Showing posts with label kisah dan cerpen. Show all posts
Showing posts with label kisah dan cerpen. Show all posts

11 May, 2011

Emneya (part 7)


Hatinya lesu dan letih . Namun Emneya sedar, itu bukan alasan untuk mengalah di pentas kehidupan. Kisah hidupnya yang telah bermula sejak dia lahir di dunia dan terpilih merasa sentuhan kasih seorang ibu bernama Mak Wa tidak harus berakhir dengan segala ratap kesedihan. Dia mahu pastikan matinya adalah sebagai suatu yang tidak sia-sia.

"Ibu..neya tak mampu tabah macam ibu..tapi neya doa..mudah-mudahan Allah berikan sedikit ketabahan ibu sebagai semangat neya teruskan hidup..neya rindu ibu sangat.." rintihan lirih dan sayu jelas kedengaran keluar dari mulut Emneya bersama linangan airmata rindu terhadap ibu tercinta.

Seperti biasa, Al fatihah dan surah Yasin dihadiahkan buat arwah ibu. Mek Jah terpukau dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran dari Emneya. Begitu merdu dan sayu sehingga Mek Jah tidak dapat menahan sebak.

Mek Jah menatap tubuh kecil Emneya duduk berteleku di atas sejadah sambil terus mendengar Emneya mengalunkan kalimah-kalimah Quran.

Di hati Mek Jah, Emneya sempurna sebagai seorang wanita. Dikurniakan paras yang sungguh cantik, berkulit putih kemerahan, gebu dan mulus, mempunyai sepasang mata bundar ber alis lentik, berlesung pipit di pipi, berbicara selembut wajah ayunya, berperibadi tinggi dan sangat baik hati.

Erman sedang meniti satu kerugian besar kerana mensia-siakan seorang bidadari secantik dan sebaik Emneya. Bila dimarah, dia tunduk tanpa melawan, bila sakit menduga, mulutnya dibasahi zikir tanpa keluh. Bila difitnah, dia menadah tangan memohon kekuatan dan bantuan Allah yang Esa, bila dia melakukan kesalahan, dia begitu ringan hati untuk meminta maaf, dan sentiasa memaafkan orang lain.

Itulah Emneya, anak yang tidak jelas keturunan, atau lebih jelas lagi, anak terbuang. Namun, sahsiah dan peribadinya mengalahkan sesiapa yang sempurna dalam keluarga dan kehidupan.

******************************************

"mama nak man dengan sarah cepatkan tarikh kahwin" serius muka Syarifah Nur Zalia. Erman tidak menjawab.

"man dengar tak mama cakap ni?" tanya Syarifah Nur Zalia kepada anaknya.

"dengar ma.." jawab Erman pendek.

"mama nak tetapkan tarikh cepat, dalam minggu depan ni" tambah Syarifah Nur Zalia lagi.

"ha?" Erman tersentak dengan cadangan mamanya.

"kenapa nak cepat ma? kan dah bincang hari tu dalam tempoh 2 tahun tunang" kata Erman menunjukkan protes terhadap cadangan mamanya.

"ape salahnya cepatkan? mama tak kira, man dengan sarah mesti kahwin juga minggu depan ni, ma dah jumpe wedding planner, semua dah settle, man tak yah risau" jawab Syarifah Nur Zalia penuh yakin.

"what? decide without asking me??" Erman semakin tidak setuju.

"im your mum, and you are my son, i've made all decisions since you're kid right??" Syarifah Nur Zalia mula menunjukkan muka 'berkuasa'nya.

Erman mati kata-kata. Itu Syarifah Nur Zalia. Seorang ibu yang bertanggungjawab telah mencorak dan menentukan hidup Erman sejak kecil.

"malam nanti kita tetapkan tarikh kahwin, jangan balik lewat ye, mama tunggu kat rumah" Syarifah Nur Zalia beredar dari pejabat Erman.

Erman kelu. Hatinya kosong. Di benaknya kini cuma ada satu nama. Emneya. Dia sendiri keliru, tapi yang pasti, ada rindu buat Emneya. Dia kini di posisi sukar, meluahkan rasa rindu pada Emneya, pasti mengundang seribu kekecohan.

Memendam rindu pada Emneya, pasti dia yang sakit. Erman di jalan buntu. Di antara kemahuan ibu dan rindu pada isteri.

Tarikh perkahwinan telah ditetapkan, semua persiapan telah bermula. Sarah semakin sibuk menanti hari penyatuannya dengan Erman. Namun Erman sebaliknya, dia semakin keliru dan jelas tidak bersedia untuk berkahwin dengan Ku Sarah.

Hatinya meronta untuk berbicara dengan Emneya. Dia mencari kelibat Emneya di ruang dapur, namun tidak kelihatan. Hampir 10 minit mencari, akhirnya susuk yang dicari ada di depan mata. Tetapi, dengan pantas manik jernih menghuni tubir mata sebaik melihat Emneya duduk bersila di ruang bilik stor bersebelahan dapur sambil menjamah nasi berlaukkan ikan goreng sahaja.

Erman tewas dengan keegoan, rasa kasihan dan simpati pada Emneya merajai jiwanya saat itu. Dia segera mendekati Emneya. Rasa kekok kerana sudah lama tidak bercakap dengan Emneya lenyap sama sekali.

Emneya tidak menyedari kehadiran Erman. Erman duduk perlahan di tepi Emneya, isterinya itu ditenung penuh hiba. Dadanya terasa sebak sekali. Mungkin itulah kerinduan yang telah lama dia nafikan.

Emneya kelihatan pucat sekali. Melihat Emneya menyuap beberapa butir nasi ke dalam mulut menambahkan lagi sebak di hati Erman.

"neya..." Erman memecah kesunyian bilik stor itu. Begitu jelas getar sayu suara Erman memanggil nama Emneya.

"eh abang....maaf neya tak sedar" Emneya menjawab dan menguntum senyum sebaik melihat Erman.

"nape neya makan kat sini..?" Wajah Erman menahan sebak.

"abang ambik lauk lain ye.." Kata Erman cuba mengalihkan pandangan Emneya daripada wajahnya yang semakin tidak mampu menahan kesedihan. Sedih bila isteri sendirian begitu. Baru sekarang Erman terasa mahu sentiasa berada di samping Emneya.

"takpe abang...neya dah kenyang.." jawab Emneya sambil mengukir senyuman yang lebih lebar.

"neya...." lirih suara Erman.

"ye abang.." Emneya setia dengan senyuman terukir buat suami tersayang.

"neya tak sihat ye..?" tanya Erman.

"sihat bang...neya sihat.." Emneya berusaha menutup segala rasa sakit melalui senyumannya. Dia tidak mahu suaminya risau apatah lagi suaminya tahu keadaan dirinya waktu itu.

"abang minte maaf...abang banyak buat salah dengan neya..ampunkan abang ye.." mutiara jernih yang cuba ditahan tidak bertahan lama. Erman sendu dalam kata-kata. Ingin didakapnya Emneya namun belum berdaya.

"abang tak buat salah ape-ape dengan neya..." Emneya menyentuh tangan suaminya.

"abang jangan sedih-sedih..nanti abang sakit..bakal pengantin tak boleh sedih.." Emneya cuba memberi keceriaan walaupun sebenarnya hati jelas dalam kesayuan.

Saat itu sudah lama Emneya nantikan, dapat berbicara tenang dengan Erman walaupun situasi mereka sudah tidak seperti dulu lagi. Kini Erman bakal mempunyai isteri kedua dan Emneya harus akur dan merelakan Erman mencari kehidupan yang lebih baik.

"izinkan abang tebus semua kesilapan abang.." Erman menyeka airmata di pipi.

"abang janji tak akan biarkan neya sorang lagi" tambah Erman dengan mata penuh pengharapan.

"Syed Erman!!!!!!!!" Syarifah Nur Zalia sudah menanti di muka pintu dengan wajah menahan amarah.

"what do you mean by this acting???? are u crying Erman??? what a stupid man!" muzik kemarahan Syarifah Nur Zalia bermula lagi.

"menangis untuk perempuan tak guna macam ni?? dont be stupid Erman. Please!" kata Syarifah Nur Zalia bernada sindiran. Tiada langsung rasa senang terhadap Emneya.

"dont say anything! just get out from here and find your fiancee" Syarifah Nur Zalia memberi arahan.

"ma..." Erman cuba berbicara.

"now!!!!" lantang suara Syarifah Nur Zalia sambil jari telunjuk diarahkan ke ruang tetamu.

Erman bangkit perlahan dan sempat menyentuh tangan Emneya sebagai isyarat meminta diri. Erman menyeka lagi matanya yang masih basah.

**********************************************

Hari ini temujanji Syed Erman dengan Doktor Zaki. Erman menunggu Doktor Zaki di biliknya sementara Doktor Zaki merawat pesakit terakhir di bilik sebelah.

Tiba-tiba mata Erman tertumpu pada sebuah fail di atas meja Doktor Zaki. Tertulis namanya di depan fail itu.

"fail aku.." getus hatinya.

Dia segera mencapai fail itu dan menyelak helaian kertas di dalamnya. Semua proses perawatan dan perkembangan kesihatannya ada tercatat lengkap di fail itu sejak dia mula ditahan di dalam wad dan menjalani pembedahan.

Erman terus menyelak. Kemudian helaian seterusnya tertulis "Donater/penderma". Sudah lama Erman teringin untuk mencari siapakah penderma sebenar ginjalnya. Riang sedikit sebentar lagi dia tahu nama penderma yang budiman itu, dia berniat di dalam hati, sekalipun sukar bertemu muka, mengetahui nama pun sudah cukup memadai.

DONATER'S NAME: MRS EMNEYA ABDULLAH

AGE: 26

BLOOD GROUP: O Rh (D)

Jantung Erman seakan berhenti berdegup kala melihat nama yang tertera. Pandangannya berpinar. Sesak dirasakan.

"jika penderma mendermakan ginjal sewaktu dia masih hidup, semua sistem badannya akan jadi lemah dan kemungkinan besar dia tidak akan dapat bertahan lama" kata-kata Doktor Zaki sebelum dia menjalani pembedahan dulu masih jelas di telinga.

Erman semakin tidak dapat mengawal emosi. Dia segera keluar mencari Doktor Zaki.

"tell me, penderma nama Emneya tu isteri saya ke??" tanya Erman yang sudah berlinangan airmata.

Doktor Zaki terperanjat Erman tahu nama penderma sebenar. Doktor Zaki serba salah.

"tell me please" Erman merayu.

"ye..itu isteri tuan" akhirnya Doktor Zaki terpaksa memberitahu.

"ya Allah...." Erman menyentuh dadanya. Waktu itu, segala isi dunia sudah tidak bererti buatnya. Airmata semakin laju membasahi pipi. Baru semalam dia tengok Emneya duduk jamah nasi berseorangan.

"Ya Allah...............neya..................abang rindu neya..." kali ini tangisan Erman jelas kedengaran. Tangisan itu sebagai tanda dia bakal kehilangan Emneya buat selamanya. Emneya kini sakit, dan berjuang hidup sendirian meneruskan saki baki nafas yang ada. Erman pula cuma tinggal beberapa hari sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Sarah.

*****************************************

Setiba di rumah, Erman berlari mencari Emneya. Puas dia mencari, tetapi tak jumpa.

"Mek Jah, neya mana?" tanya Erman.

"ada kat belakang, puan suruh basuh semua baju kat belakang.." jawab Mek Jah sedih. Erman segera ke belakang. Kelihatan Emneya duduk di atas lantai sambil membasuh. Erman berlari mendapatkan Emneya. Airmata sudah lama berguguran.

Di dakap erat tubuh Emneya. Emneya hairan dan terkejut.

"neya......" Erman menangis teresak-esak.

"abang nape ni......." Emneya bertanya hairan.

