Bismillahirrahmanirrahim..
Sejak ada blog, baru kali ini saya tulis yang nampak macam isu politik. Tapi jangan salah faham, biasanya isu politik adalah isu semasa, jadi sebagai rakyat, masing-masing ada hak untuk meluahkan pandangan dalam setiap isu semasa negara.
Dalam bajet 2011, ada dibentangkan tentang pembinaan Menara Warisan, katanya mampu menjana pendapatan melalui sektor pelancongan. Mungkin betul, tapi tak cukupkah dua menara yang ada?
Bila saya dengar kos yang dianggarkan untuk membuat menara warisan itu sebanyak Rm 800 juta, rasa jantung ni macam nak tercabut dari badan! Bukankah ini satu pembaziran?
Kalau buat tu semata nak tunjuk kat dunia, Malaysia ni bravo dengan adanya menara warisan tu, tak perlu. Kita dah cukup gah di persada dunia dengan macam-macam mercu tanda yang ada. Kalau kata nak bagi peluang pekerjaan pada golongan menganggur, ada ke orang mesia ni nak jadi buruh buat bangunan menara tu? last2 orang indon juga yang untung.
Kalau kata nak bagi ruang dan prasarana untuk meningkatkan daya keusahawanan rakyat malaysia dalam bidang perniagaan, cuba tengok Suria Klcc, lot banyak kosong sebab sewa mahal nak mampus, tak ada orang sanggup bayar. Bankrup sebab bayar sewa je.
Orang yang datang pun just nak cuci mata je, jarang la yang nak angkut beli berdozen sebab semuanya mahal. Kalau rakyat semua kaya gila badak tak apalah. Pengalaman saya ke Suria Klcc, selama 2jam kat sana, 2 orang je saya tengok yang beli barang, tu pun mat salleh. Orang kita just tengok-tengok je, termasuklah saya!
Ok, mungkin dengan adanya menara warisan, Malaysia akan naik maju setapak lagi di mata dunia dengan melangitnya menara tu. Naik setapak di mata dunia, naik 1000 tahap dekat dengan kiamat!
Bangunan pencakar langit ni tanda kiamat. Memang dah nak kiamat pun ni, sempat lagi nak buat menara. Ironinya bonus kakitangan kerajaan dicatu, tapi nak buat menara harga 800 juta.
Kalau nak buat juga boleh! tapi tunggu sampai semua orang sabah TIDAK ADA yang hidup kais pagi, tak dapat makan, kais petang, baru dapat makan nasik satu sudu je, tu pun kongsi anak beranak!
Hehe, sabo-sabo..rilek..ni bukan entri emosi. Ini hanyalah pendapat peribadi saya, dan saya percaya untuk menjadi seorang yang matang dan rasional itu adalah dengan cara sentiasa MENGHORMATI setiap pandangan dan buah fikiran orang lain :)
Pro dan kontra itu biasa, kalau tak ada kontra, yang pro tak akan sempurna :) kerana itu pembangkang dalam setiap negara perlu sebagai cermin pada sebuah organisasi dan pemerintahan. (jangan kata aku lak tali barut pembangkang! huh)
P/s: cuti bersalin dah tambah, eloklah, tq PM..ngee (tapi aku tak pernah dan tak lagi nak bersalin.kah kah kah)