01 February, 2010

Betapa mahal harga sebuah 'sabar'


Bismillahirrahmanirrahim..


Pagi 30 Januari 2010 jadual penerbangan saya dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Seperti biasa, beratur di hadapan kaunter untuk proses check in. Saya tiba awal di Lapangan Terbang jadi saya antara orang yang berada di barisan hadapan.

Kakak saya dan suaminya yang tolong tempahkan tiket saya secara online. Jadi saya hanya perlu memberi kad pengenalan saya di kaunter. Tiba giliran saya, saya senyum pada petugas MAS yang manis bertudung sambil menghulurkan kad pengenalan saya.

Tetapi, senyuman saya tidak dibalas. Tidak apalah, mungkin dia sedang tekun menjalankan tugasnya, kebetulan pagi itu ramai yang menaiki penerbangan tersebut.

Selang beberapa minit, petugas MAS itu kata, nama saya tiada dalam penerbangan pagi itu. Dia tanya saya, book online ke? saya jawab, ya. Dia tanya lagi, ada print tak? saya jawab, tiada. Lepas itu dia terus cakap, nama saya tiada dalam flight itu.

Saya lihat air mukanya cukup tidak selesa. Saya minta supaya dia memeriksanya lagi sekali. Terus dia jawab, saya dah check, tak de.

Saya sedar waktu itu, saya dalam masalah bila melihat tindak tanduk petugas MAS itu seolah endah tak endah. Saya cuba berfikiran positif. Cari jalan, selesaikan. Kebetulan ada seorang petugas MAS, mengarahkan saya pergi ke kaunter sebelah untuk double check.

Petugas MAS di kaunter sebelah pula ramah dengan senyuman sambil bertanya kepada saya, ada yang saya boleh bantu? kemudian saya terangkan semuanya dan akhirnya selesai. Salinan tempahan tiket online sudah ada di tangan saya.

Kemudian saya terus beratur di barisan kaunter tadi, petugas yang sama sebelumnya. Dia tidak langsung pandang muka saya, dan berkata, dah la tak print, reference number pun tak de. Saya yang dari tadi ambil langkah berdiam dan cuba bersabar, akhirnya tidak mampu bertahan.

Saya jawab agak panjang juga. Ramai orang yang memerhatikan kami. Last sekali saya cakap, kita sama-sama pakai tudung, masing-masingla jaga adab.

Saya kesal, sepanjang saya menaiki mana-mana penerbangan, tidak pernah jumpa petugas semuram itu. Tambah saya kesal, dia tidak dapat kesan nama saya dalam penerbangan kerana jika tempah secara online, nama ayah yang akan di tulis dahulu.

Jadi dia tengok kad pengenalan saya, bukan nama ayah yang di hadapan. Dia terus cakap nama saya tiada dalam penerbangan. Sepatutnya dia lebih tahu procedur itu kerana dia adalah petugas MAS.

Lagi-lagi saya kesal, kerana hari itu, dia kurang bersabar di atas tugasnya. Benar, hati saya terguris dengan kata-katanya. Jika saya yang bersalah sekalipun, dia seharusnya bertindak lebih dewasa kerana saya yakin dia tahu tentang etika kerja.

Apapun, saya anggap ianya sebagai ujian yang sangat kecil. Tidak sebesar zarah pun, tetapi begitulah, terlalu besar harga sebuah sabar sehingga saya tidak mampu untuk berdiam diri dan sempat merasa sedikit terganggu dengan sikap petugas itu.

Saya doakan selepas ini, dia sentiasa tenang dan lapang dalam menunaikan tugasnya dan saya dikurniakan setinggi kesabaran bila berhadapan dengan situasi seperti itu.

p/s: credit to Along and her husband for helping me to book the ticket. Thanks so much..

8 comments:

Unknown said...

huhuhu..takpe kak,sorang aje kot staff MAS yg cmtu.Saya pun bakal jadi staff MAS gak,so saya harap tak jd mcm dia.Apa yg saya tahu cuma bekerja ni stress.kan?hehe

Nadiah Sidek said...

ni juga antara perkara yang akak kesalkan. berbeza sangat dengan kat sini. kalau yang bekerja kat bahagian kaunter (tak kisah la kaunter pasaraya ke, kat airport ke..) sangat bagus layanan diorang pada pelanggan. tak pernah marah2 pelanggan, senyum kat kita, tanya kita apa yang boleh dibantu sebab kat sini customer is always right..

tiap kali nak bayar kat kaunter, ayat yang selalu dengar,

"hi..how are you today?"

tak pernah lagi la akak jumpa macam tu kat malaysia (kadang2 senyum pun tidak kat kita!). sepatutnya benda ni jadi amalan kat malaysia yang terkenal dengan budaya sopan-santun tapi jadi terbalik pulak. kadang2 akak rasa orang kat sini lebih murah dengan senyuman berbanding rakyat malaysia..huhu..

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

btw, kak xsalahkn sgt la staff MAS tu, sebab kita semua ni manusia biasa yg xlari dr buat silap..

good luck on ur future job!

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

betul tu kak, kat malaysia ni kurang sikit keramahan pada orang. saya bukan nak kutuk org sendiri, tapi kadang2 saya rasa kesal tak habis.

memang betul, dari pengamatan sy, org2 negara barat lagi ramah, santun jika nak banding dgn org kita.

sy baru tau, polisi MAS juge CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.huhu..

xpelah, moga kita semua dapat mengambil iktibar dan berusaha tunjukkan sikap yg baik sesama manusia..

trm kasih byk kak..sudi luangkn masa drop komen kat sini..

cun09 said...

salam dik...

Kerana itulah sabar dikatakan separuh daripada iman ^_^

deena farhana said...

to cun09,

wslm kak..

ye betul, maknanya tahap iman sy ni masih tlalu rapuh..harap Allah memberi nusrah terbaik utk sy terus berusaha melakukan yg terbaik..

trm ksih sudi dtg sini, drop komen.. ^_^

Unknown said...

tidak mengapa,kadang2 kita perlu bersuara untuk menyedarkan seseorang..

sabar juga ada limitnya..=)

deena farhana said...

to zihnun fatin,

trm ksh..at least i dont feel so guilty for diz matter..

thanks for dropping here..