30 June, 2010

Tiada tepi.


Bismillahirrahmanirrahim..


Usai solat subuh tadi, saya tiba-tiba teringatkan nenek Rosmarry (ibu pada mama saya). Nenek saya ini seorang penganut kuat kristian katolik. Di usianya yang sudah mencecah 80-an dia masih gagah pergi ke gereja untuk bersembahyang.

Saya cucu kepada dia, darah di tubuhnya mengalir di tubuh saya waktu ini. Setiap hari, 5 kali fardhu wajib saya sujud menyembah yang Esa bersama hakikat bahawa pertalian darah antara saya dan nenek Rosmarry itu tidak akan pernah berubah.

Teringat pertemuan saya dengannya minggu lalu semasa saya ke rumahnya. Saya sampai di rumahnya, nenek baru sudah mandi. Seperti biasa bibirnya mengukir senyum lebar bila memandang saya. Saya menyalaminya, cium tangannya, kucup dahi dan pipinya.

Tiap kali saya kucup dahinya, hati saya terdetik bahawa dialah wanita yang telah mengandungkan, melahirkan serta membesarkan mama saya dengan keringat yang bukan setitik. Membesarkan anak-anak dengan kudrat wanitanya tanpa bantuan dari seorang yang bernama suami.

Saya sanjungi dia sebagai ibu dan wanita yang tabah. Kemiskinan waktu dulu tidak menghalang nenek membesarkan dan mendidik mama dan anak-anak yang lain mencapai kejayaan hidup sehingga kini masing-masing memiliki kehidupan yang baik.

Saya sayangi dia sebagai insan terindah dalam hidup saya kerana ada saatnya dia yang begitu tersentuh dan terguris dengan keputusan anak-anaknya memilih Islam, dia masih mampu untuk terus memberi sentuhan sayang pada saya dan cucu yang lain.

Saya masih ingat bicara bibir antara saya dan nenek saat keberangkatan saya melanjutkan pengajian ke Mesir.

Nenek: "Jauhnya Mesir tu, entah bila lah dapat pulang sabah kalau begitu"

Saya: "pulang bah..cuti nanti pulanglah"

Nenek: "Belajar apa di sana?"

Saya: "agama"

Nenek: "sini tidak boleh belajar agama?"

Saya: "boleh, tapi kena sambung di sana"

Nenek: "oh, ambil pangkat paling tinggi lah? balik nanti jadi pegawai lah?"

Saya: "mana ada tinggi nek..macamana jadi pegawai.."

Nenek: "bah, bagus-bagus di sana, jangan lupa telefon nenek, jangan kawin sama orang arab, mudah-mudahan lulus baik, belajar bagus-bagus"

Saya: "iya nek.." macam biasa, adat berpisah mesti nangis la :P

Saya mengasihi dia kerana sekalipun tauhid berbeza, dia merestui dan mendoakan kepergian saya ke Mesir untuk mempelajari agama Islam yang bukan agamanya, dan pernah satu ketika saya sakit kuat di Mesir, nenek kata dia berdoa untuk saya di gereja dengan linangan airmata mohon saya sembuh dan sihat seperti biasa.

Hakikat tersurat, agama kami berbeza, kepercayaan kami berbeza, dan tauhid kami berbeza. Namun, dia tetap nenek pada saya.

Selagi nafas saya ada, doa ini "ya Allah, sesungguhnya Engkau pemilik sekalian hati, maka tetapkanlah hati nenekku di antara hati yang memiliki hidayahMu sebelum tiba ajalnya, sayangi dan kasihi dia untuk menuju syahadahMu" akan sentiasa meniti di bibir saya. Doa saya tiada tepi buat nenek yang saya kasihi.

Perkenankanlah ya Allah.

28 June, 2010

Saya letih.


Bismillahirrahmanirrahim..


Sememangnya bergelar manusia ini, sungguh tidak dapat lari dari merasa letih. Letih bukan bermakna putus asa, ianya satu rintihan agung dari seorang insan yang bergelar hamba.

Tajuk entri saya hari ini bunyi seperti mengeluh ke? saya tidak berapa suka mengeluh sebenarnya, tapi amat susah bagi seorang manusia itu menjadi sempurna. Macam sayalah. Jadi untuk mengurangkan mod 'mengeluh' tu, saya nak kaitkan perkataan letih ini dengan keupayaan iradat kita sebagai makhluk Tuhan.

Saban hari, meniti perjalanan yang matlamatnya hanya satu iaitu mencari keredhaan Allah. Beribadat dan bekerja menyusuri sebuah denai kehidupan fana sangat menggoncang iman dan upaya kita dalam menggapai matlamat itu.

Saya letih. Letih dengan ngauman singa dunia. Tatkala letih menyapa, sanubari memendam rasa. Bila agaknya bibir saya ini berhenti untuk berkata 'saya letih'? oh deena...engkau mahu tahu jawapannya? sampai hancur dunia ini pun bibirmu akan tetap menyatakan keletihanmu itu.

Saya letih memandang dunia. Oh deena..apakah itu bermakna engkau sudah mahu memilih kematian agar pudar rasa letihmu? sudah setinggi mana bekal dan amalanmu menghadapi kematian itu? fikirkan.

Saya letih memandang keegoan dan ulah manusia. Oh deena..apakah itu bermakna engkau ini sudah sempurna sehingga masih sempat merasakan ego dan ulah manusia terhadapmu? Masakan engkau tidak tahu dengan yang namanya ujian dan cubaan? renungkan.

