05 December, 2010

Elak kekeliruan :)


Bismillahirrahmanirrahim..

LAA ILA HA ILLALLAH. MUHAMMAD RASULULLAH. Tiada tuhan selain Allah. Muhammad itu Rasul Allah.

Saya terpaksa buat entri ini sebagai penjelasan pada entri sebelumnya. Sudah ramai yang send text pada saya, teguran di ym dan blog. Kawan yang ada di Kuala Lumpur pun sudah mesej bertanya pasal entri itu. Saya bimbang, entri saya sebelum ini menimbulkan kekeliruan seterusnya menjadi fitnah. Lalu saya cuba tampil dengan penjelasan.

Siapalah saya untuk berbicara soal hukum dan fatwa. Sekadar tamat mengaji Al-Azhar itu sama sekali tidak melayakkan saya untuk sewenang-wenangnya menggubal fatwa. Namun, bagi yang mengikuti jejak langkah hidup saya melalui blog ini, mungkin akan lebih mudah faham kerana kebanyakan tempelan di blog saya ini bersangkut paut dengan kehidupan saya.

Saya membaca banyak pendapat tentang isu ini dan harus saya jelaskan kembali kerana ada yang seperti sudah salah anggap bunyi entri saya itu.

Penjelasan saya:

Haram ucapkan, menghadiri upacara sambutan Krismas, berarak dan merayakan bersama perayaan kaum kafir. Ini penting kerana hanya melalui perkataan, aqidah akan rosak. Ini fatwa dari ijmak ulamak Arab Saudi kebanyakkannya.

Saya berpegang pada fatwa ini beberapa ketika sehinggalah usia saya semakin dewasa dan meningkat, dalam masa yang sama keluarga saya di kelilingi dengan begitu ramai saudara mara yang bukan Islam.

Contoh terdekat, ibu kandung kepada mama saya (nenek saya) sehingga kini adalah penganut kuat Katolik dan sangat memusuhi Islam satu masa dulu. Dia marah teramat sangat pada 5 orang daripada 6 anaknya kerana telah memeluk agama Islam.

Pada masa itu, terlalu banyak konflik yang berlaku antara kami sehingga nenek saya mengatakan kepada mama saya "kalau aku sudah mati, kau jangan datang tengok mayat aku. Tidak boleh, kerana kau orang Islam dan bukan lagi keturunan aku"

Kata nenek saya lagi "Islam ni sombong, semua tidak boleh" dan bermacam lagi kata-kata yang memang jelas sangat memusuhi Islam. Kemudian, kami fikir, hanya dengan mendekati dan memberikan kasih sayang kepada nenek sahaja jalan terakhir untuk rapatkan jurang antara kami sekaligus saya takrifkan ini sebagai langkah perlahan untuk membawa nenek saya kepada syahadah.

Kemudian saya mula mencari tahu tentang isu ini supaya saya dan keluarga lebih tenang dalam usaha mendekati nenek agar hubungan darah antara kami tidak putus begitu sahaja.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berpendapat keras dalam larangan terhadap hari perayaan orang-orang kafir dan begitu juga mereka yang menyokongnya.

Syeikh kabir Imam Al-Qardhawi mengatakan ini:

"Saya bersama Ibnu Taimiyah untuk tidak menyetujui umat Islam yang merayakan hari raya, hari raya orang musyrik dan ahli kitab sebagaimana kita melihat sebahagian umat Islam yang merayakan hari Krismas, idulfitri dan iduladha. Inilah yang tidak boleh dilakukan. Kita memiliki hari raya, dan mereka memiliki hari raya.

Namun saya berpendapat, bahawa mengucapkan selamat pada kaum kerabat, saudara mara, tetangga, rakan atau hubungan sosial lainnya yang mengharuskan adanya kasih sayang dan hubungan baik serta dibenarkan oleh syarak adalah tidak mengapa.

Syaikhul Islam itu memfatwakan hal itu sesuai dengan kondisi zamannya. Jika hidup di zaman kita sekarang, melihat kompleksiti hubungan antara manusia, dunia yang luas kini seperti desa kecil, keperluan umat Islam untuk berinteraksi dengan non-muslim, keperluan dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam, menampilkan gambaran Islam dengan gambaran ramah bukan keras, dan khabar gembira bukan ketakutan, mengucapkan hari raya kepada tetangga dan kawan bukan bererti keredhaan terhadap akidah dan kekufuran,

melihat orang Kristian sendiri tidak menganggap hari rayanya sebagai aktiviti agama yang dapat mendekatkan diri kepada tuhan tetapi menjadi tradisi negara yang dihabiskan untuk menikmati hari cuti, makanan, minuman dan hadiah antara sahabat,
Ibnu Taimiyah pasti akan mengubah dan meringankan pendapatnya. Kerana dia adalah orang yang selalu mempertimbangkan waktu, tempat dan situasi dalam mengeluarkan sebuah fatwa"