"nape neya derma..abang nak pulangkan balik...abang tak nak hilang neya.." tangis Erman semakin kuat. Emneya terdiam. Suaminya sudah tahu dia penderma sebenar. Erman teresak sambil menyentuh kedua belah pipi Emneya. Pucat wajah itu.

Erman mengucup pipi isterinya dengan tangis yang semakin hebat. Airmata Emneya pun sudah mula menitis. Dia tahu, ini mungkin waktu-waktu terakhir dia bersama Erman. Namun, dia ikhlas. Rasa ikhlas itulah yang memberi sedikit ketenangan pada jiwanya.

"neya......" Erman tiada daya berkata-kata. Dia hanya mampu terus mendakap, menyebut dan memanggil nama isterinya itu bersama selaut airmata yang tumpah.

Erman terlalu sedih. Dia tidak mahu lepaskan tubuh Emneya dari dakapannya. Rasa kesalnya menggunung. Rindu pada Emneya kini sudah tidak terluah dengan kata-kata. Airmata deras membasahi salju ruang pertemuan sayu mereka petang itu.

"neya jangan tinggal abang ye.." Erman berbisik sayu di telinga Emneya.

Emneya tidak mampu bersuara. Hanya airmata peneman suasana..

*bersambung..*

08 May, 2011

Repost- sempena Hari Ibu


Jangan disakiti insan itu


Aku tiba di satu lorong. Ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. Tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. Akan tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya. Jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. Aku ingin menghampiri wanita tua itu. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua tersebut.

"engkau ni tak faham bahasa ke?! aku kata berambus dari sini!" menyala kemarahan lelaki itu. Aku terpaku menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapanku. Siapakah lelaki itu? dan siapakah wanita tua itu? Aku semakin ingin tahu. Ku lihat sekeliling, sepi. Terdapat banyak rumah besar dan mewah di sekitarnya.

Tempat itu mungkin kawasan perumahan orang-orang elit. Duga hatiku. Lelaki tadi masih mengheret wanita tua itu dengan kasar sekali sambil terus menghambur kata-kata penghinaan. Sebagai seorang manusia, aku tidak tergamak melihatnya. Kesakitan jelas tergambar di wajah wanita tua itu. Aku memberanikan diri meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. Telingaku terus menyantap kemarahan lelaki itu.

"orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!" Astaghfirullah. Mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu. Lelaki itu masih terus mengheret dengan gagah lalu menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur.

"kalau kau masih tak faham bahasa, aku tanam kau hidup-hidup!" itu amaran terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita tua itu. Aku tergamam sekali lagi. Mataku menyoroti langkah lelaki itu. Ku lihat dia segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. Orang kaya rupanya. Hatiku berkata. Aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu.

"mak cik tak apa-apa?" soalku sambil membantunya. Lengan dan kakinya berdarah. Segera ku capai tisu di dalam beg tanganku. Tanpa ku sedar, ada manik jernih berguguran di pipiku. Waktu itu memang aku sedih sekali. Bukan kerana apa-apa. Tetapi kerana dia seorang insan tua. Aku membayangkan jika wanita tua di hadapanku saat itu adalah darah dagingku. Aku segera menyeka manik jernih itu agar tidak kelihatan oleh wanita tua itu. Tubuhnya menggeletar. Hatiku tambah tersayat melihat keadaan wanita tua itu. Pasti dia sedang menahan kesakitan.

"saya bawa mak cik ke klinik ye" kataku.

"tak pe nak..mak cik tak apa-apa" senyuman lelah terukir di bibir tuanya.

"mak cik ni cuma rasa lapar dan dahaga.." tambahnya lagi. Manik jernih terus berguguran ke bumi. ku seka lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku segera memapah tubuh tua itu. Kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. Aku segera menahan teksi itu dan meminta supaya menghantar kami ke restoran yang berhampiran. Tubuh tua itu semakin menggeletar. Aku pasti dia menahan lapar yang amat sangat. Manik jernih kini bukan seperti manik lagi. Airmata laju membasahi pipi. Entah mengapa hatiku sangat sedih.

Aku tidak mahu bertanyakan apa-apa waktu itu. Hanya berdiam diri sambil tanganku ligat menyeka airmata yang gugur. Kami tiba di hadapan sebuah restoran dan segera membayar tambang. Tubuh itu ku papah masuk ke dalam restoran dan segera memesan makanan dan minuman. Tidak sampai lima minit makanan sudah terhidang.

"mak cik makan ye" ku bantu membaiki kedudukannya agar lebih selesa menjamah makanan.

"mari nak, makan sama-sama" di gagah kan suara untuk mempelawaku makan sekali.

"mak cik makan dulu" aku mengukir senyum kepadanya. Ku lihat dia menjamah dengan berselera sekali sambil aku melihat ada titisan airmata mengiringi seleranya. Aku biarkan. Masih belum mahu menyoal itu dan ini. Tiba-tiba wanita itu bersuara.

"dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu.." airmatanya deras mengalir. Aku juga sama. Dalam pada itu hatiku nyata tersentak. Seluruh jiwaku dilanda sayu yang maha hebat. Wanita tua itu terus bercerita sayu di hadapanku dengan getar suara yang lirih sekali. Hatiku sempat mencerlung kala mendengar segalanya.

Rupanya wanita tua itu selama ini di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan keluarganya. Dipukul dan tidak diberi makan. Penderitaan dan kesakitan yang ditempuhnya selama ini masih mampu dipendam kerana sayangnya terhadap si anak.

Aku masih tidak habis fikir, bagaimana seorang anak hilang pertimbangan terhadap ibu yang sudah bertarung nyawa melahirkannya, menyusukan, membesarkan, melayan karenah, malah MENDOAKAN si anak dengan doa yang tiada tepi agar berjaya mengecap kebahagiaan hanya disebabkan HARTA dan kemewahan. Sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat.

Dulu, lelaki itu sering didoakan oleh insan yang bernama ibu. Tapi kini, lelaki itu lupa memberi doa kepada ibunya malah mencalar hati ibunya dengan layaknya seekor haiwan buas. Dia mengejar ketinggian darjat dan pangkat, namun dia lupa bahawa yang sepatutnya dicari dan disembah adalah SYURGA yang ada di bawah tapak kaki ibunya..pengalaman ini amat memberiku pengajaran. Moga diriku dan diri kalian dapat menjadi buah hati kebahagiaan para ibu. Amin.

Ma, terima kasih kerana memberi kehidupan buatku, halalkn semua darah yang tertumpah dan susu yang diteguk. I love u MAMA.

16 January, 2011

Emneya (part 6)


"kriiinggg" bunyi telefon di ruang tamu berdering. Mek Jah berlari-lari anak mendapatkan telefon dan menjawab panggilan itu.

"Ini rumah Tuan Hanief?" tanya suara di talian.

"ya betul, ada apa encik?" jawab Mek Jah dan menyoal kembali.

"Ini panggilan dari pihak polis ingin maklumkan Syed Erman sekarang ada di Hospital Seri Kencana" jawab pegawai polis itu.

"ya Allah! kenapa dengan Erman?" Mek Jah terperanjat dengan berita itu. Setahu dia, Erman sihat-sihat sahaja.
Justify Full
"kami temui dia pengsan dalam kereta di tepi jalan pagi tadi" terang pegawai polis itu lagi.

"baik, baik, terima kasih banyak encik" kata Mek Jah.

"sama-sama" talian dimatikan. Mek Jah meletakkan gagang telefon dan segera ke tingkat atas untuk mendapatkan majikannya. Namun dia tiba-tiba berpatah balik dan menuju ke ruang belakang untuk memberitahu Emneya terlebih dahulu, namun dia dapati Emneya masih tidur, tak sampai hati nak kejutkan. Ah, nanti sajalah bagitahu neya....getus hati Mek Jah.

Dia menyusun langkah untuk ke ruang atas, tetapi Syarifah Nur Zalia sudah tercongok di ruang tamu sambil mimik muka kehairanan melihat Mek Jah yang sedikit gelabah.

"Mek Jah kenapa?" tanya Syarifah Nur Zalia serius.

"Erman puan, polis jumpa dia pengsan tepi jalan, sekarang ada kat Seri Kencana" jawab Mek Jah.

"what???!! oh my god! Erman!!" Syarifah Nur Zalia panik dan segera berlari ke atas mendapatkan suaminya.

Di hospital Seri Kencana, Syarifah Nur Zalia teresak-esak di tepi Erman yang belum sedar. Ayah Erman, Syed Hanief sedang bercakap dengan doktor yang merawat Erman.

"melalui scan yang dibuat, kami dapati kedua-dua buah pinggang anak tuan telah rosak dan perlu segera mendapatkan buah pinggang yang baru sekurang-kurangnya satu untuk pastikan sistem badan anak tuan tidak terjejas" Doktor Zaki memberi penerangan.

"kita perlu dapatkan penderma buah pinggang dengan segera" tambah Doktor Zaki lagi.

"buatlah apa saja, saya akan bayar semuanya" kata Syed Hanief dengan wajah sugul. Mereka sungguh tidak menyangka Erman menghadapi masalah kesihatan selama ini.

Emneya muncul di sebalik daun pintu bilik Erman yang terbuka. Dia yang begitu terperanjat mendengar perkhabaran tentang suaminya itu segera berlari mendapatkan Erman namun dihalang keras oleh Syarifah Nur Zalia.

"kau jangan dekat dengan anak aku!! kau yang bawa sial! kau pembawa sial!! dasar manusia tak tau keturunan!! keluar dari sini!!" mata Syarifah Nur Zalia mencerlung. Hatinya sarat dengan kebencian terhadap Emneya.

"neya datang nak tengok abang Erman ma......." rayu Emneya.

"hei perempuan jalang!! berambus sebelum aku patah-patahkan tulang kau! pergi!!" amarah syaitan begitu ladat di hati. Baginya Emneya adalah racun dalam kehidupan Erman.

"ma....neya..."

"pergi kau sial!!!!" belum sempat Emneya meneruskan kata-kata, jerkahan mantap dari Syarifah Nur Zalia mematikan suara lembut Emneya.

"pegi lah balik, kamu tak payah datang sini" kata Syed Hanief yang nyata juga tidak selesa dengan kehadiran menantunya itu.

"neya nak tengok abang Erman..." Emneya merayu lagi. Airmatanya sudah lama berguguran. Namun, airmata itu tidak memberi apa-apa erti pada kedua mertuanya itu.

"baliklah, kamu jangan melawan kat sini" kata Syed Hanief penuh cuak. Dia seorang yang pendiam tetapi orangnya sangat agresif bila berkata-kata. Sikapnya itu sedikit sebanyak diwarisi oleh anak tunggalnya Erman.

Dengan berat hati Emneya melangkah keluar sambil anak matanya setia menatap sekujur tubuh suaminya di atas katil. Sayu di hati hanya Allah yang tahu. Dia sangat ingin membelai suaminya itu. Ingin sekali dia berkongsi rasa sakit yang sedang ditanggung Erman. Simpati dan rindu pada Erman bermaharajalela di sanubarinya. Airmata semakin deras.

**********************************

Sudah 3 hari Erman tidak sedarkan diri. Syarifah Nur Zalia teresak tidak henti di samping anak kesayangannya itu. Sedih hatinya melihat kondisi Erman yang semakin tidak bermaya. Begitu juga dengan Sarah, turut teresak sambil membelai rambut tunangnya itu.

"sayang...bangunlah...i miss you so much.." Sarah tersedu. Tidak tahu sama ada sedu tangis itu ikhlas ataupun hanya lakonan di hadapan Syarifah Nur Zalia.

"man....mama ni sayang...janganlah macam ni...bangun sayang...mama ni" esak Syarifah Nur Zalia lebih hebat berbanding Ku Sarah Ellyna. Erman satu-satu anaknya di dunia ini. Dia tidak mahu kehilangan Erman. Dia mahu Erman sihat dan kembali seperti biasa.

"macamana dokter?" tanya Emneya penuh mengharap.

"mengikut pemeriksaan, buah pinggang puan sesuai untuk suami puan" jawab doktor Zaki.

