Bismillahirrahmanirrahim..
Aisehmen...tajuk entri tu skema! skema islamik ala-ala blog ust iqbal pulak. Saya tak reti sebenarnya, tapi bila ada yang bertanya, dengan rasa humble, saya cuba juga penuhi walaupun dhaif.
Haneem minta penjelasan tentang bid'ah sebab dia kata dah pening dengan student lelaki kat kampus yang sibuk perjuang nak hapuskan bid'ah. Saya faham dan maklum ada di kalangan pelajar-pelajar yang menolak bid'ah bulat-bulat kerana fikrah mereka yang memandang bid'ah sebagai suatu yang sesat.
Bagi saya, menolak kesemua bid'ah itu adalah kurang tepat kerana di sana terdapat bid'ah yang baik iaitu bid'ah hasanah. Contoh bid'ah hasanah banyak, yang mudah antaranya membaca Yasin malam jumaat, sambutan maulid nabi, skop lebih luas pula solat tahajjud berjemaah, memberi predikat sebuah hadis dengan sahih, hasan, dhaif, mutawatir dan ahad, dan penterjemahan Quran ke pelbagai bahasa, semuanya itu adalah bid'ah hasanah.
Walaubagaimanapun, saya suka nak ingatkan tentang peringatan Nabi SAW melalui sabda baginda "jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat"
Jadi dalam kita menentukan suatu bid'ah itu menjadi hasanah atau saiyyi'ah (buruk) itu adalah dengan melalui timbangan. Tetapi harus diingat, bid'ah ini bukan hukum. Setiap bid'ah kita buat pertimbangan untuk menentukan ianya hasanah mahupun saiyyi'ah.
Mana timbangan yang menjurus kepada manfaat menuju kebaikan maka ianya adalah hasanah, mana yang menjurus lebih kepada kemudharatan dan keburukan maka ianya adalah saiyyi'ah ataupun Qabihah. Maka yang namanya saiyyi'ah itu adalah haram dan wajib ditinggalkan.
Sebenarnya persoalan bid'ah ini telah berkurun lama dibahas oleh segenap lapisan para ulamak dan ilmuan. Terlalu banyak huraian pengertian dan penjelasan. Bagi saya persoalan bid'ah ini tidak akan pernah ada tuntasnya. Pusinglah ikut mana pun, ianya tidak akan pernah selesai kerana persoalan bid'ah ini adalah satu perbahasan yang tidak ada kata putus dan sepakat.
Saya mohon maaf jika ada perkataan yang mungkin kurang memberi kefahaman kepada semua yang membaca, itu kerana saya bukan ahli dalam membicarakan persoalan begini, tetapi lebih baik mencuba daripada langsung tak cuba kan..hehe..(entahla deena..aku pun xpaham ko ckp ape ni :P)
19 comments:
stuju... byk gak amalan bida'ah zmn skg yg org lakukan n da jd adat plak... adeh =))
sharing not killing =)
Salam...
Perkara yang selalu menjadi pertelingkahan di kalangan orang Islam sekarang, sehingga menyebabkan pergaduhan di antara jemaah di masjid
salam akak
mmg pun.. ada yg baik ada tak baik.bg iza yg baik xsalah kalau amal.macam buat tahlil, setahu iza yg tu bida'ah tapi bida'ah hyasanah.
akak..iza ni sedang bc buku fikrah luar negara.katanya pasal babi. babi bukanlah najis mughalazah, hanya mutawassitah.tapi ikut mazhab shafie memang najis mughalazah. yg ni iza sikit confius.maklumla..ilmu iza takat mana je.skolah pun bukan skolah agama apatah lagi nak menyambung ke peringkat tinggi lagi.
iza cuba nak email ustaz hasrizal pasal ni.
p.s: iman diam je dgr lagu akak ni
segalanya perlukan ilmu kan ustazah...
bimbang jg disebabkan bidaah Nabi tak mengaku ummat..