Saya letih dengan penyakit dunia. Oh deena, apakah itu bermakna engkau ini sudah tidak faham erti sebuah jihad dan kesabaran? Mana mungkin engkau menjadi serikandi berjiwa Khadijah jika pena mu ini melenggang tari, merungkai lesu yang tiada noktah.

Mengapa saya merasa terlalu banyak ruang untuk sempat merasa letih? apakah dengan menjadi manusia itu memang wajib sentiasa merasa begini? ya iyalah..deena, kamu itu gimana sih? masa kamu lupa kita itu manusia, yang namanya manusia itu...emang terus terusan capek! kalo nggak ngerti capek..itu yang namanya letih! mana bisa manusia jadi seperti tuhan yang punya segala langit dan dunia! (bibik, pembantu rumah indon tolong jawabkan *terlopong* :P)

Itu selingan, buat hati yang lara. Hoho..banyaklah engkau punya lara deena. Stop membebel dan teruskan je hidup. Bazir dakwat pena je tulis poyo camni.huh.

Sorry2, testing untuk tulis kolum motivasi ni. huaahahaha. Motivasi konon, hampeh :P

26 June, 2010

Saya hargai :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Baru teringat dengan award-award ni, saya betul-betul minta maaf sebab ada yang sudah lama bagi saya belum sempat publishkan sebagai tanda terima kasih. Saya pun lupa dah berapa award dapat, check balik juga tadi, ini lah semuanya (haraplah tiada award yang tertinggal..takutnya..)

Ok, buat semua pemberi award, deena nak ucap terima kasih yang tidak terhingga atas pemberian comel ini..i'm really appreciate it :)


Mawar merah yang indah ini dari Cik Amy Sensei, teman blogger yang baru saya kenali, namun sudah terasa begitu akrab, terima kasih ye Cik Amy..moga ukhuwah kita berpanjangan :)


Creative Blogger Award ini pula dari kak Ummu Ammar, teman blogger yang sangat manis bagi saya, terima kasih ye kak, moga terus sudi berteman dengan deena :) tapi nak minta maaf sangat-sangat, tak sempat nak buat syarat-syarat tu..maaf sangat..


Awesome Blogger's Award ini pula dari Nurul Izza yang cantik jelita, teman blogger saya yang sweet, sekarang berada di Lincoln Nebraska, US..terima kasih izza :)


yang ini pula dari kak Eizan yang sangat comel, teman blogger senegeri dengan saya, negeri di bawah bayu..terima kasih kak :) moga ukhuwah sentiasa berkekalan :)

Terima kasih sekali lagi buat semua yang mengingati saya melalui pemberian award yang sangat indah ini, deena sayang semuanya :)

25 June, 2010

Sanah helwah mama :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Aduh..hampir sahaja terlupa hari ini hari lahir mama saya. Mujur terpandang date hari ini dan along pun mengingatkan saya. Bila terpandang kalendar tadi, terus ambik handset dail nombor mama.. (macamanalah boleh lupa..eiii)

Ma, selamat hari lahir yang ke 49. Didoakan moga mama sentiasa diberi kesihatan yang baik, diberkati usia dan semua amalan.

Waktu ini mama berada di Kelantan kerana menghantar adik saya Nurul mendaftar masuk ke Maktab Perguruan di Pengkalan Chepa. Selamat menjadi anak rantau buat Nurul, moga mencapai kejayaan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Sabar saja lah tengok gambar mama saya yang bertutup muka tu ye. Almaklumlah, tengah H1N1 mengganas. Puas cari kat lappy ni gambar perfect, tiada! haddoii...terpaksalah rembat gambar waktu naik haji..ohoho..nampak sepet mama saja lah..kih3x

Salam cinta kasih buat mama saya yang gojessss...hehe..love u ma!

Lokman minta tolong


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni jenguk blog, baca latest komen dari Lokman katanya nak minta tolong (kembali bersiaran dalam bahasa Melayu..hehe) Saya pun dengan berhati waja segera ke blog beliau..ngeh3x..

Alkisahnya dia minta tolong agar diberi penjelasan tentang mesej-mesej yang diterimanya, anda boleh klik sini untuk baca entri dia.

Sebelum tu, saya dengan rendah hati nak kata kat Lokman, saya bukan alim ulamak yang lidah cair berbicara soal hukum-hakam, saya pun still sengkek jugak ni. Apapun demi persahabatan sebagai teman blogger, lebih-lebih lagi baru ni brader Lokman telah menjadi pahlawan menentang 'Aku' di chatbox saya, dengan ini saya cuba semampu yang boleh..caiyok2! :P

Ok, ini mesej pertama yang dia terima.

"Malam tadi penjaga Makam Baginda telah bermimpi...........(bla..bla..bla..) tolong sebarkan, jika tidak anda akan ditimpa bala"

Penjelasan saya:

Mesej tu sama lah seperti surat berantai, risalah berantai, emel berantai dan apa-apalah yang sewaktu dengan rantai..ehh, silap...apa-apalah yang sewaktu dengan yang 'berantai' ni. Hujung dia mesti suruh kita sebar, jika tak sebar, akan jadi macam-macam, konon pak kita akan ditelan lembu lah, nenek kita akan mati tercekik ikan masin lah, bini beranak kepala takdelah, perut akan meletup esok lah..pendek kata kita dapat BALA.