"alhamdulillah.." Emneya mengucapkan syukur, akhirnya ada jalan untuk kesembuhan Erman.

"tapi saya bimbang dengan kesihatan puan sendiri, ini akan menambahkan lemah pada sistem pertahanan badan puan, risiko lumpuh amat besar, saya mahu puan fikirkan semula" kata doktor Zaki memberi saranan.

"saya dah buat keputusan, tolonglah selamatkan suami saya dokter" Emneya bersungguh sambil matanya berkaca. Impian hatinya untuk melihat Erman sembuh mengatasi segala-galanya.

"saya tekad akan lakukan ini untuk suami saya, cuma satu saya mohon, dokter tolong rahsiakan dari pengetahuan siapa-siapa..tolong dokter..." suara Emneya lirih. Nada hiba jelas kedengaran dari suara lembutnya itu.

"baiklah.." doktor Zaki menerima permintaan Emneya dengan berat hati.

"terima kasih dokter...terima kasih banyak-banyak" Emneya riang dalam derita hati.

"kuatkan hati abang...insya Allah abang sembuh.." getus hati Emneya dan airmata gugur lagi bersama segunung rasa kasih buat suami tercinta.

***************************************

Pembedahan dan proses pemindahan buah pinggang telah berjaya. Syed Hanief, Syarifah Nur Zalia dan Sarah adalah insan yang paling gembira di atas kejayaan pembedahan itu, namun insan yang lebih gembira dan tidak putus mengucapkan syukur dari kejauhan adalah Emneya, penderma buat Erman tanpa pengetahuan sesiapa melainkan doktor Zaki.

Setelah beberapa minggu selepas pembedahan, kini Erman semakin sihat dan dibenarkan pulang ke rumah. Syarifah Nur Zalia telah menyiapkan majlis makan malam istimewa sempena kesembuhan anak kesayangannya itu.

Emneya juga baru beberapa hari pulang ke rumah, dia memberi alasan pulang ke kampung halaman sepanjang dia berada di hospital selepas pembedahan itu, tiada siapa pun tahu tentang proses pembedahan itu termasuklah Mek Jah.

Kesihatan Emneya semakin merosot, namun keadaan itu masih mampu dia sembunyikan melalui senyumannya setiap hari. Dia masih terus gagah berdiri untuk menunaikan solat dan membantu Mek Jah melakukan kerja-kerja rumah.

Hatinya sangat gembira mendengar perkhabaran Erman akan pulang. Dia menadah tangan mengucapkan syukur tanpa henti ke hadrat Allah kerana telah mengabulkan doanya agar Allah sembuhkan suaminya itu. Dia tersenyum penuh syukur walaupun kesakitan menghimpit di setiap inci tubuhnya saat itu. Sifat redha yang dimiliki wanita bernama Emneya inilah sebagai kunci ketenangan dan kebahagiaan jiwanya dalam menghadapi ujian Allah ini.

Mercedes Kompressor c200 meluncur laju membelah kota metropolitan itu menuju istana mewah milik Syed Hanief. Setibanya di hadapan rumah, Erman disambut meriah oleh para tetamu jemputan yang terdiri dari lembaga pengarah Permata Holdings.

Manusia yang melonjak riang adalah Ku Sarah Ellyna. Di dakapnya tubuh Erman sebaik sahaja Erman melangkah masuk ke dalam rumah sambil diperhatikan oleh mata-mata tetamu yang ada. Erman hanya tersenyum, tidak juga girang membalas pelukan tunangnya itu.

Emneya keluar dari bilik dan segera mendapatkan Erman. Namun Syarifah Nur Zalia memberi isyarat kepada Emneya supaya tidak mendekati Erman. Tetapi Emneya tetap ingin menyalami suaminya itu.

"kau ni memang manusia tak faham bahasa! hah rasakan!!" Syarifah Nur Zalia menarik kasar tudung Emneya menyebabkan Emneya terhuyung-hayang di hadapan semua orang.

"ma..neya nak salam abang..." rintih Emneya sambil tudungnya masih ditarik oleh ibu mertuanya dengan kasar sekali.

"kau ni betina tak tahu malu!! jijik aku tengok kau ni!!" satu tamparan hinggap di pipi mulus Emneya. Mek Jah cuba membantu Emneya.

"Mek Jah jangan masuk campur! nak kena jugak orang tua ni!!" Syarifah Nur Zalia geram pada Mek Jah yang sentiasa ingin membela Emneya.

Satu cairan panas berwarna merah mula mengalir dari hidung Emneya. Beberapa orang tetamu yang ada saling berbisik-bisik melihat satu lagi adegan antara menantu dan mertua. Darah yang mengalir dari hidung Emneya sedikitpun tidak mengundang rasa simpati pada Syarifah Nur Zalia malah terus menerus mengasari tubuh kecil Emneya.

Erman sekali lagi hanya berdiam melihat isterinya diperlakukan seperti itu. Marah masih membengkak di hatinya kerana kejadian sebulan yang lalu. Syahriz juga tidak kelihatan di rumahnya waktu itu.

Mek Jah semakin panik melihat darah begitu banyak keluar dari hidung Emneya. Syarifah Nur Zalia pula bagai dirasuk iblis terus menggoncang tubuh Emneya.

"jangan puan! man!! tolong neya man!! neya isteri man!!" Mek Jah merayu-rayu memanggil Erman mengharapkan simpati dan bantuan dari Erman. Namun Erman tetap kaku berdiri seolah tiada perasaan.

Emneya sudah terduduk lemah. Wajahnya semakin pucat. Darah yang mengalir kini semakin membuak deras. Darah yang cuba ditekup dengan telapak tangan Emneya kini menitis ke lantai. Akhirnya kekasaran bertubi dari Syarifah Nur Zalia terhadap Emneya terhenti tiba-tiba kerana satu laungan suara dari arah pintu rumah.

"stop it auntie!" Syahriz dengan berani melangkah masuk ke dalam rumah. Lagaknya seperti pahlawan yang datang menyelamatkan kekasih hati. Namun, ini bukan filem yang dibintangi Shah Rukh Khan, tetapi ini realiti kehidupan yang sedang tertancap kejam di hadapan matanya. Dia mengenali Emneya dan meyakini Emneya adalah wanita yang baik, dan dia seharusnya tampil membantu insan malang bernama Emneya itu.

Suasana sepi. Syarifah Nur Zalia memandang tajam ke arah Syahriz, begitu juga dengan semua mata yang ada, seolah sedang menanti butir bicara hikmat dari syahriz yang baru tadi menghentikan sikap kasar Syarifah Nur Zalia terhadap Emneya.

"tahniah man, kau dah sembuh. tapi kau jangan lupa, ada orang yang membantu kesembuhan kau, dan kau mesti ingat, Allah masih bagi ruang untuk kau betulkan apa yang tak betul sekarang ni" Syahriz berbicara jelas. Erman diam, namun telinganya mendengar.

"itu isteri yang kau perjuangkan dulu, kau masih ingat kan? kau dah berjanji tak akan sia-siakan hidup dia, tolong ingat janji kau man" Syahriz memandang Erman sambil jari telunjuknya diarahkan kepada Emneya.

"Mek Jah bawa neya masuk bilik ye" kata Syahriz. Dia seperti menguasai keadaan. Semua mata tertumpu padanya waktu itu. Mek Jah memimpin Emneya sambil menangis teresak. Terlalu kasihan dia dengan Emneya.

"aku tak nak kau menyesal satu hari nanti man" itu kata-kata akhir Syahriz sebelum dia melangkah meninggalkan majlis itu. Semua terkedu. Beberapa tetamu nyata bersimpati dengan Emneya, namun hanya mampu berdiam diri.

Erman juga kelu. Rasa simpatinya terhadap Emneya muncul tiba-tiba. Sebenarnya dia rindukan Emneya. Terlalu rindu dengan telatah comel isterinya itu. Tetapi dia seringkali tewas dengan rasa ego yang bertakhta dihatinya.

Satu yang bermain di minda Erman saat itu, wajah pucat Emneya dan darah yang menitis dari hidungnya kini bermain hebat di ruang mata.

"neya kenape.....neya tak sihat ke.............." hatinya bertanya sendiri..rindu bertamu lagi bersama manik jernih yang jarang sekali terbit di kelopak matanya akhir-akhir ini..

*bersambung*

07 January, 2011

Kisah Pemotong Kayu


Bismillahirrahmanirrahim..

Baru ni kawan saya bercerita pasal seorang pemotong kayu. Zaman dulu, ada seorang hartawan telah berpesan agar dia ditemani 44 hari di dalam kubur bila dia sudah mati nanti. Malangnya, tiada seorang pun yang sanggup.

Kemudian, hartawan itu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang sanggup menemaninya di dalam kubur selama 44 hari, akan mendapat separuh daripada hartanya. Kemudian, bangkitlah seorang pemotong kayu yang miskin menyatakan kesediaannya untuk menemani hartawan itu apabila sudah mati.

"apalah sangat sekadar menemani orang kaya dalam kubur cuma 44 hari jika dibandingkan dengan kerja abang susah payah masuk hutan setiap hari mencari rezeki??" kata isteri pemotong kayu itu.

Maka tibalah saat kematian hartawan itu. Si pemotong kayu itu pun menunaikan janji dan masuk bersama ke dalam kubur yang telah di bina seperti rumah itu untuk menemani mayat si hartawan selama 44 hari. Kemudian, 7 langkah orang terakhir meninggalkan pusara si hartawan, maka datanglah 2 makhluk yang diberi tugas untuk berhadapan dengan si mati.

Pemotong kayu itu pun tahu yang datang itu adalah malaikat mungkar dan nakir yang akan menjalankan tugas menyoal si hartawan, lalu si pemotong kayu berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada 2 malaikat itu.

Namun apa yang terjadi sebaliknya, si pemotong kayu pula yang telah disoal dan bukan si hartawan yang telah mati itu. Si pemotong kayu pucat sekali, namun dia tetap menjawab setiap pertanyaan 2 malaikat itu.

"apa kamu buat di sini?" Si pemotong kayu disoal.

"aku menemani si mati selama 44 hari" jawab si pemotong kayu.

"apa harta yang kamu ada?" dia disoal lagi.

"aku cuma ada sebilah kapak" jawabnya. Kemudian, malaikat itu hilang. Keesokan harinya, malaikat itu datang dan bertanya lagi pada si pemotong kayu.

"dari mana kamu mendapat kapak ini?"

"aku membelinya" jawab si pemotong kayu.

"apa kamu lakukan dengan kapak ini?" tanya malaikat itu lagi.

"aku mencari rezeki dengan memotong kayu di hutan menggunakan kapak ini dan menjual kayu-kayu itu" jawabnya dan kemudian malaikat itu hilang lagi.

Keesokannya, 2 malaikat itu datang lagi.

"adakah kamu pasti setiap kayu yang kamu potong itu sama berat dan ukurannya apabila kamu potong dengan kapak itu?"

"entahlah, aku potong cincai-cincai je, manalah dapat nak potong sama rata semua dengan kapak ni" jawab si pemotong kayu dengan jujur. Kemudian malaikat itu pun hilang. Keesokan harinya, 2 malaikat itu datang lagi dan bertanya mengenai kapak itu dan begitulah hari-hari seterusnya sehinggalah hari ke 44, 2 malaikat itu datang menghampiri si pemotong kayu.

"hari ini adalah hari terakhirmu, aku ingin bertanya, adakah kapak ini...." belum sempat malaikat itu menghabiskan ayatnya, si pemotong kayu mencelah.
"tunggu! tunggu!" si pemotong kayu segera berlari ke arah lubang keluar dan memanjat ke atas dengan segera.

Sebaik tiba di atas, kelihatan orang ramai sedang menantinya untuk bertanyakan pengalaman semasa di dalam kubur, namun si pemotong kayu dengan tergesa-gesa meninggalkan tempat perkuburan dan menuju pulang ke rumah.

