03 February, 2011

Bengap tahap kangkung


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya kecewa dengan beberapa mentaliti para blogger yang suka menyalahkan beberapa pihak dalam krisis Mesir ini. Rasa kecewa saya ni pun dah tahap karma sampai naik semua darah kat kepala.

Isu politik Mesir, itu bukan urusan kita! saya ulang sekali lagi, isu Mesir bukan urusan kita! jadi yang kita sebok politikkan isu tu kenapa? Saya luangkan masa membaca beberapa blog, rata-rata semua buat entri tentang Mesir, dan apa yang saya dapati semua entri berbaur emosi daripada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Saya ada baca satu blog, entri dia bunyi 'utamakan pelajar yang sokong umno'. Satu lagi, 'dahulukan student tajaan Mara, Jpa'. Saya baca tajuk pun rasa bengang sampai nak muntah. Saya suka nak ingatkan, jadi blogger biar orang nampak kita biasa-biasa saja, jangan nak tunjuk temberang dengan publish entri yang 'macam hebat'. Bagi saya, nak berpolitik biar kena pada tempat.

Kalau nak selamatkan pelajar-pelajar kita nak kena tanya dulu pro umno ke pas, saya cadang mati nanti, jangan lupa buh bendera umno atau pas kat batu nisan.

Isu pergolakan Mesir ini tidak wajar untuk dijadikan bahan politik. Mendiskriminasikan pelajar-pelajar mengikut bidang dan fikrah juga adalah sangat tidak wajar. Kita di sini berhadapan dengan perihal keselamatan, bukannya isu siapa UMNO siapa PAS.

Bila saya baca blog yang taksub dengan politik, pemikiran takat tu je,, di takuk sama bawah sabut kelapa, balik-balik duk kutuk mengutuk. Hina menghina, masing-masing nak tunjuk hebat. Semua dia je yang betul, dia je yang paling baik, orang lain semua tak betul.

Mempolitikkan isu macam ni, menunjukkan kita masih di paras mentaliti zero. Masing-masing nak tunjuk hebat. Kalau dah hebat sangat bercakap, record semua kata-kata dan buat buku, jual. Manalah tahu laku, boleh royalti.

Kalau setakat cakap, habuk pun tarak. Bising kat blog apa ada? berpolitik biar matang, jangan jadi mangkuk hayun.

11 comments:

hairil said...

aku student under DAP

ade bantuan x??? cane niii

huahuahua

gileee....peluru lalu sbelah telinge aku je pun nak agih2 ikut parti lagi..

kang ade yg kne sepak laju2 kang!

kesiaaaaaan aku.....kang x sempat jumpe anak bini......

sob...sObb..sobb

Hamizah said...

sebab tu akak xsuka bc blog politik...buat naik angin je bila dilayan

light 0F happiness said...

salama
ada jugak terbaca blog tu. "dahulukan student yg sokong umno dlu" yg sokong selain umno bukan warga malaysia ke?

bintul-bakr said...

salam 3layk ukht,

so far kami kat sni takde pulak di tanya parti mana utk proses evakuasi ni,waima takde pon plih kasih antara pelajar2 tajaan,semua dilayan sama rata sekarang walaupun berlaina latar belakang,mungkin hnya repekan blogger kot.harap2 evacuation process kami berjln dgn lancar dan d permudahkan.doakan kami pelajar2 di Mesir ini :)

Kak Imun said...

Semoga semua rakyat dan para pelajar Malaysia selamat kembali ke tanah air, InsyaAllah..........:)

Anonymous said...

isu politik mesir adalah juga urusan kita. di sana terletak universiti tertua dan berjasa kepada kita. di sana ada puluhan juta umat islam yang berjuang membebaskan negara mereka daripada pemerintahan yang zalim.

umat islam adalah bersaudara di mana saja mereka berada kerana nabi saw menyebut : sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang islam, maka mereka tidak termasuk daripada mereka.

oleh itu, isu yang berlaku di sana juga adalah urusan kita. walaupun kita hanya berdoa daripada jauh agar tidak termasuk golongan yang disebutkan oleh nabi tadi.

terokai seni said...

kangkung + mangkuk hayun = sodap ratah

Unknown said...

Mesir bumi anbiya bergolak. kita patut ambil ikhtibar. Itu terjadi dek bermusuhan sesama islam. Patut kita semua dimalaysia ambil ikhtibar.Berbalah sesama kita bawa musinbah

Unknown said...

ehehe... :)

kella said...

wah! memang deena betul bengang ni!
sabar deena ya.. faham apa yang cuba deena sampaikan.. itulah bila dah jadi hamba politik..kelam kabut, haru biru..

tahu tak, bila tersebut2 mesir kebelakangan ni, kita pun teringat sangat kat deena! syukur deena dah ada kat sini.. tapi kawan2 deena ramai kat sana kan.. kawan rapat pun kan.. moga semuanya selamat hendaknya.. InsyaAllah..

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.