13 January, 2011

Tahniah mama :)



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang maha memberi dan menyayangi. Saya bersyukur di atas kurniaan rezeki, ujian dan rahmat Allah yang tiada henti buat keluarga saya. Semua itu memberi tarbiyah yang sangat indah buat kami.

Proses mendidik anak-anak bukan suatu perkara mudah dan enteng. Segala badai dan cabaran ditempuh oleh mereka yang bergelar ibu dan bapa dalam memastikan anak-anak menjadi harta terbaik buat keluarga, bangsa dan agama.

Saya tidak meletakkan satu tahap yang begitu cemerlang buat kami adik-beradik, namun saya dengan rendah hati ingin meraikan penghargaan yang telah diberikan buat mama saya sempena sambutan Maal Hijrah pada hari ini.

Saya juga tahu, seorang ibu yang mendidik anak tidak pernah mengimpikan sebarang balasan atau penghargaan di atas jasanya yang besar, tetapi saya ingin katakan pada mama saya sama seperti adik saya nurul, "u deserve that award ma" :)



Mama saya telah di pilih sebagai penerima Anugerah Saidatina Khadijah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Kota Marudu. Saya, pa dan angah hadir sama ke majlis ini sebagai sokongan buat mama dan sebagai tanda terima kasih kami buat panel penganjur yang telah memilih mama saya.

Anugerah ini juga datang bersama seribu pengertian, peranan dan tanggungjawab yang harus kami sekeluarga sandang dalam merealisasikan erti sebenar penganugerahan itu. Jujur, saya terharu saat nama mama saya diumumkan bersama penceritaan kisah dan latar belakang pencapaian kami anak-anak mama.

"beliau kini bekerja sebagai eksekutif pentadbiran di Koperasi Pembangunan Desa Kota Marudu, merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang puteri dan seorang putera. Beliau ini adalah seorang isteri dan ibu yang solehah, lemah lembut tetapi tegas dalam mendidik anak-anaknya.

Anak pertama beliau merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, kini berkhidmat sebagai Kaunselor. Anak kedua merupakan graduan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan kini berkhidmat sebagai guru fizik.

Anak ketiga pula baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Takhassus Quran, anak keempat sedang dalam pengajian Ijazah sarjana muda pendidikan dalam bidang seni.

Anak kelima juga sedang dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda pendidikan dalam bidang bahasa inggeris, tesl. Anak keenam kini menuntut di tingkatan empat dan anak bongsu kini menuntut dalam darjah 5.

Kesemua anak-anak beliau adalah merupakan anak-anak yang berjaya dan inilah yang patut kita contohi"

Waktu mendengar itu, saya tunduk. Bukan kerana saya bangga, jauh sekali merasa megah, tetapi saya memikirkan betapa susah payahnya mama menjaga dan membesarkan kami 7 beradik yang banyak perangai ini. Saya juga bimbang jika saya dan keluarga tidak mampu menghayati erti sebenar penganugerahan ini.



Ini salah seorang puteri mama yang bertindak sebagai 'tukang bawa trofi' atau dalam kata lain, tumpang pemes jap lah.. tapi saya pun tak ingat yang ni anak ke berapa dan nama apa :P


Justify Full
Di sebalik penghargaan ini, dialah insan paling atas yang telah mengemudi keluarga mengikut acuan yang dituntut agama. Ayahnda tercinta (berbaju putih) hadir memberi sokongan buat isteri. Sepatutnya gambar tu dengan mama saya..tapi ntah..lupa lak nak snap..huhu..yang ada gambar pa dengan penceramah jemputan, kira oklah kan? Ust Sarip Adul selaku penceramah hari ini, bagus ceramahnya :)



Gambar terpaksa crop sebab snap dari jauh.. saya ni tetot, tau tetot? rendah baa..cameraman semua tinggi-tinggi..saya tak berjaya ambik posisi best masa nak snap mama ni..hadoi...



