Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

22 December, 2010

Manis dunia, indah akhirat



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan pena ini setelah beberapa waktu menghadapi situasi yang sukar. Cukuplah saya katakan, ujian Allah tidak pernah sunyi kerana Allah mahu umat manusia terus ditarbiyah dalam pencarian menuju jannah.

Ini berupa entri peribadi. Saya abadikan ikhlas buat sahabat-sahabat saya semua. Di atas itu sahabat-sahabat saya merangkap adik beradik saya semasa dalam pengajian, alhamdulillah, ukhuwah berpanjangan hingga detik ini.

Terharu dengan sokongan dan semangat yang diberikan. Walau macamana keadaan saya, mereka setia mendampingi saya melalui doa dan dorongan.



Di atas ini, kella. Mulanya sekadar sahabat blogger. Kini dia adalah sahabat saya di dunia, dan saya berdoa, juga menjadi sahabat di akhirat.

Saya amat terkejut dan pastinya sangat terharu dengan dia ini. Dia membuat entri tentang saya. Bermula dari entri ini.

Kemudian, entri ini. Kemudian, entri ini pula.

Dan yang terbaru, dia menghargai saya dengan menyertai contest saya melalui entri ini. Saya terkedu melihat keprihatinan dia terhadap saya dan sudah pasti saya sangat terharu.

Ini bukan segmen pujian dan pujaan berlebih-lebih. Hanya sebagai ucapan 'Terima Kasih' tidak terhingga buat Kella yang begitu mengambil berat tentang saya. Terima kasih juga buat teman-teman Kella yang sudi mendoakan saya.

Saya punya impian. Impian yang membuatkan saya sentiasa sedar betapa ranjau persahabatan bukan sekadar kita tersenyum pada sahabat, tetapi juga mampu memimpin tangan sahabat ketika dia jatuh tersungkur di pentas dunia ini.

Impian saya agar dapat bertemu dengan semua sahabat saya di akhirat sentiasa menjadi sebahagian permohonan rutin saya di dalam doa. Bertemu di dunia, dan bertemu di akhirat.

Salam penuh mahabbah juga buat adik-adik saya yang manis, Melatidaisy dan Iqbalsyarie. Tiap hari tidak jemu bertanya khabar. Walaupun kadang tidak berbalas, namun kebaikan anda semua tersemat utuh di hati ini.

Juga buat semua sahabat saya.

Terima kasih sekali lagi:)

P/s: Marathon Emneya akan muncul selepas ini. Mesti nak tanya apa dia marathon emneya tu kan? Insha-Allah, jika tiada halangan, Emneya part 4 dan seterusnya akan diupdate berterusan bagi mengelakkan rasa terlalu jenuh menunggu. Takut nanti ada pulak yang tarik diri contest :p

Penyertaan masih dibuka, siapa yang rajin, saya alu-alukan :)

25 June, 2010

Lokman minta tolong


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni jenguk blog, baca latest komen dari Lokman katanya nak minta tolong (kembali bersiaran dalam bahasa Melayu..hehe) Saya pun dengan berhati waja segera ke blog beliau..ngeh3x..

Alkisahnya dia minta tolong agar diberi penjelasan tentang mesej-mesej yang diterimanya, anda boleh klik sini untuk baca entri dia.

Sebelum tu, saya dengan rendah hati nak kata kat Lokman, saya bukan alim ulamak yang lidah cair berbicara soal hukum-hakam, saya pun still sengkek jugak ni. Apapun demi persahabatan sebagai teman blogger, lebih-lebih lagi baru ni brader Lokman telah menjadi pahlawan menentang 'Aku' di chatbox saya, dengan ini saya cuba semampu yang boleh..caiyok2! :P

Ok, ini mesej pertama yang dia terima.