Sampai di rumah. Isterinya hairan melihat suaminya yang pulang dengan tangan kosong.

"mana harta yang dijanjikan untuk abang tu?" tanya isterinya.

"kalau ko nak, ko gi ambiklah! aku tak nak!!" jawab si pemotong kayu sambil menggelengkan kepala.

"aik?? kenapa bang???" isterinya bingung.

"aku tak nak harta tu!! sebijik kapak pun malaikat tanya 44 hari!!! inikan pula separuh harta!!!!! gileeeeeeeeeeeeee!!! aku tak nakkk weiiiii!! ko nak, ko gi ambik, nanti malaikat tanya, ko jawab sendiri ye! jangan panggil aku tau!" jawab si pemotong kayu dengan wajah gerun.

Si isteri melopong.

P/s: saya terus pandang kain baju saya yang berkodi-kodi dalam bilik..belum masuk barang-barang saya yang lain. Adduss....

26 December, 2010

Emneya (part 5)


Emneya mengambil keputusan untuk tidak pulang terus ke rumah, dia ingin bertemu doktor Andi petang itu. Cekodok yang dari tadi di bawanya, diletak perlahan ke dalam tong sampah berhampiran sebuah kedai. Hatinya sayu memandang kotak itu, namun dia harus kuatkan hati.

Masih terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain dari kuih cekodok itu. Dia memujuk hatinya. Apa yang penting, suaminya bahagia dan terus gembira. Dia kemudiannya mengemaskan langkah ke tepi jalan untuk mengambil teksi menuju ke hospital. Temujanjinya dengan doktor Andi sudah dua hari berlalu. Dia bukan lupa, tapi belum bersedia mendengar penjelasan tentang penyakitnya.

Tetapi hari ini, dia tekad untuk berhadapan dengan doktor Andi dan sedia mendengar apa sahaja. Sepanjang jalan menuju hospital, fikirannya menerawang entah ke mana. Tapi yang pasti, rindu terhadap Erman semakin kuat.

"u must be admitted" kata doktor Andi. Emneya diam. Dia tidak tahu hendak jawab apa. Dia bukan tidak mahu mendengar kata-kata doktor Andi yang berpengalaman itu, cuma dia tidak tahu bagaimana untuk jelaskan pada Erman hal itu dalam masa terdekat ini. Dia juga belum bersedia jika Erman tahu tentang sakitnya.

"keadaan saya teruk ke?" tanya Emneya.

"ye, ujian darah yang latest menunjukkan awak di tahap berbahaya" jelas doktor Andi.

"actually u are so weak right now Emneya, saya nak awak duduk wad supaya senang nak pantau keadaan awak" tambah doktor Andi lagi.

Emneya diam lagi. Dia tahu doktor Andi ingin membantu, tetapi hatinya berat untuk menerima cadangan doktor Andi yang menyuruhnya untuk tinggal di wad. Lagipun dia tidak bersedia untuk berjauhan dengan Erman meskipun mereka berasingan bilik, paling tidak dia masih boleh melihat suaminya depan mata.

"nanti saya buat keputusan, buat masa ni saya nak duduk rumah dulu ye.." kata Emneya kepada doktor Andi. Doktor Andi mengangguk tanda dia menghormati keputusan sementara dari Emneya itu.

******************************************

Di rumah, Syarifah Nur Zalia sibuk menyediakan parti makan malam sempena menyambut hari lahir Erman, anak kesayangannya itu. Dia menggunakan khidmat katering untuk menyediakan makanan istimewa buat semua tetamu yang bakal hadir, dan sudah semestinya Ku Sarah sekeluarga adalah tetamu paling istimewa di majlis makan malam itu.

"Mek Jah! neya mana?" tanya Syarifah Nur Zalia setelah seharian dia tidak melihat Emneya.

"neya keluar tengahari tadi puan" jawab Mek Jah.

"keluar pegi cari jantan lah tu! dasar betina sundal memang macam tu lah, Mek Jah jangan selalu nak bela dia, kang tak pasal-pasal Mek Jah dapat saham masuk neraka tau!" Syarifah Nur Zalia bercekak pinggang menghadap Mek Jah.

"astaghfirullah..tak baik puan tuduh neya macam tu" kata Mek Jah perlahan. Syarifah Nur Zalia tidak berkata apa-apa, dia menjeling sambil berlalu meninggalkan Mek Jah sendirian di dapur.

Menjelang pukul 8 malam, tetamu semakin ramai yang datang. Erman masih terbaring di atas katil biliknya. Kecamuk di fikirannya masih belum reda. Dia mengakui, Emneya masih utuh di hatinya. Namun, ego lelakinya tidak pernah pudar dan keegoan itulah yang telah mencipta jurang antara dia dan Emneya.

Emneya bangkit dari pondok rehat berhadapan laut itu setelah menyedari hari sudah gelap. Selepas bertemu doktor Andi tadi, dia singgah di situ untuk mengambil angin petang. Hatinya tenang bila melihat air laut yang membiru.

Emneya berjalan kaki ke jalan hadapan mencari teksi untuk pulang. Dia bimbang Mek Jah risau hari sudah malam tetapi dia masih belum pulang. Tiba-tiba kepalanya rasa berpusing, pandangannya berpinar. Dia terduduk di tepi jalan dan muntah beberapa kali.

Syahriz, teman karib Erman yang mendapat jemputan ke majlis makan malam sempena hari jadi Erman kebetulan lalu di kawasan itu. Dari jauh dia memperlahankan keretanya. Dia hairan melihat perempuan duduk di tepi jalan malam-malam begitu.

Syahriz memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar mendapatkan perempuan itu. Sungguh dia terkejut melihat perempuan di tepi jalan itu adalah Emneya, isteri pada kawan baiknya.

"neya! awak kenapa? buat apa kat sini malam-malam ni??" Syahriz sedikit cemas melihat keadaan Emneya yang pucat lesi itu. Emneya hanya mampu menggeleng. Kepalanya masih rasa berputar-putar.

"mari ikut saya, saya nak ke rumah awak juga ni" kata Syahriz.

"tak apa, saya balik sendiri je" Emneya menahan sakit, beberapa kali dia termuntah di hadapan Syahriz. Syahriz makin cemas melihat Emneya.

"awak kenapa ni? tak sihat ke??" tanya Syahriz lagi.

"saya sihat, tak ada apa-apa, jangan bagitahu abang ye" Emneya takut Syahriz memberitahu tentangnya kepada Erman.

"okey-okey, tapi awak kena ikut saya, bahaya awak sorang-sorang ni" kata Syahriz lagi. Lama baru Emneya bersetuju, dia tidak mahu orang-orang pandang lain dia ada dengan Syahriz, teman baik suaminya sendiri.

Sampai sahaja di rumah, Syahriz membantu Emneya berjalan memandangkan keadaan Emneya yang kelihatan terlalu lemah. Namun, Emneya menolak dengan sopan, katanya dia boleh berjalan sendiri.

Majlis makan malam sudah lama mulai. Semua tetamu yang hadir agak terkejut melihat Emneya dan Syahriz waktu itu. Erman juga sama. Hairan kenapa Emneya ada bersama Syahriz.

"kan aku dah kata! dia ni memang betina sundal! sampaikan kawan Erman pun kau tibai jugak??!!" tajam mata Syarifah Nur Zalia memandang Emneya. Emneya yang masih lemah, tidak mampu berkata apa-apa.

"no..no..auntie, dont get wrong, let me explain" kata Syahriz. Semua mata tertumpu seolah sedang menonton wayang. Air muka Erman sudah berubah, cemburu kini menguasai mindanya. Perasaan marah yang kian hilang terhadap Emneya membara semula bak api yang marak menyala!

"u see Erman, dah nampak kan betina ni macam mana?" kata Syarifah Nur Zalia kepada Erman. Sarah yang sejak tadi berdiam, mengukir senyum tanda puas melihat Emneya kini di posisi sukar membela diri.

"no man, no! listen to me! i'll explain!" Syahriz tidak menduga boleh jadi seperti itu, yang pasti Erman dan semua manusia yang ada di dalam rumah itu sedang salah sangka terutama pada Emneya.

"abang.." air mata Emneya sudah berguguran. Dia mendekati Erman mengharapkan secebis kepercayaan dari suaminya. Namun Erman bukan seperti dulu lagi yang sentiasa meringani bebannya, tetapi dia kini adalah Erman yang penuh dengan prejudis dan curiga terhadap dirinya.

"u are showing who u are! i never expect u such a cheaper women in this world! dont touch me anymore!" buat pertama kali Erman menengking Emneya sekeras itu.

"man! kau dah salah faham ni, please man, listen to me!" Syahriz berusaha membetulkan keadaan itu.

"if u still wanna be my friend, shut up!!" kemarahan Erman semakin jitu. Hatinya panas berapi. Syahriz bingung dengan situasi itu. Dia benar-benar tidak menyangka akan jadi separah itu.

"kau berambus sebelum aku punch!" Erman menyuruh Syahriz keluar dari rumahnya. Syahriz yang kesal dengan Erman segera beredar meninggalkan majlis itu.

"kau jangan menyesal man.." getus Syahriz sambil menggelengkan kepala dan terus meninggalkan banglo mewah itu.

*bersambung*

Emneya (part 4)


"hari ni hari lahir abang.." kata Emneya pada diri sendiri. Dia mahu memberikan sesuatu sebagai hadiah di hari lahir Erman. Dia mencongak sambil memikirkan apakah hadiah istimewa yang bakal diberikan pada suaminya nanti.

"cekodok pisang!" Emneya melonjak sendiri. Sudah lama dia tidak membuat cekodok pisang kegemaran suaminya itu. Emneya masih ingat dulunya Erman tidak kenal cekodok, setelah mereka berkahwin, Emneya selalu masakkan kuih itu dan Erman sangat menyukainya.

Emneya tersenyum. Hatinya berbunga bahagia bila terkenangkan telatah Erman saat-saat dulu. Tanpa berlengah, Emneya menuju ke dapur untuk membuat cekodok istimewa hari itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.50 pagi. Emneya sudah selesai membuat 'hadiah istimewa' untuk suaminya. Kemudian, tiba-tiba dia mendapat idea untuk membuat surprise di pejabat Erman. Emneya segera bersiap, dia mengenakan baju kurung corak bunga kecil berwarna lembut, bertudung dan bersolek tipis agar tidak kelihatan lesu bila bertemu Erman nanti.

Permata Holdings tersergam indah di tengah kota. Teksi yang dinaiki Emneya berhenti betul-betul di hadapan pintu besar syarikat itu. Setelah membayar tambang teksi, Emneya segera masuk dan menuju ke ruang lif. Dia menekan angka 5, di mana terletaknya pejabat Pengurusan syarikat yang diterajui Erman.

Emneya masuk ke bahagian Pengarah Urusan, Liza, setiausaha Erman berada di hadapan bilik Pengarah.

"assalamualaikum" Emneya memberi salam dengan sopan sekali sambil tersenyum manis ke arah Liza.

"walaikumsalam, ye, boleh saya bantu?" Liza bertanya.

"saya nak jumpa suami saya..dia ada?" Emneya menutur lembut.

"oh, ini puan Emneya ke?" tanya Liza. Dia seperti tergamam melihat Emneya di hadapannya. Baru kali pertama dia berjumpa Emneya, isteri Pengarah besar Permata Holdings sejak dia mula berkhidmat di syarikat itu.

Dia hanya mendengar nama Emneya melalui teman-teman sepejabat yang pernah berjumpa dengan Emneya sewaktu Erman membawa Emneya ke majlis-majlis keraian syarikat waktu dulu. "memang cantik orangnya" getus hati Liza. Dia mengakui kecantikan isteri majikannya itu.

"ye saya.." Emneya senyum lagi. Liza tidak berkelip memandang Emneya, seakan mahu terus menatap wajah comel isteri bosnya itu. Betapa lembut, cantik, jelita dan ayu sekali rupa paras Emneya, memang betul apa yang diceritakan oleh teman-teman selama ini, tidak sangka hari ini dia berpeluang menatap sendiri wajah cantik Emneya.

