07 January, 2011

Kisah Pemotong Kayu


Bismillahirrahmanirrahim..

Baru ni kawan saya bercerita pasal seorang pemotong kayu. Zaman dulu, ada seorang hartawan telah berpesan agar dia ditemani 44 hari di dalam kubur bila dia sudah mati nanti. Malangnya, tiada seorang pun yang sanggup.

Kemudian, hartawan itu menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang sanggup menemaninya di dalam kubur selama 44 hari, akan mendapat separuh daripada hartanya. Kemudian, bangkitlah seorang pemotong kayu yang miskin menyatakan kesediaannya untuk menemani hartawan itu apabila sudah mati.

"apalah sangat sekadar menemani orang kaya dalam kubur cuma 44 hari jika dibandingkan dengan kerja abang susah payah masuk hutan setiap hari mencari rezeki??" kata isteri pemotong kayu itu.

Maka tibalah saat kematian hartawan itu. Si pemotong kayu itu pun menunaikan janji dan masuk bersama ke dalam kubur yang telah di bina seperti rumah itu untuk menemani mayat si hartawan selama 44 hari. Kemudian, 7 langkah orang terakhir meninggalkan pusara si hartawan, maka datanglah 2 makhluk yang diberi tugas untuk berhadapan dengan si mati.

Pemotong kayu itu pun tahu yang datang itu adalah malaikat mungkar dan nakir yang akan menjalankan tugas menyoal si hartawan, lalu si pemotong kayu berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada 2 malaikat itu.

Namun apa yang terjadi sebaliknya, si pemotong kayu pula yang telah disoal dan bukan si hartawan yang telah mati itu. Si pemotong kayu pucat sekali, namun dia tetap menjawab setiap pertanyaan 2 malaikat itu.

"apa kamu buat di sini?" Si pemotong kayu disoal.

"aku menemani si mati selama 44 hari" jawab si pemotong kayu.

"apa harta yang kamu ada?" dia disoal lagi.

"aku cuma ada sebilah kapak" jawabnya. Kemudian, malaikat itu hilang. Keesokan harinya, malaikat itu datang dan bertanya lagi pada si pemotong kayu.

"dari mana kamu mendapat kapak ini?"

"aku membelinya" jawab si pemotong kayu.

"apa kamu lakukan dengan kapak ini?" tanya malaikat itu lagi.

"aku mencari rezeki dengan memotong kayu di hutan menggunakan kapak ini dan menjual kayu-kayu itu" jawabnya dan kemudian malaikat itu hilang lagi.

Keesokannya, 2 malaikat itu datang lagi.

"adakah kamu pasti setiap kayu yang kamu potong itu sama berat dan ukurannya apabila kamu potong dengan kapak itu?"

"entahlah, aku potong cincai-cincai je, manalah dapat nak potong sama rata semua dengan kapak ni" jawab si pemotong kayu dengan jujur. Kemudian malaikat itu pun hilang. Keesokan harinya, 2 malaikat itu datang lagi dan bertanya mengenai kapak itu dan begitulah hari-hari seterusnya sehinggalah hari ke 44, 2 malaikat itu datang menghampiri si pemotong kayu.

"hari ini adalah hari terakhirmu, aku ingin bertanya, adakah kapak ini...." belum sempat malaikat itu menghabiskan ayatnya, si pemotong kayu mencelah.
"tunggu! tunggu!" si pemotong kayu segera berlari ke arah lubang keluar dan memanjat ke atas dengan segera.

Sebaik tiba di atas, kelihatan orang ramai sedang menantinya untuk bertanyakan pengalaman semasa di dalam kubur, namun si pemotong kayu dengan tergesa-gesa meninggalkan tempat perkuburan dan menuju pulang ke rumah.

Sampai di rumah. Isterinya hairan melihat suaminya yang pulang dengan tangan kosong.

"mana harta yang dijanjikan untuk abang tu?" tanya isterinya.

