13 February, 2010

Ini benda mudah..


Bismillahirrahmanirrahim..


Kepala masih pening. Sebabnya, terpaksa men'delete' semua layangan emel dari 'mereka' yang tidak dikenali. Belum selesai yang itu, datang pula sergahan dari seseorang yang juga saya tidak kenali.

Tapi kali ini bukan pasal lirik lagu, tapi tentang description blog yang tertulis di atas headblog saya ini. Untuk makluman, tulisan yang tertera itu adalah description yang telah saya tukar. Sebelumnya bertulis begini:"JANGAN PINTA PADA ALLAH DIRINGANKAN UJIAN, TETAPI PINTALAH BERATNYA IMAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN ITU"

Saya tegaskan di sini, membuat entri ini bukan berniat untuk sesuatu yang tidak baik, cuma sekadar ingin sampaikan beberapa hal dan maksud yang mungkin tidak sampai kepada sesiapa yang membacanya.

Seorang hamba Allah telah menegur saya. Katanya, "kata-kata hikmat cik itu salah, JANGAN PINTA PADA ALLAH DIRINGANKAN UJIAN, kerana Quran mengajar kita untuk berdoa agar diringankan ujian. Lalu dia mengarahkan saya untuk menukar ayat itu.

Saya berfikir. Tetapi bukan berfikir samada betul atau tidak tulisan saya itu, tapi berfikir kenapa hamba Allah itu berkata seperti itu kepada saya. Oh, mungkin fahaman kamu terhadap ayat itu berbeza dengan saya, atau fahaman kamu terhadap ayat itu berbeza dengan kami-kami semua?

Hamba Allah yang saya hargai (hargai lah ni, kalau tak, tak buat entri pasal ni), saya mengakui quran ada mengajar kita untuk berdoa agar diringankan setiap ujian, seperti maksud ayat ini "ya tuhan kami, jangan Kau ujikan kami dengan ujian yang kami tidak berdaya".

"tidak berdaya" itu adalah merujuk kepada iman kita. Segala sesuatu cubaan, dugaan dan ujian jika tidak bersama iman, maka segalanya akan menjadi terlalu sukar hatta ujian sekecil zarah pun bila Allah timpakan kepada kita jika tidak punyai iman, sudah pasti haru biru jadinya.

Saya mohon kepada kamu wahai hamba Allah, tolong fahamkan maksud dalam konteks ayat itu. Janganlah kita menjadi orang yang terlalu gemar mempertikaikan hal yang terlalu kecil sehingga menyebabkan berlakunya kekeliruan yang lebih besar dan dahsyat terhadap orang lain.

Saya bukannya tidak mahu menerima, malah saya menghargai teguran anda, tetapi alangkah molek jika perkara yang kita tegur itu adalah suatu yang berbaloi dan orang lain mendapat hikmah darinya.

Hemat saya, lebih baik kita berbicara soal masalah ummat yang begitu berlambak dari membuat pertikaian tentang perkara kecil yang hanya akan menimbulkan keraguan dan kekeliruan di antara kita.

Ataupun pada hemat sahabat saya, lebih baik buat kuih pau berintikan bom c4 bagi kat askar-askar yahudi makan, daripada duk melayan lirik lagu menanti di barzakh syirik atau tak syirik! (sokong!!)

Saya ini bukanlah sufi. Ilmu juga terlalu cetek, jadi saya letakkan diri saya pada aras kecetekan yang tidak terlalu tenggelam dan juga cuba untuk terbang tetapi tidak ingin terlalu tinggi, kerana tinggi itu bisa membuat kita tidak tahu untuk turun ke bumi.

p/s: terpaksa tukar description atas arahan pihak tertentu demi kemaslahatan semua dan juga sebagai menghargai si hamba Allah yang sentiasa berusaha :)

Lepas ni, apa lagi yang tak kena dgn blog saya ni? :(

14 comments:

Nadiah Sidek said...

mcm2 hal ye yg jadikan blog deena ni jd 'tumpuan' :)

Unknown said...

salam kak~!wah........taknak komen pape..panas.terasa...wah,saya ke orgnya??hahaha

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

xtau lah kak, habis diteliti satu blog. semua nk komen.

kalo jd tumpuan utk yg sedikit membahagiakan xpelah..ini...adoi.penin sy.

anyway, thanks kak..

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

wslm dik.. huhu, u oredy know who is the 'man' rite? yg duk tegur psl description kak ni..

adoi. damn tired! apepun, special thanks to iqbal for all ur support..blehla jd B.I.L ... ngeh3

tajnur said...

Salam!
Jgn tension! Relax. Ada byk masa lagi untuk kita lalui perjalanan hidup ni. Kenapa baru tersepak batu dah tak mahu teruskan perjalanan yg masih jauh dan panjang? Anggaplah kita baru nak belajar. Samada salah atau tidak, kita masih dalam proses pembelajaran dan pencarian ilmu dan petunjuk. InsyaAllah, suatu ketika kita akan berdepan kembali bersama dgn semua permasalahan ini sebagai saksi2 antara kita (Surah AlBaqarah:143

deena farhana said...

to tajnur,

sy seperti mengenali anda walaupun dgn link blog yg kosong. apapun, trm ksh di atas komen yg membina.

doa sy, moga diri sy sentiasa mencari sesuatu yg bermakna utk sebuah keredhaan Allah, dan doa sy untuk kamu, moga kamu terus thabat dlm memberi kritikan yg lebih membina.

soalan sy: bila sy ckp sy tidak mahu meneruskan hidup yg entah pnjang entahkan tidak ini?

Anonymous said...

cikgu...cikgu...cikgu....!!

sy nk komen gak...nak..nak..nak...!!

( hehe... :D )

deena farhana said...
This comment has been removed by the author.
deena farhana said...

to ismihairil,

hairil, sape cikgu awk? nk komen ye..komenlahh..huhu

thanks ats komen awk tu eaa..no matter wat, awk adalah kelakar.

heee ^_^

tajnur said...

Salam!
Deena farhana,
Mmg saya suka mcm ni, saya tidak berkesempatan utk meneliti sejak dari mula blog ni diadakan. Oh! kata2 Itu perumpamaan saja, maksud saya sbrg kritikan jgnlah kita mudah melatah atau susah hati. Relax and calm youself. Byk yg kita kena belajar erti penghidupan. Well, see u soon.

cun09 said...

salam deena ^_^

semoga apa yg telah berlaku, dapat menambahkan lagi semangat deena untuk berkongsi ilmu disini...

**lupakan hati2 manusia yg mempunyai hasad dengki**

deena farhana said...

to tajnur,

terima kasih byk2. sy menghargainya.

deena farhana said...

to cun09,

wslm kak liza..eh betul ke kak liza? hehe,klu slh maaf ye..

ye, trm ksh byk..untuk segala yg baik,inshaAllahu taa'la :)

thanks sudi dtg sini ^_^

Unknown said...

sabar ye deena..ini semua dugaan..dunia blog mmg begini..

emm, nak alamat ym deena leh?=)