Nasihat saya, usahlah percaya pada semua yang namanya berantai ini kerana ianya mengandungi unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik..err..takutnya nak sebut word syirik ni..kang kena hentam lagi..weii korang! udah2 lah hentam blog ni, lebam melebam dah..tak kesian ke.. :(

ok, kenapa saya kata ada unsur syirik? bilamana kita mempercayai sesuatu yang buruk terjadi kerana tidak menyebarkan mesej berantai itu, dibimbangi akan tergelincir dari aqidah Islam dan seterusnya membawa kepada syirik..uihhh deena...udah le tu sebut syirik..kang berdentum plak lagi ni kang blog ni..hohoho. ok, selesai yang pertama.

Mesej kedua yang dia terima.

"wahai kawan2..jangan berdoa meminta Israel dilaknat, kerana maksud ISRAEL adalah TUHAN KAMI, Isra=yang teratas, El=kami fikirkan. Gunalah istilah yahudi laknatullah, sila sebarkan maklumat ini...Wallahualam bissowab"

Ok, sebelum tu Lokman tanya word 'bissowab' mendalah apa tu?

~word 'sowab' ini bermaksud benar. So lebih kurang maksudnya macam ni "Allah yang lebih mengetahui dengan perkara yang benar"

Penjelasan saya untuk mesej kedua:

Err..pertama kali baca mesej tu dengan takrifan ISRAEL begitu. Saya tak tahulah sama ada meaning dia macam tu. Apa yang saya tahu, (ini yang saya tahu, yang saya belum tertahu, jangan pulak hentam saya) ada tegahan melaknat dengan nama israel/isro'il yang merujuk kepada nama nabi kita iaitu nabi Yaakub alaihissalam yang mana Allah SWT pernah memuji kemuliaan beliau di dalam Al-Quran bersama kedua ayahnya iaitu nabi Ibrahim dan Ishak.

Allah juga melaknat bangsa israel itu di dalam Al-Quran tetapi ianya dengan menggunakan perkataan yahudi dan bukan dengan perkataan israel.

Jadi ada seruan mengenai tegahan melaknat dengan nama Israel sang zionis yang memang terang lagi bersuluh tiada pertalian agama dengan nabi Yaakub dan hal ini dibimbangi dalam masa yang sama kita melaknat seorang nabi yang mulia di sisi Allah SWT.

Tetapi saya yakin, penggunaan word israel yang digunakan oleh kebanyakan orang adalah merujuk sepenuhnya kepada sang yahudi zionis laknatullah itu dan bukanlah bertujuan untuk melaknat dan menghina nabi Yaakub alahissalam.

Israel yahudi ni memang otak geliga, yang terbaru saya tahu diorang dah buat satu page khas di facebook, mana-mana pengguna laman itu yang menaip perkataan 'israel', contoh: 'hancur wahai israel', automatik nama pengguna itu akan ter link ke page mereka tu dan penama-penama yang ada di page itu diisytiharkan sebagai penyokong mereka. licik kan?

ok, itu sahaja lah yang saya boleh tolong. Mana yang tidak cukup dan kurang tepat, boleh rujuk kepada yang lebih tahu. Lokman, saya pun budak masih belajar. Kita sama-sama lah terus belajar ye. hehe..

uhh..agak panjang juga entri ni..huhu..sorry..

23 June, 2010

Kecek inggerihh la pulok!


Bismillahirrahmanirrahim..


Lately, i feel a lack of ideas to write something...but the passion of writing is still there. (mengada sikit hari ini cakap omputih :P)

Ok, since i have this blog, i wrote almost all the entries in Malay because i feel closer to all visitors of my blog. Suddenly, someone said to me like this "what kind of graduates who have degrees do not understand and do not know speak english?" I also want to add, "what kind of Al Azhar university graduates like me, do not understand and do not speak Arabic as well? huahaha :P

I went silent but little bit 'terangguk-angguk' lah. What terangguk-angguk in english ha? ngeh3x :P .... i do not know whether i agree or not with the words of the person, but i consider those words as a positive statement.

For those who understand different languages is an advantage for them. They understand Malay, English, Chinese, Tamil, Arabic, French, Spanish, philipine and many more languages is a very valuable advantage. Go to any country, sure they can live well :)

However, what about those who do not know? (like me :P) it is sometimes in quiet difficult situations such as we recently (me and my parents) went to Egypt and transit at Kuwait International Airport, it is very difficult to communicate in there because most of them do not speak English especially those working in the toilet and bathroom (the meaning is, i do not fluent in arabic or kuwait's arabic :P)

I remember when we were there waiting for our flight to Cairo, my mom went to the toilet. For information, how to use the toilet there unlike in our country, floor must be dry and not wet with water! (huhuuu..so?? how to use it??) kwang3x..pandai-pandai sendiri lah...erk, what is 'pandai-pandai sendiri lah' in english ha? oh maybe 'clever-clever self lah' hahaha..

So the story is...my mom was scolded by the employee who work at the toilet. ohoho (masa tu saya geram gak dgn pekerja tu, engko marah mama aku?? huh!) my mom tried to speak english told there leaks in the pipeline but the employee does not understand. Then, i tried to speak Arabic international (non-kuwait arabic), even the same! the employee does not understand! (adduss..wahai pekerja...engko keja apot antarabangsa xpaham inglish?? huh!)

The employee was very angry, mom told me to give her one dinar as a sorry. Then the employee in happy smile (ewah2..dpt duit, bru senyum.bertuah sungguh!)

So that the difficult situation will occur when we are less skilled in other language. hehe..now i'm trying to learn Chinese language as well as i can :)

Sorry for my English is very poor, if there are any grammatical errors, please correct me because i know all of you who read my entry was great in English, right? :)

19 June, 2010

Again and again


Bismillahirrahmanirrahim..