Dia juga telah mendengar desas desus perkhabaran tentang keretakan hubungan Erman dan Emneya, melihat sendiri kegedikan Ku Sarah, dia pasti, itu adalah antara punca keretakan mereka.

Apa yang pasti, Liza sangat suka pada Emneya. Dari senyuman Emneya sahaja, Liza berasa senang sekali. Tanpa dia sedari, sudah beberapa minit hatinya bermonolog sendiri dan Emneya hanya memerhatikannya dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

"err..maaf puan, maaf..sebentar ye" Liza baru tersedar dan segera menekan punat telefon yang bertulis 'Pengarah'. Erman menyambut di hujung talian.

"Puan Emneya datang nak jumpa Tuan" kata Liza.

"suruh tunggu kat luar" jawab Erman serius.

"baik tuan" Liza menurut.

"er..puan, Tuan Erman suruh tunggu, puan duduk dulu ye" Kata Liza sambil mempelawa Emneya ke ruang sofa.

"puan nak minum apa?" tanya Liza.

"tak apa, saya dah minum" Emneya tersenyum lagi. Manisnya isteri Tuan Erman ni.....getus hatinya lagi.

Hampir dua jam menunggu, akhirnya Erman keluar bersama Sarah di sisi. Erman menuju ke arah Emneya. Emneya yang keletihan menunggu, terlelap di sofa itu. Erman memandang Emneya. Dia kelu seketika. Tiba-tiba dia teringat sewaktu dulu, Emneya selalu menunggunya pulang sampai lewat malam dan tertidur di sofa rumah.

Melihat Emneya terlelap begitu, secebis rindu dan sayu datang mengetuk pintu hatinya waktu itu walaupun dia masih lagi marah dengan Emneya. Erman hanya berdiam diri sambil terus memandang Emneya.

"woi perempuan! sini bukan tempat kebajikan! bangun!!" suara sarah bergema. Dia geram melihat Emneya datang ke pejabat Erman. Emneya yang terkejut dengan tengkingan Sarah terjaga serta merta. Sambil menyapu matanya, dia berkelip-kelip memandang siapa di hadapannya waktu itu.

"abang..." Emneya segera bangun dan mencapai tangan Erman, disalam dan dikucupnya penuh hormat. Sarah sempat menepis tangan Emneya namun terlambat. Liza memerhatikan dari jauh adegan itu.

"maaf..neya tertidur" Emneya berkata lembut. Erman kelu. Perasaannya bercampur baur ketika itu. Lalu mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

"abang..selamat hari lahir..neya buatkan cekodok pisang yang abang suka.." Emneya menghulurkan kotak cantik berisi cekodok pisang kepada Erman. Erman tidak memberi respon, tiba-tiba Sarah menepis kotak itu lalu bertaburan semua kuih di atas lantai. Erman terperanjat dengan tindakan Sarah, namun masih tidak mampu berkata apa-apa.

"kau bagi tunang aku kuih bodoh macam tu?! memang dasar kampungan!!" mulut Sarah semakin ringan menghamburkan kata-kata hinaan.

"baik kau berambus sekarang!! go to hell!!!" Sarah makin kerasukan menengking Emneya. Di tendang-tendangnya beberapa biji cekodok yang berada hampir dengan kakinya. Dia sangat membenci Emneya dari dulu hinggalah kini kerana Emneya telah berjaya memikat hati Erman, pemuda idamannya itu.

Mata Liza tidak berkelip melihat kejadian di hadapan matanya. Rasa geram pada Ku Sarah semakin meluap, rasa kasihan pada Emneya pula semakin menggunung. Emneya tunduk. Perlahan-lahan dia tunduk dan mengutip satu persatu cekodok yang bertaburan dan meletakkan semula ke dalam kotak yang di hiasnya sendiri pagi tadi.

Erman masih tetap membisu melihat apa yang berlaku, namun jauh di sudut hatinya, dia tidak suka Sarah bertindak seperti itu terhadap Emneya. Setelah Emneya selesai mengutip semua cekodok itu, dia bangun dan menuju tepat di hadapan Erman.

"maafkan neya bang, neya dah ganggu masa kerja abang.." lirih suara Emneya. Dia berusaha semampu mungkin menahan airmatanya dari jatuh berguguran.

"selamat hari jadi abang..maaf..neya tak dapat bagi hadiah apa-apa.." suara Emneya semakin sayu menahan sebak. Erman masih tidak bersuara sehinggalah Emneya beredar keluar dari ruang pejabat.

"bastard!!!!" Sarah masih belum jemu menghina Emneya meskipun Emneya sudah mula beredar dari situ.

"u! dah la" setelah sekian lama barulah kedengaran suara Erman menghalang Sarah dari terus menghamburkan kata-kata nista. Itupun setelah Emneya pergi dari situ. Erman terganggu dengan apa yang berlaku. Dia serba salah. Bila mengingatkan gambar dan video itu, egonya menempel kuat di hati. Dia tidak mahu sesekali meruntuhkan tembok egonya demi seorang Emneya yang baginya sudah berubah sikap.

Akan tetapi, sayu tetap ada bila melihat Sarah menghina Emneya sebegitu. Erman dilanda kecamuk yang berterusan.

"i tak sukelah perempuan tu, tak tahu malu, berani betul datang sini bawak kuih macam tu! ingat u ni ape, buruh kasar ke?!" Sarah sudah mula bising.

"u baliklah dulu, i ada kerja nak siapkan ni" kata Erman. Dia sengaja memberi alasan kerana hatinya ingin bersendirian waktu itu.

"sayang..u okey tak ni?" tanya Sarah dengan suara lenggok seribu. Liza yang masih memerhatikan rasa meluat dengan sikap mengada-ngada Ku Sarah itu.

"okey..i okey" jawab Erman pendek.

"okey, nanti balik keje ambik i ye,kite gi dinner kat waterfront tu" kata Sarah.

"ye" Erman hanya mampu setuju untuk mengelakkan Sarah 'berleter' makin panjang lebar.

"tadi bukan main bengis! sekarang lembut tulang dari lidah!" kata Liza sambil menjuih bibir. Setelah Ku Sarah beredar, Erman masuk semula ke biliknya. Dia menuju ke tingkap pejabat dan terpandang Emneya melangkah perlahan menuju ke perhentian bas berhadapan sedco yang terletak berhampiran Permata Holdings.

Kotak berisi cekodok masih di tangan Emneya. Erman teringat semula kejadian tadi. Kali ini, dia benar-benar sayu. Rasa kasihan bersarang di hatinya. Erman menyoroti langkah lesu Emneya hinggalah Emneya menaiki bas dan hilang dari pandangannya.

Erman duduk dan mencapai gambar Emneya di dalam laci. Dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama gambar isterinya itu berada di dalam laci mejanya. Dulu, gambar itulah menjadi penghias mejanya setiap hari, namun sekarang tidak lagi.

Ditenungnya wajah ayu Emneya. Kisah dulu terimbau kembali saat dia mula-mula mengenali Emneya. Terlalu panjang kisah itu dan satu hembusan nafas yang sangat berat dilepaskan. Dia sendiri mengakui, dia dan Emneya tidak sebahagia dulu.

Erman tertunduk dan kini tanpa dia sedari, potret kecil Emneya berada erat dalam dakapannya.

*bersambung*

08 December, 2010

Emneya (part 3)


Erman menekan punat-punat handpone dengan ibu jarinya mencari nama seseorang. Kini terpapar nama 'Sarah' di skrin handphone. Erman segera menekan punat 'calling'.

"hai sayang.." kedengaran suara manja Ku Sarah Ellyna di hujung talian.

"hai..u busy?" tanya Erman.

"no..no..im waiting for u honey" Sarah melunakkan lagi suaranya.

"i ganggu ke?" tanya Erman.

"no honey..happy u call..i miss u so much" jawab Sarah penuh manja.

"i miss u too..lunch with me?" ajak Erman.

"sure! AnDoora cafe?" Sarah keriangan.

"yeap, see u there" Erman segera mematikan talian dan bergegas keluar.

Kecamuk di kepala makin terasa, namun Erman berlagak seperti biasa. Dia tidak mahu prestasi kerjanya merudum hanya kerana masalah peribadi antara dia dan Emneya. Marah masih menyelubungi jiwanya. Sakit hatinya masih belum reda.

Di kawasan parking kereta, dia terserempak Syahriz, kawan baik merangkap bisnes partnernya.

"whats up men, apsal aku tengok muka ko macam tertelan taik cicak je hari ni?" Syahriz menepuk bahu Erman. Mereka bersahabat sudah lama, satu sekolah sehinggalah sama-sama menuntut di London dalam course yang sama.

"aku bengang dengan neya, dia ada fair with another guy" Erman tunduk sambil memegang kepala.

"what???!! hei, ko jangan buat aku yang mati tertelan cicak lak kat sini! are u kidding??" Syahriz nyata terperanjat dengan jawapan Erman tadi.

"im not kidding!" suara Erman tinggi.

"wait..wait..wait! what do u mean 'ada fair with another guy?? neya curang?!" Soal Syahriz bertubi-tubi.

"ye lah, dah tau ko tanya buat apa" jawab Erman.

"wei man, ko tak baik tuduh sebarangan kalau takde bukti!" Syahriz kelihatan tidak senang mendengar perkhabaran itu.

Erman seakan naik bengang juga dengan kawan karibnya itu, dia segera menghidupkan enjin dan kereta terus mengaum meninggalkan Syahriz yang masih terkial-kial menanti jawapan Erman.

*************************************

Emneya mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dapur. Dia kasihan dengan Mek Jah, di usia tuanya terpaksa berkerja kuat, Emneya tak sampai hati membiarkan Mek Jah melakukan kerja-kerja rumah itu sendirian.

Sambil mencuci, fikirannya melayang teringat Erman, suami yang sangat dikasihinya. Dia bimbang sekiranya Erman tidak mahu mendengar langsung penjelasan darinya tentang gambar dan video itu.

Tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumah berbunyi. Emneya segera ke ruang hadapan untuk melihat siapa yang datang. Dari jauh kedengaran suara manja Sarah.

"sayang..i nak honeymoon kat Paris ye" Sarah menempel manja di bahu Erman.

"ok.." Erman mengangguk dan senyum.

Emneya berdiri di sebalik pasu besar yang memisahkan ruang dapur basah dan ruang terletaknya meja makan yang besar. Matanya sayu melihat suaminya bersama wanita lain.Tubir mata berkaca, namun dia berusaha menahan hiba.

Tiba waktu makan, Emneya membantu Mek Jah menyediakan hidangan makan malam. Sarah masih setia menempel manja di sisi tunangnya Erman. Dia langsung tidak menghiraukan keberadaan Emneya sebagai isteri sah Erman.

Setelah selesai, Sarah, Erman dan kedua orang tuanya duduk untuk menikmati makan malam mereka.

"neya duduk tepi man ye" kata Mek Jah pada Emneya.

"Mek Jah! sekali lagi saya ingatkan Mek Jah, ini rumah saya! bukan rumah Mek Jah, jangan buat suka hati!" Syarifah Nur Zalia berang mendengar kata-kata Mek Jah yang mengarahkan Emneya duduk di sebelah Erman.

Erman berlagak selamba, seolah-olah tidak mendengar apa-apa. Sikit pun dia tidak memandang Emneya. Sakit hatinya masih belum reda. Ku Sarah Ellyna pula semakin gembira dengan situasi itu. Kini Erman dalam genggamannya.

Emneya meminta diri dan masuk ke bilik 'baru' nya bersebelahan stor itu. Dia segera mengambil wuduk untuk mendirikan solat isyak. Hatinya waktu itu terasa sangat sunyi. Dia rindukan Erman.

Setelah selesai solat, Emneya mencapai beg sandangnya. Perlahan-lahan dibukanya surat doktor yang diterimanya minggu lepas. Masih berlegar jelas butir percakapannya dengan doktor Andi.