"Malam tadi penjaga Makam Baginda telah bermimpi...........(bla..bla..bla..) tolong sebarkan, jika tidak anda akan ditimpa bala"

Penjelasan saya:

Mesej tu sama lah seperti surat berantai, risalah berantai, emel berantai dan apa-apalah yang sewaktu dengan rantai..ehh, silap...apa-apalah yang sewaktu dengan yang 'berantai' ni. Hujung dia mesti suruh kita sebar, jika tak sebar, akan jadi macam-macam, konon pak kita akan ditelan lembu lah, nenek kita akan mati tercekik ikan masin lah, bini beranak kepala takdelah, perut akan meletup esok lah..pendek kata kita dapat BALA.

Nasihat saya, usahlah percaya pada semua yang namanya berantai ini kerana ianya mengandungi unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik..err..takutnya nak sebut word syirik ni..kang kena hentam lagi..weii korang! udah2 lah hentam blog ni, lebam melebam dah..tak kesian ke.. :(

ok, kenapa saya kata ada unsur syirik? bilamana kita mempercayai sesuatu yang buruk terjadi kerana tidak menyebarkan mesej berantai itu, dibimbangi akan tergelincir dari aqidah Islam dan seterusnya membawa kepada syirik..uihhh deena...udah le tu sebut syirik..kang berdentum plak lagi ni kang blog ni..hohoho. ok, selesai yang pertama.

Mesej kedua yang dia terima.

"wahai kawan2..jangan berdoa meminta Israel dilaknat, kerana maksud ISRAEL adalah TUHAN KAMI, Isra=yang teratas, El=kami fikirkan. Gunalah istilah yahudi laknatullah, sila sebarkan maklumat ini...Wallahualam bissowab"

Ok, sebelum tu Lokman tanya word 'bissowab' mendalah apa tu?

~word 'sowab' ini bermaksud benar. So lebih kurang maksudnya macam ni "Allah yang lebih mengetahui dengan perkara yang benar"

Penjelasan saya untuk mesej kedua:

Err..pertama kali baca mesej tu dengan takrifan ISRAEL begitu. Saya tak tahulah sama ada meaning dia macam tu. Apa yang saya tahu, (ini yang saya tahu, yang saya belum tertahu, jangan pulak hentam saya) ada tegahan melaknat dengan nama israel/isro'il yang merujuk kepada nama nabi kita iaitu nabi Yaakub alaihissalam yang mana Allah SWT pernah memuji kemuliaan beliau di dalam Al-Quran bersama kedua ayahnya iaitu nabi Ibrahim dan Ishak.

Allah juga melaknat bangsa israel itu di dalam Al-Quran tetapi ianya dengan menggunakan perkataan yahudi dan bukan dengan perkataan israel.

Jadi ada seruan mengenai tegahan melaknat dengan nama Israel sang zionis yang memang terang lagi bersuluh tiada pertalian agama dengan nabi Yaakub dan hal ini dibimbangi dalam masa yang sama kita melaknat seorang nabi yang mulia di sisi Allah SWT.

Tetapi saya yakin, penggunaan word israel yang digunakan oleh kebanyakan orang adalah merujuk sepenuhnya kepada sang yahudi zionis laknatullah itu dan bukanlah bertujuan untuk melaknat dan menghina nabi Yaakub alahissalam.

Israel yahudi ni memang otak geliga, yang terbaru saya tahu diorang dah buat satu page khas di facebook, mana-mana pengguna laman itu yang menaip perkataan 'israel', contoh: 'hancur wahai israel', automatik nama pengguna itu akan ter link ke page mereka tu dan penama-penama yang ada di page itu diisytiharkan sebagai penyokong mereka. licik kan?

ok, itu sahaja lah yang saya boleh tolong. Mana yang tidak cukup dan kurang tepat, boleh rujuk kepada yang lebih tahu. Lokman, saya pun budak masih belajar. Kita sama-sama lah terus belajar ye. hehe..

uhh..agak panjang juga entri ni..huhu..sorry..

