Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum start story 'indah-indah pahit' ni, saya betul-betul minta maaf buat semua visitors yang telah sudi hulurkan salam perkenalan untuk saya, line broadband saya sangat tidak mengizinkan saya untuk bertandang ke laman anda, insyaAllah, saya akan berziarah semula bila keadaan mengizinkan, dan juga buat teman blogger sekalian, maaf dipinta, tidak bisa mengikuti update kalian, sedih :( maaf ya..nanti line ok, saya catch semua entri balik..
Ok, semalam saya bertemu dengan seseorang yang saya sudah anggap kawan. Saya akui, prestasi dan pencapaian hidupnya kini jauh lebih hebat berbanding saya, punya kerjaya tetap di sektor kerajaan. Saya sudah bekerja namun bukan di sektor kerajaan, hanya bekerja atas tangan sendiri sahaja. tolong kemas rumah pun kerja juga kan?
Saya banyak berdiam dan hanya mendengar kata-katanya. Kemudian saya agak tersentak bila dia kata "graduan dalam negara jauh lebih bagus kalau compare dengan graduan luar negara, terutama yang grad Mesir, adoi..habuk pun tiada, very poor la, menang bangga naik kapal terbang jek.. anak buah i tu, inggeris hancur, teruk betul la"
Dalam hati saya kata.."dia ni tau ka aku grad Mesir ni? atau sengaja nak minta penumbuk sebijik? huh!" ceh..main kasar pulak deena ni :P muahaha..
Dia kata lagi "graduan Malaysia dari timur tengah ni ok, like from syria, Jordan, Madinah, but Mesir..i dont think so" dia cakap tu kalah gaya Fadhilah Kamsah. Dia kata, dia banyak jumpa graduan Mesir yang poor, sampai dia kata "apa diorang study kat sana pun i tak tau lah, tanya pasal hukum pun tak tau,macamana tu"
Masa tu saya memang rasa yang dia sengaja nak bagi saya dengar, banyak lagi cakap-cakap dia yang saya rasa amatlah tidak patut untuk disuarakan dengan cara sebegitu rupa, intonasi dia pun makin lama makin emosi pulak, but i guess dia macam ada rasa sakit hati la kat mana-mana graduan Mesir ni.
Point utama dari mulut dia "i tell u ar, budak Mesir ni tak pandai inggeris, tak faham langsung! apalagi nak speaking, memalukan Azhar je"
Huaarghh! deena pun berasap telinga dengar...wakakakaka :P ehh, deena tak panas pun, berasap je..kwang3x
Ini madah pujangga saya buat dia:
~Grad mana-mana pun kalau ada rasa riak even setitik zarah sekalipun, USELESS.
~Ada ilmu just untuk bangga diri, USELESS.
~Jadi graduan, tapi suka kecilkan orang lain, USELESS.
~Jadi graduan tapi otak letak bawah lutut, USELESS.
~Jadi graduan tapi sombong, USELESS.
~Jadi graduan, mulut cakap macam orang xda ilmu, USELESS.
~JANGAN SEMBARANGAN KUTUK MACAM ITU, KO PUN BELUM TENTU GRADUAN BAIK. DUNIA NI BULAT, MACAM-MACAM CUBAAN DATANG BERGOLEK, SO WATCH OUT.
Saya tulis ni bukan nak marah gila-gila kat dia, saya cuma berharap mana-mana graduan tak kiralah dari U mana pun, jangan sesekali tanam sifat sombong dan bongkak, kerana sifat ini adalah sebahagian dari sifat mazmumah, kita juga tak mau graduan Malaysia ni memiliki sifat mazmumah (ingatan untuk diri saya yang lemah)
Btw, saya tetap mengambil iktibar dan cuba memandang dari sudut positif kata-kata 'kawan' saya itu, mungkin ada betulnya sebab saya pun memang masih sangat lemah, tapi kalau kata tak faham inggeris langsung tu memang melampau la, boleh je nak cakap omputih, tapi saya suka nak pesan, 'martabatkan bahasa melayu, mantapkan bahasa lain'
Jangan pulak sibuk nak speaking sampai melayu tunggang langgang, tatabahasa pun hancur. Biarlah seiring sebab tak rugi apa-apa pun kan. Apa yang penting, ikhlas berkongsi ilmu dan jauhkan sifat suka memperkecilkan orang lain, moga hidup kita lebih bahagia :)
p/s: buat seluruh sahabat-sahabat saya yang sudah dan bakal bergelar graduan Al-Azhar, Mesir..ayuh! kita sahut cabaran ini, mantapkan diri dengan segala ilmu dan sebarkan pada orang lain dengan rasa serendah-rendah darjat dunia, moga beroleh ketinggian di akhirat :)