"awak sakit Emneya, i've noticed u before, u have to choose" kata doktor Andi penuh risau.

"u cant be injure, please, itu akan burukkan lagi keadaan awak" kata doktor Andi lagi.

Kata-kata doktor Andi bermain di benaknya. Beban sakit ini sudah lama ditanggungnya sendiri. Tiada siapa pun yang tahu melainkan dia, doktor Andi dan yang Esa.

Tiba-tiba terasa panas mengalir di rongga hidung, Emneya segera menekup hidung. Darah memenuhi setiap ruang tapak tangannya. Dia mencapai kain tuala dan menekup semula hidungnya. Pedih terasa.

Dia segera mengambil 2 biji pil yang biasa ditelannya untuk hentikan pendarahan itu. Emneya baring perlahan di atas sejadah sambil airmatanya mengalir menahan sakit dan kerinduan terhadap Erman.

*bersambung*

24 October, 2010

Emneya (part 2)


Emneya terjaga dari tidur. Dilihatnya jam di tangan sudah menghampiri pukul 9 malam. Surau kecil di kawasan Taman Rekreasi Pelangi itu menjadi tempat persinggahannya untuk menunaikan solat maghrib tadi, langsung tidak sedar sejak bila dia terlelap.

"dah selesai agaknya" Emneya teringatkan majlis pertunangan itu. Hatinya sayu kembali. Hening malam menambahkan lagi rawan di hati. Namun hatinya harus kuat menghadapi semuanya. Dia sanggup merasa sakit asalkan suaminya bahagia.

Dia segera bangkit menuju ke bilik air untuk memperbaharui wudhuk dan menunaikan solat Isyak. Setiap hari dia tidak lupa untuk mendirikan dua rakaat solat sunat hajat. Itulah amalan dan didikan dari Allahyarham ibunya yang menjadi rutin setiap hari. Dia yakin, Allah maha mendengar setiap butir kata hatinya.

Banglo mewah 4 tingkat milik Syed Hanief dan Syarifah Nur Zalia tersergam indah. Penghuni di dalamnya sedang menikmati makan malam. Ku Sarah Ellyna,tunang Erman juga ada bersama.

"kenapa man tak makan?" soal Syarifah Nur Zalia setelah melihat Erman hanya menguis-nguis nasi di atas pinggannya.

"man kenyang lagi ma.." Erman memberi alasan. Hatinya waktu itu betul-betul tidak keruan. Dia bimbangkan Emneya yang masih belum pulang. Tekaknya langsung tidak dapat menelan walau sebutir nasi.

"sayang...u kenapa ni..?" soal Sarah pula.

"I ok, tak de apa-apa" jawab Erman ringkas.

"Ding dongg" loceng berbunyi. Erman dengan segera bangkit ingin menuju ke pintu tapi Syarifah Nur Zalia menghalang.

"man duduk, biar Mek Jah buka" arah Syarifah Nur Zalia. Erman patuh. Dia duduk kembali. Mek Jah bergegas membuka pintu.

"assalamualaikum Mek Jah.." Emneya memberi salam sambil mengukir senyum manis buat orang gaji yang sudah separuh umur itu. Tanpa menjawab salam, Mek Jah terus mendakap erat tubuh kecil Emneya. Mek Jah sedih dengan nasib yang menimpa Emneya.

Di usapnya kepala Emneya berkali-kali. Keletihan jelas tergambar di wajah ayu milik Emneya. Mek Jah sudah menganggap Emneya sebagai anak walaupun dia tidak pernah mempunyai anak, hati tuanya sangat mengasihi Emneya.

"neya dah makan?" tanya Mek Jah.

"belum lagi, neya lupa bawa duit pagi tadi, jadi tak dapat nak makan kat luar tadi" jawab Emneya lembut.

"ya Allah..neya tak makan lagi la ni" rasa simpati Mek Jah bertambah.

"Mek Jah! siapa tu?" laung Syarifah Nur Zalia dari dalam.

"err..Emneya puan" jawab Mek Jah. Erman yang mendengarnya sangat gembira. Dia tidak sabar ingin bertemu isterinya. Tetapi dia cuba mengawal ekspresi wajahnya di hadapan semua.

Mek Jah membawa Emneya masuk ke dalam menuju ke ruang makan. Masing-masing menyepi sewaktu Emneya menghampiri meja. Mek Jah segera ke dapur untuk mengambil satu lagi pinggan buat Emneya.

"Mek Jah buat apa ni?" tanya Syarifah Nur Zalia.

"ambilkan pinggan untuk neya puan.." jawab Mek Jah perlahan.

"ada saya suruh?!!" bentak Syarifah Nur Zalia.

"neya belum makan seharian ni puan, kesian dia" kata Mek Jah dengan nada rendah.

"Mek Jah, ini rumah saya! Mek Jah tu orang gaji je, jangan nak melawan cakap saya! simpan balik pinggan tu!" tajam mata Syarifah Nur Zalia ke arah Mek Jah.

"ma..biarlah neya makan sekali ye" Erman bersuara lembut memujuk mamanya. Hati Erman bercampur baur. Gembira, sedih dan kesal semuanya ada.

"man dengar sini, sekarang man dah jadi tunang Sarah, ingat tu" Syarifah memandang Emneya tajam.

"dah besar panjang, takkan lah tak reti cari makan sendiri kat luar tu" tambahnya lagi. Emneya tunduk.

"Betul cakap mama tu man" Syed Hanief yang dari tadi senyap akhirnya ikut bersuara. Dia menyokong kata-kata isterinya.

"tak apa Mek Jah.." kata Emneya perlahan menunjukkan dia beralah dengan situasi itu.

"maaf..neya dah ganggu semua tengah makan, neya masuk bilik dulu ye" Emneya berlalu sambil menundukkan sedikit badan melintasi ruang makan itu. Hati Erman menangis. Sebak menyelubungi hatinya. Dia tidak mahu Emneya diperlakukan begitu.

"tunggu Emneya!" langkah Emneya terhenti bila ibu mertuanya itu bersuara.

"engkau bawa semua barang-barang engkau turun, aku nak engkau pindah bilik sebelah stor kat bawah ni" perintah Syarifah Nur Zalia.

"ma!" Erman separuh terjerit. Terperanjat mendengar arahan mamanya.

"ma..neya isteri man, mama tolonglah jangan macam ni" rayu Erman.

"man diam! ini rumah mama, man jangan cuba lawan cakap mama" jawab Syarifah Nur Zalia tegas.

"abang izinkan neya pindah bilik..?" Suara Emneya tersekat menahan sedih.

"engkau tak payah berlagak jadi bini baik la! angkat barang engkau sekarang sebelum aku hilang sabar" suara Syarifah Nur Zalia tinggi. Erman terduduk lemah. Di hadapannya ialah Syarifah Nur Zalia, ibu yang kata-kata serta perintahnya tidak pernah diingkari oleh Erman.

Emneya melangkah perlahan menaiki anak tangga ke atas menuruti perintah ibu mertuanya itu. Dia menahan sebak waktu mengemas semua barang-barangnya. Bertambah sebak bila menatap potretnya bersama Erman yang terletak di tepi meja kecil bersebelahan katil. Dicapainya potret itu lalu dikucupnya lembut. Bahagia melihat wajah suaminya Erman.

Agak lama menatap potret itu, akhirnya airmata menitik tepat ke cermin potret. Emneya menangis lagi. Dikucupnya berulang kali dengan harapan rindunya terhadap Erman terubat. Namun sebaliknya, rindu itu semakin membuak.

Emneya sengaja berbaring di lantai yang beralaskan karpet walaupun katil ada di bilik kecil bersebelahan stor itu. Matanya dipejam. Badannya terasa letih. Tiba-tiba kedengaran daun pintu bilik dikuak.

"neya.." suara Mek Jah memanggilnya perlahan. Emneya segera duduk.

"neya makan ye.." kata Mek Jah sambil meletakkan sepinggan nasi berisi lauk dan air sirap di hadapannya. Perutnya memang terasa lapar, sejak pagi tidak berisi.

"terima kasih Mek Jah" Emneya menyentuh tangan Mek Jah. Emneya tiba-tiba teringatkan ibunya. Kasih sayang Mek Jah tidak ubah seperti ibunya dahulu. Rindu pada ibunya semakin kuat. Akhirnya dia memeluk Mek Jah sambil airmatanya berlinangan.

"dah..jangan nangis, neya makan ye" Mek Jah mengesat airmata di pipi Emneya. Emneya terasa seperti ibunya yang berada di hadapannya saat itu. Dengan perlahan Emneya menyuap nasi ke mulutnya. Tenaganya kembali pulih setelah menjamah separuh nasi. Dia tersenyum memandang Mek Jah.

**************************************

"awak ingat Jofri, jangan sampai ada orang yang tahu" kata Syarifah Nur Zalia perlahan.

"beres puan" jawab Jofri setelah faham dengan tugas yang baru diberikan oleh Syarifah Nur Zalia.

"tapi puan, Emneya tu saya tengok baik je, cantik pulak tu, kenapa puan tak suka dia?" tanya Jofri.

"saya bayar awak mahal-mahal bukan suruh tanya soalan tu!" jawab Syarifah Nur Zalia kasar.

"ok..ok puan, maaf" Jofri takut duit habuannya hilang. Dia segera meminta diri untuk melaksanakan tugas dari Syarifah Nur Zalia.

"ingat, saya nak hari ini juga" pesan Syarifah Nur Zalia.

"ok puan" jawab Jofri. 'ah..aku lagi suka kalau tugas untuk seribu Emneya' getus hati kecilnya.

Pagi itu Syarifah Nur Zalia sengaja mengarahkan Emneya keluar membeli barang dapur. Niatnya adalah untuk menjalankan rancangan jahatnya memerangkap Emneya. Jofri sudah menanti di suatu tempat tanpa diketahui Emneya.

Seperti yang dirancang, Jofri sengaja mengganggu Emneya dan berusaha merapatinya dengan berbagai alasan. Waktu itulah gambar mereka diambil dan dirakam.

Emneya pulang ke rumah dan merahsiakan kejadian itu. Dia langsung tidak mengetahui itu adalah rancangan ibu mertuanya sendiri. Syarifah Nur Zalia tersenyum sinis melihat Emneya yang sudah pulang. Hanya tinggal menanti kepingan gambar yang bakal menghancurkan hubungan Emneya dan Erman.

"assalamualaikum" kedengaran suara orang memberi salam. Mek Jah yang sedang menyiram bunga segera ke pintu pagar.

"waalaikumussalam..ye, cari siapa?" tanya Mek Jah.

"Emneya tinggal kat sini ke?" seorang lelaki muda bertanya.

"ye betul, encik ni siapa ye?" soal Mek Jah ingin tahu.

"saya Aril, kwn sekolah dan tinggal sekampung dengan dia dulu" jawab pemuda itu dengan ramah.

"oh yeke, mari-mari masuk dalam, neya ada, nanti Mek Jah panggilkan" Mek Jah mempelawa Aril masuk.

"terima kasih makcik, tak pe, saya tunggu kat sini je" kata Aril.

Selang beberapa minit, Emneya keluar menuju pintu pagar.

"Aril!" Emneya terjerit melihat sahabat nya Aril ada di hadapannya. Aril sahabatnya sejak kecil, bersekolah di tempat yang sama sehingga tingkatan 5. Selepas itu Aril melanjutkan pelajarannya ke luar negara kerana mendapat tawaran dan menerima tajaan biasiswa negeri.

"neya apa khabar? 8tahun tak jumpa ye" tanya Aril.

"neya alhamdulillah baik, Aril tahu mana neya duduk sini?" jawab Emneya.

"Aril pernah nampak neya naik teksi hari tu turun kat sini, Aril pun tinggal area ni juga, kerja kat sini" kata Aril.

"eh, panas ni, marilah masuk" pelawa Emneya.