05 June, 2010

Ma'attaufiq wannajah


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya difahamkan waktu ini semua sahabat dan sahabiah saya di Mesir sedang berada dalam fatrah imtihan. Waktu-waktu begini, biasanya banyak benda akan berlaku sama ada dari segi gangguan kesihatan mahupun emosi.

Saya pernah melalui saat itu selama lebih kurang 4 tahun berada di sana. Segala rasa disatu, segala daya dipadu demi mencari sebuah kejayaan. Musim peperiksaan adalah waktu yang sangat menduga saya semasa masih dalam pengajian, di sana lah juga sakit bertandang, keyakinan mula hilang, apatah lagi semangat.

Peperiksaan pertama saya semasa berada di tahun satu pengajian adalah yang paling berat pernah terlakar di memori saya. Hanya tinggal seminggu peperiksaan bakal bermula, kudrat saya juga makin tiada, semua kerana sakit saya datang menjengah. Tidak mampu duduk, apatah lagi berdiri dan berjalan. Terasa bisa satu badan.

Hati dan bibir tidak henti mengucap doa, mohon agar diberi sedikit kekuatan untuk mengikuti peperiksaan. Keluarga di tanah air juga tidak henti mengirim doa dan kata-kata semangat. Saya cuba tenangkan hati meskipun rasa cemas sudah mula menapak di sanubari.

Saya menghitung, ah..lagi 4 hari peperiksaan akan bermula. Bisa di badan semakin terasa. Kitab di hadapan tidak mampu di selak. Saya terbaring lesu. Telefon bimbit saya tidak henti berbunyi, mesej dari tanah air berupa doa dan semangat.

Waktu itu, saya sedar sahabat-sahabat saya sedang pulun menyelak kitab dan mengulang hafalan Quran, sedang saya terbaring tiada daya. Papa menghubungi saya lewat telefon, meminta saya pulang ke tanah air untuk mendapatkan rawatan di pusat pakar seperti biasa.

Saya tiada kata untuk cadangan papa. Hati rasa kosong, namun masih ada jiwa untuk bertahan. Saya gagahkan diri untuk setiap solat fardhu, bangun dan duduk di sejadah. Saya rasa hanya itu yang mampu saya lakukan, usai bersolat saya cuba selak mushaf untuk mengulang hafalan tapi mata saya kabur, ayat Quran di mushaf langsung tidak nampak. Saya capai kaca mata, tapi tetap kabur.

Bibir saya hanya mampu sebut word ini "ya Allah.." selebihnya bibir terkatup senyap. Saya tutup mushaf dan berbaring sebab badan sudah rasa letih, duduk sebentar pun letih. Lemahnya badan tidak terkata.

Kawan-kawan serumah juga sangat baik, tidak henti memberi sokongan dan semangat. Sentiasa berada di samping saya sepanjang masa. Tidak ingin sekali menangis, saya tidak mahu menitiskan airmata hanya kerana ujian begitu.

Namun, pada hari seterusnya, peperiksaan bakal bermula lagi dua hari, saya paksa dan push untuk bangun tengah malam, di situ pengharapan terakhir saya, saya rasa itulah proposal terakhir saya sembahkan di hadapan Allah sebelum bermulanya kertas peperiksaan pertama saya. Waktu itulah airmata saya gugur. Setelah lama kelopak mata bertahan, tidak ingin jatuh manik jernih itu. Akhirnya, gugur di hadapan Yang Maha Besar..

Sedari diri begitu lemah, saya serahkan segalanya pada percaturan Allah. Bergantung penuh pada setiap ketetapanNya. kita manusia ini tiada daya, hanya tahu meminta dan terus meminta dariNya..dan Dia? akan terus memberi dan terus memberi..

Hari pertempuran sudah bermula, saya putuskan untuk mengikuti peperiksaan. Ada sedikit kekuatan walaupun sebenarnya badan masih tersangat lemah. Sahabat-sahabat datang untuk bawa saya bersama sambil menyalurkan semangat untuk saya.