"kalau ko nak, ko gi ambiklah! aku tak nak!!" jawab si pemotong kayu sambil menggelengkan kepala.

"aik?? kenapa bang???" isterinya bingung.

"aku tak nak harta tu!! sebijik kapak pun malaikat tanya 44 hari!!! inikan pula separuh harta!!!!! gileeeeeeeeeeeeee!!! aku tak nakkk weiiiii!! ko nak, ko gi ambik, nanti malaikat tanya, ko jawab sendiri ye! jangan panggil aku tau!" jawab si pemotong kayu dengan wajah gerun.

Si isteri melopong.

P/s: saya terus pandang kain baju saya yang berkodi-kodi dalam bilik..belum masuk barang-barang saya yang lain. Adduss....

15 comments:

Anonymous said...

terima kasih kak deeNa untuk perkongsian yang sangat menarik, cukup untuk mnyedarkan kita...jadi moga harta yang kita ada walau 10sen dapat dikerjakan ke jalan yang benar...amin...:)

NAJ HEBAT said...

haha.

betul juga.

semua benda akan di tanya. semua amalan akan dihisab.

renung2kan.

kella said...

haa... kita pun turut sama terlopong...
huh.... masakla macam nih!

terima kasih deena sudi berkongsi cerita yang sangat mendalam maksudnya!

akhirnya dapat update dari deena!

semoga deena sentiasa berada dalam keadaan sihat sokmo! :)

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Cerita yang sangat menarik, semoga memberi keinsafan kepada kita semua...Terima kasih :)

terokai seni said...

memang gila kain baju kita berkondi nak jawab camana la gamaknya nanti

Unknown said...

anda dapat award!!!

hairil said...

Ngeeeeeeee!!

stokin aku mase dajah satu pun ade lagiiii!!

huh...sdekah kat kucing aku la...bg dia wat selimut

Hafriz Mohamad said...

Menarik...
tazkirah sinis. =)

Unknown said...

hehehe kapak pun kena soal mana datangnya? kalau harta xthu la lagi lama apa disoal...

deena farhana said...

to Nurul ain:

ye inshaallah ain..moge mcmtula hendaknye:)


to Naj:

slmt dtg :)


to Kella:

deena pun terlopong je lps dgr tu..hehe:))

deena farhana said...

to kak Ros Illiyyun:

sama2 kak:)


to cemomoi:

haa..tu la..xtau cane ni..sy nk sedekah dah baju2 yg xpkai ni kat org yg memerlukan..


to Nick Irfan:

terima kasih awardnye:)

deena farhana said...

to Hairil:

biar betul stokin drjah satu ade lg??huhu..


to Hafriz:

slmt dtg :)


to Nick Irfan:

satu benda kena tanya 44 hari.awk sggup?

cun09 said...

salam rindu dik ^_^

kak liza baru dengar citer niii bln lepas masa usrah kt umah...memang buat kita berfikir, byk nyeee harta-benda milik kita yg kena jawab nanti...kekadang terfikir, mampu kee kita nk menjawab nanti!!

***moga sihat***

ainhany said...

salam deen,

Astafirullahal azim.
semuga ALLAH mmampuni khilaf kita..satu sindiran buat diri..mcm tak beharta tapi berharta juga upernya kita nie...:(

Unknown said...

Hai semua,
ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penderma buah pinggang yang sihat diperlukan dari semua kumpulan darah. Kami akan memberi anda harga yang jujur dan rawatan terbaik untuk pemindahan anda sebagai rawatan perubatan terbaik terbaik. Anda boleh menderma atau menyokong membantu memperbaiki kehidupan pesakit buah pinggang & mereka keluarga menghubungi kami di: drmercyhospital686 @ .com
whatsapp dr mercy hospital +2348100367800 atau whatsapp
  +491639478840
Dermawan-Bantuan-Sokongan Menjadi penyelamat Hidup.