"Emneya!!" Syarifah Nur Zalia yang sejak tadi memerhatikan mereka memanggil namanya keras.

Emneya tersentak. Dia tahu, ibu mertuanya itu pasti akan memarahinya. Apalagi sekarang dia sedang bercakap dengan seorang lelaki.

"oh..ini kerja engkau bila Erman tak ada ye!" Syarifah Nur Zalia sudah berada hampir dengan mereka berdua.

"ma..ini kawan neya duduk satu kampung" Emneya cuba menjelaskan.

"engkau ni memang betina sundal!" Aril terkejut dengan kelakuan Syarifah Nur Zalia terhadap Emneya. Sungguh dia tidak menyangka akan berhadapan dengan situasi itu.

"er, maaf makcik, saya kawan neya" Aril cuba menjelaskan.

"dah berapa lama engkau jadi jantan simpanan dia ni??" Wajah Syarifah Nur Zalia semakin bengis.

"makcik jangan salah faham, Emneya ni kawan saya, duduk satu kampung" Aril terus berusaha menjelaskan.

Tanpa diduga, Syarifah Nur Zalia menyentap tangan Emneya kasar dan menariknya masuk ke dalam rumah. Aril ditinggalkan dengan seribu tanda tanya dibenaknya.

******************************************

"apa semua ni?!!" suara Erman tinggi. Gambar-gambar Emneya bersama Jofri berselerak di lantai dapur. Emneya terperanjat tidak terkira. Dia masih ingat wajah lelaki yang mengganggunya hari itu.

"abang ingatkan neya jujur dengan abang, tapi rupanya neya buat macam ni kat abang" Erman menahan kemarahan.

"abang..dengar neya dulu" Emneya mencapai tangan Erman. Erman menarik tangannya kasar.

"abang salah faham.." Emneya cuba memberi penjelasan.

"salah faham apa? ni!! apa?!!" Erman menunjukkan video dia bersama Aril di hadapan pintu pagar yang dirakam dari jauh menggunakan handphone oleh Syarifah Nur Zalia secara senyap.

"ini salah faham neya kata? tergedik-gedik depan lelaki!" bentak Erman penuh marah.

"abang..neya boleh jelaskan semua ni, abang dengar neya ye" Emneya merayu.

"panggggggg" satu tamparan hinggap di pipi Emneya.

"abang tak nak dengar apa-apa lagi dari neya.faham!" Erman berlalu dengan kemarahan yang masih meluap. Hatinya sakit melihat semua gambar dan video itu.

"Ya Allah..ujian apa ni" rintih Emneya. Dia tidak berupaya menjelaskan apa-apa kepada suaminya. Kegelapan yang dirasakan sewaktu ibunya meninggal dunia, kini terasa kembali. Kesedihan menghiasi ruang matanya. Airmatanya yang mengalir sejak tadi juga tidak terasa kini semakin deras. "ibu.....neya perlukan ibu" Emneya teresak dalam rintihan sayu.

*bersambung..........*

18 October, 2010

Emneya (part 1)


Di kedinginan subuh Emneya menuruni anak tangga ke ruang dapur rumahnya. Dilihat susuk tubuh ibunya di sebalik cahaya pelita sedang tekun membuat kuih seri muka dan menyiapkan nasi lemak untuk dijual pagi nanti.

"ibu.." Emneya memanggil ibunya lembut.

"ye..anak ibu dah bangun ye" Mak Wa mengucup dahi Emneya penuh kasih. Itulah satu-satunya harta yang dia miliki. Emneya, bayi terbuang yang dikutipnya dari tepi jalan 21 tahun yang lalu kini sudah dewasa dan sangat cantik. Matanya bulat, alisnya lentik, hidung mancung, pipinya putih gebu dan berlesung pipit di kedua belah pipi.

Namun bukan itu yang menjadi perkiraan Mak Wa, bagi Mak Wa, Emneya adalah seorang anak yang sangat manis, sentiasa patuh, taat dan berakhlak mulia itulah yang lebih penting. Mak Wa bersyukur, Allah memberi kemudahan dalam mendidik Emneya sehingga Emneya kenal erti sopan santun dan budi bahasa.

"neya minta maaf bu, lewat bangun, kesian ibu buat kerja sorang-sorang" Emneya melentok manja di bahu Mak Wa.

"tak ape la..ibu boleh buat" balas Mak Wa lembut.

"kesian ibu, neya dah besar, tapi ibu masih susah payah macam ni" Emneya memeluk ibunya.

"neya..dengar ibu ye..neya kena pandai jaga diri walau kat mana pun neya, ingat, jangan tinggal solat ye nak..bila kita ingat Allah, Allah akan ingat dengan kita" Mak Wa memberi nasihat dengan nada yang halus sekali.

"ye bu..neya ingat" Emneya masih terus memeluk erat sambil sekali sekala mengucup pipi Mak Wa. Mak Wa tersenyum bahagia, namun jauh di sudut hatinya dia sedih sekali mengingatkan nasib Emneya.

Mak Wa kesal kerana tidak mampu menghantar Emneya pergi melanjutkan pelajarannya selepas Spm, padahal keputusan Emneya cemerlang. Dia juga berasa sayu bila Emneya menyatakan yang dia sudah tidak mahu belajar lagi. Mak Wa tahu, Emneya begitu kerana tidak mahu membebankannya mencari wang perbelanjaan pengajiannya.

Usai solat subuh bersama, mereka berdua segera menyiapkan barang-barang jualan. Setelah itu mereka keluar meredah dingin pagi ke warung wak Jonet yang terletak lebih kurang 2km dari rumah usang mereka.

Tiba di hadapan warung Wak Jonet, Emneya segera membuka meja dan payung tempat mereka berjualan. Mak Wa mengesat peluh di dahi. Dia merasa amat letih berjalan kaki pagi itu.

"ibu duduk dulu ye, biar neya yang siapkan" Emneya meletakkan kerusi betul-betul di belakang ibunya. Mak Wa duduk sambil memerhatikan Emneya menyiapkan semua jualan di atas meja. Tiba-tiba dia terpandang pucuk paku yang tumbuh meliar di seberang jalan berhadapan dengan warung itu. "bolehlah masak lemak pucuk paku tengahari ni, neya mesti suka" getus hatinya.

Hatinya sangat terpesona dengan pucuk paku itu. Dia segera melangkah ingin menuju ke seberang.

"prangggggggggggggggggggg" dentuman bergema. Emneya yang tidak menyedari ibunya sudah tidak berada di kerusi belakangnya segera menoleh mencari arah datangnya bunyi berdentum itu. Darah di badannya seakan terhenti mengalir saat melihat sekujur tubuh ibunya terbaring di atas jalan setelah dirempuh sebuah kereta.

Kerongkongnya tidak berupaya mengeluarkan suara waktu itu, Emneya berlari sekuat hati ke arah ibunya. Dipangkunya kepala Mak Wa, darah mengalir deras dari bahagian bawah kepala Mak Wa. Wak Jonet segera mendapatkan bantuan untuk menghantar Mak Wa ke hospital dengan segera.

Namun takdir mengatasi segala-galanya. Mak Wa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

"Ibu....." airmata Emneya mengalir deras. Sungguh dia tidak menyangka perbualan subuh tadi adalah yang terakhir di antara mereka. Hatinya diruntun pilu. Sebak dan sedih yang maha hebat datang menerpa. Ibu yang selama ini menjadi tempat bergantung hidup dan berteduh kasih kini sudah tiada. Amat pahit untuk dihadapi. Dunia terasa gelap. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Hatinya merintih hiba saat menatap wajah ibunya yang kian pucat.

"ampunkan semua dosa neya ibu...." Emneya mengucup dahi dan pipi Mak Wa penuh kasih. Dia sudah mula merasa rindu pada ibunya. Airmata mengalir tanpa henti. Dia kini sebatang kara..

*****************************************************

7 tahun sudah berlalu. Emneya kini sudah bergelar isteri kepada Syed Erman Haikal bin Syed Hanief. Pemuda ini berjaya mengubati hati lesu Emneya dan juga berjaya menempuh halangan serta tentangan bertali arus sepanjang perjalanan memperisterikan Emneya.

Dia lelaki kacak, berbudi santun, berperawakan disenangi ramai. memiliki empayar perniagaan di usia muda adalah kejayaan yang menjadi kebanggaan kedua orang tuanya. Merupakan anak tunggal yang menjadi kesayangan kepada Syed Hanief dan Syarifah Nur Zalia.

Bertemu Emneya binti Abdullah adalah anugerah terindah dalam hidup Syed Erman. Baginya, Emneya seorang bidadari jelita yang sangat manis di hati lelakinya. Menyintai dan menyayangi Emneya adalah kebahagiaan hidup yang tiada tertanding oleh mana-mana harta dunia. Santun budinya amat memikat hati Syed Erman untuk menyuntingnya menjadi suri.

Namun usia bahagia kini di duga dengan bermacam situasi.

"betulke neya marahkan mama tadi?" soal Erman inginkan kepastian setelah ibunya mengadu Emneya bercakap kasar dengannya.

"bila...?" tanya Emneya lembut.

"neya marahkan mama?" soal Erman lagi.

"eh..er..tak.." Emneya teragak-agak, bingung hendak jawab apa. Dia tahu ibu mertuanya itu selalu mencari akal untuk meraih perhatian dari Erman.

"neya, abang tak suka neya macam tu, itu mama abang, orang tua abang, neya janganlah keruhkan lagi keadaan kita" Erman bernada kesal.

"maafkan neya bang." Emneya memutuskan untuk memohon maaf sahaja. Malas mahu memanjangkan hal sebegitu. Dia selalu beralah dengan situasi seperti itu. Niatnya hanya mahu semuanya aman.

Suatu petang, Syarifah Nur Zalia memanggil anaknya.

"mama nak kan cucu dari man..mama teringin sangat" kata Syarifah Nur Zalia kepada anaknya.

"dah 3 tahun, neya tu tak mengandung juga, man kena fikir juga, takkan dah tua, takde anak, lagipun mama dah tua, nak sangat rasa timang cucu" tambahnya lagi.

"insya Allah, nanti man cari jalan ye..mama jangan risau" Erman menutur lembut sambil mengucup dahi mamanya.

****************************************************

Hari demi hari Erman semakin sibuk dan tidak dapat meluangkan masa untuk Emneya. Walaubagaimanapun, Emneya tidak pernah sesekali mendengus atau merungut. Dia faham suaminya sibuk menguruskan kerja-kerja di pejabat.

Sikap Erman pula semakin dingin terhadap Emneya. Namun begitu, Emneya tetap melayaninya dengan senyuman yang manis. Erman semakin cuak dengan Emneya bila isterinya bertanyakan itu dan ini.

"abang nak makan....?" soal Emneya sambil memicit-micit lembut bahu suaminya yang sedang tekun mengadap komputer riba di hadapannya.

"tak lapar" jawab Erman ringkas.

"neya buatkan air ye..." kata Emneya lagi.

"tak payahla" Erman semakin tidak selesa.

"neya buatkan kopi untuk abang ye, nanti segar nak buat kerja..." Emneya berkata penuh lembut.

"tak faham lagi ke ni?!!" Erman membentak isterinya. Emneya nyata tersentak dengan suara Erman yang tiba-tiba meninggi itu.

"abang......" dengan lembut sekali Emneya cuba menenangkan suaminya.

"keluar sekarang!!" Erman naik angin. Hatinya kini seperti batu. Keras sekerasnya.

Emneya melangkah perlahan menuju pintu. Dia jauhkan segala perasaan negatif. Dia yakinkan diri bahawa suaminya sedang dalam kekusutan memikirkan masalah kerja. Tetapi, matanya berkaca.. jauh di sudut hati dia merindui kelembutan suaminya seperti dulu.

*******************************************************

Melihat keadaan hubungan Erman dan Emneya yang semakin renggang, Syarifah Nur Zalia tidak menyia-nyiakan kesempatan yang ada untuk mendesak Erman untuk berkahwin dengan Sarah, anak gadis teman karibnya datin Iffah.

