14 October, 2010

Masuk gereja


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya teringat seorang kawan pernah bertanya dengan saya, "ko pernah masuk gereja?". Saya jawab, "pernah". Kemudian dia kata, "haram masuk gereja, apalah ko ni". Saya diam. Kemudian saya tanya dia, "kenapa haram?"

Dia jawab, "tu pun mau tanya lagi, haramlah!". Huh. Jawapan tidak menepati kehendak soalan. Tapi saya faham kenapa dia jawab macam tu.

Saya memang kerap masuk gereja dulu sebab selalu hantar nenek setiap hujung minggu untuk bersembahyang. Kondisi tubuh nenek yang sudah uzur menyebabkan pergerakannya sudah tidak segagah dulu, jadi nenek sentiasa dipimpin bila berjalan.

Saya juga pernah sentuh rantai nenek yang berlambang salib, masa tu nenek mandi, terlupa rantai dia di bilik air dan minta saya ambilkan. Saya juga selalu tidur bersama nenek di biliknya yang ada lambang dan gambar Jesus.

Disebabkan nenek tinggal berseorangan, saya dan keluarga lainnya sentiasa datang menemani nenek di rumahnya. Kami menunaikan kewajipan bersolat seperti biasa dan bergaul dengan nenek tanpa ada jarak di antara kami.

Ada kawan yang kata saya berdosa besar kerana memasuki rumah ibadat orang bukan Islam dengan sengaja dan tidak cuba untuk pertahankan agama sendiri. Saya faham. Niat dia mungkin baik, sekadar untuk mengingatkan. Tapi mengingatkan dengan cara meletakkan hukum sewenangnya adalah kurang tepat.

Dalam apa juga situasi, bila bercakap berbaur emosi, boleh jadi percakapan kita selalunya menjadi sia-sia walaupun niat asal kita baik. Sebab itu saya selalu kata, sensitiviti itu perlu, melatah jangan sekali.

Dalam hal ini, memasuki gereja tidak haram, bersolat di dalam gereja juga boleh. Saidina Umar pernah mendirikan solat di sebuah gereja dan setelah itu gereja tersebut telah bertukar menjadi sebuah masjid. Ini menunjukkan tidak terdapat hukum haram apabila memasuki gereja dengan syarat masuknya kita ke dalam gereja bukan dengan niat untuk kufur.

Tetapi, tidak bermakna kita dengan sewenangnya boleh keluar masuk gereja. Maksud saya, suka-suka hati masuk tanpa ada keperluan dan tujuan yang penting, tak payahlah mengada-ngada cari hal gali lobang kubur sendiri.

Islam ini mudah, tetapi ingat, jangan terlebih 'ambil mudah'. Moga Allah melindungi kita selalu :)

23 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam...

Kurang faham di kalangan orang Islam boleh menimbulkan kekacauan di kalangan muslim dan bukan muslim.

Kejumudan golongan yang kurang faham ini seharusnya diisi dengan sentiasa mencarigali ilmu daripada yang tahu, bukannya sekadar menjdi 'pengikut' semata.

Unknown said...

Nice kak. Simple tapi padat. Saya sendiri sudah jelek dgn sikap beberapa manusia yg mudah melulu, meletakkan hukum. Jelas menampakkan kejahilan diri mereka sendiri.huhu

Apa beza Iqbal Syarie dengan Ayah Pin ?

wani gaga gugu gege said...

oh, rindu betul sama nenek.

Nadiah Sidek said...

susah juga bila org duk bercakap sesuatu yg di luar pengetahuannya. blh jadi salah fhm pd org lain. ada juga yg duk kata non-muslim tak boleh dibenarkan masuk ke masjid sedangkan takde masalah utk itu. hmm..susah la kan bila org duk keluarkan hukum sendiri..

econpolics said...

ilmu d pagi hari,,belajar bersama ustazah,,,,

sahromnasrudin said...

