30 September, 2009


Hati ini terdetik sayu mengenangkan Ramadhan yang telah berlalu..bertemukah aku dengan Ramadhan akan datang?..diri ini tidak sempurna Ya Allah..diri ini amatlah kerdil di hadapanMu..jadi bantulah aku untuk terus mencari cintaMu..

Saya yang terlalu lemah (part 1)



Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan pergi ke Mesir untuk sambung study. keluarga saya sebelum ni pun tidak ada yang graduan universiti Al- Azhar. tapi memandangkan hanya di sana shj tempat utk dptkan ijazah bidang ni,tpaksa juga berfikir. Saya nak juga tapi takut juga..takut tak mampu nak habiskan pengajian..huhu.. saya mencongak sendiri..bagaimana ini..patutkah saya mencuba sesuatu yang saya sendiri tidak pernah tersangka. if i decide to go, that means anything happen i must finish around three years there! wahh.............................could i? seperti biasa..family bagila semangat..bla..bla..bla..wah,jahatnya. bukan apa, malas nak tulis kata2 semangat yg pjg..huhu..finally, i've make my decision.go to egypt. waktu pisah dgn famly kat airport..wah,tak payah crita la..bosan nanti org baca blog saya ni. ok..bla bla bla..kali pertama jejak kaki kat bumi anbia'..rasa tak percaya.ah,tgk tu..lagi2 ayat yg membosankan. percaya je laa! dah sampai pun. mengada betul. sampai tu, dah ada org2 dpm tunggu direct pg mansurah..dlm bas sepanjang jln tu..ahhhh, hati dah mula gundah gulana. RINDU la apalagi..bila tgk pdg pasir sepanjang jalan..Ya Allahh..saya dah jauh sgt dr keluarga..mula la ingat meja mkn kat rumah..bilik saya..dinding rumah..haaa..bru padan muka!! hijaunyee rasa..tak rasa biru dah..ok..sampai kat mansurah..pg kat markaz..adalah pimpinan hewi bg sepatah dua kata. biasalah, selamat dtg ke bumi anbia pd adik2 baru..bla bla bla. ups sory..xingat dah klu nak crita ucapan tu..jujur ckp, masa tu tak excited sgt sbb tersangatlah letih..tambah lg kerinduan yg makin memuncak..wah, ni rasa hitam dah ni..bukan hijau lg..aduh..lamanya lg nak balik..uikk, bru smpai dah nak balik?? memang. klu ada penerbangan balik, memg nak balik. kwn saya ckp, gila kau ni..wah2 berlagak ye..eksyen btl kwn aku sorg ni..steady konon. nanti kau. besok2 kau nangis kelua air mate darah, rindu kat mak kau, aku xkan pandang! huh! malam tu kami kena kuarantin kat bait yg namanya Najhi..xboleh kena angin klu budak bru..nanti sakit..mmm..mandi pun xbleh..wah...panjangnye lg klu nak cita semua..xckup ruang blog ni. nak pendekkan cita..bila waktu tauzi' bait..saya ditempatkan kat bait namanya Salsabila 1..musyrifah bait salsabila ada dtg ambik saya..kak tikah dan kak azwin.masa tu bru tau la yg kak azwin tu exco dpm.wah, rumah saya ada exco..huhu..masa salam dan berkenalan dgn diorang..saya senyum semanis2 nya supaya bagi nampak sikit kat diorang, org yang nak duk umah diorang ni comel lah jugak..wahahaha..takde maknenye.. so..bermula lah episod INTAN FARHANA DI BUMI ANBIA'.. sangat byk coretan suka dan duka.yg paling byk kisah duka..uwaaa..klu nak cita semua..memg putusla jari2 saya ni menaip..mm..tp ada masa nanti saya nak jugak cita sbb saya nak famly, kakak n adik2 saya tau yg saya tidak GAH sewaktu dlm pengajian..so..to be continue...

Nothing Impossible..

