya masuk la kelas tahun empat.

saya: Assalamualaikum semua.. (tapi salam tak dijawab :P)

ketua kelas: kelas bangun! assalamualaikum ustazah!

murid-murid: assalaaaaamuaaaalaikum ustaaaazaaaaaaaaahh! (peh, saya bagi salam tak jawab, nak saya lak jawab salam..heii laa..bebudak...)

saya: waalaikumussalam warahmatullah..

Saya pun mula buka buku, nak start mengajar lah. Tapi pelik, murid-murid tu semua masih setia berdiri. Ohh, lupa nak suh duduk..manalah ceq nak tau..ceq bukan bertauliah pon :P (awat kluaq bahasa utagha plak ni?) haha..

saya: sila duduk murid-murid sayang.. (sambil senyum secomel mungkin..haha perasan :P)

Tengah-tengah mengajar tu, budak perempuan (tak ingat dah nama apa..hehe) yang saya nak story ni pun tetiba angkat tangan dan berdiri..

budak perempuan: ustazah, saya ada soalan..

saya: ya, sila2 (peh, gaya kalah pensyarah maktab :P)

budak perempuan: ustazah, kenapa orang Islam tidak boleh makan babi dengan minum arak? pehh...soalan keluar tajuk, saya ajar Sirah Nabawi..huhu..tak sangka pulak budak nak tanya camni. Saya pun tutup buku Sirah. Dok pikiaq ayat mudah yang bebudak senang nak paham le..kang ceq explain stail unibesti, kompom bebudak ni nampak bintang-bintang kat pala.

saya: ayam kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: kambing kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: lembu kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: babi kita boleh makan tak?

murid-murid: haraaaaaaaaaam!

saya: ok, milo boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: sirap bandung boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: kopi boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: arak boleh minum tak?

murid-murid: haraaaaaaaaaaaaam!

saya: ok, Allah bagi banyak dah, boleh makan, boleh minum itu ini, tapi Allah kata babi tak boleh makan, arak tak boleh minum.. sebenarnya Allah saja nak uji sama ada kita ni, boleh ikut perintah Dia atau tak, itu je. Siapa boleh ikut perintah Allah, balasannya syurga..yang tak boleh ikut larangan Allah, balasannya neraka..

murid-murid: oooooooooooooh.. (ceq pon tak tau depa paham ka dak :P ..hentam pi la)

Tetiba budak perempuan yang bertanya tadi berdiri lagi. Aduhh..bila nak abes daa..

budak perempuan: ustazah, daddy saya minum arak, so daddy saya masuk neraka la?

mak aihh...ceq tak tau nak terang lagu manaa ni...pak dia minum arak la pulokk.... haihh..kang habaq "ya..daddy hang akan masuk neraka" sampai kat pak dia, mampuih ceq!

saya: ok, nanti jumpa saya kat bilik guru ye (sambil senyum maintainkan kecomelan) huhuuu.

Saya tertarik la dengan perwatakan budak ni, dia suka tanya soalan. Saya tanya la guru-guru kat sana, rupanya memang budak ni pintar, selalu dapat nombor satu dalam kelas.

Pengalaman ganti papa sehari tu nice je.. nanti pegi ganti lagi, saya story lagi ye. Kalau ada story le..hehe..

Selamat Hari guru buat semua pendidik terutama papa dan mama yang bertugas mendidik saya sepanjang hayat, dan semua guru yang pernah mengajar saya. saya doakan kalian sentiasa di rahmati Allah.

p/s: sebenarnya ada pic saya dgn budak tu kat atas, tapi sy dah remove, takut pak budak tu see entri..huu, xpasal2 riuh marudu ni.

Satu lagi, buat kak Nadiah, Lokman dan Khalifah_Allah, terima kasih award, nanti saya ambil ye, mohon jangan jauh hati sebab tak post award tu lagi..happy sgt la dpt award..hee

13 May, 2010

Judi diluluskan


Bismillahirrahmanirrahim,


Alhamdulillah, pagi ini ada sedikit ruang untuk berziarah ke blog sahabat-sahabat. Riang rasanya membaca pelbagai coretan yang mana begitu banyak manfaat dan juga sebagai renungan.