Empat hari tinggal blog terkontang sepi. Komitmen dan tugasan yang terpikul di pundak adalah prioriti yang harus diselesaikan. Niat di hati memang ingin menjenguk blog. Kemudian, dapat mesej dari kawan yang chatbox diserang oleh seseorang yang saya sendiri tidak kenal.

Nickname 'aku' mula bertapa di chatbox saya petang tadi. Saya sudah baca semuanya. Tidak apalah, bagi saya itu sudah lumrah. Rasanya ini kali ke empat chatbox saya bergegar. Saya sudah maklum, dunia blogging memang begitu. Blog kawan-kawan yang berupa ilmiah apatah lagi yang berbicara soal politik memang selalu kena.

Saya tiada masalah dengan insan yang bernama 'aku', cuma saya mahu katakan, saya tidak punya masa untuk layan benda sia-sia seperti ini kerana saya masih banyak kerja yang mesti saya fikir dan siapkan.

Sebelum ini, chatbox saya diserang kerana hal yang sama. Saya dikatakan ekstrem berpolitik, ekstrem pada Tok Guru Nik Aziz. Saya pun tercari-cari juga mana satu entri dalam blog saya yang terlalu taksub dengan politik? Kalau entri pasal Safuan Hilmi, oh itu bukan entri politik bagi saya.

Saya sangat tidak suka pada hal seperti ini, jadi dengan ini saya beralah. Jika pena yang saya tarikan di laman ini mengguris mana-mana pihak atau menimbulkan rasa tidak selesa pada sesiapa, saya mohon maaf.

Terima kasih pada semua sahabat yang cuba mempertahankan saya terutama adik saya nurul, dan saya seru agar tidak terlalu beremosi kerana hal seperti ini tidak akan selesai serta tidak akan ada kesudahan. Ini benda yang terlalu remeh.

Lagi banyak benda yang lebih penting untuk kita bahaskan. Terima kasih sekali lagi :)


15 June, 2010

Special Simcard :)



Bismillahirrahmanirrahim..

Cewah, sempena rumah baru ni, nak bagi cenderahati istimewa buat pengunjung dan followers Pena Farhana. Sebelum ni dah bagi award, saja buat kelainan, nak bagi simcard la pulak, hehe..

Penghargaan ni saya dedikasikan buat anda semua terutama pada mereka yang telah sudi meletakkan link Pena Farhana di laman kalian. Saya sangat menghargainya. Simcard tu tulis 'Pena Farhana connecting blog' means siapa yang ada simcard ni akan sentiasa dekat di hati deena farhana :)

Biasanya senarai bloglist saya kat tepi tu, link saya ada di laman mereka dan buat sesiapa yang telah link blog ini dan saya terlepas pandang, saya mohon maklumkan pada saya supaya saya boleh link anda juga..

ok, ambil perhatian penama blogger di bawah, sila ambil cenderahati ye..

Dear Nurul
Kak Nadiah Sidek

Iqbalsyarie
Kak Nida
Adik Melatidaisy
Kak Liza Cun09
Honeyz
Makcik Werdah
Ismihairil
Sdr Abd Razak
Cemomoi
Sdr Tajnur
Nia shomeyl
Rapunzell
Nadzurah
Cuzzy Nonoi
Kak Qema
Kak Suniza
Kak Rosaliza
Lokman Hakim Kamarudin
Ibuhani
Uncle Piewahid
Ashrafi
Kak Fa10
Zihnun Fatin
Ummu Ammar
Izza Nebraska

Kak Lia3003
Kak Hamizah Perth
Dakwatunnisa
Syuhada
Kak Lin
Nurul Ain
Niesa Imana
Remaja Islam
Amiruddin
Kak Miezann
Liyana Mujahid
Athirah
KakYong
Aincepet
TukangKata
AkuVision
Kak Syigim
Sahromnasrudin
Bujang Susah
Rina Azam
Umiliya
Kak Nia
Hasrul Nizam
Fello Ariza
Cik Amy Sensei
Fatin Azmin
Rose Idayu
Kak Imun
Fakhrul Islami
Syahida
Mardhi

DAN JUGA BUAT SEMUA FOLLOWERS SERTA PENGUNJUNG SETIA PENA FARHANA
(mohon maaf jika ada yang terlepas pandang, nama tiada kat atas, deena xlarat tulis semua..)

Harap sudi terima cenderahati ikhlas dari deena farhana (^_^)

14 June, 2010

Rumah baru, nurul dan emel 'cinta'


Bismillahirrahmanirrahim..


Waiseymenn! three in one gitu. Tiga tajuk entri yang saya combine jadi satu.

Firstly, Pena Farhana pindah rumah baru hari ni. Rumah lama dah uzur, tunggang langgang oleh tuan rumah sendiri. Huhu..

Tapi bila pindah, rasa lain macam pulak..mungkin dah terbiasa warna orange striking tu..tapi memang hati sengaja apply rumah baru dan pilih warna smooth je, tukar mood la pulak, lagipun duduk rumah lama rasa semangat menulis macam nak melayang je. So, sebelum melayang jauh, baik pindah cepat :P

Secondly, hari ni adik nurul dapat tawaran ke maktab perguruan Pengkalan Chepa, Kelantan, ambik tesl. Opsyen bahasa inggeris penuh. Menangis dia bila tau. Dia kata "oh my god! kelantan?!!"

