08 August, 2011

Mencari Pemenang Emneya contest


Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua? Selamat menjalani ibadah puasa, moga semua amalan baik kita diterima sebagai amal jariah di sisiNya. Jari saya jadi makin kekok menaip untuk update blog ni, malu ada, segan pun ada.

Saya rindukan saat dulu, riang menulis apa sahaja. Tapi saya akur dengan kudrat diri yang begini, tunduk pada keadaan dan situasi. Apapun, saya terharu, tiap kali buka blog ni, masih ada sahabat-sahabat yang setia bertandang ke Pena ini. Terharu sangat:(

Tentang Emneya, pertama sekali saya minta maaf sangat atas keterlewatan ini, episod Emneya pun belum selesai lagi. Terima kasih pada semua peserta contest yang masih setia menepek banner Emneya di blog anda, saya pasti akan sangat-sangat menghargai anda semua.

Saya sedang berusaha menghabiskan baris-baris akhir kisah Emneya, Insha Allah, jika diizinkan Allah, Emneya akan terbit dalam bentuk buku. Saya tak pasti lagi, samada akan terus update part Emneya di blog ini atau tidak, ianya masih dalam pertimbangan dan saya akan khabarkan dari semasa ke semasa.

Dengan itu, saya kini dalam pencarian memilih Pemenang untuk Emneya Contest, Insha Allah minggu ni saya selesaikan, kena baca balik semua entri penyertaan dari para peserta, sesiapa yang masih nak edit, sila edit sebelum saya baca.

Terima kasih kerana setia menunggu:)

8 comments:

hairil said...

jeng jejenggg.............~~

diumumkaannnnnnn~

ketibaaaan pena farhana...

:D

Unknown said...

Wahhh,akak nak terbit buku?tahniah2:)

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Salam akak,

tahniah! tapi kalau akak nak terbit buku, tebal2 pun ringkaskan di sini, sebab selagi syaa tak balik malaysia selagi tu saya tak boleh beli. huhua :'(

Setia menunggu :') <3

kella said...

lama.. tak tengok tulisan deena pun..
terima aksh kol kita hari tu.. =)

semoga dna baik baik sahaja di sana ya! nanti kita jumpa! insyaAllah

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Deena...kena cari NOvel Emneya pas nih!.Klu novel nie dah kuar gtau yer...

terokai seni said...

assalamualaikum:

moga diberikan kelapangan oleh Allah

cun09 said...

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM

**moga deena sihat ^__^**

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.