Ziarah ke blog uncle pie dan beberapa sahabat saya di Mesir, terdetik nak sentuh pasal lesen judi yang telah diluluskan kerajaan Malaysia kepada BERJAYA, sebuah syarikat judi sempena bola sepak piala dunia jun ini. Aduhai..sedih sangat. Sudah pasti umat Islam di negara kita ini juga ramai yang akan ikut berjudi.

Mohonlah entri saya ini tidak disalah tafsirkan sebagai ingin membuat provokasi terhadap kerajaan. Saya bukan orang politik, jauh sekali yang ekstrem berpolitik, cuma saya merasa perlu dan ingin meluahkan pandangan dari mata hati sendiri.

Dalam Islam judi adalah haram, mempertaruhkan nasib itu haram. Tolonglah faham. Kesannya pada kita pasti negatif. Perlu diingat, agama rasmi negara kita adalah Islam, maka kerajaan harus mengambil serius soal mempertahan imej sebagai negara Islam.

Saya ni boleh bising kat blog je lah, sekadar mencoret macam ni bukan kuasa besar pun untuk batalkan semula judi yang sudah diluluskan tu. Cuma, saya ingin berkongsi, memberi buah pandangan agar kita dapat membuka mata hati atas beberapa isu yang boleh mengganggu gugat imej Islam itu sendiri.

Peehhh, deena farhana macam ustazah pulak hari ni :P alah, ini untuk kesedaran bersama, nanti kalau bala turun semua kena..nauzubillah.

Sekarang, lesen sudah lulus. Orang dah berpusu ke tempat-tempat judi, dan paling malang kebanyakannya terdiri dari orang-orang kita. Jadi, apa kita nak buat sekarang ni?

Papa saya kata "tunggu pilihanraya akan datang"..alahaii, janganlah lepas ni dapat pulak emel kata blog saya tali barut pembangkang..ngeh3x

p/s: jangan lupa, layan thomas cup semifinal Malaysia vs China jumaat ni. Layan je, jangan berjudi plak! ok. Excited tgk Hafiz Hashim main semangat semalam sampai kek hangit. Huhu..

12 May, 2010

Pena Farhana akan di delete!


Bismillahirrahmanirrahim..


Akhir-akhir ini saya agak sibuk, mohon maaf pada sahabat-sahabat yang berziarah ke teratak usang saya ini kerana mungkin ada beberapa sapaan mesra dari kalian yang lewat saya balas dan mungkin juga belum berbalas. Apapun, terima kasih dari saya dan saya sangat menghargainya :)

Mohon maaf juga pada sahabat blogger sekalian kerana kebelakangan ini saya tidak punya masa untuk berziarah dan membaca entri-entri hebat di laman kalian, insya Allah akan cuba mengikuti kembali.

Saya sebenarnya tak tahu nak tulis entri ni tajuk apa sebab saya rasa benda ni macam balik-balik dah. Tapi tak pe lah, bubuhlah tajuk yang gempak sikit. Sekali baca tajuk macam mengada-ngada pulak..huhu.. Sebenarnya, saya hargai sangat pada sesiapa yang pernah dan selalu hantar emel kepada saya dan untuk ke sekian kalinya saya buat entri tentang satu lagi emel yang saya terima.

Kebanyakannya emel dari mereka yang tidak saya kenali dan saya akui, mungkin sejak wujudnya blog ini menyebabkan sahabat dan kenalan saya bertambah. Saya hargai sangat.

Ada yang menghantar emel menghulurkan salam persahabatan dan ukhuwah, dan tidak kurang juga yang sudi memberi teguran membina dan tidak kurang juga yang memberi kritikan hebat. Saya sedar, mungkin kerana masih baru dalam dunia blogger dan semua coretan pun agak tidak sempurna.

Saya sedar, sebagai manusia biasa ini tidak pernah sempurna pada setiap geri dan perlakuan. Jadi setiap kritikan itu walau pedas macamana pun, kena anggap sebagai rencah hidup dan berlapang hati terima.

Saya tahu, ada beberapa orang silent reader blog saya ini. Walaupun hanya silent, saya sangat berterima kasih dan rasa gembira. Sama ada baca entri-entri saya hanya selingan atau sebagai suatu pengharapan untuk tatapan jiwa dan rohani, semuanya saya ingin raikan sebagai tanda terima kasih.