Hari pertama, Ujian syafawi Quran dan matan syatibi. 30 juzuk bakal di tebuk. Saya terus terang, persediaan saya tidak lengkap, hafalan saya tidak sempurna diulang. Saya tidak mampu pun menyelak mushaf saya untuk mantapkan hafalan. Malahan mushaf Quran pun saya tak bawa pagi tu.

Sampai di pusat kuliah, saya tengok..ya Allah..berderet sahabat-sahabat duduk di koridor masing-masing dengan mushaf sambil khusyuk mengulang. Agak berpinar juga saya, sebabnya..entahlah..masa tu saya soal diri saya.."ni kalau kena tebuk juzuk 24, boleh jawab tak nih?"~~~hati spontan jawab "entahlah"

Tak lama tu, nama saya kena panggil masuk dewan syafawi. Ohh Tuhan..saya orang pertama! sebabnya pihak kuliah difahamkan yang saya tidak sihat. Jadi saya di awalkan. Tawakkal a'lallahh je masa tu.

Masuk tu kawan-kawan pimpin, saya bagi salam kat syeikh-syeikh yang ada kat depan. Alhamdulillah, mereka semua baik, bertanya khabar kesihatan saya sebelum mula memberi soalan.

Kemudian, saya mula disoal, Quran dan matan. Ya Allah..rahmatnya saya rasa..alhamdulillah semua soalan Quran kena pada ayat yang memang saya ingat begitu juga matan, ditebuk pada bab pertama sahaja. Saya tak berapa ingat dah semua soalan tu, yang saya ingat, juzuk 5 maqra' 3, juzuk 10 awal baro'ah dan hujung yasin, semuanya 10 soalan.

Keluar saja dari dewan syafawi, mulut tak henti ucap syukur kerana Allah permudahkan saya untuk hari pertama, dan itu yang membuatkan saya cukup rasa bersemangat menghadapi yang seterusnya.

Sepanjang peperiksaan, kesihatan saya tidak menentu namun masih berdaya duduk dalam dewan peperiksaan, satu rahmat yang saya tidak akan lupa, selesai sahaja semua kertas, saya terus berangkat pulang ke Malaysia tanpa menunggu result. Saya tawakkal dan serahkan semuanya pada Allah. Kawan-kawan lain semua tunggu result sebab jika ada subjek tak lulus, repeat akan bermula dua minggu selepas result.

Maknanya, jika saya pulang Malaysia, ada subjek tak lulus, saya kena back on track repeat..kembali semula ke Mesir sebelum bermula repeat. Kecut juga, sebab saya bukan orang kaya nak ulang alik Mesir. Harga tiket tak murah. Namun saya teruskan doa, minta lagi pada Allah untuk lulus periksa. Sebelum ni minta untuk dapat masuk periksa, lepas tu minta supaya lulus. Banyak sangat permintaan..Allah minta sikit je kita susah nak tunaikan..aduhai.

Alhamdulillah, sejuta ksyukuran saya rafakkan pada Allah kerana meluluskan semua proposal yang saya sembahkan sebelumnya. Saya lulus semua subjek dan berjaya naik tahun dua. Papa saya menangis gembira, begitu juga mama.

Buat sahabat-sahabat yang kini berada di medan juang peperiksaan, teruslah berdoa, bersangka baik pada Allah dan lakukan setulus hati, dan yang paling penting saya nak pesan, belajar bukan semata untuk peperiksaan, tetapi belajar untuk pandu hidup akan datang.