Dia tak pernah berjauhan dengan family, form 1 till form 5 duduk hostel pun taklah jauh sangat dari rumah. So nurul, tabahkan hati..terima hakikat yang kamu kini sudah besar dewasa, harus mula belajar erti hidup yang lebih jitu. Dont cry!

Thirdly, buat ke sekian kalinya saya terima lagi emel 'cinta' dari hamba Allah. Saya pun tak taulah, but i thought this is the same person who sent me the email before. Kenapa saya kata emel cinta? sebab hamba Allah itu kata "saya benci+nta tulisan awak, tapi lebih kepada sangat benci"

Memang! kalau boleh saya malas dah nak ulas kat sini, kawan-kawan kata, tak payah layan. Tapi, ya Allah.. ada juga ye manusia yang terlalu prihatin dengan tulisan saya?? addduhhh.. sangat tak masuk akal! hei...dah tak de kerja ke selain hantar emel kat saya?? apa yang dia tak puas hati pun saya tak tahulah.

Whats wrong with my words here?? Kalau tak puas hati dengan saya, awak buat blog sendiri, tulis banyak-banyak, puaskan hati awak.ok?

Huh..susah juga orang terlalu 'educated' ni.

13 June, 2010

Saya tetap saya.


Bismillahirrahmanirrahim..


Lama juga menyepi. Semua kerana kekangan kerja dan masa. Sekarang ini hidup berjalan seperti biasa dan pastinya disulami dengan pelbagai cerita sebagai penambah rasa.

Saya sempatkan diri untuk buat post kilat ini, mungkin sebagai semangat meniti detik hadapan. Hari demi hari, mendengar pelbagai perkhabaran. Baik suka mahupun duka. Kadang buntu memikir jalan. Bagaimana harus dibuang, bagaimana harus ditelan. Pahit belaka.

Tetapi, hidup mesti diteruskan. Wacana Islam wajib diperjuang hingga ke titisan keringat waimma darah yang terakhir. Saya tetap saya, berdiri teguh demi Islam tercinta. Sekalipun digugat dengan harga sebuah pertalian darah, saya tetap akan berdiri untuk Islam meski saudara terbuang.

Hayat dunia bukan sekadar disini. Tetapi matlamatnya adalah akhirat sana, penentu aras terakhir duduknya kita. Apapun tindak hati kita akan menjadi kayu pengukur di Mahsyar sana. Saya yakin, penilaian sebenar dan yang haq hanya pada Allah dan bukan pada kamu kamu.

Saya sayang kamu, sahabat dan saudara. Namun, sayang saya ini tidak akan mengubah apa-apa, apalagi bersetuju dengan apa yang kamu perbuat. Saya bersumpah, tidak akan bertolak ansur pada segala unsur yang menentang Islam, segala daya yang tidak ingin berpegang pada Islam. Kamu dan kamu moga kembali ke jalan Allah. Saya tetap doakan.

Dendam pada sebuah keterlukaan tidak akan menjanjikan apa-apa kerana kita ini insan lemah. Kudus, selamanya lemah. Suatu hari pasti kamu akan mengerti hakikat hidup ini bila nafas sudah tiba saat berhenti.

Saya dan kamu-kamu akan lebih banyak melalui ujian getir kelak di hadapan. Moga tegar hati dan cekal berpanjangan. Harapan saya, biar ke mana arah kita, mohon Islam sentiasa bertakhta di hati.

p/s: Al fatihah buat sahabat adik saya nurul yang baru kembali ke rahmatullah awal pagi tadi kerana kemalangan.

07 June, 2010

Alang, i did it


"Slm.sila delete gmbr anda yg trdpt dlm fb krna israel sdg
giat scan body prmpuan muslimah utk ditelanjangkan.
hal ini krna smua pngkln data fb adalah hak
milik pnuh israel.jln terbaik adalah boikot fb dan sgra
menutup akaun fb.Hebahkan utk mnyelamatkn saudara2 muslimah kita.hancur israel laknatullah!"

Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi adik saya, nurul bagitahu dia dapat mesej yang kat atas tu. Pemilik dan pengasas facebook sedang giat membogelkan gambar pengguna perempuan Muslim di laman itu. Sekarang ni, semua sibuk men'deactivate' kan akaun facebook masing-masing.

Sejauh mana kesahihan cerita ini saya tidak mahu ambil kira kerana situasi waktu ini sudah cukup menerangkan pada kita bahawa sang zionis sedang tidak berpuas hati pada seluruh umat Islam seantero dunia terutamanya tentang isu Gaza ini.

Ketahuilah betapa berazamnya zionis ini mahu menghancur lumatkan seluruh umat Islam di dunia ini. Sungguh banyak yang telah dan sedang dilakukan oleh bangsa terkutuk ini. sejak dahulu hinggalah kini dan ini bukanlah sesi melatah atau baru terngadah, tetapi sesi untuk saling mengingatkan agar masing-masing lebih berwaspada di atas segala silent action yang dipelopori sang zionis ini.

Setakat ini, menurut adik saya salah satu laman tentang Draw Muhammad Day telah berjaya di ban kan oleh laman yang dianggotai oleh mereka yang tidak bersetuju dengan penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu. Kemungkinan besar, itu juga yang membuatkan pemilik facebook berasa kurang berpuas hati lalu bertindak seperti itu.

