05 February, 2011

J-QAF


Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali saya nak minta maaf pada semua sahabat yang menyapa saya di sini, terima kasih tidak terhingga di atas kesudian kalian membaca entri saya yang tidak menentu sekarang memandangkan kesibukan dan kekangan masa.

Saya membaca semua komen, jemputan tagged, dan award yang diberikan pada saya. Saya amat menghargai semuanya, cuma saya mohon maaf kerana waktu ini belum ada kelapangan untuk menjawab. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan langsaikan semuanya nanti dan bertandang dengan selesa ke blog anda semua.

Saya nak berkongsi sedikit tentang beberapa pandangan orang mengenai KPLI j-Qaf ini. Banyak sekali saya mendengar ayat ini "belajar tinggi-tinggi sampai luar negara, balik jadi ust j-qaf je, nak buat macam mana, itu je lah kerja yang ada"

Saya berfikir banyak kali, kenapa mereka berpandangan begitu. Adakah kerana menjadi guru j-qaf itu kena mengajar budak-budak seawal umur 6,7 tahun menjadikan status guru j-qaf menjadi rendah serendah budak-budak tahun satu?

Kalau anda graduan UKM, UIA, UM, AL-AZHAR, ada ijazah sarjana muda layak mengajar paling kurang tutor kolej, pensyarah, dan duduk pejabat pegang jawatan tinggi-tinggi, jangan mimpilah. Manusia sekarang ni berlambak ada ijazah. Tak payah lah perasan hebat.

Apa yang saya nak kongsi, saya pernah membaca buku berkaitan dunia perguruan global di mana sistem pendidikan di negara luar kebanyakannya di barat, sangat memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar sejak kecil lagi.

Kita melihat bagaimana mereka menyusun sistem pengajaran berkualiti dan yang saya teruja, guru-guru tadika di negara orang putih adalah terdiri dari mereka yang memegang master dan phd!

Bagaimana kita boleh berpandangan kolot dengan mengatakan pemegang ijazah tak sepatutnya mengajar budak-budak tahun satu?

21 comments:

light 0F happiness said...

salam kak deena

biarkan mereka dengan dunia mereka. maruah x tercalar pun ajar budak kecik paling penting keikhlasan kita bekerja. kan..

Werdah said...

Assalamu'alaikum Deena

Memang ada segelintir yang bersikap demikian, memperkecilkan usaha orang... harap berpegang kepada prinsip.. keikhlasan mendidik.. untuk dunia dan akhirat...

Ros Illiyyuun said...

Salam Deena :)

Akak juga guru j-QAF. Biasalah mulut orang kita takkan dapat tutup. Akak ni lulusan M.A (tiada niat menunjuk) lagi besar ujian dan kata-kata yang ditujukan. Namun akak buat tak tau je. Pedulikan cakap orang.Yang penting kita ikhlas mendidik.

Akak jQAF batch 1. Anak didik sulung akak sekarang telah tamat sekolah rendah. Rasa sangat berpuas hati apabila dapat melahirkan anak didik yang pandai membaca al-Qur'an,terutama yang bermula dengan buta huruf al-Qur'an-diajar bermula dengan iqra' 1.

Ada pengetua sebuah sekolah menengah memuji anak didik sulung ini kerana perbezaan mereka amat ketara berbanding pelajar-pelajar yang sebelum ini (murid yg tidak terlibat dengan jQAF)-dari sudut membaca al-Qur'an.

p/s: Faham ke apa yg akak tulis,sori kalau celaru sikit...ayat tak tersusun.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Mendidik kanak-kanak seawalnya dengan didikan agama itulah paling baik. Saya amat setuju dengan adanya guru-guru JQAF sekarang ni..

