11 October, 2010

Di taman badai


Bismillahirrahmanirrahim..


Terlalu lama tidak menatap blog ini, rindu ingin layangkan pena maya sudah tidak tertahan. Maaf juga dipinta buat kalian yang bertandang ke sini namun tiada apa yang dapat saya sembahkan untuk santapan minda.

Saya sedang melalui fasa getir kehidupan. Saya percaya setiap dari kalian juga pernah melalui saat dimana hidup diiringi dengan kepayahan, kesulitan serta kesuraman. Namun saya juga percaya, setiap dari kesulitan itu ada kemudahan dan segala kesuraman akan berganti dengan sinar kebahagiaan.

Menerima suatu ujian Allah pada mulanya hati terasa pincang. Langkah terhenti seketika. Dunia terasa gelap gelita. Kemana hendak disuakan wajah derita, ke mana hendak di labuhkan tirai sengsara tika diri menyedari kau kini di posisi perih.

Saya akan tersalah faham jika berfikiran bahawa hidup ini akan memberi kebaikan seratus peratus kerana hakikat hidup di dunia segalanya adalah bersifat sementara. Tidak semua yang kita inginkan menjadi kenyataan, bahkan boleh jadi yang terjadi justeru sebaliknya, malapetaka, bencana dan sebagainya.

Maka saya teguhkan hati agar mahu berusaha menjadi wanita yang sentiasa bersyukur ketika senang dan bersabar ketika ditimpa musibah. Selalu ingatkan diri agar tidak bermimpi untuk hidup dalam alam sandiwara, yang tidak ada sakit, tidak ada kemiskinan, tidak ada kesedihan, suami yang tanpa cela, dan teman tanpa aib, hal ini tidak akan mungkin.

Lihatlah perkara-perkara positif dan tutup mata dari perkara-perkara yang negatif kerana negatif itu mengundang padah. Jadilah insan yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan, pemaaf, dan berpegang teguh kepada Allah.

Jika bunga itu kejadian luarannya indah, belum tentu dalamannya bahagia. Kepada sesiapa yang tidur lena di bawah keredhaan Allah dan kekuasaanNya, sekalipun berbantalkan angin kencang dan bila-bila masa dia akan diserang dengan anak panah yang akan menghunjam tubuhnya, akan tetapi dia tidak mengenal kesedihan dalam hatinya dan airmatanya tidak berlinangan.

Kepada orang yang kehilangan suami, putera-puteri, ibu dan bapa serta sahabat, bertenanglah.. kau kini dalam ujian keimanan, engkau bersedih dan engkau diuji dengan gundah-gulana, yakinlah Allah akan memberikanmu pahala yang besar, meningkatkan darjat dan menampal segala kekuranganmu.

Sabar dan iman itu bagaikan kepala dan tubuh, maka teruskan jihad hidupmu iaitu sabar dan menahan diri, satu hari kau pasti akan mengerti dan menyedari bahawa dirimu disayangi lebih kerana diberi ujian, dan masa itu kau akan sedari dirimu beruntung kerana dipilih untuk menerima pahala dalam bersabar.

Keyakinan dan kesabaran yang tinggi dalam diri dapat memberi pengaruhyang dahsyat dalam kehidupan, bahkan ia banyak memberi erti dalam setiap gerak usaha.

Teruskan bersabar bagi sesiapa yang sedang diuji. Innallaha ma'assobirin.

13 comments:

cun09 said...

Salam deena...

semoga diri adik sihat...

sabar dan tabah menghadapinya...ingat ALLAH sentiasa bersama kita ^_^

**rindu**

Unknown said...

Iya kak.. teruskan langkahmu, moga Allah redha :)

Entry Baru:
-I

sahromnasrudin said...

semoga awak tabah hadapi ujian Allah ini, deena...

athirahariffin said...

kak, moga tabah hadapi segala apa ujian pun yang melanda. He knows that u're strong, that's whay he gave such trial to u. Kak, mungkin semua ujian yang Allah bagi tu ialsh kafarah atas semua dosa yg kita buat.

terokai seni said...

moga sihat sokmo...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul

ummu said...

Salam deena

"Saya akan tersalah faham jika berfikiran bahawa hidup ini akan memberi kebaikan seratus peratus kerana hakikat hidup di dunia segalanya adalah bersifat sementara. Tidak semua yang kita inginkan menjadi kenyataan, bahkan boleh jadi yang terjadi justeru sebaliknya, malapetaka, bencana dan sebagainya."

Hidup ini adalah pentas ujian. Kepedihan di luka yang kian mendarah,hanya Allah yang tahu keperitannya.

Abd Razak said...

Salam...

Moga tabah dalam menempuhkan kehidupan ini..

Werdah said...

Salam Deena.

Semoga tabah hadapi segala-galanya. Amiin

econpolics said...

salam ustazah,,,lamanya saya x menjengok blog ustazah,,,

sabar ye ustazah

Unknown said...

insyaallah...sama2 lah kita bersabar ea akak...=)

luv u...may Allah bless you..=)

Nadiah Sidek said...

akak pun sedang melalui fasa yg sama tapi kalau baca blog akak, happy2 je. biarlah org tahu cerita gembira je :). eh, itu akak la deena...mmg akak memilih utk tak cerita benda2 sedih kat blog..jgn salah faham pulak ye..

sabar deena ye. moga kita dikurniakan secebis ketabahan dlm menghadapi ujian masing2..

deena farhana said...

~cun09~

wslm kak liza, trmksh byk2..rindu kak juga :)


~iqbal~

trmksh:)


~sahromnasrudin~

trmksh:)


~athirah~

ye,trmksh tirah:) betul tirah ckp tu..


~cemomoi~

trmksh :)


~ummu~

trmksh kak ummu :)


~us abd razak~

trmksh us:)


~werdah~

trmksh makcik :)


~Lokman~

trmksh byk :)


~zihnun fatin~

thanks fatin :)


TERIMA KASIH SEMUA :)

kella said...

deenaa..... im spechless...

semoga kita semua sentiasa sabar.. Amin..