25 June, 2010

Lokman minta tolong


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni jenguk blog, baca latest komen dari Lokman katanya nak minta tolong (kembali bersiaran dalam bahasa Melayu..hehe) Saya pun dengan berhati waja segera ke blog beliau..ngeh3x..

Alkisahnya dia minta tolong agar diberi penjelasan tentang mesej-mesej yang diterimanya, anda boleh klik sini untuk baca entri dia.

Sebelum tu, saya dengan rendah hati nak kata kat Lokman, saya bukan alim ulamak yang lidah cair berbicara soal hukum-hakam, saya pun still sengkek jugak ni. Apapun demi persahabatan sebagai teman blogger, lebih-lebih lagi baru ni brader Lokman telah menjadi pahlawan menentang 'Aku' di chatbox saya, dengan ini saya cuba semampu yang boleh..caiyok2! :P

Ok, ini mesej pertama yang dia terima.

"Malam tadi penjaga Makam Baginda telah bermimpi...........(bla..bla..bla..) tolong sebarkan, jika tidak anda akan ditimpa bala"

Penjelasan saya:

Mesej tu sama lah seperti surat berantai, risalah berantai, emel berantai dan apa-apalah yang sewaktu dengan rantai..ehh, silap...apa-apalah yang sewaktu dengan yang 'berantai' ni. Hujung dia mesti suruh kita sebar, jika tak sebar, akan jadi macam-macam, konon pak kita akan ditelan lembu lah, nenek kita akan mati tercekik ikan masin lah, bini beranak kepala takdelah, perut akan meletup esok lah..pendek kata kita dapat BALA.

Nasihat saya, usahlah percaya pada semua yang namanya berantai ini kerana ianya mengandungi unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik..err..takutnya nak sebut word syirik ni..kang kena hentam lagi..weii korang! udah2 lah hentam blog ni, lebam melebam dah..tak kesian ke.. :(

ok, kenapa saya kata ada unsur syirik? bilamana kita mempercayai sesuatu yang buruk terjadi kerana tidak menyebarkan mesej berantai itu, dibimbangi akan tergelincir dari aqidah Islam dan seterusnya membawa kepada syirik..uihhh deena...udah le tu sebut syirik..kang berdentum plak lagi ni kang blog ni..hohoho. ok, selesai yang pertama.

Mesej kedua yang dia terima.

"wahai kawan2..jangan berdoa meminta Israel dilaknat, kerana maksud ISRAEL adalah TUHAN KAMI, Isra=yang teratas, El=kami fikirkan. Gunalah istilah yahudi laknatullah, sila sebarkan maklumat ini...Wallahualam bissowab"

Ok, sebelum tu Lokman tanya word 'bissowab' mendalah apa tu?

~word 'sowab' ini bermaksud benar. So lebih kurang maksudnya macam ni "Allah yang lebih mengetahui dengan perkara yang benar"

Penjelasan saya untuk mesej kedua:

Err..pertama kali baca mesej tu dengan takrifan ISRAEL begitu. Saya tak tahulah sama ada meaning dia macam tu. Apa yang saya tahu, (ini yang saya tahu, yang saya belum tertahu, jangan pulak hentam saya) ada tegahan melaknat dengan nama israel/isro'il yang merujuk kepada nama nabi kita iaitu nabi Yaakub alaihissalam yang mana Allah SWT pernah memuji kemuliaan beliau di dalam Al-Quran bersama kedua ayahnya iaitu nabi Ibrahim dan Ishak.

Allah juga melaknat bangsa israel itu di dalam Al-Quran tetapi ianya dengan menggunakan perkataan yahudi dan bukan dengan perkataan israel.

Jadi ada seruan mengenai tegahan melaknat dengan nama Israel sang zionis yang memang terang lagi bersuluh tiada pertalian agama dengan nabi Yaakub dan hal ini dibimbangi dalam masa yang sama kita melaknat seorang nabi yang mulia di sisi Allah SWT.

Tetapi saya yakin, penggunaan word israel yang digunakan oleh kebanyakan orang adalah merujuk sepenuhnya kepada sang yahudi zionis laknatullah itu dan bukanlah bertujuan untuk melaknat dan menghina nabi Yaakub alahissalam.

Israel yahudi ni memang otak geliga, yang terbaru saya tahu diorang dah buat satu page khas di facebook, mana-mana pengguna laman itu yang menaip perkataan 'israel', contoh: 'hancur wahai israel', automatik nama pengguna itu akan ter link ke page mereka tu dan penama-penama yang ada di page itu diisytiharkan sebagai penyokong mereka. licik kan?

ok, itu sahaja lah yang saya boleh tolong. Mana yang tidak cukup dan kurang tepat, boleh rujuk kepada yang lebih tahu. Lokman, saya pun budak masih belajar. Kita sama-sama lah terus belajar ye. hehe..

uhh..agak panjang juga entri ni..huhu..sorry..