Adik saya nurul ini baru sahaja memiliki blog peribadinya sendiri, sesiapa yang ingin bertandang ke lamannya, saya persilakan, cuma saya ingin nyatakan dia ini baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blogging, (macam deena juga lah dulu mula-mula :P) jadi apa yang kurang di mata kalian, saya mohon jangan di perlakukan seperti laman saya ini (berapa kali dah kena tsunami :P) dan apa yang kelihatan indah serta bermanfaat ambillah sebagai satu perkongsian bersama.

Bila baca entri nurul GOODBYE FACEBOOK, rasa terkejut ada, kelakar pun ada, sebabnya nurul ni boleh dikatakan pengguna 'tegar' laman itu. Hehe, jangan marah ya nurul. Rasa kelakar sebab kat entri tu dia siap tulis "Alang, i did it". Pehh, punyalah nak bagitau sungguh kat saya yang dia dah delete akaun facebook dia.

Lepas tu dia kata "now i understand the hateness of my sister to facebook" aduhai...saya bukan benci kat facebook, saya cuma rasa tak berapa faham sistem laman itu dan saya mengambil jalan untuk tidak berkecimpung dalam rangkaian sosial itu. Saya tidak memandang serong pada sesiapa yang memiliki akaun facebook kerana saya faham sebagai umat Islam kita juga harus menggunakan kemudahan canggih yang ada untuk medan dakwah dan mengelakkan umat Islam dikatakan sebagai jumud ataupun ketinggalan zaman. Itu saya tidak nafikan.

Walaubagaimanapun, saya menghargai adik saya kerana begitu kuat semangat untuk men'delete' akaun facebooknya meskipun saya tahu melalui facebook lah dia sentiasa keep in touch dengan semua kawan-kawannya dan juga berniaga secara online, dan satu lagi saya hargai sensitivitinya yang begitu menyala terhadap kekejaman zionis terhadap Palestin.

Adik saya ini lepasan Spm dan alhamdulillah, berjaya menjadi pelajar terbaik Spm di sekolahnya. Saya doakan moga dia sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan berharap memilih jalan hidup pada acuan yang sebaiknya.. (uihhh..nurul..say thanks la kat alang mu ini..kerana membuat promo yang begitu panjang untuk u and ur blog :P)

p/s: pasal gambar kena bogel, sesiapa yang ada pic kat fb, cdgn saya better remove lah dulu buat sementara waktu, nanti bila dah reda, ikut suka lah kalau nak bubuh balik, dan kalau rasa benda ni hanya provokasi semata-mata, tak payahlah remove, abaikan je. saya xnak nanti ada lak komen yg saya ni beremosi keterlaluan pulak..hehe..

05 June, 2010

Ma'attaufiq wannajah


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya difahamkan waktu ini semua sahabat dan sahabiah saya di Mesir sedang berada dalam fatrah imtihan. Waktu-waktu begini, biasanya banyak benda akan berlaku sama ada dari segi gangguan kesihatan mahupun emosi.

Saya pernah melalui saat itu selama lebih kurang 4 tahun berada di sana. Segala rasa disatu, segala daya dipadu demi mencari sebuah kejayaan. Musim peperiksaan adalah waktu yang sangat menduga saya semasa masih dalam pengajian, di sana lah juga sakit bertandang, keyakinan mula hilang, apatah lagi semangat.

Peperiksaan pertama saya semasa berada di tahun satu pengajian adalah yang paling berat pernah terlakar di memori saya. Hanya tinggal seminggu peperiksaan bakal bermula, kudrat saya juga makin tiada, semua kerana sakit saya datang menjengah. Tidak mampu duduk, apatah lagi berdiri dan berjalan. Terasa bisa satu badan.

Hati dan bibir tidak henti mengucap doa, mohon agar diberi sedikit kekuatan untuk mengikuti peperiksaan. Keluarga di tanah air juga tidak henti mengirim doa dan kata-kata semangat. Saya cuba tenangkan hati meskipun rasa cemas sudah mula menapak di sanubari.

Saya menghitung, ah..lagi 4 hari peperiksaan akan bermula. Bisa di badan semakin terasa. Kitab di hadapan tidak mampu di selak. Saya terbaring lesu. Telefon bimbit saya tidak henti berbunyi, mesej dari tanah air berupa doa dan semangat.

Waktu itu, saya sedar sahabat-sahabat saya sedang pulun menyelak kitab dan mengulang hafalan Quran, sedang saya terbaring tiada daya. Papa menghubungi saya lewat telefon, meminta saya pulang ke tanah air untuk mendapatkan rawatan di pusat pakar seperti biasa.

Saya tiada kata untuk cadangan papa. Hati rasa kosong, namun masih ada jiwa untuk bertahan. Saya gagahkan diri untuk setiap solat fardhu, bangun dan duduk di sejadah. Saya rasa hanya itu yang mampu saya lakukan, usai bersolat saya cuba selak mushaf untuk mengulang hafalan tapi mata saya kabur, ayat Quran di mushaf langsung tidak nampak. Saya capai kaca mata, tapi tetap kabur.

Bibir saya hanya mampu sebut word ini "ya Allah.." selebihnya bibir terkatup senyap. Saya tutup mushaf dan berbaring sebab badan sudah rasa letih, duduk sebentar pun letih. Lemahnya badan tidak terkata.

Kawan-kawan serumah juga sangat baik, tidak henti memberi sokongan dan semangat. Sentiasa berada di samping saya sepanjang masa. Tidak ingin sekali menangis, saya tidak mahu menitiskan airmata hanya kerana ujian begitu.

