26 December, 2010

Emneya (part 5)


Emneya mengambil keputusan untuk tidak pulang terus ke rumah, dia ingin bertemu doktor Andi petang itu. Cekodok yang dari tadi di bawanya, diletak perlahan ke dalam tong sampah berhampiran sebuah kedai. Hatinya sayu memandang kotak itu, namun dia harus kuatkan hati.

Masih terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan selain dari kuih cekodok itu. Dia memujuk hatinya. Apa yang penting, suaminya bahagia dan terus gembira. Dia kemudiannya mengemaskan langkah ke tepi jalan untuk mengambil teksi menuju ke hospital. Temujanjinya dengan doktor Andi sudah dua hari berlalu. Dia bukan lupa, tapi belum bersedia mendengar penjelasan tentang penyakitnya.

Tetapi hari ini, dia tekad untuk berhadapan dengan doktor Andi dan sedia mendengar apa sahaja. Sepanjang jalan menuju hospital, fikirannya menerawang entah ke mana. Tapi yang pasti, rindu terhadap Erman semakin kuat.

"u must be admitted" kata doktor Andi. Emneya diam. Dia tidak tahu hendak jawab apa. Dia bukan tidak mahu mendengar kata-kata doktor Andi yang berpengalaman itu, cuma dia tidak tahu bagaimana untuk jelaskan pada Erman hal itu dalam masa terdekat ini. Dia juga belum bersedia jika Erman tahu tentang sakitnya.

"keadaan saya teruk ke?" tanya Emneya.

"ye, ujian darah yang latest menunjukkan awak di tahap berbahaya" jelas doktor Andi.

"actually u are so weak right now Emneya, saya nak awak duduk wad supaya senang nak pantau keadaan awak" tambah doktor Andi lagi.

Emneya diam lagi. Dia tahu doktor Andi ingin membantu, tetapi hatinya berat untuk menerima cadangan doktor Andi yang menyuruhnya untuk tinggal di wad. Lagipun dia tidak bersedia untuk berjauhan dengan Erman meskipun mereka berasingan bilik, paling tidak dia masih boleh melihat suaminya depan mata.

"nanti saya buat keputusan, buat masa ni saya nak duduk rumah dulu ye.." kata Emneya kepada doktor Andi. Doktor Andi mengangguk tanda dia menghormati keputusan sementara dari Emneya itu.

******************************************

Di rumah, Syarifah Nur Zalia sibuk menyediakan parti makan malam sempena menyambut hari lahir Erman, anak kesayangannya itu. Dia menggunakan khidmat katering untuk menyediakan makanan istimewa buat semua tetamu yang bakal hadir, dan sudah semestinya Ku Sarah sekeluarga adalah tetamu paling istimewa di majlis makan malam itu.

"Mek Jah! neya mana?" tanya Syarifah Nur Zalia setelah seharian dia tidak melihat Emneya.

"neya keluar tengahari tadi puan" jawab Mek Jah.

"keluar pegi cari jantan lah tu! dasar betina sundal memang macam tu lah, Mek Jah jangan selalu nak bela dia, kang tak pasal-pasal Mek Jah dapat saham masuk neraka tau!" Syarifah Nur Zalia bercekak pinggang menghadap Mek Jah.

"astaghfirullah..tak baik puan tuduh neya macam tu" kata Mek Jah perlahan. Syarifah Nur Zalia tidak berkata apa-apa, dia menjeling sambil berlalu meninggalkan Mek Jah sendirian di dapur.

Menjelang pukul 8 malam, tetamu semakin ramai yang datang. Erman masih terbaring di atas katil biliknya. Kecamuk di fikirannya masih belum reda. Dia mengakui, Emneya masih utuh di hatinya. Namun, ego lelakinya tidak pernah pudar dan keegoan itulah yang telah mencipta jurang antara dia dan Emneya.

Emneya bangkit dari pondok rehat berhadapan laut itu setelah menyedari hari sudah gelap. Selepas bertemu doktor Andi tadi, dia singgah di situ untuk mengambil angin petang. Hatinya tenang bila melihat air laut yang membiru.

Emneya berjalan kaki ke jalan hadapan mencari teksi untuk pulang. Dia bimbang Mek Jah risau hari sudah malam tetapi dia masih belum pulang. Tiba-tiba kepalanya rasa berpusing, pandangannya berpinar. Dia terduduk di tepi jalan dan muntah beberapa kali.

Syahriz, teman karib Erman yang mendapat jemputan ke majlis makan malam sempena hari jadi Erman kebetulan lalu di kawasan itu. Dari jauh dia memperlahankan keretanya. Dia hairan melihat perempuan duduk di tepi jalan malam-malam begitu.

Syahriz memberhentikan kereta di tepi jalan dan keluar mendapatkan perempuan itu. Sungguh dia terkejut melihat perempuan di tepi jalan itu adalah Emneya, isteri pada kawan baiknya.

"neya! awak kenapa? buat apa kat sini malam-malam ni??" Syahriz sedikit cemas melihat keadaan Emneya yang pucat lesi itu. Emneya hanya mampu menggeleng. Kepalanya masih rasa berputar-putar.

"mari ikut saya, saya nak ke rumah awak juga ni" kata Syahriz.

"tak apa, saya balik sendiri je" Emneya menahan sakit, beberapa kali dia termuntah di hadapan Syahriz. Syahriz makin cemas melihat Emneya.

"awak kenapa ni? tak sihat ke??" tanya Syahriz lagi.