Ini senarai penerima anugerah. Semuanya ada 5, Anugerah masjid terbaik, Anugerah tanah perkuburan terindah, Anugerah Khalid Al Walid, Anugerah Sayyidatina Khadijah dan Tokoh Maal Hijrah.



Bersama siapa ya..lupa lak..oh...Ketua Umno rasanya..yang hujung belah kiri tu, hujung belah kanan, timbalan ketua daerah Kota Marudu..mungkinlah :P (nak kena aku ni!)



Ini mama bersama sahabat-sahabat. Nampak budak girl yang comeloteh depan tu? kelakar betul saya, dia gi salam mama saya excited sungguh sambil kata kat mama saya "selamat hari raya!" haha..saya apa lagi..gelak lah..ada ke wish raya..



Ini sesi penutup..pa dan ma makan bersama para jemputan yang lain..saya asyik tengok dahi mama yang masih ada kesan. kesan apa? kesan berbekamlah apa lagi :P

Cukuplah sampai sini, panjang betul dah update. Buat mama, terima kasih dan tahniah..moga terus menjadi isteri dan ibu terbaik buat kami sekeluarga :)

26 comments:

hairil said...

tahniah kepada puan dan sekeluarga...selayaknya diberi..

moga allah sentiasa merahmati saya dan kalian...

:)

Nadiah Sidek said...

tahniah buat mama deena! :)

Nurul said...

ish2...aku mau balikkkkk T_T

Unknown said...

hehehe... tahniah :) akak pun akan menyusul dengan award yang sama baa.. kan? hee

Anonymous said...

rasanya deena ni anak emak yg ke3 kot... betul tak?
mula2 tgk gmbr mak tu akak dah agk, mesti kesan berbekam ni...


tahniah mak cik!

nurkass said...

ooo..kesan bekam rupenyer..ingatkan lebam ape tadi..ape pun tahniah diucapkan pada makcik..

Ros Illiyyuun said...

Salam Deena,

Akak tumpang terharu dengan anugerah ini. Akak dapat rasa 'sebak' itu bila 'pencapaian dan latarbelakang' keluarga diceritakan.

Tahniah, semoga keluarga Deena terus bahagia dalam redha Ilahi. Ameen.

Anonymous said...

assalamu'alaikum...kak deeNa. Alhamdulillah ain chat. Kak deeNa cm ner? wat pe skrang?...:)

AKU GADIS said...

salam deena...tahniah buat mama deena dan keluarga

kella said...

Salam Deena! teruja sungguh mendengar berita ini!
gembira sangat! :)
memang mama deena adalah selayaknya mendapat anugerah itu.. Alhamdulillah..

tahniah untuk mama Deena ya!

tak lama lagi .. mungkin anak anaknya pula yang akan dapat anugerah...

hehehe.. saya tahu deena anaknya yang mana ! hehe.. :)

tahniah sekali lagi.. teringin jumpa mama deena..

Melatidaisy said...

salam alaik kak deena,

tahniah utk mama kt deena.. tumpang gembira..hehe

at first trtanya2 jgk dalam hati kenapa ade lebam kt dahi mama akak.. rupe2nye akak punye keje..hehe. bilah penah kursus bekam HPA jgk 2 taun lepas, siap ade alat semua tp baru skali buat..hehe..inshaAllah lepas ni nk merajinkan diri jgk dgn berbekam ni, sihat dpt pahala pun dapat :)

alamak terbuat karangan plak kt sini..last but not least mama & anak mama sama2 comel..hehe :))

da lame x borak ngan akak..rindu :)

ainhany said...

Salam deen,

Tahniah buat mama dan seluruh keluarga Denna. Ma mgg hebat!!Semngat Saidina Khadijah masih bersama kita.....Mungkinkah akan diwarisi kelak??

Seronok tenguk mama& pa deena...dari raut muka mereka terpancar nur hidup yag diberkati dan bahagia...Muga2 anak2nya mmbahagiakan mereka juga...selamanya..Amin

Anonymous said...

salam. tahniah intan. salam buat keluarga. nanti jgn lupa sms ustaz, mcm tiada nombor hp kamu. nanti mau berkunjung ke KM ada program

Unknown said...

tahniah! :)

econpolics said...

family yg berjaya,,,

hasil dpd mama dan ayah,...

dpd sulong smpai la hak kecik,,

tahniah buat mama ustazah..