Namun, pada hari seterusnya, peperiksaan bakal bermula lagi dua hari, saya paksa dan push untuk bangun tengah malam, di situ pengharapan terakhir saya, saya rasa itulah proposal terakhir saya sembahkan di hadapan Allah sebelum bermulanya kertas peperiksaan pertama saya. Waktu itulah airmata saya gugur. Setelah lama kelopak mata bertahan, tidak ingin jatuh manik jernih itu. Akhirnya, gugur di hadapan Yang Maha Besar..

Sedari diri begitu lemah, saya serahkan segalanya pada percaturan Allah. Bergantung penuh pada setiap ketetapanNya. kita manusia ini tiada daya, hanya tahu meminta dan terus meminta dariNya..dan Dia? akan terus memberi dan terus memberi..

Hari pertempuran sudah bermula, saya putuskan untuk mengikuti peperiksaan. Ada sedikit kekuatan walaupun sebenarnya badan masih tersangat lemah. Sahabat-sahabat datang untuk bawa saya bersama sambil menyalurkan semangat untuk saya.

Hari pertama, Ujian syafawi Quran dan matan syatibi. 30 juzuk bakal di tebuk. Saya terus terang, persediaan saya tidak lengkap, hafalan saya tidak sempurna diulang. Saya tidak mampu pun menyelak mushaf saya untuk mantapkan hafalan. Malahan mushaf Quran pun saya tak bawa pagi tu.

Sampai di pusat kuliah, saya tengok..ya Allah..berderet sahabat-sahabat duduk di koridor masing-masing dengan mushaf sambil khusyuk mengulang. Agak berpinar juga saya, sebabnya..entahlah..masa tu saya soal diri saya.."ni kalau kena tebuk juzuk 24, boleh jawab tak nih?"~~~hati spontan jawab "entahlah"

Tak lama tu, nama saya kena panggil masuk dewan syafawi. Ohh Tuhan..saya orang pertama! sebabnya pihak kuliah difahamkan yang saya tidak sihat. Jadi saya di awalkan. Tawakkal a'lallahh je masa tu.

Masuk tu kawan-kawan pimpin, saya bagi salam kat syeikh-syeikh yang ada kat depan. Alhamdulillah, mereka semua baik, bertanya khabar kesihatan saya sebelum mula memberi soalan.

Kemudian, saya mula disoal, Quran dan matan. Ya Allah..rahmatnya saya rasa..alhamdulillah semua soalan Quran kena pada ayat yang memang saya ingat begitu juga matan, ditebuk pada bab pertama sahaja. Saya tak berapa ingat dah semua soalan tu, yang saya ingat, juzuk 5 maqra' 3, juzuk 10 awal baro'ah dan hujung yasin, semuanya 10 soalan.

Keluar saja dari dewan syafawi, mulut tak henti ucap syukur kerana Allah permudahkan saya untuk hari pertama, dan itu yang membuatkan saya cukup rasa bersemangat menghadapi yang seterusnya.

Sepanjang peperiksaan, kesihatan saya tidak menentu namun masih berdaya duduk dalam dewan peperiksaan, satu rahmat yang saya tidak akan lupa, selesai sahaja semua kertas, saya terus berangkat pulang ke Malaysia tanpa menunggu result. Saya tawakkal dan serahkan semuanya pada Allah. Kawan-kawan lain semua tunggu result sebab jika ada subjek tak lulus, repeat akan bermula dua minggu selepas result.

Maknanya, jika saya pulang Malaysia, ada subjek tak lulus, saya kena back on track repeat..kembali semula ke Mesir sebelum bermula repeat. Kecut juga, sebab saya bukan orang kaya nak ulang alik Mesir. Harga tiket tak murah. Namun saya teruskan doa, minta lagi pada Allah untuk lulus periksa. Sebelum ni minta untuk dapat masuk periksa, lepas tu minta supaya lulus. Banyak sangat permintaan..Allah minta sikit je kita susah nak tunaikan..aduhai.

Alhamdulillah, sejuta ksyukuran saya rafakkan pada Allah kerana meluluskan semua proposal yang saya sembahkan sebelumnya. Saya lulus semua subjek dan berjaya naik tahun dua. Papa saya menangis gembira, begitu juga mama.

Buat sahabat-sahabat yang kini berada di medan juang peperiksaan, teruslah berdoa, bersangka baik pada Allah dan lakukan setulus hati, dan yang paling penting saya nak pesan, belajar bukan semata untuk peperiksaan, tetapi belajar untuk pandu hidup akan datang.

Salam juang buat semua sahabat saya di Mesir, sahabat seangkatan Qiraat dan kuliah, usuluddin, syariah, lughah..moga kalian diberi kejayaan. Ameen ya Rabb.

p/s: credit pic to D60 :p

04 June, 2010

Saya pun tersentuh

Tersentuh

Ya Allah betapa tersentuhnya aku membaca blog saudari Islam kita seorang ni. Dari Home pergi ke Older post, pergi lagi ke older post dan pergi lagi ke older post. Setiap satu bibit ayat dari blog ni tersusun rapi, lemah lembut tapi tegas, berwawasan tapi murah hati, yang paling penting tabah. Satu persatu ujian melanda saudari blogger ini dan keluarga, sahabat handainya.

http://farraoshin.blogspot.com/

Jemputlah rajin-rajin membaca. Korang akan dapat rasa betapa banyaknya kurniaan Allah pada kita. Syukur Alhamdulillah.

**************************************

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangkit dari katil, saya on laptop, jenguk blog. Sampai saya boleh terjejak blog Rose Idayu dan baca recent entri dia yang saya copy paste kat atas tu. Tengok tajuk entri dia tersentuh, bila saya baca, hati saya lagi tersentuh.