Salam juang buat semua sahabat saya di Mesir, sahabat seangkatan Qiraat dan kuliah, usuluddin, syariah, lughah..moga kalian diberi kejayaan. Ameen ya Rabb.

p/s: credit pic to D60 :p

04 June, 2010

Saya pun tersentuh

Tersentuh

Ya Allah betapa tersentuhnya aku membaca blog saudari Islam kita seorang ni. Dari Home pergi ke Older post, pergi lagi ke older post dan pergi lagi ke older post. Setiap satu bibit ayat dari blog ni tersusun rapi, lemah lembut tapi tegas, berwawasan tapi murah hati, yang paling penting tabah. Satu persatu ujian melanda saudari blogger ini dan keluarga, sahabat handainya.

http://farraoshin.blogspot.com/

Jemputlah rajin-rajin membaca. Korang akan dapat rasa betapa banyaknya kurniaan Allah pada kita. Syukur Alhamdulillah.

**************************************

Bismillahirrahmanirrahim..

Bangkit dari katil, saya on laptop, jenguk blog. Sampai saya boleh terjejak blog Rose Idayu dan baca recent entri dia yang saya copy paste kat atas tu. Tengok tajuk entri dia tersentuh, bila saya baca, hati saya lagi tersentuh.

Ironinya, dia tak drop komen kat mana-mana entri saya, tak drop apa-apa kat chatbox juga, follow pun tak, tapi saya scroll traffic live kat bawah sekali dan tengok banyak arrived from roseidayu.blogspot.com, saya pun klik adress tu.

Bila klik, terkejut tengok link saya terpampang kat recent entri dia. Memang benar, segala percaturan Allah itu serba cantik, adil dan saksama. Blog saya ni banyak dapat kritikan, banyak benda orang tegur dan tak kurang yang terang-terang kata tak suka penulisan saya.

Saya sedar, sebenarnya masuk ke dunia blogging bukan sekadar nak tunjuk-tunjuk, luah segala benda yang tak sepatutnya, tetapi di situ saya yakini ada tinta yang yang lebih bermakna, moga sesiapa yang membacanya beroleh sesuatu yang lebih baik.

Saya juga berterima kasih, dengan adanya Pena Farhana ini, ukhuwah maya sesama blogger yang lain bertambah erat dan semakin ramai, saya betul-betul rasa gembira dan bersyukur. Buah pandangan dilontar bersama, nasihat dan ingatan dikongsi setulusnya.

Dan hari ini, anugerah terindah buat saya kerana Allah menghadiahkan saya seorang lagi teman alam maya, Rose idayu. Saya berharap, ukhuwah yang terbina akan berkekalan dan indah bertaut selamanya.

Sesiapa yang ingin melebarkan ukhuwah sila berkunjung ke laman rose idayu http://roseidayu.blogspot.com

Salam seindah kata,

30 May, 2010

Entri istimewa :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Hati saya betul-betul terharu bila membaca entri dari Nur Ilahi milik ukhtil mahbubah kak Saholyatul Akma..

"Selingan ini hati besi nak tujukan khas buat Ukhti Habibati Intan Farhana@deeNA..
siapa deeNA ni? Nak cerita sikit mengenai sahabat merangkap adik saya ni...takpe kan deeNA??

Kenal deeNA semasa kami sama-sama nak pergi ke Mesir dulu, yelaa..kami sama-sama dalam satu kapal walaupun tak sama institusi...sampai ke Mesir duduk sama-sama dalam satu rumah pulak..(masa minggu orientasi la) lepas tu kami sama-sama ditauzi'kan ke rumah masing-masing.

deeNA ni seorang yang betul-betul menyenangkan...tidak lokek untuk senyum dan mesra orangnya..saya memang seorang yang beruntung mengenali Intan..

Walaupun sekarang kita dipisahkan oleh Laut China Selatan :) namun ingatan di lembaran ini sudah cukup membuatkan hati besi seolah-olah terasa seperti benar-benar duduk dan mengadap wajah 'cute'nya..."terima kasih Intan kerana sudi singgah di hati besi akak ni"

Oleh kerana dalam blog ini Intan dah bagi banyak award pada hati besi...mcm best sgt je Nur Ilahi ni..jadi entry ni adalah 'tanda kasih sayang' dari hati besi...(nak bagi award tak berkesempatan nak buat :D )

Sesungguhnya hati besi amat menyayangi ukhuwah ini, semoga kita sama-sama menempuh dugaan dunia dengan saadah, berjumpa di jannah sana...ameeen"


Sebaik selesai membacanya, airmata saya bergenang. Saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin rindu saya pada kak Akma sangat menebal saat ini. Saya pernah membuat entri khas tentang beliau sini dan sini.