Maahad Al-Fatayat Imam Al Maalik El Mansoura, Egypt
~my faculty~
In the Name Of Allah, most gracious and most compassionate..i believe that our life is full with up and down. When things go wrong, as they sometimes will, when the road you are trudging seems all up hill, when the funds are low and the debts are high, and you want to smile but you have to sigh, when care is pressing down a bit, get rest but dont quit! life is queer with its twist and turns, as sooner or later everyone learns and many failure turns about..when he might have won had stuck it out, dont give up! you might succed with another ways.succes is failure turned inside out..the silver tint of the clouds of doubt and you never can tell how close you are, it maybe near and it maybe far.so, stick to the fight when you are hardest hit, its when things seem worse that you must not quit..firstly, i thought that i can't finish my study..with the whole of my struggling..survive with little strength..but finally...i get my first bachelor. Alhamdulillahi rabbil a'lamin..this is just happen with god's loves. with this succes i hope i dont being such an arrogant..please guide me Ya Rabb..thanks to Allah..beautiful loves to all my family..my friends..i dedicated this succes for all of you..for all my friends which have to proceed their study at 'Ardhil Kinanah' especially my beloved sist Noorazwin, my beloved friends solehah, huda, fairuz, amal, redha, sharifah kamilah, sist suniza..and the others..wish you all the best..DONT QUIT..IT CAN BE DONE!

Permata Words


"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah
kehidupan yang dengannya hati anda akan
benar-benar hidup."
~Sayidina Hasan bin Ali~
"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai
tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak
menciptakan dirimu secara sia-sia."
~Ali Zainal Abidin bin Husein~
"Ada tiga perkara yang akan menghancurkan.
Orang yang menganggap banyak amal
perbuatannya dan berasa kagum dengan
pendapatnya sendiri."
~Muhammad Baqir bin Ali Zainal Abidin~
"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang
dituju, maka segala daya upayanya menjadi
sia-sia."
~Muhammad Jawad bin Ali~

My soul

Dear mama and papa..
no words i can say
you've been with me
all along the way
when i was in troubles
you've been there for me
when i was sick
both of you've been there for me
when i was dropped
you've came to me and stayed with me
you gave a world of strength
oh my dearest ma and pa..
can i ever say just how much it meant?
yours sweet and selfless spirit
that deals with those come-what-mays
i tell you now..quite honestly..
you've brightened all my days
papa worked so hard to earn the funds
to keep us living well..
and mama the words that says it all
so much that i could tell
like how she gift so much to us
my thanks for her im praying
she did at all and never stop
my dearest ma and pa..
every seconds i learned how to be a good person
as good as both of you..
yours guiding always with me
you put me strong on top of this world
sweet family means everythings
in the world to me..
i've learned from your example and folks..
im praying to Allah..
loves my parents just how their loved me
when i was kid..
thanks to my ma and pa..
i moved ahead just because of yours strength
to a future with hope..
i love both of you..
until the end of my life..
thanks again from the beginning till the end for..
my beloved ma and pa..
Ustaz Nu'man and Inah..
p/s:this picture was taken at markaz dpmm mansoura,egypt during our vacation..

Sukar dan Indahnya Sabar

Apakah itu makna sabar? Bila kita seharusnya berlaku sabar? sabar bermaksud menahan. Sabar bermakna berupaya menahan diri dalam melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu untuk mencapai redha Allah. Berdasarkan Al-Quran dan hadis, kesabaran bererti"ketahanan" seseorang di jalan menuju kesempurnaan jiwanya.

Namun kesabaran sering disalah ertikan. Kita biasa sangat alami dan dengar apabila berlaku suatu musibah, orang akan berkata "sabarlah..memang dah tak ada rezeki, sabarlah..biar lambat asal selamat, sabar dulu..tidakkan lari gunung dikejar. Sabar dengan karenah suami/isteri. Contohnya, orang perempuan kena tahan sabar walaupun telah bertahun-tahun menghadapi keganasan rumahtangga, sabar demi anak-anak dan sebagainya.

