Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ini saya dapat luangkan masa untuk menulis tentang sebahagian dari pekerjaan sambilan saya. Saya tamat kursus perbekaman dan berhasil memiliki sijil pada awal 2009 melalui guru herbalis masa kini, HPA.
Dalam tempoh itu, saya tidak membuka sebarang khidmat kepada orang lain bahkan keluarga sendiri, sehinggalah pada satu ketika, papa saya sakit teruk, doktor kata masalah saraf. Saya rujuk salah seorang herbalis hpa, Tuan Ramly dan beliau menyarankan saya melakukan bekam pada pa saya. Alhamdulillah, walaupun tidak menyeluruh, kini pa saya sudah boleh bergerak seperti biasa.
Dari situ, saya mula membuka khidmat bekam pada keluarga. Satu-persatu datang minta dibekam. Alhamdulillah juga, semua kesan bekam menunjukkan tanda-tanda yang positif.
Kemudian, saya mengambil keputusan untuk membuka khidmat bekam pada orang ramai. Saya lengkapkan semua peralatan bekam untuk memastikan proses pembekaman saya lebih mudah dan lancar.
Syukur, sambutan orang ramai amat menggalakkan. Interaksi yang baik dengan pesakit memudahkan lagi proses pembekaman terutama untuk mereka yang baru pertama kali berbekam.
Saya bukan orang berharta, nak buka hospital untuk tolong orang sakit amatlah mustahil masa ini, namun begitu, saya yakin Allah mendengar impian hati saya untuk membantu setiap pelanggan yang menghadapi masalah kesihatan melalui teknik perbekaman ini.
Insha Allah, saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang bekam ini dan beberapa testimoni sebagai pendedahan kepada sahabat-sahabat saya di luar sana :)

20 comments:
:)
doktor bekam diperlukan di sluruh negara
pembekam2 hpa selalu diingatkan, agar niat sentiasa diperbetulkan :)
untuk hidupkan tibb nabawi, bukan meraih untung duniawi :)
peringatan utk diri sendiri.
alhamdulillah moga maju jaya dalam niat yang murni ni
elok juga blogger sahrom nasrudin ke sini untuk tau lebih lanjut tentang kebaikan berbekam yang nabi anjurkan ni (dia minta saya tulis, tapi saya bukan selayaknya...)
salam..
bagi alamat
pusatnya ye..?
nak pergi ni..
Salam deena. Kak pun ada niat nak berbekam tapi belum pernah cuba...semoga info deena akan memberikan manfaat buat kak dan yg lain2...:)
Assalamualaikum...
Saya doakan semoga berjaya. Saya pun kerap berbekam di HPA...
bekam? x sakit ker?
Wauuuu!!! kak deena dah jadi bomoh. hehehe
bagusnya deena. kwn akak dulu pun ada buat bekam. akak nak cuba tapi masih tak berani :p
assalamualaikum..sy pun teringin nak berbekam tapi tak tahu sape yg mahir huhuhuhh
bagus tu... suami akak pernah berbekam sekali sbb sakit sendi, berkesan.
usahkan kecil2an dulu, insya allah bila ada rezeki lebih blh la besarkan...
bangga nya ada kwan macam ni,,
tahniah uztazah,,keep it up...
walaupn jauh sy ttap support ustazah,,
to Hairil:
jgnla pggil doktor..takut lak dgr word tuh :P
to Saidina Ali:
Insyaallah sy xambik byrn utk keluarga dan xwajibkn BYRN pd sape2:)
to cemomoi:
trm kasih:)
to zulkbo:
kat semenanjung ramai buka bekam..buat apa nak dtg sbh yg jauh ni :)
to Kak Imun:
cubalah berbekam kak..mau dtg tmpat deena pun bulih..silakan:)
to ust Abd Razak:
terima kasih ust..bagus amalkan bekam bdn ni..
to Nick Irfan:
mana ada sakit..
to Iqbal:
ade lak bomoh..awk nih
to kak Nadiah Sidek:
ooh..tak berani ye..xpe..pelan2 :)
to Sahrom:
oh yeke..kt semenanjung ramai je..cube refer senarai pembekam hpa..pasti ade..
to kak Fa10:
ha ah..bagus berbekam ni kak..sunnah nabi..
to Lokman:
busy sgt awk ye..br nmpk drop komen sini..btw, thanks lokman:) tryla gi berbekam..bdn jd ringan je..
wah... hebat sahabat ku si deena nih!
deena! tolong.. tolongg... aku sedang sakitttt....
ala.. jauh benar deena pun kat sana.. mai la buat road tour kat sini deena...
untung2 boleh deena ubatkan kita nih... :)
bangga dengan deena... :)
assalamualaikum Deena
alhamdulillah,nanti bolehlah deena kongsikan pengalaman Deena ni ya.
salam dik ^_^
2-3 hari niii badan kurang 'waras' cam nk try jeee...1 soklan utk deena...sakit dok? huhuhuuu
Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
+491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.
Post a Comment