Kisah semalam, buka peti emel..niat nak tengok kiriman emel dari sahabat saya dari mesir, tapi belum sempat tengok, dah terpandang emel yang satu ni subject 'buang masa je!'. Saya pun buka dan baca. Panjang juga emel tu, tapi tak larat dan tak nak lah publish di sini.

Cuma nak publish ayat terakhir dia je "baik awak delete je lah blog awak ni!". Alahai..saya tak sakit hati pun. Kelakar adalah. Tau kenapa saya rasa lucu dan kelakar? sebabnya saya nampak umpama macam ni lah..kita datang rumah orang yang sunyi sepi, kemudian kita mengamuk sorang-sorang, guling-guling atas lantai rumah orang tu, hentak kepala kat dinding..jerit-jerit, melalak kuat-kuat..tapi rumah tu sunyi je. Tak kelakar ke?

Kadang saya terfikir, apalah yang tak kena dengan blog saya ni sampai kena suruh delete. Saya tengok blog-blog sahabat-sahabat saya yang lain alahai..cool aje, suka hati nak buat entri apa. tapi takpe, mungkinlah ada beberapa benda yang saya telah tersilap dan menulis bukan pada tempatnya. Saya mohon maaf untuk itu.

Ok, buat si penghantar emel 'buang masa je!', saya akan delete pena farhana ni, dengan syarat anda tampilkan diri anda di laman saya ini dan bukan di peti emel. Tampilkan siapa diri anda supaya saya boleh tahu anda siapa. Ok.. ;)

Sahabat-sahabat budiman, para pengunjung serta silent reader sekalian, deena farhana nak kata, tulus dari hati ini.. pena farhana yang dhaif saya miliki ini, hanyalah sebuah blog peribadi. Saya ulang kembali, ini hanya blog peribadi. Saya ini masih mentah dan tidak layak untuk menulis dan hasilkan blog stail ulamak, mana-mana entri saya yang kelihatan seperti ilmiah, saya mohon apa yang baik kita kongsi bersama, dan mana-mana entri saya yang bukan ilmiah (peribadi) juga saya mohon diterima sebagai selingan dan mungkin juga sifat lemah saya sebagai hamba Allah.

Huhu, panjang lebar pulak entri ni. Saya ni tak suka sangat tulis entri panjang-panjang, sebab saya takut saya atau anda semua bosan baca. Tapi tak pe lah, dah tertulis panjang, saya mohon dilindungi dari segala amarah syaitan dan kita semua dalam lindungan Allah.

10 May, 2010

Harga pengorbanan


Bismillahirrahmanirrahim..


Kadangkala hidup kita ini tidak pernah tulus difahami oleh sesiapa melainkan Allah zat yang maha mengerti. Bila di layar kehidupan, pernahkah kita terfikir untuk memberi kehidupan kita buat insan yang kita sayangi? mungkin ayah, ibu, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai dan juga orang yang kita tidak kenali.

Bagi saya, syarat untuk berkorban harus tulus. Usah di canang jerih payah pengorbanan kita jika ingin ganjaran indah di akhirat sana. Setiap pengorbanan harus diiringi dengan setinggi ketulusan agar segala niat diredhai Allah.

Berkorban wang ringgit, masa, tenaga dan sebahagian organ dan anggota itu semua dalam pandangan Allah. Jika ingin meraih manisnya syurga, usah di keluh kesah harga pengorbanan itu. Tidak mudah untuk menggapai sebuah ketulusan yang agung.

Ketulusan berkorban dalam erti kata yang sangat mendalam. Seolah kita memberi nikmat yang ada pada kita demi insan yang memerlukan. Berkorban tanpa ada sesiapa yang menyedari, memberi tanpa ada sesiapa yang mengucapi.

Berkorban dan memberi bukan untuk meraih pujian dan bangga diri. Itu jauh sekali dari pandangan mata Ilahi. Kerana itu, tingginya ketulusan dalam berkorban sukar diraih meski bibir berkata hatiku tulus.

Diri lemah ini jua begitu, memiliki iman hamba. Moga Allah terus memberi kasih sayang buat kita semua.