Waktu itu Allahyarham suaminya masih dalam keadaan koma akibat kemalangan dan kak Qema pula sedang sarat mengandung dan sudah hampir melahirkan.

Bila mendengar perkhabaran duka itu, hati terlalu ingin berada di samping kak Akma untuk bersama memberi sokongan dan semangat buatnya. Namun kekangan kerja serta komitmen menghalang hasrat saya.

Dari kejauhan saya panjatkan doa serta Al Fatihah buat Allahyarham suaminya dan saya berdoa moga Allah campakkan seteguh ketabahan serta kesabaran di hati kak Akma dalam menyusuri kehidupan hari muka tanpa seorang insan bernama suami.

Saya amat terkesan dan terdidik bila melihat tarbiyah Allah kepada kak Akma. Beliau insan terpilih untuk menerima ujian sebegitu. Moga kekuatan hati yang dimiliki kak Akma dapat menjadi iktibar dan sumber inspirasi buat saya yang selalu lemah.

Kini kak Akma sudah menjadi ibu. Bayi yang comel diberi nama Aufa Hannan, nama peninggalan Allahyarham suami untuk satu-satunya zuriat mereka. Aufa lahir ke dunia tanpa seorang ayah, namun saya yakin, itu adalah petanda bahawa Aufa bakal menjadi permata Islam penyambung jihad Allahyarham ayahnya di dunia ini. Insya Allah.

Buat kak Akma, saya juga sayang ukhuwah ini, mohon agar persahabatan kita ini sentiasa mekar di jambangan restu Ilahi.

Salam sayang dari saya,

16 March, 2010

Itu indahnya ukhuwah.


Bismillahirrahmanirrahim..


"Kak Farra yang ana kasihi fillah..jaga kesihatan baik2 ye kak..doa ana selalu ada buat akak..insya ALLAH"

"Ya Allah..Kau berikanlah sadiqati yang sangat aku kasihi ini, Intan Farra Farhana Binti Hj Nu'man kesihatan yang baik agar dia dapat pertingkatkan amalan ibadatnya padaMu Ya Allah..Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosanya..Kau sembuhkanlah penyakitnya ini..Istajib dua'ana ya Allah..ameen ya Rabb"

Bila saya baca tulisan ukhti Niesa ini, airmata saya gugur. Doa ini istimewa sekali buat saya dan saya menyedari itulah keindahan dalam ukhuwah fillah..saling memberi dan menerima, saling bersandar dan bersama di setiap detik payah sekalipun. Terima kasih tidak terhingga di atas doa ini.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa berdoa buat saya, dan mereka semua ada dalam senarai penerima award saya.

08 January, 2010

Takdir yang tidak terduga


Saya menerima khabar sebentar tadi, saudara Mohd Fauzi Azizan, suami kepada sahabat baik saya Kak Saholyatul Akma telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2 ptg tadi.

Tiada kata mampu dilafazkan. Rasa simpati membuak di hati saya. Kak Saholyatul Akma tidak lama lagi bakal melahirkan bayinya. Sudah tentu situasi ini membuatkan setiap orang sayu. Tetapi inilah yang dikatakan takdir.

Allah berkehendakkan begitu dan kita merasa amat pedih dan perit yang tidak terhingga, namun segalanya harus direlakan kerana janji Allah sudah tiba. Allah lebih sayang pada Allahyarham.

