Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan penuh kekhusyu'an.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa memakai hijab, merasa malu, menjaga maruah serta keteguhan hati.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kejernihan hati.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa menepati janji, dapat menjaga amanah, jujur dan dapat dipercayai.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa bersabar, bermuhasabah dan bertaubat.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa berzikir, bersyukur, dan berdoa.
Selamat datang saudariku...
Yang sentiasa menjadikan Aisyah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan.
Ya...
Untuk senyumanmu yang indah, yang dapat membangkitkan rasa cinta dan menghantarkan kasih sayang kepada orang lain.
Ya...
Untuk budi bahasamu yang baik yang dapat membinakan persahabatan dan menjauhkan rasa dengki.
Ya...
Untuk derma yang membahagiakan orang miskin, menggembirakan orang fakir, dan mengenyangkan perut yang lapar.
Ya...
Untuk menbaca Al Quran, sama ada merenung dan mengamalkan kandungannya, bertaubat dan memohon keampunan.
Ya...
Untuk zikir dan istighfar, mengalunkan doa dan memperbetulkan taubat.
Ya...
Untuk mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan kepada mereka sunnah nabi, dan memberi tunjuk ajar tentang apa yang bermanfaat bagi mereka.
Ya...
Untuk rasa malu dan berhijab sepertimana yang diperintahkan oleh Allah.
Ya...
Untuk berkawan dengan wanita-wanita yang baik yang sentiasa takutkan Allah, mencintai agama dan menghormati nilai-nilai agamanya.
Ya...
Untuk berbuat baik kepada kedua orang tua, silaturrahim, menghormati jiran tetangga dan santun terhadap anak yatim.
Ya...
Untuk bacaan yang bermanfaat, dan penelaahan yang berfaedah serta bersama buku-buku yang baik yang memberi petunjuk.
Tidak...
Untuk menghabiskan umurmu dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat, membalas dendam dan berdebat yang tidak ada kebaikannnya.
Tidak...
Untuk mempamerkan harta benda serta mengumpulkannya hingga harus mengorbankan kesihatan, ketenteraman hati, tidur dan istirehatmu.
Tidak...
Untuk sentiasa mencari kesalahan dan mengumpat orang lain atas kesalahan mereka dan lupa terhadap aib diri sendiri.
Tidak...
Untuk tenggelam dalam kelazatan hawa nafsu serta memenuhi apa sahaja yang dikehendakinya.
Tidak...
Untuk menghabiskan waktu bersama orang-orang yang mengisi waktunya dengan perkara-perkara yang tidak berguna.
Tidak...
Untuk mencuaikan badan dan rumah dari kebersihan, wewangian dan disiplin.
Tidak...
Untuk pelbagai macam minuman yang diharamkan, rokok, dan semua yang mengandungi penyakit.
Tidak...
Untuk selalu mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang telah lewat dan kesalahan yang telah berlaku.
Tidak...
Untuk melupakan akhirat dan amal untuknya, dan lupa terhadap tanda-tanda kewujudannya.
Tidak...
Untuk membelanjakan harta dalam perkara yang diharamkan, berlebih-lebihan dalam perkara yang mubah sedangkan sedikit untuk ketaatan.
0 comments:
Post a Comment