29 April, 2010

Indahnya sakit


Bismillahirrahmanirrahim..


Hamparan badai sedang menjengah. Kudrat ini harus gagah walau hanya tinggal sekelumit tabah. Sakit bukan hanya badan merasa, tetapi seluruh jiwa hamba dan keimanan di cuba.

Jangan dicerlung renungan mata kala meniti pundak derita, itu dugaan. Sabarmu pasti ada perhatian. Tanganmu kecil, tiada daya. Namun kau punya hati bernama nurani, luruhkan keluhanmu bersama ketulusan kerana sinar bakal menanti.

Daku letih. Saban hari melewati hari-hari penuh ranjau. Bertahun merasa tubuh di injak dengan kesakitan, sangat mahu berkata, ini tiada apa. Hatimu saja yang tidak bisa ditarbiyah. Ayuh, bukakan matamu, lihatlah betapa dunia menghambat jutaan manusia ke lembah lebih siksa.

Kau hanya tegar di situ, melayan amarah sakit di badan dan jiwamu. Namun harus kau tahu, sekalian umat di luar sana dipasak dengan seribu rasa sakit, lapar dan derita tatkala bumbung kemanusiaan di lantun-lantun bak tiada harga.

Ya..ya..daku lemah ya Allah. Baru diuji begini, hati dan bibir mengaduh-aduh seribu bahasa. Ayuhlah, kini jihadmu tidak sebesar zarah, harus kau nilai jihadmu menuju jannah, yang menanti di hadapan lebih bertatah rona.

Akuilah, perjalanan kehidupan harus berencah bermacam. pekerjaan, keluarga dan teman itu juga rencah dunia. Harus kau sulam rencah itu agar menjadi sebuah kehidupan yang maha indah. indah di dunia, unggul di syurgaNya.

Terkadang jiwa hamba ini terasa lesu tidak terkata, itu tandanya hamba perlu menadah meminta padaNya yang maha kuasa. Selirat duka bukan bererti kau hina, tetapi tanda kau bakal mencapai bahagia.

p/s: saya kurang sihat, maka tulisan pun bermadah pujangga. hrp tiada yang menyampah..


20 April, 2010

Antara tadbir dan takdir


Bismillahirrahmanirrahim..

Di persinggahan dunia ini, manusia tercipta dengan berbagai kemahuan serta keinginan. Itulah rencam. Semuanya diatur dan diolah mengikut kehendak batin dan jiwa.

Apabila yang diolah menghasilkan satu lakaran keinginan, cantik dan tepat pada waktunya, bibir menguntum seribu senyuman, hati pula melonjak keriangan. Itu tandanya tadbir dan takdir seiringan lalu tercipta kebahagiaan.

Namun, bagaimana pula jika tadbir tidak seiringan dengan takdir? puas diolah, puas diatur, puas di susun, akan tetapi pengakhirannya tetap bukan kehendakmu. Di sini iman diuji. Berat terasa, lenguh di jiwa.

Tidak habis merintih, kenapa dan mengapa harus diuji begini. Mengharap jawapan pada siapa? ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya. Ada insan sedih meruntun hati.

Dikala merasa langkah kehidupan tidak seiring dengan kemahuan, yakini hanya satu. Allah menanti permohonan kita. Rintihlah padanya kerana Dia memang menanti rintihan kita. Rayulah padanya kerana Dia memang menanti rayuan kita.

Sesulit dan sesukar apapun, ruang untuk menadah dan meminta pada Nya terbentang luas. Dia yang memiliki segala tadbir alam dan ketentuan. Dia yang berkuasa atas segala isi langit dan bumi. Dia yang memberi izin, segala sesuatu terjadi.

Usah diratapi jalan hiba yang sedang kau tempuh, tetapi rianglah kerana ruang permohonan terbuka seluas lautan. Mohonlah, agar segala tadbir hamba kita Dia serasikan dengan takdir agungNya.

Jalan ini yang harus kau tempuh, teguhlah pada kalimahNya, serulah hati mereka. Moga Allah memberi nusrah terindah.

p/s: pena farhana sudah mula bermain kata..huhu..mau panaskan enjin menulis poem balik ni, tapi macam tak jadi je..ngeh3x


17 March, 2010

Jelas lagi tepat


Bismillahirrahmanirrahim..