salam alaik ukhti syg,
em,pada bilah plk mmg ada perkara bid'ah yg rasul tak buat tp harus utk kita buat, cntohnya kereta dan phone tu, zaman nabi s.a.w dulu confirm x de.tapi kalau bab ibadah lebih elok kita perkukuhkan yg sunnah tu dulu,pahala pn brganda,bilah x tolak bacaan yassin malam jumaat,bilah pn kadang2 baca, tp jgn diniat baca sbb tu merupakan malam jumaat, just niat baca utk dpt kan pahala mmbaca al Quran.sebaik2nya jadikan surah al kahfi sbg amalan hari jumaat spt mana hadis baginda : "Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat." [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].Ini semua pndapat bilah je kak,kt uia ni mcm2 aliran jgn, matlamat nya sama cuma perjuangan nya sedikit berbeza,cuma harapnya perbezaan itu dijadikan hikmah,bkn dijadikan titik tolak utk berpecah belah.wallahu a'lam.
p/s:akak amk pict tu sbg award?hehe,penat bilah design yg warna hitam tu tp yg oren tu jgk akak brkenan kan..it's ok, tu bilah amk pict kt pntai dlm last week kot,hobi bilah kalau g pantai conteng nama kt pasir,tp pict tu nmpak buih je,tak nampak laut :) apapun bilah brbesar hati sbb akak suka pict tu, thanks kak..salam syg from bilah :))
salam,
perdebatan bidaah biar sampai jangan menghancurkan ummah..
wah! nice entry... :)
terima kasih untuk entri ini! sedikit sebanyak sebenarnya membuka hati dan minda! ada nilainya di situ! :)
semakin paham ttg bida'ah,,,,
ada gak membaca ngan dengar sikit2 b4 nie,,,
sob...sob...akak kata blog saya skema?huhu...
mantap la kak! Saya lebih suka kalau kita jd org yg pertengahan..tak terlalu ekstream dgn sesuatu fahaman....dan paling penting,persaudaraan sesama muslim juga penting utk dijaga...guna otak,jgn guna emosi...Perjuangkan yg besar-besar,jgn hanya berani perjuangkan yg kecik2 jew!
Org duk baca yasin mlm jumaat dia nak marah!tapi jiran sblh umah dia tak gi smayang jumaat,dia tak marah lak!(contoh sahaja)...hehe..
Apapun,entry akk mantap!TAPI....tak skema pun~hehe
Latest post:Perlukah kita berdoa..?
syukran deena. akak setuju dgn apa yg deena kata tu. tak semua bida'ah yg perlu kita buang
:)
(my emoface was talking)
to MissXYZ,
huhu....iye...mekasih...sharing je ye...jgn killing... :P
to Abd Razak,
ha a...ingatkan datang nak solat, rupanya nak bergusti....huhu..maaf..joke
to Nurul Izza,
bagusnye..teruskan budaya membaca, hmm....pasal babi tu panjang juga rangkaian perbahasannya...akak x pandai la...
lagu ni memang slalu wat orang terdiam...huhu :)
to sahromnasrudin,
betul tu....ilmukan cahaya :)
to Hamizah,
sama2 kita doakan mudah2an Allah izinkan kita bersua dengan kekasihNya nanti ye :)
to melatidaisy,
waah....pandai dia mengulas...pasni akak mintak dia je la ye yang terangkan, menarik :)
huhu....ehh...2 2 akak suka, cantik...mekasih sgt2, hasil tgn yg unik :)
to penjejak maya,
harap agar umat islam semua bersatu :) jgn berpecah hanya dibaling seketul batu
to nick irfan,
terima kasih, xde lah....x pandai la..bese2 je...semampu saya.. :)
to kella,
sama2 kella :) ilmu untuk semua, apa yg ada pada sy hanya sedikit..terima kasih bertandang :)
to Lokman,
hebat lokman...cepat dan mudah faham....mekasih
to iqbalsyarie,
hadoi..mintak maaflah ust..ter stuck lak tenet ni smlm..
mksud skema tu elok, bkn cam skema soalan :P skema blog org suke..tgk la blog awk ramai pminat, ranking pun tinggi dr kak :P haha
to Nadiah Sidek,
same2 kak..deena pun stil study2 lg mane yg xtau..yg pnting kite jgn terlalu taksub dgn suatu fahaman.. :)
to Mohammad Hairil Abd Rahim,
:) emoface? erk..
Post a Comment