30 May, 2010

Entri istimewa :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Hati saya betul-betul terharu bila membaca entri dari Nur Ilahi milik ukhtil mahbubah kak Saholyatul Akma..

"Selingan ini hati besi nak tujukan khas buat Ukhti Habibati Intan Farhana@deeNA..
siapa deeNA ni? Nak cerita sikit mengenai sahabat merangkap adik saya ni...takpe kan deeNA??

Kenal deeNA semasa kami sama-sama nak pergi ke Mesir dulu, yelaa..kami sama-sama dalam satu kapal walaupun tak sama institusi...sampai ke Mesir duduk sama-sama dalam satu rumah pulak..(masa minggu orientasi la) lepas tu kami sama-sama ditauzi'kan ke rumah masing-masing.

deeNA ni seorang yang betul-betul menyenangkan...tidak lokek untuk senyum dan mesra orangnya..saya memang seorang yang beruntung mengenali Intan..

Walaupun sekarang kita dipisahkan oleh Laut China Selatan :) namun ingatan di lembaran ini sudah cukup membuatkan hati besi seolah-olah terasa seperti benar-benar duduk dan mengadap wajah 'cute'nya..."terima kasih Intan kerana sudi singgah di hati besi akak ni"

Oleh kerana dalam blog ini Intan dah bagi banyak award pada hati besi...mcm best sgt je Nur Ilahi ni..jadi entry ni adalah 'tanda kasih sayang' dari hati besi...(nak bagi award tak berkesempatan nak buat :D )

Sesungguhnya hati besi amat menyayangi ukhuwah ini, semoga kita sama-sama menempuh dugaan dunia dengan saadah, berjumpa di jannah sana...ameeen"


Sebaik selesai membacanya, airmata saya bergenang. Saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin rindu saya pada kak Akma sangat menebal saat ini. Saya pernah membuat entri khas tentang beliau sini dan sini.

Waktu itu Allahyarham suaminya masih dalam keadaan koma akibat kemalangan dan kak Qema pula sedang sarat mengandung dan sudah hampir melahirkan.

Bila mendengar perkhabaran duka itu, hati terlalu ingin berada di samping kak Akma untuk bersama memberi sokongan dan semangat buatnya. Namun kekangan kerja serta komitmen menghalang hasrat saya.

Dari kejauhan saya panjatkan doa serta Al Fatihah buat Allahyarham suaminya dan saya berdoa moga Allah campakkan seteguh ketabahan serta kesabaran di hati kak Akma dalam menyusuri kehidupan hari muka tanpa seorang insan bernama suami.

Saya amat terkesan dan terdidik bila melihat tarbiyah Allah kepada kak Akma. Beliau insan terpilih untuk menerima ujian sebegitu. Moga kekuatan hati yang dimiliki kak Akma dapat menjadi iktibar dan sumber inspirasi buat saya yang selalu lemah.

Kini kak Akma sudah menjadi ibu. Bayi yang comel diberi nama Aufa Hannan, nama peninggalan Allahyarham suami untuk satu-satunya zuriat mereka. Aufa lahir ke dunia tanpa seorang ayah, namun saya yakin, itu adalah petanda bahawa Aufa bakal menjadi permata Islam penyambung jihad Allahyarham ayahnya di dunia ini. Insya Allah.

Buat kak Akma, saya juga sayang ukhuwah ini, mohon agar persahabatan kita ini sentiasa mekar di jambangan restu Ilahi.

Salam sayang dari saya,

20 comments:

hati besi said...

salam Intan,bgenang air mata ni..hati akak betul2 terusik dgn entry intan..syukran jazilan mendoakan akak dan Aufa..Biar seberat mana Allah uji kita, sebagai hamba kita kena kuat dan tabah melaluinya..yang tinggal kena teruskan kehidupan..betul tak intan?sesungguhnya ukhuwah kita ini adalah sesuatu yang paling indah dalam hidup ni..Syukran Rabbi atas rahmat persaudaraan ini..syg intan

Unknown said...

wah...indahnya ukhwah itu~

cun09 said...

salam deena...

sedih jeee baca n3 niii...

Melatidaisy said...

salam penuh kasih utk kak deena,

sgt touching entri ni hinggakan sy mengalirkan air mata.. ma ajmalal ukhuwwah :)

persahabatan kerana Allah, nikmat kasih sayangnya amat luar biasa kita rasakan..thanks akak sebab sudi jadi sahabat saya di sini .. semoga ukhwah ini sentiasa dalam keredhaanNya .. Allahumma Ameen..

:)

Mama Zharfan said...

salam ziarah..nice blog

sahromnasrudin said...

trime kasih atas award tue..sy amat2 hargai ;-)...ada sy letak dan link di sebelah kanan blog sy..jemput singgah :-)

Ibuhani said...

itulah dia.....kalau ikatan ukhwah ikhlas yg kuat...x kira ada kat mana pun....hati kita akan tetap ingat n doa adalah cara yg terbaik utk yg jauh. Semoga ukhwah itu berpanjangan :)

deena farhana said...

to hati besi,

kak qema kuat smgt ye..trmksh sbb msh menghargai pshbtn kita..insya Allah satu masa sy nak jumpa kak qema n aufa..teringin sgt..

kak qema n aufa jg dri baik2 ye..sy sentiasa doakn yg terbaik buat kak qema n aufa..

syg kak n aufa...

deena farhana said...

tp iqbalsyarie,

indah nya ukhuwah kita semua :) trm ksh iqbal, sudi jd sahabat pena farhana..

deena farhana said...

to cun09,

wslm kak..

moga kekuatan hati kak akma jd smgt buat kita..

deena farhana said...

to melatidaisy,

slm terindah juga buat melatidaisy..

trm ksh juga buat ketulusan melatidaisy bersahabat dgn kak deena..kak deena sgt hargai dan syg ukhuwah ni..keep in touch ye..

insya Allah satu masa kita bertemu muka..insyaAllah..

deena farhana said...

to mama zharfan,

trm ksh sudi ziarah ke sini..slmt dtg ke pena farhana.. :)

deena farhana said...

to sahromnasrudin,

sama2 :) ok nanti sy ke sana ya..trm ksh sudi hargai award dr sy :)

deena farhana said...

to Ibuhani,

:) betul tu kak..sy pn hrp ukhuwah dgn k.ani pun sentiasa mekar harum mewangi..nak jumpa gak dgn k.ani..blh x..hee

piewahid said...

salam farhana,
ukhwah yg terjalin sesama muslim dan lillahi taala akan kekal indah & abadi.

deena farhana said...

to piewahid,

wslm :)

alhamdulillah..mohon agar ukhuwah kita semua begitu hendaknya :)

Abd Razak said...

Salam ya ukhti..

Moga ukhti akma sentiasa tabah..

deena farhana said...

to Abd Razak,

wslm..

ameen insyaAllah..trm ksh atas doa :)

ummu said...

salam sis
ukhuwah fillah
tidak kan musnah
walaupun ombak
walau badai mendesah
tautan erat
tak mungkin patah
..ma ajmala ukhuwah

deena farhana said...

to ummu,

ws.. trm ksh byk :)

slm ukhuwah penuh mahabbah dr sy buat ummu jugak :)