Tanpa disangka, Erman bersetuju dengan kehendak mamanya. Erman dan Sarah akan bertunang pada minggu depan. Syarifah Nur Zalia melonjak kegembiraan. Hatinya berbunga bahagia kerana tidak lama lagi bakal berbesan dengan teman karibnya.

Sebelah malam, Erman memberitahu semuanya kepada Emneya. Erman bernada lembut malam itu, dia juga tidak mahu mencetuskan situasi yang tegang. Dia menjelaskan tentang hasratnya itu adalah sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat melalui cara yang halal dan dia berharap Emneya merestuinya.

Emneya kelu. Airmatanya ditahan sekuat hati. Dia tidak mahu airmatanya berguguran di hadapan suaminya yang sedang berbicara santun dengannya menyatakan hasrat hatinya waktu itu. Dia juga tidak mahu bersikap ego tatkala dirinya belum mampu memberikan zuriat buat Erman. Akhirnya, dengan lemah Emneya mengangguk tanda setuju.

"neya izinkan?" soal Erman.

"ye, neya izinkan..." Emneya mengukir senyum dalam kepayahan. Dia berdoa di dalam hati moga Allah kurniakan kebahagiaan berpanjangan buat suami yang amat dicintainya itu.

"terima kasih neya" Erman menggenggam erat tangan isterinya seraya mengucup dahinya. Erman bangun dan berlalu keluar dari bilik. Manik jernih yang ditahan akhirnya berguguran jatuh ke bumi. "ya Allah, kuatkan hatiku" Emneya merintih.

***********************************************


Hari pertunangan telah tiba, Emneya bangun awal lebih daripada biasa pagi itu. Majlis pertunangan suaminya akan berlangsung di kediaman mereka. Sayu menyelubungi hati Emneya. Namun dia kuatkan hati. Dia mengemaskan ruang dapur pagi itu.

"neya..." suara Erman menyapanya lembut dari belakang. Emneya menoleh. Dia tersenyum bahagia melihat suami tercinta berada di hadapannya walaupun hati nyata bersedih waktu itu.

"maafkan abang..abang tahu neya sedih.." kata-kata Erman berbunyi sayu.

Emneya senyum lagi. Kerinduannya semakin memuncak terhadap Erman bila mendengar kata-kata itu. Namun dia tidak mampu berkata apa-apa.

"maafkan abang ye.." suara Erman tersekat.

"abang tak salah..janganlah minta maaf..." jawab Emneya lembut. Belum habis Emneya berbicara, kedengaran suara ibu mertuanya memanggil Erman.

"Kejap ye..." kata Erman pada Emneya. Mata Emneya berkaca lagi. Dia segera menyekanya supaya tidak berguguran.

Selang beberapa minit, Syarifah Nur Zalia datang mendekati Emneya.

"aku tak nak engkau ada kat rumah ni hari ni, faham?" katanya dengan muka bengis.

"engkau pegilah mana saja, asalkan muka engkau tak ada kat sini hari ini!" tambahnya lagi.

"ma....izinkanlah neya tengok abang Erman...." rayu Emneya.

"engkau jangan nak membantah aku!! keluar sekarang!!" bentaknya sambil menarik rambut Emneya. Emneya mengangguk perlahan.

Dengan berat hati, Emneya menuju ke bilik untuk menukar pakaian. Selepas mengenakan tudung kepala, dia melangkah lemah keluar dari banglo itu. Matanya melilau mencari kelibat suaminya namun hampa.

Emneya berjalan mengikut langkah kakinya. Hatinya kini terasa sunyi sekali. Dia merindui Erman dan kini rindu pada ibunya pula kian hebat. Airmata gugur lagi. .

***********************************************

Majlis pertunangan akan bermula sebentar lagi, Erman sedang sibuk didandan rapi oleh mamanya. Matanya pula liar mencari kelibat seseorang. Sejak beberapa jam yang lalu, dia tidak melihat wajah itu. Ya, Emneya. Dia mencari kelibat isterinya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa hatinya tiba-tiba meronta untuk mencari sosok itu.

Orang ramai sudah memenuhi ruang tamu rumah, Erman berjalan menuju ke ruang tamu. Sarah sudah berada di sana. Erman mencari Emneya dalam keramaian itu, namun Emneya tidak kelihatan. Hatinya sedikit terganggu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia seperti itu.

Setelah hampir 2jam, akhirnya majlis pertunangan selesai. Kini Syed Erman Haikal adalah tunang kepada Ku Sarah Ellyna. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Orang ramai sudah beransur pulang. Banglo yang tadinya riuh dengan kehadiran para tetamu, kini semakin lengang.

Di dalam bilik, Erman termenung jauh. Ada ralat dihatinya selepas selesai majlis itu. Ralat yang dia sendiri tidak pasti. Namun yang pasti, hatinya kini dihuni sayu. Waktu itu, hatinya teringatkan Emneya. Dia segera turun ke bawah mendapatkan Mek Jah, orang gaji rumahnya.

"Mek Jah..neya mana..?" tanya Erman sayu.

"tadi Puan suruh neya keluar, puan tak mahu neya ada kat rumah masa man bertunang" jawab Mek Jah perlahan. Erman bertambah sayu. Dia benar-benar merindui Emneya. Baru dia sedar betapa kudusnya cinta pertama.

Dia keluar ke halaman depan rumah, melihat kalau-kalau Emneya sudah pulang. Namun matanya sepi. Susuk tubuh yang dicarinya belum juga muncul.

"neya....abang rindu neya..." rintihnya sayu. Tidak semena-mena, manik jernih membasahi pipi lelakinya.........................


*bersambung.......*

12 November, 2009

Syabab Musafir Kasih


Novel ini saya beli bulan oktober lalu, tapi selesai membacanya baru tadi. Selalu tidak punya banyak masa untuk menghabiskan bacaan. Walaupun agak kurang sihat, saya gagahkan membaca hingga ayat terakhir.

Novel berbentuk keagamaan hasil garapan sahabat seusia saya, Fatimah Syarha binti Mohammad Nordin ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Gaya bahasa yang ditampilkan cukup mudah difahami dan penuh dengan nilai-nilai kesantunan yang tinggi.

Saya tertarik dengan jalan cerita novel ini. Seorang Syabab merangkak keluar dari kehidupan yang malap dengan alur liku yang menyasak. Gigihnya memungkinkan segala jaya. Gerak langkahnya menggegar dunia.

Sememangnya, kita amat memerlukan lebih ramai Syabab yang lahir demi sebuah perjuangan abadi. Sebuah kisah keperitan dan kesengsaraan yang akhirnya berbuah kemanisan.

Dapatkan novel ini di pasaran. Jika ingin pinjam dari saya juga boleh. Saya mengalukan.

08 October, 2009

Jangan disakiti insan itu




Aku tiba di satu lorong. Ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. Tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. Akan tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya. Jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. Aku ingin menghampiri wanita tua itu. Namun, belum sempat kaki ku melangkah, seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua tersebut.

"engkau ni tak faham bahasa ke?! aku kata berambus dari sini!" menyala kemarahan lelaki itu. Aku terpaku menyaksikan apa yang sedang berlaku di hadapanku. Siapakah lelaki itu? dan siapakah wanita tua itu? Aku semakin ingin tahu. Ku lihat sekeliling, sepi. Terdapat banyak rumah besar dan mewah di sekitarnya. Tempat itu mungkin kawasan perumahan orang-orang elit. Duga hatiku. Lelaki tadi masih mengheret wanita tua itu dengan kasar sekali sambil terus menghambur kata-kata penghinaan. Sebagai seorang manusia, aku tidak tergamak melihatnya. Kesakitan jelas tergambar di wajah wanita tua itu. Aku memberanikan diri meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. Telingaku terus menyantap kemarahan lelaki itu.

"orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!" Astaghfirullah. Mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu. Lelaki itu masih terus mengheret dengan gagah lalu menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur.

"kalau kau masih tak faham bahasa, aku tanam kau hidup-hidup!" itu amaran terakhirnya sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita tua itu. Aku tergamam sekali lagi. Mataku menyoroti langkah lelaki itu. Ku lihat dia segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. Orang kaya rupanya. Hatiku berkata. Aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu.

"mak cik tak apa-apa?" soalku sambil membantunya. Lengan dan kakinya berdarah. Segera ku capai tisu di dalam beg tanganku. Tanpa ku sedar, ada manik jernih berguguran di pipiku. Waktu itu memang aku sedih sekali. Bukan kerana apa-apa. Tetapi kerana dia seorang insan tua. Aku membayangkan jika wanita tua di hadapanku saat itu adalah darah dagingku. Aku segera menyeka manik jernih itu agar tidak kelihatan oleh wanita tua itu. Tubuhnya menggeletar. Hatiku tambah tersayat melihat keadaan wanita tua itu. Pasti dia sedang menahan kesakitan.

"saya bawa mak cik ke klinik ye" kataku.

"tak pe nak..mak cik tak apa-apa" senyuman lelah terukir di bibir tuanya.

"mak cik ni cuma rasa lapar dan dahaga.." tambahnya lagi. Manik jernih terus berguguran ke bumi. ku seka lagi. Tanpa berkata apa-apa, aku segera memapah tubuh tua itu. Kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. Aku segera menahan teksi itu dan meminta supaya menghantar kami ke restoran yang berhampiran. Tubuh tua itu semakin menggeletar. Aku pasti dia menahan lapar yang amat sangat. Manik jernih kini bukan seperti manik lagi. Airmata laju membasahi pipi. Entah mengapa hatiku sangat sedih. Aku tidak mahu bertanyakan apa-apa waktu itu. Hanya berdiam diri sambil tanganku ligat menyeka airmata yang gugur. Kami tiba di hadapan sebuah restoran dan segera membayar tambang. Tubuh itu ku papah masuk ke dalam restoran dan segera memesan makanan dan minuman. Tidak sampai lima minit makanan sudah terhidang.

"mak cik makan ye" ku bantu membaiki kedudukannya agar lebih selesa menjamah makanan.

"mari nak, makan sama-sama" di gagah kan suara untuk mempelawaku makan sekali.

"mak cik makan dulu" aku mengukir senyum kepadanya. Ku lihat dia menjamah dengan berselera sekali sambil aku melihat ada titisan airmata mengiringi seleranya. Aku biarkan. Masih belum mahu menyoal itu dan ini. Tiba-tiba wanita itu bersuara.

"dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu.." airmatanya deras mengalir. Aku juga sama. Dalam pada itu hatiku nyata tersentak. Seluruh jiwaku dilanda sayu yang maha hebat. Wanita tua itu terus bercerita sayu di hadapanku dengan getar suara yang lirih sekali. Hatiku sempat mencerlung kala mendengar segalanya. Rupanya wanita tua itu selama ini di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan keluarganya. Dipukul dan tidak diberi makan. Penderitaan dan kesakitan yang ditempuhnya selama ini masih mampu dipendam kerana sayangnya terhadap si anak. Aku masih tidak habis fikir, bagaimana seorang anak hilang pertimbangan terhadap ibu yang sudah bertarung nyawa melahirkannya, menyusukan, membesarkan, melayan karenah, malah MENDOAKAN si anak dengan doa yang tiada tepi agar berjaya mengecap kebahagiaan hanya disebabkan HARTA dan kemewahan. Sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat. Dulu, lelaki itu sering didoakan oleh insan yang bernama ibu. Tapi kini, lelaki itu lupa memberi doa kepada ibunya malah mencalar hati ibunya dengan layaknya seekor haiwan buas. Dia mengejar ketinggian darjat dan pangkat, namun dia lupa bahawa yang sepatutnya dicari dan disembah adalah SYURGA yang ada di bawah tapak kaki ibunya..pengalaman ini amat memberiku pengajaran. Moga diriku dan diri kalian dapat menjadi buah hati kebahagiaan para ibu. Amin.