Good Wife, Mom to my family. said...

memang kolot dik.. ramai jek yg ada MA pon jadi cikgu sekolah rendah/ Men.. suka hati oranglah kan nak jadi apa.. jangan je jadi kutu jalan, isap gam, amek dadah.. adoii

terokai seni said...

tu yang buat kita tak ikhlas dalam blajo dan bekerja.. (rasa dah terkena je tempias tak iklas ni)

dengo crita nak keja fastfood kat eropah pon kena ada diploma

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ntahlah...sepatut sekolah menzahirkan kecemerlangan murid...tapi yg terjadi kini sekolah lebih tumpu kepada kecemerlangan guru.Guru yg banyak pergi belajar atau terlebih belajar dari murid.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..guru tadika tempat saya siap ada ijazah lagi..ape nak diherankan..ijazah skrg dah mcm SPM zaman 70-an..setiap keluarga, pasti anak mereka ada sekurang-kurangnya satu ijazah....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Deena..lama x singgah sini..k.atie sibuk ngan anak2 yg brcuti & blk kg sempena tahun baru cina aritu.semoga Deena sihat yer...

Anonymous said...

jgn terasa ngan komen mereka itu...
klu kat finland guru sekolah rendah wajib ada master!
kita sekapal rupanya.. akak pun guru j-qaf.

kella said...

As salam deena.. hari tu masa deena ckp j-qaf memang kita tak ngerti..ok.. ini kali baru la faham sikit...
takpe deena.. yang penting niat kita tu..
yang Maha Tahu ialah Allah..

lama kita tak singgah sini kan! harp deena tak marah... semoga deena sihat sentiasa...
bos kirimkan salamnya lagi... macam berkenan pula! hmm... :)

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Andai di negara barat.. mereka yg mengajar tadika terdiri dari mereka yg memegang ijazah sarjana muda, malah ramai juga pemegang ijazah sarjana....

Affieza said...

Dgn ijazah yg ada tak semestinya kita akn bkerja dgn ijazah itu, sebaliknya rebutlah peluang yg ada utk mjamin khidupan kita.

ummu said...

assalamualaikum Deena
alhamdulillah,tahniah ya Deena.
adik akak pun alhamdulillah dah dapat sebaik sahaja tamat pengajiannya.
akak pernah hadir kongres pendidikan yang mana ada di antra pembentang kerja menyatakan jika di barat, guru di peringkat prasekolah pun ada yang bertaraf pH.D.Bukankah ketika umur masih rebung inilah, ia lebih mudah dibentuk jika dibandingkan jika sudah di skeolah menengah...
p/s;akak dah sertai contest Emneya

zue said...

as-salam deena,
pedulikan dgn apa yg diperkatakan oleh mereka..yg penting kita ada pekerjaan.

cun09 said...

salam deena

tahniah, udah jd guru j qaf, yg penting niat kita...moge dipermudahkan ^_^

Anonymous said...

anak murid untung dapat guru berijazah. guru juga untung dapat berbakti.

cuma ada ruginya, apabila ilmu syariah mengaji sampai 9 mazhab, ilmu usuluddin mengaji hal ehwal falsafah dan sebagainya, mengaji ilmu qiraat sehingga 20 riwayat, semuanya tidak dimanfaatkan kalau hanya mengajar JQAF, kecuali apabila mereka mengajar masyarakat di luar waktu sekolah seperti di masjid, surau, jabatan, ipt dan sebagainya.

oleh itu para guru ustaz ustazah mesti ada inisiatif utk mengajar kelompok yang lain juga supaya ilmu yang dipelajari di universiti tidak sia2 begitu saja. itu pendapat saya sejak lama.

Fatin Nazmin Mansor said...

Salam, bagi saya memang tidak patut guru-guru j-Qaf diperlekeh hanya kerana mereka mengajar di sekolah rendah. Sedangkan guru-guru sekolah rendah seperti Jepun berpendidikan taraf master dan phd

sir picaso said...

abunuha:anda kena ubah pendapat ttg 'kerugian' bagi mrk yg menuntut ilmu2 tersebut. Dalam hal ini, nilai rugi atau untung tidak boleh diletakkan bagi si penuntut sbb nilaian itu berlandaskan nilai dapatan di dunia yg arusnya pd pandangan manusia semata-mata..

Hakikatnya,Allah lebih berhak dlm urusan rezeki seseorg..baik dari segi kelapangan masa,ruang,pergerakan dan perhubungan dgn makhluk2 Allah yang lain.

Tidak semua org berilmu itu berupaya/mampu/boleh disampaikan ilmunya kpd org lain melainkan dgn izin Allah SWT.

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.