09 July, 2010

Kenapa 4 mazhab?


Bismillahirrahmanirrahim..


Saya sepatutnya buat entri ni semalam, tapi disebabkan line broadband buat hal, terpaksa tangguh entri ni, maaf sangat buat zarahilmi yang menunggu, balik-balik tegur kat ym dia kata "zara tunggu respon deena pasal mazhab tu"..

Zara sekarang sedang melanjutkan pelajaran di London dan dia pernah ditanya oleh penduduk sekitarnya tentang Islam yang mempunyai 4 mazhab. Katanya orang bertanya pada dia "tidakkah dengan adanya 4 mazhab itu menampakkan Islam itu sendiri berpecah-belah?"

Sebelum ini pun saya pernah mendengar dari mulut sahabat saya sendiri yang bukan beragama Islam mengatakan bahawa kewujudan 4 mazhab itu adalah punca perpecahan umat Islam.

Saya akan cuba jelaskan semampu fikrah fahaman saya, dan berharap zara akan mendapat konklusi yang terbaik tentang hal ini.

Pertama sekali saya ingin tegaskan bahawa pendapat yang mengatakan 4 mazhab sebagai punca perpecahan umat Islam adalah salah sama sekali. Sejak zaman nabi SAW, hingga zaman sahabat, tabi' tabi'en yang juga dikenali sebagai golongan salaf ini telah berjuang mengembangkan Islam sejajar dengan kesesuaian penduduk sesuatu tempat maka termaktublah bahawa Islam mempunyai 4 mazhab yang terkenal iaitu Maliki, Syafi'e, Hanafi dan Hambali.

Setiap mazhab ini memang terdapat perbezaan, NAMUN, perbezaan itu bukanlah bererti perpecahan. Tujuan utama wujudnya 4 mazhab ini adalah kerana mengikut kesesuaian sesuatu tempat dan lifestyle masyarakat di tempat tersebut melalui kaedah dan cara yang pelbagai namun tetap pada lingkungan yang tidak membatasi Islam atau dengan kata lain sebagai simbol pembuktian bahawa Islam agama yang mudah dan sentiasa memudahkan umatnya.

Mazhab Maliki, apabila bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tanpa syahwat maka tidak terbatal wudhu', itu adalah sangat bersesuaian diguna pakai di bumi Makkah yang sentiasa sarat dengan jutaan manusia yang berpusu mengerjakan umrah dan haji. Bayangkan jika kita guna pakai mazhab Syafi'e, dengan sesak manusia, kita kena perbaharui wudhu. Dapat bayangkan? tempat nak ambik wudhu bukannya dekat, nak harungi jutaan manusia lagi?

Dengan adanya mazhab lain juga, kita menyaksikan seluruh proses jual beli di atas muka bumi ini terselamat dari menjadi haram kerana mazhab Syafi'e menetapkan bahawa setiap urusan jual beli wajib disertakan dengan akad "saya beli" dan "saya jual". Korang-korang ada akad ke tiap kali beli? (bukan akad nikah ye :P) kalau korang je yang akad "saya beli" then makcik tu tak jawab (pekak ke ape makcik ni?) pun tak jadi jugak.

Mazhab lain kata bagi orang yang CANTIK JELITA wajib pakai purdah. Kemudian Syafi'e kata aurat wanita adalah keseluruhan tubuh KECUALI muka dan tapak tangan. Kalau Syafi'e tak kata macam tu, semua wanita-wanita cantik seperti ZARAHILMI, kak Nadiah Sidek, Nurul izza, Melatidaisy, Kak rosaliza, Kak Imun, Cik Amy, Kella, Kak Nida, Kak fa10, Kak Zue, Sakina, dan semua blogger wanita yang bertandang di blog saya ini WAJIB PAKAI PURDAH!! haaaa..kak Nadiah, kena pakai purdah tau :P

Begitulah juga dengan mazhab yang lain, saling melengkapi dan memudahkan kita bila berada di mana-mana. Walaubagaimanapun, syarat untuk mengamalkan sesuatu mazhab itu hendaklah kita memahami mazhab itu tanpa ragu serta melihat pada persekitaran fahaman penduduk setempat untuk mengamalkan mazhab tersebut, jika tempat itu berpegang pada mazhab Syafi'e seperti Malaysia maka kita amalkan Syafi'e, begitulah sebaliknya agar tidak berlaku kesalahfahaman tentang Islam itu sendiri.

Ok, kemudian Zara bertanya pada saya kenapa orang memandang adanya 4 mazhab ini sebagai simbol perpecahan umat Islam?

Yakinlah, mazhab-mazhab ini bukan lambang perpecahan umat Islam, ianya adalah pemudah cara untuk semua umat Islam di seluruh dunia tanpa ada yang terbabas dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Saya percaya, TIDAK MENGUASAI ILMU dalam mengamalkan mazhab-mazhab ini adalah PUNCA UTAMA berlakunya pergeseran dan perpecahan yang dikategorikan oleh orang luar sebagai Islam itu berpecah belah. Jadi moralnya, 'tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china'

Adehh..janganlah ada yang pening deena berceloteh ni :P mohon pada siapa yang pakar, tegurlah saya jika ada kesilapan dalam tulisan, dan mohon maaf jika fikrah saya ini menyanggahi fikrah kalian :)

p/s: 17 hb ni saya ke Teluk Intan, Perak darul ridzuan. jemput datang rumah nenek saya kat hutan melintang, kita sembang2 :)

16 comments:

zulkbo said...