Waktu ini, saya ingin sekali berada di samping kak Saholyatul Akma, sama-sama menghadapi situasi yang amat sulit baginya, namun apakan daya, kekangan kerja dan jarak mengatasi segalanya.

Salam takziah dari saya dan keluarga untuk kak Saholyatul Akma dan keluarga di atas pemergian Allahyarham.

Mari kita sama-sama doakan semoga roh dicucuri rahmat dan Allahyarham tergolong dalam kalangan solihin serta didoakan moga isterinya, kak Saholyatul Akma diberi seteguh ketabahan.

Al Fatihah.

06 January, 2010

Kita doakan.


Semalam saya menerima pesanan ringkas dari sahabat saya, Arbaiyah.

"salam sht? suami kak Saholyatul Akma kmlgn khms lepas, tempurung kepala retak dan otak bengkak. Sekarang sedang koma. InsyaAllah sama2 doakan, solat hajat moga pjg umur dan cepat sihat. Tlg bgtahu kwn2 lain"

Sebelumnya, saya sudah maklum tentang musibah itu melalui blog sahabat saya, Kak Suniza. Rasa sedih menghuni hati saya. Kak Saholyatul Akma sahabat seangkatan saya sewaktu di Mesir. Bila teringat kembali memori dahulu, sedih di hati saya makin tebal.

Kak Saholyatul Akma dulu sering menziarahi saya sewaktu saya sakit di Mesir. Merupakan sahabat yang baik dan mengambil berat. Bila mendengar perkhabaran duka ini, saya turut merasa betapa hebat ujian yang Allah timpakan buat sahabat saya ini.

Melalui laman blog yang saya miliki ini, saya mohon dan menyeru kepada semua sahabat-sahabat saya, dan kepada semua yang bertandang ke sini agar sama-sama dapat mendoakan kesembuhan Saudara Mohd Fauzi Azizan, dan juga mendoakan agar isterinya, kak Saholyatul Akma diberi sepenuh kekuatan dan ketabahan dalam menyusuri ujian ini.

Saya dan keluarga mendoakan dari segenap detik dan saat, moga kesembuhan bersama Akhi Fauzi Azizan.

*moga doa tulus dari kita, akan memudahkan segala jalan kesembuhan untuknya.


23 December, 2009

Selamat menempuh imtihan


Saya difahamkan sahabat-sahabat di Mesir, khususnya di Mansoura akan menghadapi imtihan pada awal januari ini.

Buat semua sahabat-sahabiah yang berada di sana terutama di Mansoura, saya ucapkan selamat maju jaya, dipermudahkan menjawab semua soalan, diberikan kesihatan yang baik sepanjang fatrah imtihan dan saya tulus mendoakan moga najah menjadi milik kalian.

Teristimewa buat kakanda Noorazwin Che Soh, ahli bait Salsabila 1, Huda, Solehah, Amal, Fairuz, sahabat seangkatan Qiraat, kak Suniza, Redha Innur, Mufidah, Hafizah, Hajar, Ainun Mardhiah, adik sabah Qiraat, Maslinah dan Norhafidah serta semua yang akan menghadapi imtihan, saya doakan semoga berjaya.

Tidak lupa juga buat Seluruh warga BKPSM, adik-adik sabah di Kaherah, insha-Allah najah kabir.

Juga buat anak angkat mama dan papa saya yang duduk Mansoura tu, Ust Rahman dan Ust Jaafar, semoga najah.

Salam penuh mahabbah dari pena farhana buat antum semua yang sentiasa di hati.

*Kak Win, intan rindu nasik khabuu Syarik Furn...

06 October, 2009

Selamat berjuang..