Wardina Safiyah. Dia dulunya seorang artis yang lincah dalam dunia lakonan dan peragaan. Mengalami transfomasi hidup daripada kemalapan kepada cahaya. Cahaya hidayah yang sering dinanti oleh setiap ruh jiwa manusia.

Saya gembira melihat dia berubah secara konsisten dan kini dia diberi kekuatan untuk meluahkan secara terbuka rasa bimbangnya terhadap moral artis Malaysia yang semakin hancur. Menurutnya, dia tidak sanggup membenarkan anaknya menjadikan artis sebagai idola mereka.

Saya sangat menghargai kenyataan ikhlas Wardina dan berharap semua orang dapat membuka mata hati mereka untuk bertindak matang dalam menafsir kenyataan Wardina.

Saya bukan peminat Wardina, tetapi saya kagum dengan perubahan dirinya. Saya doakan dia terus kuat untuk memberi nasihat dan pendapat demi masa hadapan artis itu sendiri. Dia juga adalah orang yang tepat kerana dia juga seorang artis. Artis yang mengalami transfomasi berharga. Meraih sinar hidayah dan dia memastikan sinar itu sentiasa bercahaya.

Terkadang, cahaya itu terang menyinar dan adakalanya dia malap kembali. Saya kelu bila mana orang sibuk berbicara soal artis. Kelu kerana apa saya sendiri tidak tahu.

Apa yang saya dapati, dunia artis mendapat liputan meluas di negara kita tidak kira di media massa mahupun elektronik. Segala bentuk program realiti tv di pertonton untuk melahirkan lebih ramai yang namanya artis.

Saya melihat situasi ini tidak memberi kesan yang baik kepada generasi muda lebih-lebih lagi kanak-kanak. Entahla, kadang hati bertanya, kenapa dan bagaimana. Kita semua terpaksa akur dengan sistem negara majmuk. Itu fenomena yang sukar di ubah oleh kita dan saya yang hanya ada laman blog ini.

Dek kerana begitu, hanya iman yang masih boleh membantu untuk kita terus memilih jalan ke arah menggapai syurga abadi.

Good job Wardina. Lakukanlah kerana Allah Ta'ala.


01 February, 2010

Betapa mahal harga sebuah 'sabar'


Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi 30 Januari 2010 jadual penerbangan saya dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Seperti biasa, beratur di hadapan kaunter untuk proses check in. Saya tiba awal di Lapangan Terbang jadi saya antara orang yang berada di barisan hadapan.

Kakak saya dan suaminya yang tolong tempahkan tiket saya secara online. Jadi saya hanya perlu memberi kad pengenalan saya di kaunter. Tiba giliran saya, saya senyum pada petugas MAS yang manis bertudung sambil menghulurkan kad pengenalan saya.

Tetapi, senyuman saya tidak dibalas. Tidak apalah, mungkin dia sedang tekun menjalankan tugasnya, kebetulan pagi itu ramai yang menaiki penerbangan tersebut.

Selang beberapa minit, petugas MAS itu kata, nama saya tiada dalam penerbangan pagi itu. Dia tanya saya, book online ke? saya jawab, ya. Dia tanya lagi, ada print tak? saya jawab, tiada. Lepas itu dia terus cakap, nama saya tiada dalam flight itu.

Saya lihat air mukanya cukup tidak selesa. Saya minta supaya dia memeriksanya lagi sekali. Terus dia jawab, saya dah check, tak de.

Saya sedar waktu itu, saya dalam masalah bila melihat tindak tanduk petugas MAS itu seolah endah tak endah. Saya cuba berfikiran positif. Cari jalan, selesaikan. Kebetulan ada seorang petugas MAS, mengarahkan saya pergi ke kaunter sebelah untuk double check.

Petugas MAS di kaunter sebelah pula ramah dengan senyuman sambil bertanya kepada saya, ada yang saya boleh bantu? kemudian saya terangkan semuanya dan akhirnya selesai. Salinan tempahan tiket online sudah ada di tangan saya.

Kemudian saya terus beratur di barisan kaunter tadi, petugas yang sama sebelumnya. Dia tidak langsung pandang muka saya, dan berkata, dah la tak print, reference number pun tak de. Saya yang dari tadi ambil langkah berdiam dan cuba bersabar, akhirnya tidak mampu bertahan.