Salam Jumaat al-mubarak
moga kita semua mendapat
keberkatannya..
Nabi s.a.w. bersabda; "Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam Syurga dari pintu mana sahaja yang disukainya." - Riwayat Ahmad

sahromnasrudin said...

salam ziarahh..segala-galanya perlukan ilmu..sy tak dpt nak komen byk kerana ilmu saya tidak setinggi mana ..perlu byk belajar lg...

piewahid said...

Allah berfirman, Jika Tuhanmu mengkehendaki pastilah Dia menjadikan semua manusia itu sebagai umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. (Hud: 118).

Dan Allah juga berfirman, Dan tiadalah Kami menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya, dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (an-Nahl: 64).

Ayat-ayat di atas membuktikan bahawa Islam membenarkan perselisihan namun ia perlu dikawal selia berlandaskan sumber utama hukum Islam iaitu al-Quran dan al-Sunah.

wallahu a'lam!

econpolics said...

penerangan yg cukup cantek,,,cantek macam saya,,,

eheh,,,saya laki...

heee

nak boh kat FB k,,,

Abd Razak said...

Salam...

Mazhab Fiqih adalah penting dalam memberi umat Islam pemahaman mengenai nas-nas agama. “Mazhab bukan pecahan di dalam agama ISLAM”

Bermazhab itu adalah bentuk paling benar dari slogan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Manakala pandangan yang berbeza terjadi di kalangan pendokong mazhab itu adalah sebuah perkara yang mustahil dihindari. Namun perbezaan itu haram untuk dijadikan dasar perpecahan dan permusuhan, sebaliknya harus menjadi sebuah khazanah kekayaan syariah Islam yang luas dan praktikal.

hairil said...

haiiibat

Good Wife, Mom to my family. said...

Alhamdulilah.. penerangan yang cukup bersahaja dan mudah difahami berserta dengan contoh2.. hihi.. kadang2 dik.. bukan yg non muslim jak yg tanya soalan neh.. yg muslim pon masih musykil kenapa ada 4 mazhab. sharing is caring. semoga mendapat kebaikan. bah hati2 pegi perak tuh. ar semoga selamat pegi balik.. :) balik kg suami kah tuh.. ngee...

terokai seni said...

perpecahan tu berpunca dari pengikut yang taksub sedangkan imam mereka pon berkata jika ada fatwa yang lain bole diikuti dan rata-rata pengikut taksub ini bukan le mendalam ilmu mereka..

Unknown said...

Mantap!dah baca semua komen....rasanya dah cukup lengkap dah tu kak..
saya cadangkan agar sesiapa yg nak tahu benda ni dgn lebih mendalam,boleh cari buku bertajuk "PEDOMAN-PEDOMAN BERMAZHAB DALAM ISLAM" tulisan kapten Hafiz firdaus(Pilot islam yg sgt2 saya kagumi, sbb dia di bidang aviation mcm saya)..

Harga buku tak mahal,rm12 aje..tapi kandungan dia sgt mantap.Ayat dia senang faham..tahniah kpd penulis buku tu..er...terpromote pulak!hehe

Latest post:Bahan mentah utk rujukan

Nida n' Hanafi said...

Salam

Kak Nida setuju dengan Deena.. 4 mazhab bertujuan untuk saling melengkapi andai kita berada dimana-mana.... lain padang lain caranya..

Nadiah Sidek said...

adeh..akk pulak yg kena. huu..purdah? akk respect org pakai purdah tapi akk..hmm..tak layak la. byk yg kena perbaiki. kang pakai purdah perangai ntah apa2 jadi fitnah pulak. lagipun akk bknnya cantik jelita pun..eheh

syukran deena berkongsi ilmu!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Perbezaan pendapat mazhab ini timbul apabila Imam mazhab membahaskan ayat Mutasyabihhat dimana masing2 mengeluarkan hadis yg lebih arji` dlm penetapan hukum (Islamic Jurisprudence ) (Surah AnNisa:83 لَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ W/b/manapun, semua perbezaan ini diangkat/diputuskan oleh khalifah yg memerintah krn berdasarkan satu hadis nabi,`Imam/amir mengangkat permasalahan dzahir dan batin` dan ini terdpt dlm Surah AnNisa:65 فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا . Dlm AsbabuNuzul mengenai ayat ini dimana Rasulullah saw selaku Amir, apabila memutuskan sesuatu keputusan, tidak boleh dipertikaikan dan tidak timbul masalah pilihkasih. Mslah skrg, khalifah pun tak ada, umat Islam membincangkan ayat muhkamat atau ayat mutasyabihaat tanpa sandaran hadis! Wallahulam

Werdah said...

Salam Deena

Makcik setuju dengan Deena (penuisan ini)

Nurul said...

knpa kmu p tmpt nnek perak?bha.dtg lwat aku sini.adios..sbnrnya blog aku ok jak.int cnnection d sini yg kin gila..sekian trima kasih.

najihah said...

owh,saya belajar topic ni dalam islamic legal history..

apa yg lecturer saya terangkan,awak juga sudah terangkan di sini..sangat jelas penerangan awak!

thumbs up! i like it..

Anonymous said...

salam..tumpang tanya mengenai penulisan ni..
"Dengan adanya mazhab lain juga, kita menyaksikan seluruh proses jual beli di atas muka bumi ini terselamat dari menjadi haram kerana mazhab Syafi'e menetapkan bahawa setiap urusan jual beli wajib disertakan dengan akad "saya beli" dan "saya jual"..."
so..kite amalkn mazhab Syafi'e,jd bukankah kita wajib akad..sebab baru semalam imam tempt saya cakap tanpa akad jual beli tersebut haram..wallahua'lam