Islam itu mudah tetapi jgn dipermudahkan..kita suka menjatuhkan hukum tanpa usul periksa selain memberatkan perkara yg asalnya sunat menjadi wajib..semoga tingkahlaku ini dpt dihindarkan

zue said...

salam farhana,
lama sungguh k.zue x singgah sini.
moga farhana sihat hendaknya.

org kita seslalu pndang luaran saja dah mula nak menjatuhkan hukum. begitulah yg trjadi baru2 ni bila org bukan islam yg tidak mmakai tudung hanya ingin mmberi sumbangan telah di salah ertikan.

deena farhana said...

~Ros Illiyyun~

wslm kak :)

betul, menjatuhkan hukum membuta tuli selalu mengundang ketidak sefahaman di kalangan kita..terima kasih kak :)


~Iqbal~

betul tu, awk abaikan je org yg tuduh awk pengikut ayah pin. org tu jeles dgn awk, tu dia ckp mcm tu..


~wani gaga gugu gege~

wah, my cousin! how r u girl..hopefully fine :) miss u so much..


~Nadiah Sidek~

memang susah kak..entahla..

deena farhana said...

~Lokman~

awk ni..sy bkn ustazahla..kang sy panggil awk ust Lokman, nak?


~sahromnasrudin~

org kita suka sgt mcmtu, menghukum melulu..


~zue~

wslm kak zue, deena sht, hrp kak zue pun sht..itulah, sedih dgn golongan yg mcmni..

Unknown said...

nenek akak ni kristian ke? pening kat sini... hbis akak ni agama apa? maaf tanya?

deena farhana said...

~NICK IRFAN~

ye, nenek sy kristian. sy Islam :)

free2, baca post bwh ni,

http://farraoshin.blogspot.com/2010/06/tiada-tepi.html

Anonymous said...

kenapa dikata haram?

masalah bila tidak tahu malas bertanya..

bersabarlah ya..

cun09 said...

salam deena ^_^

ramai yg suka menghukum org tanpa mengetahui benar atau salah...
yg benar disalahkan tetapi yg salah cepat2 disembunyikan setiap kesalahannya...

deena farhana said...

~maCy~

hmm..dah tya, dia xjwb pulak..hee, thanks macy :)

deena farhana said...

~cun09~

wslm kak liza ^_^

entahla kak..susah juga nk bckp dgn org jenis mcmni..jenis xmau kalah sbnrnya..

Syed Mohd Syahmi said...

n i have been wanting to go tu church but still never got the opportunity to :)

kella said...

salam deena.. lama kita tak bertandang kat sini, harap deena tak amik hati..

bila baca semua di atas tu, hati tertanya mahu tahu lebih lanjut tentang deena.. tentang cerita nenek deena tu.. hmm..
kalau sudi berkongsilah kan.. :)

deena farhana said...

~saidina Ali~

wanna go to church just have a look?

deena farhana said...

~kella~

xamik hati,xpe..faham :) kella nk tau psl nenek deena? klu psl nenek nti kella bace ni bile2 lapang ye..

http://farraoshin.blogspot.com/2010/06/tiada-tepi.html

kella said...

thankss.. :)

entri deena kat atas tu panjang! nak amik mood baca ngan tenang.. nnti kat umah nak baca.. hehehe

Unknown said...

oh.. mcm tu ke? sory ye tnya... :)

Anonymous said...

saya setiap minggu bawa anak gi main kat playgroup bertempat di gereja. Saya ajelah satu2nya orang melayu yg pergi ke sana... dan saya pun x berani nak ajak kawan2 melayu yg lain, agak sensitif bagi mereka

Not yet an Esq said...

masuk gereja x salah....nk tunai solat dlm gereja pn x salah....

tpi fakta yg salah ialah mengatakan Saidina Umar solat dalam gereja, itu salah.

Saidina Umar menolak utk solat dlm gereja bg mengelak kekeliruan.

Saidina Umar menunaikan solat di sebelah sisi gereja itu, dan disitulah terletaknya Masjid Umar.

Bukannya gereja tersebut ditukar menjadi masjid.

Sila kaji selidik kembali fakta saudari