Saya jawab agak panjang juga. Ramai orang yang memerhatikan kami. Last sekali saya cakap, kita sama-sama pakai tudung, masing-masingla jaga adab.

Saya kesal, sepanjang saya menaiki mana-mana penerbangan, tidak pernah jumpa petugas semuram itu. Tambah saya kesal, dia tidak dapat kesan nama saya dalam penerbangan kerana jika tempah secara online, nama ayah yang akan di tulis dahulu.

Jadi dia tengok kad pengenalan saya, bukan nama ayah yang di hadapan. Dia terus cakap nama saya tiada dalam penerbangan. Sepatutnya dia lebih tahu procedur itu kerana dia adalah petugas MAS.

Lagi-lagi saya kesal, kerana hari itu, dia kurang bersabar di atas tugasnya. Benar, hati saya terguris dengan kata-katanya. Jika saya yang bersalah sekalipun, dia seharusnya bertindak lebih dewasa kerana saya yakin dia tahu tentang etika kerja.

Apapun, saya anggap ianya sebagai ujian yang sangat kecil. Tidak sebesar zarah pun, tetapi begitulah, terlalu besar harga sebuah sabar sehingga saya tidak mampu untuk berdiam diri dan sempat merasa sedikit terganggu dengan sikap petugas itu.

Saya doakan selepas ini, dia sentiasa tenang dan lapang dalam menunaikan tugasnya dan saya dikurniakan setinggi kesabaran bila berhadapan dengan situasi seperti itu.

p/s: credit to Along and her husband for helping me to book the ticket. Thanks so much..

22 January, 2010

Mana milik kita?


Bismillahirrahmanirrahim..


Kini, saya melihat satu persatu ahli keluarga saya pergi menyahut panggilan Allah. Sedih dan sayu itu sudah pasti. Airmata sebagai tanda kita merasa pedih di atas sebuah perpisahan kubro yakni perpisahan yang abadi.

Namun di sebalik itu semua terselit satu tarbiyah yang amat bermakna dari Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi. Memang pedih menghadapi satu kehilangan, tetapi sejauh mana kita mampu menadah tarbiyah indah dari Allah itu, pasti ada sinar bahagia di atas redha yang tulus.

Akuilah wahai jiwa, tiada apa pun milik kita. Nikmat harta, kehidupan, keseronokan, kecantikan, suami, isteri, anak, kesihatan, kemewahan, malah nafas kita ini adalah pinjaman semata-mata dari Allah. Segala nikmat dan iradat yang kita rasai, pasti akan di ambil semula oleh Allah.

Getar dan gentar hati bila melihat agungnya Allah. Dia penguasa atas segala sesuatu. Berkatalah apa sahaja, megahlah dengan apa yang dimiliki, tetapi Allah zat yang tidak pernah lupa.

Bumi ini sekadar persinggahan untuk menentukan tempat kita di akhirat sana. Di bumi ini, pelbagai jalan dibentang. Kita hanya perlu memilih jalan ke mana arah kita, tidak syurga, neraka pastinya.

Setiap kehilangan mengajar saya erti sebuah persoalan. Mana milik kita? gagah mana pun kita, jawapannya pasti tiada yang milik kita. Berharta, pasti suatu hari ada waktu jadi kedana. Berpangkat, pasti suatu hari ada waktu berpeleseran. Cantik, pasti ada waktu jadi hodoh. Bernafas? lagi nyata dan pasti tiba waktu nafas berhenti.

Allah maha Agung. Rintihlah padaNya kerana sememangnya Dia menanti rintihan kita. Mintalah padaNya kerana sememangnya Dia menanti permintaan kita. Sujudlah padaNya kerana sememangnya Dialah tempat pada segala pergantungan.

02 January, 2010

Tahun bertambah, usia berkurang


Salam maal hijrah 1431, dan kini tahun 2010 telah muncul. Saya tidak begitu girang dek kerana banyak hal, apapun saya bersyukur kerana nikmat dari Allah masih terlalu banyak buat saya.

