22 December, 2010

Manis dunia, indah akhirat



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan pena ini setelah beberapa waktu menghadapi situasi yang sukar. Cukuplah saya katakan, ujian Allah tidak pernah sunyi kerana Allah mahu umat manusia terus ditarbiyah dalam pencarian menuju jannah.

Ini berupa entri peribadi. Saya abadikan ikhlas buat sahabat-sahabat saya semua. Di atas itu sahabat-sahabat saya merangkap adik beradik saya semasa dalam pengajian, alhamdulillah, ukhuwah berpanjangan hingga detik ini.

Terharu dengan sokongan dan semangat yang diberikan. Walau macamana keadaan saya, mereka setia mendampingi saya melalui doa dan dorongan.



Di atas ini, kella. Mulanya sekadar sahabat blogger. Kini dia adalah sahabat saya di dunia, dan saya berdoa, juga menjadi sahabat di akhirat.

Saya amat terkejut dan pastinya sangat terharu dengan dia ini. Dia membuat entri tentang saya. Bermula dari entri ini.

Kemudian, entri ini. Kemudian, entri ini pula.

Dan yang terbaru, dia menghargai saya dengan menyertai contest saya melalui entri ini. Saya terkedu melihat keprihatinan dia terhadap saya dan sudah pasti saya sangat terharu.

Ini bukan segmen pujian dan pujaan berlebih-lebih. Hanya sebagai ucapan 'Terima Kasih' tidak terhingga buat Kella yang begitu mengambil berat tentang saya. Terima kasih juga buat teman-teman Kella yang sudi mendoakan saya.

Saya punya impian. Impian yang membuatkan saya sentiasa sedar betapa ranjau persahabatan bukan sekadar kita tersenyum pada sahabat, tetapi juga mampu memimpin tangan sahabat ketika dia jatuh tersungkur di pentas dunia ini.

Impian saya agar dapat bertemu dengan semua sahabat saya di akhirat sentiasa menjadi sebahagian permohonan rutin saya di dalam doa. Bertemu di dunia, dan bertemu di akhirat.

Salam penuh mahabbah juga buat adik-adik saya yang manis, Melatidaisy dan Iqbalsyarie. Tiap hari tidak jemu bertanya khabar. Walaupun kadang tidak berbalas, namun kebaikan anda semua tersemat utuh di hati ini.

Juga buat semua sahabat saya.

Terima kasih sekali lagi:)

P/s: Marathon Emneya akan muncul selepas ini. Mesti nak tanya apa dia marathon emneya tu kan? Insha-Allah, jika tiada halangan, Emneya part 4 dan seterusnya akan diupdate berterusan bagi mengelakkan rasa terlalu jenuh menunggu. Takut nanti ada pulak yang tarik diri contest :p

Penyertaan masih dibuka, siapa yang rajin, saya alu-alukan :)

13 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Deena..k.atie x sabar nk tggu sambungan kisah Emneya nie...best sgt citenya!

Nadiah Sidek said...

akak dah siapkan entry contest. 2-3 hari lagi insyaAllah akk publish. tak tau la betul ke tak yg mcm deena mintak psl karangan tu. hrp2 diterima la ye..uhuhu..

Puan Nurussalwa said...

salam, indahnya ukhwah deena dan sahabat2..

:)

sahromnasrudin said...

as salam..semoga ukhwah yang sedia terjalin kan semakin erat lagi...

kella said...
This comment has been removed by the author.
LYaFRINA said...

tq deena.. saya kenal deena pon melalui kella..

kella mmg terlalu baik orgnya.. selalu bersama disaat kita susah.. dia mmg seorg sahabat y sgt setia. bertuah kita krn mengenalinya..

terokai seni said...

nabi kabo, nak kenal seseorang, lihat le sapa kawannya...

hairil said...

bagai aur dengan tebing

bagai selipar dengan kaki

bagai gula dengan kopi

bagai kucing dengan prisskiss

selamat berkawan selamanya

cun09 said...

salam deena...

Alhamdulillah sudah kembali sihat ^__^

moga ukhuwah terus terjalin

**jaga diri**

Adinda Amy Sensei said...

salam sis deena farhana...

apa khabar..
dgrnya tak sihat?
semoga lekas sembuh..
ameen...

Unknown said...

Kak..saya nak denfar cerita akak

Melatidaisy said...

salam sayang buat kak deena :)

jazakillah khairr ats jambangan ukhwah indah ini.. semoga akak sentiasa dalam rahmat dan kasih syg Ilahi selalu.n semoga akak, bilah n sahabat2 semua terus tabah dgn apapun ujian dr Dia.insyaAllah.

maaf sbb bilah x dpt join contest, coz bilah x dpt bg komitment utk blogging buat masa ni.. kdg2 je blogging.hehe..tp bilah ttp sokong emneya n still waiting 4 the next entry..u got a great talent sis ! keep it up k :)

p/s: malam ni bilah balik kg..doakan ya..t bilah call balik, xsempat nk bual panjang pun aritu ^_^ ..

Admin P@P said...

Salam.
Persahabatan dijalin dengan niat yang tulus kerana Allah, menjaga tertib, elak kemungkaran.

Semoga bahagia.

TQ