Werdah said...

Assalamu'alaikum Deena

Makcik tumpang gembira Deena, kerana berkat usaha dan pertolongan Allah SWT, Deena dianugerahi sebuah keluarga yang amat patut dicontohi.. tahniah buat mama dan semua ahli keluarga Deena.. semoga kekal dalam keberkatan dan redha Allah SWT.. Amiin

Tentang bekam tu ada juga makcik buat beberapa kali.. tapi dah beberapa tahun kebelakangan ni, cuba kaedah rawatan yang lain pula.

Salam sayang juga buat Deena. :)

Cikgu Ma said...

assalamualaikum Dik
alhamdulillah,tahniah3.suka hati akak baca entry ni, Deena.terharu,sebak.teringat dulu ada orang yg tak suka kat blog deena tulis bukan2.
kirim salam assalamualaikum kak ummu pada mama ya.ops akak tengah update educational blog akak.malas pula nak log out masuk kat blog peribadi akak.

terokai seni said...

tahniah... suka bila lihat keluarga tu berjaya... harap kita yang baru melangkah ni akan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kejayaan dalam membentuk keluarga yang diredhai Allah

Adinda Amy Sensei said...

salam sis deena farhana...

apa khabar..
tahniah buat mamamu..semoga sentiasa berada dalam sebuah keluarga yang bahagia....

deena farhana said...

to hairil:

timekasih:) barakallhu feek


to kak nadiah sidek:

timekasih kak nad:)


to Nurul:

uishh..sabar2..be strong okeh:)


to iqbal:

tq..iallah jika ada rezeki:)


to kak fa10:

pandai kak fa10 teka ye..ha ah kesan bekam..deena la yg bekam tu..hee


to kak nurkass:

ha ah kak bekam :) tq kak..


to kak Ros:

tmkasih kak ros..mesti kak ros pnah rasa pgalaman mcm ni ye..

deena farhana said...

to nurul ain:

alhmdulilah kak deena sht..skrg kat rmh je buat keje skit2 je..


to hijau daun:

timekasih nizz:)


to kella:

timekasih kella..jomlah dtg sbh...leh jumpe..:)


to melatidaisy:

oo...bilah pun ade ikut kursus bekam ye..bolehla buke khidmat bekam nanti...:)


to kak ainhany:

alhamdulillah syukur....inshaallah kak ain..moga2 mcmtu lah hendaknye...deena pun doakan kak ain sentiase dlm keberkatan allah :)

deena farhana said...

to abunuha:

wslm..trmakasih ust..oh ok2..nnti sy msj:)


to nick irfan:

thanks nick:)


to Lokman:

tmekasih lokman..family awk pun hebat:)


to makcik werdah:

waalaiki salam..

terima kasih makcik..deena juge doakan famly makcik sentiase dilimpahi rahmat..sht tubuh bdn..berjaya dunia akhirat....oh yeke..klu dtg sbh...bekam dgn deena..okey..:)

deena farhana said...

to cikgu ma @ kak ummu:

waalaiki salam kak ummu..terime kasih kak..deena doakan keluarga kak ummu juga dlm keberkatan allah sentiasa..dan moga ukhuwah kite berkekalan.. :)


to cemomoi:

timekasih...moga keluarga encik cemomoi juga akan sentiasa diberi kejayaan dunia dan akhirat:)


to amy sensei:

wslm sis amy..

terime kasih...moga keluarga cik amy juge sentiase dlm kebahagiaan berkekalan:)

cun09 said...

salam...

tahniah utk mama ^_^ ,comel anak ke 3 yeee....moge sihat...

*maaf terlewat*

Abu Syifa' said...

Salam,

Baru ketemu blog ini, Moga seisi keluarga dirahmati Allah di dunia dan di syurga.

www.saripadul.com

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.