Bismillahirrahmanirrahim..
Dua tiga menjak ini, saya agak letih. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Biasanya, menatap laman blog saya ini adalah salah satu cara saya menghilangkan letih di otak dan sebagai penghibur hati.
Tetapi, hampir seminggu ini otak saya tambah letih bila buka peti emel, yahoo messenger, dan blog ini. ok, tidak apa. Saya mengerti. Itulah yang dikatakan sebagai ranjau kehidupan. Bukan semua orang boleh menerima jalan fikiran kita.
Jemari juga sudah mula terasa bosan kerana beberapa entri sebelum ini berbunyi agak 'emosi' (ya ke emosi?) seperti entri ini juga. Harapan saya selepas entri ini, jemari masih boleh menukil sesuatu yang lebih bermakna. InsyaAllah.
Bermula dari perihal lagu blog dan description, saya banyak menerima sergahan melalui emel khususnya dari 'mereka' yang mungkin kurang menyenangi tulisan saya. Kini, peti chatbox saya juga sudah mula dicemari dengan topik yang sama.
Apa yang ingin saya luahkan, saya tidak menyenangi situasi ini kerana bagi saya, berdebat untuk suatu benda yang tidak akan ada penyudahnya itu adalah sia-sia.
Kenapa saya kata sia-sia? kerana akhirnya kata-kata kesat dan kasar itu pasti akan timbul dan sudah tentu ada yang akan terluka. Hati saya tersentak bila 'kamu' kata saya ini terlalu mudah melatah, dan yang paling hebat kamu kata saya ini murtad. Saya MERASA semua itu kerana SAYA INI INSAN BIASA YANG SERBA TIDAK SEMPURNA (selagi namanya hamba,pastilah tidak sempurna).
Kalau saya kata kamu yang murtad bagaimana? inilah yang saya katakan, perbalahan yang SIA-SIA.
Apapun, dengan rendah hati saya mohon maaf kepada sesiapa yang kurang menyenangi saya dan juga semua tulisan saya atau apa jua bentuk kelakuan dan tindakan yang mungkin adalah sebuah khilaf bagi kamu dari diri saya. SAYA MOHON MAAF.
Permintaan saya, tolong hentikan situasi yang tidak enak ini dan jadilah sahabat saya yang tulus membimbing saya, jika benar saya melakukan kesilapan.
Saya ini insan biasa, merasa perlu untuk mencoret kata hati saya di laman kepunyaan saya (bukan kepunyaan kamu) dengan harapan, kamu tidak menganggap saya ini mudah melatah. Saya faham, langit tidak selalunya cerah, kerana mendung sedang merangkak di laman blog saya. Saya terima seadanya.
p/s: maaf kiranya masih ada kekhilafan pada kata-kata, kerana saya juga tahu, bukan mudah untuk memuaskan hati semua manusia.
Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang tulus menjalin ukhuwah dengan saya. Saya pasti sangat menghargainya.
16 comments:
Salam!
AlHamdulillah, biarlah kita jadi insan biasa krn kita ni dlm serba kekurangan namun kita bersyukur jadi insan lengkap yg berguna. Oh!ya, jika saya ada mengatakan begitu, maaf dipinta dan tak punya maksud apa2 melainkan kuatkan hati dan teruskan perjuangan walau apa bentuk rintangan. Wallahualam
kesian dia.....meh nk hiburkan hati meh...
jom tgk kerang dumyat kat blog sy ni cik deena...
mna la tau...hilang tensen tu.. :D
astaghfirullah..sampai dituduh murtad?? knp la sampai mcm ni sekali? sekalipun tak setuju dgn pandangan seseorg, jgnlah tuduh sembarangan. nak tegur, tegur la secara baik..jgnlah keluarkn kata2 kesat, nista dan seumpamanya..
sabar ye deena..
salam deena,
akak pun tumpang sedih bila baca coretan deena ni. Kat chatbox tu pun macam2 'dia' tu tulis... bermasalah ke 'dia' tu? Sabar ye...
sabarlah deena, semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
yang penting, ALLAH tahu niat di hati deena sebenarnya...
salam kak intan...
akak, sy dtg ni jenguk akak cam biase.. akak jgn cedih2 ek.. sy sentiasa berpihak kpd akak.. syg akak! big hug for u sis ^_^
mm, btol tu kak.. kita ni hamba. selagi namanya hamba, mmgla x sempurna. jd mmg x semua org akan senang ngan diri kita, cara kita, kata2 kita. ade je yg cube jatuhkan kita, buat kita kelihatan "buruk lg teruk" di mata org lain...
biarkanlah kak.. biarkan mereka sbb mereka mmg seolah2 dengki n sengaja mahu jatuhkan akak. sy memangla x kenal akak scr in person, tp hati sy yakin, akak bukanlah spt apa yg mereka tu katekan n labelkan..
menuduh seorang pempuan mukmin berzina pn dah termasuk dalam 7 dosa besar, ni kan plak sedap2 ngate seseorang itu murtad. astaghfirullah... bg yg tuduh kak intan gitu, tlgla hentikan.. siapa kalian utk tentukan kak intan murtad atau tak?? tau ape itu murtad?? syirik kepada Allah, smda melalui kata2 mahupun perbuatan, yg melibatkan pemesongan aqidah berlandaskan tauhid. kalian ade bukti kak intan buat gitu??? kalau takde.. tlgla hentikan ye.. murtad tu dosa, tp kalau org tu x murtad, tp kalian tuduh dia murtad, bermaksud kalianlah yg dpt dosa.. jd pikir2kanlah ye..
kpd kak intan.. saat akak cedih n sedikit down, penat melayan karenah mereka ni, akak cpt2 ingtkan diri akak.. Laa yukallifullaahu nafsan illaa wu'aha.. akak kuat! sbb tu akak diuji begini hebat sekali.. inshaAllah de ganjaran besar andai akak terus bersabar.. selagi akak di pihak benar, Allah akan sentiasa bersama akak.. sahabat2 yg yakin pd akak juga berpihak pd akak.. termasuklah saya ^_^
er..sori kak.. spt biase sy ngarang panjang2. hehe. harap dpt hilangkan sedikit kekusutan dalam diri akak =) sblm akhir komen ni.. meh sini sekali lg sy nk kasi... big hugs buat akak!! ^_^
to tajnur,
terima kasih, sy mghargainya.
to ismihairil,
timekasih..dh tgk..huhu, kenyang mkn kerang ye.
to Nadiah Sidek,
:) timekasih atas kesetiaan kak Nadiah drop komen kt entri2 sy..
thanks 4 ur support..
to fa10,
thanks kak, dh luang mase drop komen kt sini..
thanks a lot 4 ur support :)
to ibu emy efy eqy,
thanks so much 4 ur support..
sy sgt mghargainya.. :)
to Honeyz,
(big2 hugs 4 u too!)
yg ni long2 nice coment, kak xdpt nk ulas semua ni, takut nti org kata kak cpt melatah lg..
tp nak kata 1 hal kat hani, im appreciating u ever n ever 4 diz relationship..
thanks so much 4 ur great support..big2 hugs 4 u always! :)
biarkan jer
kena ingat bukan semua orang sukakan kita
kita tak dapat puaskan hati semua orang
dan tidak semestinya orang tidak sukakan kita kerana kita yg salah
just slumber jer
to hans,
ye, thanks so much 4 ur words :)
Salam Deena..
Adat manusia, tidak semua menyukai kita dan tidak semua membenci kita.. bersabarlah..
sedih saya baca entry ni kak...huhu
Post a Comment