31 January, 2011

Tolong ingatkan Najib


Bismillahirrahmanirrahim..

Lama terbiar blog ni, maafkan saya kerana beberapa minggu sebelum ini terlalu sibuk dan saya baru sahaja selesai melapor diri sebagai guru KPLI j-qaf di Institut Perguruan Guru Kampus Kent, Sabah.

Mengikuti sesi orentasi dan minggu pengurusan pelajar baru yang sangat memenatkan. 2 hari qodho' tidur yang tak cukup semasa minggu orentasi. Badan semua rasa sakit. Letih tak terkira. Orang lain rilek je, saya ni macam nak pengsan dah. Namanya pun orentasi, minggu menguji ketahanan diri. Memang sah la saya paling lembik antara semua. huhu..

Selesai sahaja minggu orentasi, kami dibenarkan pulang bercuti seminggu sempena tahun baru cina. Saya mendapat perkhabaran bahawa Mesir kini sedang bergolak. Presiden Husni Mubarak sedang menghadapi gelombang kebangkitan rakyat Mesir yang semakin menggila.

Saya cuba menghubungi sahabat baik saya di Mesir, dan ternyata keadaan di sana amat membimbangkan. Rusuhan besar-besaran berlaku di beberapa bandar utama seperti Kaherah, Dumyat, Tanta, Iskandariah, dan tempat saya belajar dahulu semasa di Mesir iaitu Mansoura.

Semakin ramai yang melaungkan protes terhadap pemimpin mereka, pistol-pistol kini sudah kelihatan. Ramai yang sudah terkorban dan cedera akibat rusuhan yang tidak terkawal. Perintah berkurung sudah dilaksanakan di beberapa tempat yang darurat termasuklah Mansoura.

Mereka-mereka di Malaysia yang mempunyai anak dan saudara mara yang kini sedang berada di Mesir, sudah pasti teramat bimbang dan risau mengenai keselamatan mereka di Mesir.

Saya mohon, tindakan drastik patut diambil kerajaan Malaysia sebagai langkah menyelamatkan pelajar-pelajar kita di sana sebelum berlaku sesuatu yang buruk. Saya pernah mengalami suasana rusuhan di Kaherah satu masa dulu, dan pengalaman itu sangat membuatkan saya juga teramat risau tentang keselamatan sahabat-sahabat saya yang kini masih berada di bumi Mesir.

Mari kita sama-sama doakan agar Mesir beroleh satu jalan penyelesaian dan kembali tenang dan seterusnya dapat menyelamatkan puluhan ribu nyawa termasuklah pelajar-pelajar Malaysia yang sedang bernafas di bumi anbia' itu.

Saya amat berharap, kerajaan Malaysia peka dengan situasi ini dan mengambil langkah terbaik untuk pelajar-pelajar kita di sana.

Terima kasih Perdana Menteri.

9 comments:

Abd Razak said...

السلام عليكم ورحمة الله

Mudah-mudahan keadaan di sana kembali pulih seperti biasa dan didoakan semoga umat Islam termasuklah rakyat kita sana selamat dari sebarang bahaya...amin

Nadiah Sidek said...

oh..deena jadi cikgu la nnt ye..

deena boleh contact sahabat deena kat mesir ke? guna apa ek? sbb ari tu terbaca yg internet kat sana semua dah diblock. harap2nya malaysian kat sana selamat hendaknya

sahromnasrudin said...

assalamualaikum....

semoga sdra kita disana terus selamat dan dilindungi Allah SWT

Werdah said...

Assalamu'alaikum Deena

Tahniah dapat serta KPLI.. semoga segalanya dipermudahkan Allah..

Mudah2an pergolakan di Mesir tu segera berakhir..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam deena...Alhamdllh,hari ini(kt berita tv)..pelajar2 malaysia disana..akan dibawa pulang!

Iffah Nabiha Ahmad Jailani said...

Kak Deena,

Ini, entri untuk contestnya...

http://islami98.blogspot.com/2011/02/emneya-contest.html

Username : Iffah Nabiha Ahmad Jailani
No.: 438

hairil said...

dear dato' najib,

jemput pakai flight MAS ye...nk duk kat pilot

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

semoga mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.