Ironinya, dia tak drop komen kat mana-mana entri saya, tak drop apa-apa kat chatbox juga, follow pun tak, tapi saya scroll traffic live kat bawah sekali dan tengok banyak arrived from roseidayu.blogspot.com, saya pun klik adress tu.

Bila klik, terkejut tengok link saya terpampang kat recent entri dia. Memang benar, segala percaturan Allah itu serba cantik, adil dan saksama. Blog saya ni banyak dapat kritikan, banyak benda orang tegur dan tak kurang yang terang-terang kata tak suka penulisan saya.

Saya sedar, sebenarnya masuk ke dunia blogging bukan sekadar nak tunjuk-tunjuk, luah segala benda yang tak sepatutnya, tetapi di situ saya yakini ada tinta yang yang lebih bermakna, moga sesiapa yang membacanya beroleh sesuatu yang lebih baik.

Saya juga berterima kasih, dengan adanya Pena Farhana ini, ukhuwah maya sesama blogger yang lain bertambah erat dan semakin ramai, saya betul-betul rasa gembira dan bersyukur. Buah pandangan dilontar bersama, nasihat dan ingatan dikongsi setulusnya.

Dan hari ini, anugerah terindah buat saya kerana Allah menghadiahkan saya seorang lagi teman alam maya, Rose idayu. Saya berharap, ukhuwah yang terbina akan berkekalan dan indah bertaut selamanya.

Sesiapa yang ingin melebarkan ukhuwah sila berkunjung ke laman rose idayu http://roseidayu.blogspot.com

Salam seindah kata,

03 June, 2010

Sila delete!!!


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni singgah baca entri Lokman, thanks ye Lokman.. dan tanpa membuang masa saya pun terus buat post sama kat sini. Huh! memang hampeh punya yahudi!! Rupanya kat pc atau laptop kita ni ada lambang kemenangan zionis. Saya pun baru sedar bila check tadi.

Memang rasa uhh...grrrrrrrrrrrr..rasa benci gila kat bangsa laknat ni. Pinjam sat sentence Lokman "celake babun nye yahudi!!" huh, memang celake pun! Jom kita delete lambang tu sama-sama! Follow instruction bawah ni:

Klik~

1) My computer
2) klik "c"
3) Program file
4) Microsoft Office
5) MEDIA
6) CAGCAT10
7) J0285926.WMF~~~~~~~~~~~~SILA DELETE!!!

Yahudi punya kepala otak banyak geliga. Kita la selalu tak sedar. Bila tengok lambang tu tadi, uhh..memang bangsat la israel ni..licik sungguh!

Jom pakat delete..

02 June, 2010

Saya jatuh cinta!


Bismillahirrahmanirrahim..

Saja buat tajuk gempak-gempak. Nak bagi ust iqbal (pakar entri cinta) klik entri saya ni pulak :P hehe..jangan marah ye iqbal..siapa-siapa yang nak baca entri cinta, sila lah ke blog dia :)

Ermm..dua tiga menjak ni, saya rasa dah suka pulak pasal menatang nih..feel interested pulak..adik saya yang sorang tu memang minat, angah saya pun ada camera canggih sebab dia guna untuk snap produk-produk craft dia..akan datang insya Allah saya buat entri khas psl craft dia..tengok diorang hold camera, aik..awat aku macam minat jew..hehe

Saya dulunya memang tak minat. Perihal snap-snap ni memang kureng le :P tah..saya rasa macam waste time je duk kalut fikir pasal camera..sesak kepala otak :P

Tapi sekarang....oh tidak!!!! kenapa jadi suka pasal nih..mungkin la sebab suka bunga kot..kat laptop saya ni lebih banyak gambar bunga dari gambar sendiri. Huuh~

Sekarang saya cuma ada yang di atas tu, kesian, Canon tu la buat snap segala macam benda, angkut ulang alik ke Mesir sampai dah calar balar dia..diguna pakai sepenuhnya ke sana ke mari..

Bila tengok kawan-kawan yang memang minat benda-benda ni, ada camera cantik gila..huaaaaa..saya pun mau gakk!!

Ada jugak saya perasan kawan-kawan blogger saya memang minat gila dengan benda alah ni macam kak Nadiah~ pic2 kat blog dia memang cantik gile, Fathi~dia ni ada flickr, dan pernah cakap kat saya kalau dia dah kawen nanti, dia sayang camera lagi banding bini dia..huahuahua..jangan marah fathi..ngeh3x.. Ismihairil~ dia ni pulak ada D60, pegilah blog dia, ada link flickr dia kat sana, klik je, mantapla pic dia snap, terutama pic awek mesir tuh..pehh..agaknya nak kawen dengan orang mesir ape..hee..Saya nak challenge gak pic2 dia, tunggulah saya ada DSLR :P

Dan sekarang..saya berangan untuk memiliki yang kat bawah ni..uhhh...deena farhana sudah membuktikan bahawa dia adalah selemah-lemah insan kerana keinginan dan kemahuan dirinya tidak pernah padam..haishhh...mengucap..mengucap....memanglah..sampai bila-bila pun manusia tetap lemah, mana boleh jadi sempurna..

Hari ni saja-saja buat entri dreaming..wish to have it..sambil-sambil terus berdoa untuk keselamatan sukarelawan konvoi ke gaza...buat kawan-kawan yang dah ada benda bawah ni..bakk laa..bg pinjam sat kat deena nii...nak hold gak :P



Wahai D90.. tunggu ye..