Walaubagaimanapun, saya tegaskan sekali lagi bahawa, saya dan keluarga hanya mengucapkan selamat pada nenek di hari perayaannya, dan tidak pernah sama sekali menyambut dan menyanyi memuja-muja bersama nenek pada hari perayaan itu, namun, harus diingat entri saya ini bukanlah seperti mahu berlagak seolah mahu menegakkan suatu yang haram, saya berpegang pada pendapat Syeikh Imam Al Qardhawi mengenai permasalahan ini dalam usaha mendekatkan hati nenek saya kepada Islam.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Esa, kini nenek saya sudah boleh menerima Islam adalah agama kami. Tiada lagi maki hamun terhadap anak-anak dan cucu.

Setiap kekurangan itu adalah kelemahan saya, yang benar lagi haq, adalah Allah azza wajalla. Moga syahadah menjadi milik nenek saya suatu hari nanti :)

11 comments:

Melatidaisy said...

salam alaik habibati ukhti,

laju sungguh die update smpaikan bilah slalu tertinggal tren.hehe :)

laisa fihi musykilah kak..inshaAllah dgn perkongsian di sini n byk lg sumber2 dari sahabat2 maka kekeliruan akan kembali jernih.. hanya Allah yg mengetahui niat dalam hati setiap makhluk-Nya ..

bilah doakan semoga suatu hari nanti nenek akak peroleh hidayah dariNya..hidayah milik Allah .. kita doa byk2 :)

Syed Mohd Syahmi said...

sorry, kak deena sbb lambat nk komen. :)

starting, sy bukan yang faqih utk pendapat sy diambil sbg fatwa. sy meluahkan pendapat semata2 meraikan permintaan kak deena yang sy hormati.

perlu diingat, asas sambutan krismas bukanlah dari kristianiti, tapi sebenarnya dari orang pagan. namun kita pada hari ini menerima sambutan tersebut sebagai sambutan ulangtahun kelahiran jesus, yang juga merupakan nabi isa yang wajib kita imani.

ringkasnya, menyebar ucapan untuk perayaan non-muslim terletak pada dua hukum, seperti dalam fiqh interaksi dengan non-muslim.
1. harus. dengan ucapan yang tidak mengandungi rasa redha dgn agama tersebut.

2.haram. utk ucapan yang mengandungi unsur redha dgn agama tersebut.

adapun ucapan "merry christmas" atau juga dikenali sbg "Christ Mass" hanyalah ucapan agar mereka mendapat suatu perayaan yang meriah. maka ucapan ini adalah ucapan yang harus.

adalah lebih baik andai kita dapat 'enhance' ucapan tersebut dgn dakwah secara halus atau lembut melalui persamaan antara kita dan mereka. contohnya, kita nyatakan kepada mereka kecintaan kita kepada jesus. ceritakan kepada mereka bagaimana jesus menurut islam. bagaimana kelahiran jesus. dan bagaimana islam mengangkat jesus.

wallahu'alam. sekadar perkongsian

ILA HonEyBuNNy said...

salam ziarah...1time masuk blog neh.....tumpang baca yer...

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Saya baca

dan baca

dan faham...

Syed Mohd Syahmi said...

dan lebih cantik kalau kita dapat highlight atau dapat tanya asal-usul sambutan krismas ni.

kerana sambutan krismas bukan merupakan sambutan orang kristian, tapi orang pagan.

dan byk juga terdapat orang kristian yang tak menyambut krismas, kerana sambutan itu sebenarnya bukan sambutan utk menyambut kelahiran jesus.

Nadiah Sidek said...

akak dulu pun hanya tahu tu je: haram wish tapi bila baca artikel Dr.MAZA, baru clear tambah2 dlm situasi kitorang yg berada di US ni

Affieza said...

Sama2 lah berdoa moga pintu hati nenek deena akn terbuka utk menerima kalimah syahadah suatu masa nanti...

hairil said...

turun salji x kt sabah tu??

:P

Shiezan Laksa said...

Alhamdulillah.. penerangan yg cukup clear tuk kak,

kella said...

Syukur.. ada penerangannya di sini..
Alhamdulillah...

(untuk pengetahuan deena, kita baca entri deena dari belakang tau, mula dari entri yg mula2 tertinggal ke entri paling baru..)

:)

ainhany said...

deen,

bukan mudaah rupanya meraikan sesuatu perayaan. jika tak kena gaya jadi haram rupanya.

bagi akak ini sebagai tanda persahabatan dan ucap gumbira buat guru..tak lebih dari itu..
Mereka juga sebagian dari kita dan dlm diam kita doakan mudah2an kebaikan kita mnjadi satu dakwah buat mereka.

Apapun Deena bertuah. Akak menghormati pandangan deen dlm hubungan kekelurgaan yg harus didulukan. W'aklam