23 August, 2010

Saya Presiden


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya menonton Buletin Utama beberapa hari yang lalu dan tersiar berita tentang ini. Saya tertarik kerana saat ini Amerika sedang mencongak kredibiliti pemimpin itu dengan kelantangannya dalam kekuasaan bersuara tentang isu baru-baru ini.

Rakyat Amerika mengkritik hebat tindakan Presiden mereka, Barrack Obama yang telah meluluskan pembinaan sebuah masjid di sebuah kawasan penempatan orang Islam di negara itu.

Menjawab kritikan itu, katanya setiap rakyat mempunyai hak dan dia sebagai presiden mesti memberikan hak itu kepada semua rakyat dengan adil termasuklah memberikan tempat beribadat kepada semua penganut.

Tidak kurang juga ramai yang bersetuju dengan tindakan Barrack Obama, dan tidak kurang juga yang mengkritik habis habisan.

Pena: Bush pun berdiri sambil merenung potret Obama. haha..

21 August, 2010

What Happen?


Bismillahirrahmanirahim..


Harap semua sahabat sihat dan bersemangat menjalani ibadah puasa. Sedar tak sedar, sekarang dah hampir pertengahan Ramadhan, cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita.

Waktu-waktu ini saya tengah ligat berfikir, kenapa jemari saya akhir-akhir ini terasa amat susah untuk update blog, puas di paksa, puas di kerah, tetap juga tak ter update blog ni. Rasa betul-betul lost passion untuk menulis.

Berziarah ke blog teman-teman juga sudah tidak sekerap mana, rasa lenguh dan jenuh nak on lappy. Apa masalahnya saya pun tak tahu, padahal saya amat suka blogging dan blogwalking.

Sudah hampir sebulan setengah, semua entri saya mendatar dan tiada pengisian, hanya sekadar update keberadaan saya di mana dan itupun serba ringkas. Mohon maaf atas kelemahan itu.

Banyak benda saya nak kongsi, tapi saya betul-betul tak mampu nak datangkan mood untuk meng update blog, jenuh fikir..awatla ngan ceq ni :( Saya berterima kasih sangat pada semua teman-teman yang masih sudi membaca apapun tajuk entri-entri saya. Terharu dengan hakikat indah ukhuwah sekalipun hanya di ruang maya.

Saya berharap, mood untuk bersama blog ini masih ada tersisa dan dapat temui kembali perasaan suka mengupdate blog macam dolu2 :)

15 August, 2010

Sanah helwah deena :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Aduyaii..tajuk tu poyo je, mengada-ngada bunyi :P wahaha.. umur dah makin tua, so deena, tepuk dada tanya diri, takat mana dah hidup engko sekarang ni... thanks buat semua sahabat yang mengingati saya :)

Lama betul tak update, entahla, apa dah jadi dengan saya ni..lost passion in writing..mungkinlah jugak baru ni layan journey kat semenanjung, alhamdulillah sekarang dah pulang sabah..

Buat semua, selamat menjalani ibadah puasa, moga kita dapat manfaatkan sepenuhnya keberkatan Ramadhan ini.

Lesu je tengok blog ni.. selesu hati saya..eh deena ngko jgn lesu2 bulan pose ni! huh.

03 August, 2010

Tahniah :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, along saya, Puan Nur El Hafizah bt Numan telah mendapat anugerah khidmat cemerlang di atas semua gerak kerja gigihnya selama bergelar guru dan kaunselor.

Bagi saya dia cemerlang dalam kerjaya, cemerlang sebagai isteri dan ibu, cemerlang sebagai anak sulung kepada kedua ayah bonda saya, dan cemerlang sebagai kakak sulung pada kami 7 beradik.

Tahniah. Moga kejayaan ini dapat menjadi titian menuju syurga Allah.

p/s: deena lak bile nak dpt anugerah? kerja pun blom lg..huahuahua :P