Fahaman sabar dalam konteks itu sebagai lambat, perlahan, menangguh, demi rumahtangga dan anak-anak serta sebagainya adalah mengelirukan, iaitu menganggap sabar sebagai tolak ansur apabila berhadapan dengan suasana yang tidak menyenangkan. Padahal, kita tahu yang dikehendaki dengan sabar itu jauh lebih tinggi dan mulia dari sekadar tolak ansur.

Para cendikiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1) Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa manusia biasa seperti kefakiran atau kelaparan, kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, jiwa dan harta benda.

2) Sabar terhadap keinginan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan dengki, tamak dan marah.

3) Sabar terhadap kemewahan hidup yang diperolehi di dunia ini. sesungguhnya ramai orang yang mampu bersabar ketika diberikan ujian, tapi tak mampu bersabar ketika diberi kenikmatan dan kemewahan hidup.

4) Sabar dalam menunaikan ketaatan yang sememangnya banyak halangan memerlukan tiga peringkat:

-sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

-ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

-selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan sesuatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5) Sabar dalam bersedia menghadapi risiko penderitaan di jalan Allah setelah mengatakan kebenaran seperti contoh para nabi, kesabaran yang akan memuncak yang dimodelkan oleh Bilal bin Rabah yang dihempap batu didadanya di padang pasir yang panas, seperti menyampaikan dakwah"amar makruf nahi mungkar"dalam masyarakat. Khubaib dan keluarga Yassir yang rela dibunuh daripada menukar aqidahnya.

Bagaimana merealisasikan sifat sabar dalam kehidupan seharian? Dalam Islam kita diajar apabila kita berada dalam keadaan marah dari posisi berdiri hendaklah kita duduk dan jika perlu baring untuk meredakan kemarahan bukan sebaliknya. Kita juga disuruh berwudhuk untuk menahan sifat marah dan tingkatkan sabar. Bagi merealisasikan sifat sabar dalam kehidupan seharian, saya tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh kiai Abdullah Gymnastiar@ Aa Gym(pendakwah terkemuka Indonesia dan Malaysia). Secara ringkas beliau menjelaskan, sabar itu bukan pasrah. Sabar adalah jalan yang perlu ditempuh. Ada tiga jalan sabar yang mesti kita sempurnakan iaitu:

1) Sabar dalam meluruskan niat

Dalam melakukan sesuatu perkara, nilai dulu apa niat dihati, untuk apa? apa kesan atau hasilnya? bagaimana cara hendak melakukannya? oleh itu dalam kehidupan harian kita mesti perbetulkan niat.

2) Sabar dalam memyempurnakan ikhtiar

Sebelum melakukan sesuatu perkara perlu ada perancangan, kita mesti usaha sungguh2 dan sabar dalam memyempurnakan ikhtiar tersebut sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud"kejahatan yang dirancang boleh mengalahkan kebaikan yang tidak dirancang". Atau dalam bahasa mudah"kegagalan merancang adalah perancangan untuk gagal".

3) Sabar dalam menerima hasil

setelah mempunyai niat, usaha dan sabar melaksanakannya, kita sepatutnya bersabar dalam menerima hasil iaitu bersyukur dengan hasil yang dikurniakan oleh Allah terhadap apa yang kita usahakan.

Perlu diingat dalam kehidupan ini, walaupun ikhtiar dan usaha serta niat yang tepat dan murni telah dilakukan, namun hasilnya bukan kejayaan dan kebahagiaan, tetapi kegagalan dan kekecewaan. Di sini kesabaran sebenar kita diuji dimana orang yang ikhlas dapat menerima hasil dengan sabar dan harus bersangka baik kepada Allah, mungkin kejayaan itu ditangguh oleh Allah ke akhirat. Tidak bahagia di dunia, kita harus percaya bahagia itu disimpan oleh Allah untuknya di akhirat. Inilah sabar yang hakiki.

Sebagai kesimpulannya, sabar adalah satu sifat manusia yang perlu didikan berterusan tidak ada penghujungnya sehinggalah nyawa berpisah dari badan... wallahu a'lam..