18 September, 2010

Jangan terbang tinggi


Bismillahirrahmanirahim..


Hakikat hidup ini adalah ranjau. Ranjau inilah yang menjadikan hidup kita sebagai satu perjuangan. Dari dulu saya adalah orang yang sangat tidak ingin dan tidak suka meletakkan sesuatu perkara terlalu tinggi kerana saya tahu, bila terjatuh, sakit dan pedihnya terasa hingga ke tulang belulang.

Saya letih berhadapan dengan manusia yang selalu bermain dan berkira soal darjat, pangkat dan kedudukan ilmu. Kita dinilai dengan ijazah dan kelulusan yang ada. Saya mengerti, sudah sememangnya begitu LUMRAHnya dan begitu SEPATUTnya, bagi yang memiliki kekuatan, itu sudah seWAJARnya berdiri di landasan itu.

Bagaimana dengan yang merasa tidak mampu? dan saya sangat mengakui diri saya belum mampu. Bergelar mujahidah tidak semudah yang anda sangka. Menjadi mujahidah pada diri, keluarga dan masyarakat itu bukan dengan hanya kau mampu membaca Quran, solat dan puasa. Mungkin dengan kata-kata saya ini, maka terbit pula "lebih baik ada usaha untuk berdakwah daripada langsung tiada". Memang betul, dan saya rasa saya sudah melakukan itu untuk diri saya sendiri.

Terus terang saya bukan seorang yang sepatutnya SAYA. Saya tidak kata saya gagal, cuma setakat ini saya belum MAMPU. 'belum mampu' yang saya ungkapkan ini mungkin tidak dapat memberi kefahaman kepada sesiapa sehingga ada yang mengatakan saya ini menjalani hidup bukan sebagai seorang muslimah yang baik, apatah lagi ianya keluar dari mulut mereka yang sangat saya kasihi.

Itu benar, saya mengakui segalanya itu kerana saya memang tahu betapa kurangnya saya ini. Saya pernah cuba untuk terbang setinggi mungkin dan cuba memimpin, namun semuanya sia-sia sedari diri masih terlalu kurang, akhirnya manusia mengkritik tanpa belas kasihan.

Kerana itu, saya takut untuk terbang tinggi melangit, kala diri masih serendah karang di dasar lautan. Lebih baik menjadi biasa, daripada biasa-biasa dan luar biasa, kerana luar biasa itu sukar, dan biasa-biasa itu bahaya.

Izinkan saya menjadi diri saya seadanya, izinkan saya memandang dunia melalui pandangan mata hina saya, dan berilah ruang dan masa pada saya untuk menjadi seorang yang lebih tabah bertahan pada kaki sendiri dan menyulam setiap kesakitan ini menjadi sebuah permaidani indah di hamparan sebuah kehidupan.

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM. MINAL A'IDIL WAL FAI'ZIN, KULLU AM WA ANTUM TOYYIBUN. MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI INTAN FARHANA BT NUMAN@ DEENA FARHANA.

11 comments:

sahromnasrudin said...

salam..lama tak hapdet blog???ada amek kad raya di entri sebelum raya saya tak???

cun09 said...

salam deena...

Itulah lumrah kehidupan...semoga kita dapat menjadi diri kita sendiri, diredhai dan dirahmati oleh ALLAH...

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.

Unknown said...

saya faham kak :D

Entry Baru:
-Andai aku tahu.....
-Kisah Dua Perut

kella said...

hai deena... salam aidilfitri..
betul segala yang di atas tu..
kadangkala kita terasa diri ni terlalu kerdil, sehingga membataskan segalanya..
sedang hati, naluri melonjak ingin lebih..
apa yg penting kita jadi diri kita sebaik mungkin, jgn mengalah, jgn putus asa.. sentiasa lakukan yg terbaik.. insyAllah, peringatan untukku jua.. :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jadilah diri kita yang sebenarnya... salam raya ..dan maaf zahir batin

Adinda Amy Sensei said...

salam deena....

nak bgtahu yang link lama blog saya sudah bertukar ke link yang baru..

http://kilauancintasangratu.blogspot.com

nanti awak tukaar taauu..

Ibuhani said...

salam deena. Setinggi mana pun kedudukan seseorg....pd Allah kita semua sama jer.....slmt hr raya. maaf zahir n batin :)

Honeyz said...

Salam kak intan... rindunyerla kat akak.. harap2 akak masih ingt kat saye.. akak sihat? maaf lame x ziarah teratak akak ni..

akak dh x kerap update blog mcm dulu2 lg dah ek? tp ok la berbanding saya yg decide terus x update lgsg dh..hehe.. ntahla kak.. saya pn sejak bbrpa mggu sblm wat keputusan yg agak sukar tu pn, duk pk mcm2 gakla.. lbh kurg mcm ape yg akak tulis kat entri ni..

"jangan terbang tinggi".. tinggi xpe lg.. cume kalau tinggi melangit tu yg "berisiko".. sy pn mcm akak juga (ni persamaan kita yg ke berapa dh ek? hehe), takut utk terbang tinggi melangit.. (T_T) sy tertarik n sokong sgt2 kata2 akak ttg "biasa, luar biasa, n biasa-biasa".. btol kak.. biarlah kita jd insan yg "biasa" aje kan ;)

bairpun saya hanye mengenali akak melalui dunia blogging, tp saya tau n yakin, kak intan seorang yg kuat..saya doakan moga kak intan terus tabah dan cekal hadapi segala dugaan, ujian, rintangan n halangan yg datang menimpa.. kak intan boleh! ^_^

k la kak.. hehe.. sori, cm biase, taip x reti pendek2.. cian plak akak nk membacanye nnt.. akak jaga diri baik2 tau... sayang kak intan.. ** hugs buat akak **

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

update kak

Werdah said...

Salam Deena.

Apa khabar.. mudah2an sihat...

ummu said...

Salam Deena
akak minta maaf tak sempat nak ambil card deena dulu.ada beberapa perkara yang terpaksa akak hadapi maka dunia blog peribadi dan blog walking akak berehat agak lama beberapa bulan dulu.

Semoga Deena terus cekal mendepani kerikil, biarpun kita hanyalah karang di dasar lautan dan bukanlah setinngi helang di angkasa, namun semoga kita terus kekal istiqamah pada kesabaran dan kebenaran.