Di kesempatan ini saya ucapkan selamat berangkat ke Ardhil kinanah buat adik2 sabah yg akan meneruskan pencarian ilmu di sana..ada beberapa orang yang saya memang kenal antaranya, siti norafidah ghulam rasul yang sudah selamat tiba di sana dan kini sudah berada di mansurah..dan juga Maslinah Rosdi yg akan berangkat pada 7 hb ni..sudah agak lama saya tidak menghubungi mereka..tapi saya sentiasa ingat pada kalian..Maslinah adik yg memang saya kenal dan rapat. duduk satu rumah waktu sama2 menuntut di Maahad tahfiz negeri sbh..malah duduk sebilik dgn saya. tak cukup lagi duduk satu tiang katil..haa..Maslinah tingkat atas, saya di bawah..banyak cerita kita kongsi bersama..bila saya dengar khabar dia akan melanjutkan pengajian ke mesir, semestinya saya juga tumpang bangga dan gembira. begitu juga dengan norafidah..mulanya saya kurang pasti siapa norafidah, sebab saya sdh selesai pgjian di Maahad tahfiz baru norafidah masuk kalau tak silap. tapi bila tgk gambar..oooohh, kenal rupanya..saya sempat singgah berziarah satu masa dulu ke rumah pljr2 tahfiz(rumah saya dulu) dan disana saya sempat berkenalan dgn fidah. alhamdulillah fidah juga akan meneruskan pgajian sama dgn Maslinah di Maahad qiraat lil banat, mansurah.. tempat saya dulu. sungguh..hati saya sgt gembira..ada penerus generasi sabah di Maahad itu..sebelum ini, hanya saya dan sahabat saya Nurasnah Yasin yg menyelit di antara hampir 50 penuntut malaysia di Maahad banat mansurah itu..hanya kami berdua yg berasal dari negeri sabah dan kalau tak silap, kami banat sabah pertama yg memasuki maahad itu(tlg betulkan saya jika kenyataan ini silap) banyak juga halangan2 musim pertama berada di sana, tp alhamdulillah, semuanya sdh selamat dan kami berdua sudah selesai pengajian di Maahad itu walaupun saya agak terlambat sedikit berbanding Nurasnah. saya terpaksa menangguh pengajian thn akhir saya atas faktor kesihatan. walaubagaimanapun, dengan inayah dan kasih sayang Allah, alhamdulillah saya sudah berjaya menamatkan pengajian saya. Seteguh ingatan selautan kasih tulus dari segenap rasa, buat semua guru2 saya dr awal saya mengenal alam persekolahan sehingga berjaya kini..terutamanya guru2 saya sewaktu di Maahad tahfiz Quran Wal qiraat negeri sabah, yang berbahagia ust Mukhlis, ust Ghazali, ustzh dg masni, ustzh arni, ust Adam, dan istimewa ust Hj Akmal othman(AbuNuha)..dan yg sempat mengajar saya sblm saya tamat pgajian di maahad tahfiz, ust zamrul,ust rahim, ust hj Yaakub, dan istimewa ust Hj zulkarnain..mereka ini(ust hj Akmal, ust hj zulkarnain, ust hj yaakub, ust zamrul) adalah antara otai2 penuntut sabah Mesir satu masa dulu..sbg pimpinan, exco dan orang kuat BKPSM... mereka masing2 dlm syukbah:ust hj Akmal,ust hj yaakub dan ust zamrul, syukbah Quran Wal Qiraat, syubro, sementara ust hj Zulkarnain syukbah Aqidah wal Falsafah, kaherah. terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian.. harapan saya, semoga semua adik2 warga sabah semakin bersemangat meneruskan perjuangan mencari ilmu di bumi mesir..teringin berziarah ke rumah sbh bersama ayah bonda tempoh hari namun waktu tidak mengizinkan kami..insyaAllah di lain kesempatan..buat rakan2 penulis blog sabah, penggerak wadah masa kini..elmandari, sobahicairo, at tamaue, wardatulAsfar, dan tak lupa buat adik hafizah yg kini masih meneruskan pengajian di maahad banat mansurah..teruskan menulis lillahi Ta'ala..seterusnya buat semua warga bkpsm..selamat berjuang! kalian adalah permata SABAH.