Tahun 2009 berlalu dengan seribu satu macam lakaran. Ada yang indah, dan tidak kurang juga yang mencabar jiwa rohani saya sebagai manusia yang bergelar hamba pada yang maha Pencipta. Dihimpit dengan berbagai cubaan, sangat memberi kedewasaan pada saya.

Saya kadang bingung bila orang sibuk bertanya apakah azam tahun lalu sudah tercapai. Bagi saya, agama Islam sudah lama memberi garis panduan dan matlamat kita sebagai hamba kepadaNya dan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Sepatutnya tanya, apakah sudah sempurna matlamat itu.

Kemunculan tahun 2010 ini juga menyaksikan usia kita sudah semakin berkurang. Istilah kebiasaan bila masuk tahun baru atau meraikan hari lahir, kita akan kata, usia kita bertambah, tetapi pada konsep Allah, usia kita ini semua semakin kurang dan pendek.

Bila Allah telah tetapkan pada Qada' dan Qadar bahawa hayat kita ini hanya berusia 42 tahun, maka dikala tahun bertambah, tempoh usia kita semakin berkurang dan kita semakin menghampiri janji Allah iaitu saat kematian yang pasti.

Saya masih belum berjaya menjadi seorang daie yang sepatutnya. Kelemahan saya begitu ketara di mana-mana. Seringkali lalai dalam mentajdid matlamat sebenar dalam hidup. Tahun 2009 juga menjadi saksi pada beberapa kekhilafan dan kelalaian saya.

Lantaran diri terlalu lemah, satu pinta saya, diberikan kekuatan terus menerus untuk menadah tangan meminta kepada Allah kerana saya tahu, saya ini serba lemah, Allah jua yang maha Besar.

Semoga diri ini masih layak mendapat kasih sayang dariNya. Allah.. suluhkan hidupku, agar ada sinar di kemudian nanti.

19 December, 2009

Hijrah terbesar


Salam ma'al hijrah 1431 buat semua. Moga segala yang berlalu memberi sedikit saham yang baik untuk kita semua.

Saya sibuk beberapa hari ini, ada saja kerja yang perlu diselesaikan. Di samping itu, menyibukkan diri demi mendengar cerita dan 1001 kisah dari bonda sepanjang mereka berada di tanah suci.

Seronok mendengarnya, yang pasti semuanya dapat dijadikan teladan dan sempadan. Saya sangat bersyukur pada Allah kerana melindungi perjalanan kedua ayah bonda saya.

Berbicara soal hijrah, banyak cabangnya. Tetapi, hijrah menuju ke alam barzakh itu adalah yang terbesar bagi saya. Bagaimana dan setakat mana sudah kita membuat persiapan untuk menghadapi hijrah yang paling besar ini.

Allah tidak pernah menjanjikan kepada kita bahawa umur kita ini panjang. Kalau di hitung-hitung sebenarnya, nyawa kita ini sehari-hari melentok liuk di hujung jari, cuma kita sahaja tidak menyedari.

Jika ada yang tidak faham, bagaimana membuat persiapan untuk hijrah terbesar ini.

Tepuk dada, tanya iman. *sambil tepuk dada sendiri..

*Ya Allah, jika umurku Kau takdirkan masih panjang, pandulah aku di jalan-Mu. Jika umurku Kau takdirkan hanya tinggal seketika, berikan nusrah-Mu, agar aku bisa menggapai syurga-Mu. Amin.

13 December, 2009

Bila tiba Janji Allah..

Buat Teh Affifah Shahira Abdul Hamid, moga tabah dan redha menjadi milikmu. Salam penuh simpati dari Pena Farhana.

Gambar kenangan sebelum nahas berlaku

Gambar setelah nahas, Teh Affifah ditenangkan oleh sanak saudara


Saya mendengar berita ini melalui Buletin Utama Tv 3 semalam. Dijemput Allah setelah empat jam bernikah. Seribu simpati menghuni jiwa saya. Biasanya, Allah memilih insan yang terbaik untuk memikul ujian dari-Nya itu.

Saya doakan kekuatan hati sentiasa bersama Teh Affifah. Begitulah percaturan Allah yang tidak terduga oleh kita, dan yang pasti, segalanya akan berlaku mengikut janji-Nya.

Al -fatihah buat kesemua nahas kemalangan.