19 comments:

nuriz said...

panjang lebar penjelasan ni..dpt jugak sesuatu hari ni :)

Anonymous said...

ostazaaaaaaaaah.....


aye pon nk eetak olong lehh....??


:P

terokai seni said...

lebih pelik surat berantai ni dulu dicritekan sorang tu telah bertaruh (berjudi) kendian menang pulak dan dia dermakan sikit bla, bla, bla.. ada ke patut Allah rahmati dia dengan berjudi tu..


dah cuba tolong dia tapi tak memenuhi kriteria

econpolics said...

kenapa saya baca sambel tergelak2,,,

lagi2 kat MESEJ pertama tu,,heee


ooowwwhhhh,,,begini rupanya,,,

seb bek saya x penah percaya kat MESEJ 1 tu,,xpenah sebar pun,,,



yang ke2 plak,,,,,xpa kan,,,,kerana niat kita ek,,ok2,,

paham sudah,,,uppss terlebeh sudah,,,

kekekeke...


SYUKRAN YA USTAZAH,,,,SYUKRAN,,

p/s: tq in arab paleng senang,,,

heee

econpolics said...

mintak izin ye saya post kat fb...

walaupun saya da post dulu b4 type mesej nie,,hakhak

Nida n' Hanafi said...

Israel ni tak pernah kenyang menghirup darah umat Islam...

sahromnasrudin said...

penjelasan ustazah senang utk difahami..tahniah ;-)

Abd Razak said...

Salam...

Sangat bahaya sms camtu kan! Ia menyumbang kepada gugurnya aqidah jika mempercayainya..

DAKWATUNNISA said...

pengongsian yang bermakna. Terima kasih akak.=)

Melatidaisy said...

salam kak..

bilah pun dah macam bro lok, bace smbil gelak..best, jawapan yg sempoi tapi msg jelas, tq kak :)

salam rindu mahabbah lillah dari melatidaisy :))

Nadiah Sidek said...

yg 1st tu mmg byk akk terima. entah apa2 je. selalunya akk terus delete je tapi rasanya ramai kot yg tak tahu..tu yg duk main forward2 tu

Unknown said...

Tahniah ustazah!!saya pun ditanya soalan yg sama oleh bro lokman dan saya dah siap tulis jawapan,cuma saya taknak publish sbb artikel Latest post: PKR bukan lagi Politik?? saya ni masih fresh lag!nanti takde org baca,saya tak dpt saham~hehe

InsyaAllah esok,jwpn saya akan menyusul tapi mmg lebih dhaif drpd akak punya la...dan juga lebih panjang!!!huhuhu

deena farhana said...

to nuriz,

trm ksh jenguk ke mari. slm kenal dr sy :)



to ismihairil,

eh, tomeinye dak ni..umo bape dik? 2 thn? :P



to cemomoi,

huhu, Allah xakan redha pada benda yg terang2 haram di sisiNya..takut je dgr..

deena farhana said...

to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,

eheh..lu mmg slalu gelak, tu yg hdup ceria aje...

oh sila2, nk link ke mane2 je bleh..no hal :)



to Nida,

betul kak, dlm Quran pun sebut dorg xakan bhenti smpai dunia ni kiamat..



to sahromnasrudin,

trm ksh, sy budak br belajar :)

deena farhana said...

to Abd Razak,

wslm, betul.sgt bahaya. mohon semua berhati2 la..



to dakwatunnisa,

sama2 kasih wahai adikku :)



to melatidaisy,

eheh..bilah pun mmg suke smile same la cam broLoq tu, thats why happy je slalu..mekasih bilah..syg bilah sokmo :)

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

deena pun dpt byk msj mcm tu kak..tp xpnah sebar. syg krdt je..



to iqbalsyarie,

yeahh...ust iqbal menjawab persoalan! mmg mantaplaa klu ust iqbal..tungggguuuuu

Nurul Izza said...

kate ustaz hasrizal, jgn dibuat benda gitu takut dikhuatiri kt TERjatuh ke lembah syirik dan khurafat.bilamana sesuatu yg kt xtau tp konon bila xbuat jd mcm tu..kalau dh kt taksub dan percaya benda tu akn jadi kan?

gitula kot ..iza lupa daa.. kalau salah betulkan ye..

deena farhana said...

to NURUL IZZA,

ye betul tu iza, yakinlah semua yg terjadi adalah qada' dan qadar dr Allah :)

Aefa Aerisya said...

entry yg bermanfaat.. aefa minta izin ya nak post kat blog.. utk perkongsian dgn rakan2 yg lain :)