21 May, 2010

Facebook hina Rasulullah


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya berziarah ke blog sahabat-sahabat dan saya rasa terpanggil untuk mencoret sama berkenaan entri saudara mujahideen tentang ini.

KAHERAH, 20 Mei- PMRAM hari ini mengutuk dan mengecam tindakan pihak halaman sosial "facebook" yang mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. PMRAM juga memandang serius perkara ini yang mana ianya merupakan penghinaan berat ke atas baginda Rasulullah SAW.

Penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga, sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina Rasulullah SAW.

Namun kali ini penghinaan yang dilakukan di Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial itu sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 20 Mei.

Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut.

Maka, apabila pengguna facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang satu penghinaan kepada Rasulullah SAW.

"Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadab tersebut" ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, saudara Mohd Faizzudin Ghazali.

Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup buat sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW.
(Sumber: http://www.pmram.org)

Sahabat-sahabat sekalian, hati saya sayu tidak terkira bila saja ada hal seperti ini kedengaran. Rasa sedih membuak, kerana yang dihina itu adalah insan yang mana di saat kematiannya baginda menyebut "ummati..ummati.."

Di saat akhir meninggalkan dunia, baginda ingat pada kita. Itu tandanya kasih dan sayang baginda terhadap kita umatnya sangat besar dan tiada tara. Oleh itu, apa yang kita harus lakukan di saat kini baginda SEDANG DIHINA???

Ayuhlah! sekalipun kita tidak berpeluang bersua muka dengan junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita tunjukkan seteguh, sebesar dan seluas kasih sayang kita padanya!

Saya seru, untuk langkah pertama kita boikot berstrategi untuk tidak log in selama seminggu bermula 20-27 Mei ini!!

Saya juga seru pada semua sahabat-sahabat blogger, followers Pena Farhana agar turut sama melebarkan post berkenaan isu ini di laman anda sebagai penyebaran dan sekecil-kecil usaha kita membela Rasulullah dan juga sebagai tanda protes terhadap mereka yang berniat jahat.

Kita tidak berpeluang membantu Rasulullah dalam mana-mana peperangan menegakkan syiar Islam, kita tidak berpeluang membantu Rasulullah dalam agenda menyebarkan dakwah Islam bersamanya, kita tidak berpeluang menatap dan merenung wajah dan sosok baginda, dan kini masanya untuk kita lakukan jihad ini demi kasih dan sayang kita terhadap Rasulullah dan Islam kita yang tercinta..

My tears was dropped.. (T_T)

18 comments:

Good Wife, Mom to my family. said...

salam dik.. akaun facebook ini mmg tak boleh ditutup.. paling2 pon deactive account jak.. hmmmm... sakit hati tgk dorang wat pertandingan tuh.. betul2 perbuatan tak bermoral..

ain fathihah fhm said...

moga allah melaknat mereka..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

macam2 cara nak hancurkan umat Islam sekarang.nauzubillah..tepuk dada tanya iman..

terokai seni said...

mereka bukan nak test kita, tapi nak sakiti hati kita mereka bukan sekadar menghina nabi kita tapi mereka menghina kita kerana mereka tau kita tak mampu buat apa-apa dan tak akan berbuat apa-apa

dah berapa kali mereka buat mereka tak serik dan mungkin ketawa melihat gelagat kita

abis2 pemimpin kita kata jangan lebih-lebih takut ekonomi terganggu... itulah kelemahan kita

Adinda Amy Sensei said...

salam...

isssshhh......ada jugak facebook mcm ni ekk..

Unknown said...

Allah mmg akan melaknat mereka.Pasti~ Alhamdulillah kak.Saya pun dah mula kempen boikot Facebook seminggu...sampai 27hb nanti..

Mohd Farid said...

Salam,

Alhamdulillah, laman tersebut telah dikeluarkan dari Facebook. Ini menurut sumber berita harian hari ini.

Jemput ke blog saya. Boleh bertukar pandangan dan link.

www.faridrashidi.com

Ibuhani said...

Jahat dia org ni kan...........sensitif isu2 cam ni......smoga kumpulan ni dilaknat Allah SWT!

deena farhana said...

to My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms,

itu la tu kak..tiada moral, lahanat..huhh..

deena farhana said...

to ain fathihah,

mudah mudahan..

deena farhana said...

to Ummi Aisyah,

moga kita sentiasa terus berwaspada..slm kenal :)

deena farhana said...

to cemomoi,

dorg saja nk buat kita mrh, bila kita mrh, dorg suka..yg pntg kita jgn tlalu emosi dan jgn lak tlalu pndang ringan..

bilalah pemimpin ni nk sedar..

deena farhana said...

to Cik Amy Sensei,

facebook pun cam astro gak..mcm2 adaaa..hee

slm kenal utk cik amy :)

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

ye, bagus iqbal..awk antara yg konsisten berbicara soal isu semasa apalg yg berkai dgn agama...syabas..

deena farhana said...

to Mohd Farid,

alhamdulillah, moga ada desakan utk beri tekanan terhadap si pembuat celaka ni..moga laknat pd mereka..

slm kenal dr sy, insya Allah..ukhuwah fillah :)

deena farhana said...

to Ibuhani,

mmg jahat pun kak..seme word yg sewaktu dgn jht tu la dorg..laknatullah!

Abd Razak said...

Salam..

Dugaan buat kita..
Moga mereka menerima balasan yang setimpal dengan apa yang mereka kerjakan..

deena farhana said...

to Abd Razak,

wslm..

ye, moga kita bertabah hati dan lakukan yg sepatutnya..