Bismillahirrahmanirrahim..
Lahaula wala quwwata illa billah..sesungguhnya saya amat takut pada Allah, jadi saya mohon diberikan nusrah dalam semua perkataan dan tindakan.
Harapan saya, semua sahabat-sahabat yang bertandang ke sini dalam keadaan sihat wal'afiat. Apapun yang sedang berlaku sekarang ini, saya anggapkan ianya sebagai rencah dan rencam dalam kehidupan.
Terima kasih tidak terhingga buat semua yang telah memberikan komen sama ada di halaman entri mahupun di halaman chatbox saya.
Pertamanya, kepada semua sahabat yang telah memberi komen dan membantu saya dengan niat untuk menjernihkan suasana, saya doakan moga hidup kalian dilimpahi rezeki dan nikmat dari Allah, diberikan kesihatan yang baik, diberikan keberkatan umur dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Keduanya, kepada 'human' yang gigih berusaha di peti chatbox saya, saya setulus hati mendoakan agar Allah meredhai seluruh jalan hidup kamu, diberikan keberkatan dalam usia, disuluhkan hidayah pada setiap ruang hayat kamu, diberikan inayah agar menjadi khalifah zuhud di bumi Allah, diringankan segala ujian kamu, dimudahkan segala urusan kamu.
Dan akhir sekali, saya doakan agar kamu beroleh kejayaan dunia, dan pastinya kejayaan dalam menempuh akhirat kelak.
Terima kasih juga di atas semua teguran, saya menerimanya dengan setulus hati.
p/s: saya berusaha untuk 'slamber' seboleh yang mungkin atas nasihat dan komen dari para pembaca, atau bahasa manis berusaha untuk redha. Ya, sudah pasti. kerana saya tahu, ujian dalam blog ini, tidak setanding ujian yang diterima para nabi dan sahabat dahulunya. Jadi, slamber2 ajelah kata mereka :)
tak cukup slamber ke ni? :)
11 comments:
salamalaik..
dear :))
melatidaisy datang bertandang membawa sejambak bunga ukhwah..semoga mekarnya harum menghiasai perjuanganmu..stay cool ukhti !!
terima kasih atas doa deena..semoga dirimu juga dalam rahmat Allah selalu..amin..:)tke care!
Assalamu Alaikum,
Al-Hamdulillah, Saya menyukai kata-kata dan doa anda, semoga Allah swt menerima segala amalan kita. Dan Memasukkan kita dalam golongan yang diberikan keberkatan Akhirat dan dunia. Amin
ye slamber...deena mesti boleh..=)
tiada kata secantik bahasa..
hanya ucapan pengganti diri..
antara budi paling berjasa..
doakan kawan jua diri..
sbnarnya sy nk gtau yg sy msa form 1 msuk pertndingan pantun dan kalah di separuh akhir..
power tak...?? hahaha(gelak sopan...)
cik deena jgn gtau org...!!
take about 1 hour to create this pantun while thinking how to be a great 'wife' today..
nak masak pe nih....?? adoii..
kak,tak sampai sejam saya punya mesej kat chatbox akak dah ilang.haha..dia kata saya nak jadi ulama.amacam kak?layak tak saya?hehe
Salam!
Bila menyebut ttg doa ni, saya lebih tertarik kepada suatu hadis Rasulullah saw,` Dari Tsauban r.a telah berkata, Rasulullah saw telah berkata,`Tidak mengubahkan qadar itu melainkan doa dan tidak ia menambahkan pada umur seseorang melainkan kebajikan dan sesengguhnya seseorang itu mengharamkan rezeki dgn dosa2 yg telah ia lakukan'.
Apa yg nak difokuskan sy disini, org Melayu selalu kata semoga dipanjangkan umur....Had umur dah tetap. Dalam umur yg tetap kita hendaklah memanjangkan dgn amal kebajikan. Smjk kita telah ditiupkan ruh ke dlm rahim ibu kita, umur, rezeki dan ajal telah ditentukan oleh Allah dlm Hadis Mutawatir dan Dlm Surah AlHadid:22. Wallahualam
lps ni deena buat tak tahu je la dgn 'mereka2' tu. takyah jwb apa2 dh. takde gunanya bercakap/berhujah dgn org mcm tu. keep writing ya ;)
to melatidaisy,
thanks dear, wil always appreciate u.. ^_^
to Muhammad,
trm ksh krn brtandang ke sini..sy mghargainya.
to zihnun fatin,
thanks fatin... :)
to ismihairil,
emm...ni sush nk balas pkai pntun ni..apepun,thanks so much :)
to iqbalsyarie,
emm..inshaAllah layak kot.. :)
to tajnur,
trm ksh ats pkgsian.
to Nadiah sidek,
ok kak, thanks ye :)
singgah kejap kat sini.. owh kenapa ni.. saya lambat untuk tahu pasal tuan umah.. apa2 pun semoga Allah sentiasa memberkati tuan umah yer.. smoga sentiasa kuat menghadapi hari-hari baru.. (^__^)
Post a Comment