"saya sihat, tak ada apa-apa, jangan bagitahu abang ye" Emneya takut Syahriz memberitahu tentangnya kepada Erman.

"okey-okey, tapi awak kena ikut saya, bahaya awak sorang-sorang ni" kata Syahriz lagi. Lama baru Emneya bersetuju, dia tidak mahu orang-orang pandang lain dia ada dengan Syahriz, teman baik suaminya sendiri.

Sampai sahaja di rumah, Syahriz membantu Emneya berjalan memandangkan keadaan Emneya yang kelihatan terlalu lemah. Namun, Emneya menolak dengan sopan, katanya dia boleh berjalan sendiri.

Majlis makan malam sudah lama mulai. Semua tetamu yang hadir agak terkejut melihat Emneya dan Syahriz waktu itu. Erman juga sama. Hairan kenapa Emneya ada bersama Syahriz.

"kan aku dah kata! dia ni memang betina sundal! sampaikan kawan Erman pun kau tibai jugak??!!" tajam mata Syarifah Nur Zalia memandang Emneya. Emneya yang masih lemah, tidak mampu berkata apa-apa.

"no..no..auntie, dont get wrong, let me explain" kata Syahriz. Semua mata tertumpu seolah sedang menonton wayang. Air muka Erman sudah berubah, cemburu kini menguasai mindanya. Perasaan marah yang kian hilang terhadap Emneya membara semula bak api yang marak menyala!

"u see Erman, dah nampak kan betina ni macam mana?" kata Syarifah Nur Zalia kepada Erman. Sarah yang sejak tadi berdiam, mengukir senyum tanda puas melihat Emneya kini di posisi sukar membela diri.

"no man, no! listen to me! i'll explain!" Syahriz tidak menduga boleh jadi seperti itu, yang pasti Erman dan semua manusia yang ada di dalam rumah itu sedang salah sangka terutama pada Emneya.

"abang.." air mata Emneya sudah berguguran. Dia mendekati Erman mengharapkan secebis kepercayaan dari suaminya. Namun Erman bukan seperti dulu lagi yang sentiasa meringani bebannya, tetapi dia kini adalah Erman yang penuh dengan prejudis dan curiga terhadap dirinya.

"u are showing who u are! i never expect u such a cheaper women in this world! dont touch me anymore!" buat pertama kali Erman menengking Emneya sekeras itu.

"man! kau dah salah faham ni, please man, listen to me!" Syahriz berusaha membetulkan keadaan itu.

"if u still wanna be my friend, shut up!!" kemarahan Erman semakin jitu. Hatinya panas berapi. Syahriz bingung dengan situasi itu. Dia benar-benar tidak menyangka akan jadi separah itu.

"kau berambus sebelum aku punch!" Erman menyuruh Syahriz keluar dari rumahnya. Syahriz yang kesal dengan Erman segera beredar meninggalkan majlis itu.

"kau jangan menyesal man.." getus Syahriz sambil menggelengkan kepala dan terus meninggalkan banglo mewah itu.

*bersambung*

16 comments:

hairil said...

selipar kat umah aku byk yg da usang2....

kang tak ke tong sampah gi mulut erman ni plak

grrrrrr!

Syed Mohd Syahmi said...

klimaks. mmg menarik.

sy tak minat baca cerita, tapi jadi tertarik plak episod ni :p

cepat2 update :p

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Tak sabar lak nak tunggu sambungannnya..

Ibu Yusuf Maryam said...

Hmmm.. kak zefa dah lama x bc novel.. kembali semula dgn Emneya..

Kak Imun said...

Salam, deena. Ceritanya tambah suspen la, tidak sabar tunggu sambungannya.....

Naimah SiDiK said...

x sabar menunggu nx part ... pity neya!!... sobb sobb.... abis tisu sekotak

nurkass said...

adehh..bila syaitan sdh menguasai diri..percakapan yg keluar pun kita tak sedar..geramnya pada si batu api tu..ish2..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..jln cerita yg menarik dan mendorong saya untuk menunggu episod seterusnya

terokai seni said...

heee ade cekodok gak? promosi hebat ni...

♥ 미스 kiera ♥ said...

esk smbung ya?


btw..

jum ke sini..ramaikan pengikut pon boleh!


http://owlkieranaa.blogspot.com

tq~

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam..sedihnya baca apa yg telah brlaku pada neya....harap2 dipengakhirannya..happy ending yer..hihi

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Tahniah. Amat menarik jalan ceritanya. Sayang saya tak punya keupayaan dan kreativiti untuk mengarang penceritaan sebegini.

TQ

ummu said...

assalamualaikum deena
untuk menjadi isteri yang solehah
memang susah
meski syaratnya mudah
kerna soal hati bukan perkara mudah
dan selalu mengalah kepada ibu mertua
adalah salah satu jalan yang baik
dalam mewujudkan suasana tidak tegang...

kella said...

hadoi...sahriz!! ngapa ko tak jerit je.. ko jerit je..katalah yang ko cuma tolong neya je! peduli la dia nak cakap apa, patutnya ko luahkan aje..

hadoi.. terover pula aku di sini! hey..nak lawan pengarah ke!? ;p sorry deena.. over lak! :)

kella said...

hadoii.. tak sabar nak tahu cerita selanjutnya ni..
plz ya deena.. sambungannya.. :)

cun09 said...

salam deena...

bersemangat laaa plak part 5 niii ^_^