Entri ini saya buat untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam chatbox saya, merangkap kesinambungan dari entri sebelumnya tentang facebook.
Rasa kelakar pulak baca tulisan dari nick 'sahabat2mu ya deena'..Allahu Akbar..wahai sahabat saya,
'kawe dok wi khedit ko yahudi, tapi wi khedit ko mu la, bia mu kecek banyok dale ni! huhu..jangelah maghoh...'saya tahu, ramai juga sahabat saya yang tidak bersetuju dengan facebook ini, seterusnya kurang selesa dengan entri dan pandangan saya tentang facebook.
Ingin saya nyatakan di sini, bukan setakat facebook saya tiada, twitter, my space, friendster, dan yang seangkatan dengannya juga saya tiada. Saya cuma
ADA blog ini sahaja.
Secara peribadi saya melihat laman-laman ini tidak kurang juga memberi impak dan kesan negatif terhadap pengguna. Bagi yang menjadikan laman tersebut sebagai arena untuk misi dakwah, alhamdulillah ianya sangat baik.
Seperti yang saya katakan di dalam entri sebelumnya, saya tidak ingin pun buka atau create akaun facebook sampai bila-bila kerana saya yakin, jika saya ada facebook, mungkin saya akan tersalah guna laman itu kerana sebelum ini FACEBOOK lah laman yang telah mencipta tragedi ngeri dalam hidup saya dan keluarga.
Tragedi apa, tidak perlulah saya tulis. Bagi saya, facebook, twitter dan sebagainya itu tidak haram, tetapi harus diingat setiap benda ada baik dan buruk, pro dan kontranya.
Begitu juga dengan laman-laman sosial ini terutamanya facebook kerana saat ini kita menyaksikan betapa rangkaian ini sedang
GAH di persada dunia.
Jika ada yang berpendapat facebook haram kerana milik yahudi, saya memahaminya kerana jika dipandang secara global fungsi rangkaian itu sendiri, sebenarnya saya tidak menolak bahawa ada misi terselindung yang dibawa oleh sang zionis.
Tetapi, dengan adanya penda'ie dan pendakwah yang mampu melaungkan jihad Deen melalui facebook ini, kenapa tidak? moga dengan jihad yang dibawa, ada insan yang beroleh hidayah.
Apapun, saya faham. Setiap orang punya pandangan dan persepsi sendiri dan setiap dari anda berhak untuk memiliki pandangan. Cuma, ini saranan saya, bertebaranlah dan lakukanlah apa sahaja menurut mata hati anda, namun pastikan PERJALANAN HATI anda tidak sesekali mengubah kedudukan ALLAH sebagai yang UTAMA.
P/s: saya ada impian, nak buat satu rangkaian maya untuk challenge facebook. Ada sesiapa nak join venture? emm...i think
Iqbal want to join me, right? ;)