11 July, 2010

Jangan macam itu :)


Bismillahirrahmanirrahim..


Sebelum start story 'indah-indah pahit' ni, saya betul-betul minta maaf buat semua visitors yang telah sudi hulurkan salam perkenalan untuk saya, line broadband saya sangat tidak mengizinkan saya untuk bertandang ke laman anda, insyaAllah, saya akan berziarah semula bila keadaan mengizinkan, dan juga buat teman blogger sekalian, maaf dipinta, tidak bisa mengikuti update kalian, sedih :( maaf ya..nanti line ok, saya catch semua entri balik..

Ok, semalam saya bertemu dengan seseorang yang saya sudah anggap kawan. Saya akui, prestasi dan pencapaian hidupnya kini jauh lebih hebat berbanding saya, punya kerjaya tetap di sektor kerajaan. Saya sudah bekerja namun bukan di sektor kerajaan, hanya bekerja atas tangan sendiri sahaja. tolong kemas rumah pun kerja juga kan?

Saya banyak berdiam dan hanya mendengar kata-katanya. Kemudian saya agak tersentak bila dia kata "graduan dalam negara jauh lebih bagus kalau compare dengan graduan luar negara, terutama yang grad Mesir, adoi..habuk pun tiada, very poor la, menang bangga naik kapal terbang jek.. anak buah i tu, inggeris hancur, teruk betul la"

Dalam hati saya kata.."dia ni tau ka aku grad Mesir ni? atau sengaja nak minta penumbuk sebijik? huh!" ceh..main kasar pulak deena ni :P muahaha..

Dia kata lagi "graduan Malaysia dari timur tengah ni ok, like from syria, Jordan, Madinah, but Mesir..i dont think so" dia cakap tu kalah gaya Fadhilah Kamsah. Dia kata, dia banyak jumpa graduan Mesir yang poor, sampai dia kata "apa diorang study kat sana pun i tak tau lah, tanya pasal hukum pun tak tau,macamana tu"

Masa tu saya memang rasa yang dia sengaja nak bagi saya dengar, banyak lagi cakap-cakap dia yang saya rasa amatlah tidak patut untuk disuarakan dengan cara sebegitu rupa, intonasi dia pun makin lama makin emosi pulak, but i guess dia macam ada rasa sakit hati la kat mana-mana graduan Mesir ni.

Point utama dari mulut dia "i tell u ar, budak Mesir ni tak pandai inggeris, tak faham langsung! apalagi nak speaking, memalukan Azhar je"

Huaarghh! deena pun berasap telinga dengar...wakakakaka :P ehh, deena tak panas pun, berasap je..kwang3x

Ini madah pujangga saya buat dia:

~Grad mana-mana pun kalau ada rasa riak even setitik zarah sekalipun, USELESS.
~Ada ilmu just untuk bangga diri, USELESS.
~Jadi graduan, tapi suka kecilkan orang lain, USELESS.
~Jadi graduan tapi otak letak bawah lutut, USELESS.
~Jadi graduan tapi sombong, USELESS.
~Jadi graduan, mulut cakap macam orang xda ilmu, USELESS.
~JANGAN SEMBARANGAN KUTUK MACAM ITU, KO PUN BELUM TENTU GRADUAN BAIK. DUNIA NI BULAT, MACAM-MACAM CUBAAN DATANG BERGOLEK, SO WATCH OUT.

Saya tulis ni bukan nak marah gila-gila kat dia, saya cuma berharap mana-mana graduan tak kiralah dari U mana pun, jangan sesekali tanam sifat sombong dan bongkak, kerana sifat ini adalah sebahagian dari sifat mazmumah, kita juga tak mau graduan Malaysia ni memiliki sifat mazmumah (ingatan untuk diri saya yang lemah)

Btw, saya tetap mengambil iktibar dan cuba memandang dari sudut positif kata-kata 'kawan' saya itu, mungkin ada betulnya sebab saya pun memang masih sangat lemah, tapi kalau kata tak faham inggeris langsung tu memang melampau la, boleh je nak cakap omputih, tapi saya suka nak pesan, 'martabatkan bahasa melayu, mantapkan bahasa lain'

Jangan pulak sibuk nak speaking sampai melayu tunggang langgang, tatabahasa pun hancur. Biarlah seiring sebab tak rugi apa-apa pun kan. Apa yang penting, ikhlas berkongsi ilmu dan jauhkan sifat suka memperkecilkan orang lain, moga hidup kita lebih bahagia :)

p/s: buat seluruh sahabat-sahabat saya yang sudah dan bakal bergelar graduan Al-Azhar, Mesir..ayuh! kita sahut cabaran ini, mantapkan diri dengan segala ilmu dan sebarkan pada orang lain dengan rasa serendah-rendah darjat dunia, moga beroleh ketinggian di akhirat :)

14 comments:

terokai seni said...

dah makin larut usia ni baru terasa useless tu. sebab masa kecik berazam nak blajar pandai-pandai nanti masuk u kluo senang cari keja... hijrah kerana pompuan dapat la pompuan, niat nak masuk u dapat le tapi ilmu tah ke mana...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jgnlah rasa rendah diri.Jgn hiraukan kata2 mrk semua, krn masing2 ada penghidupan sendiri yg tentunya tak sama dgn mrk. Besar mana sgtlah kerja2 mrk dan ilmiah mana sgtlah ilmu2 yg diceduk dr Jordan, Syria, Madinah, Trinidad dsbnya? Sepjgnya pengalaman saya berhadapan, mrk ni mungkin boleh berbicara secara `filahnilqaul` tetapi tiada fakta. Namunbegitu, biarlah mrk dgn kesenangan mrk krn itu sudah ketentuan Allah SWT. Wallahualam

Unknown said...

hahahahahaha...aduyai...mcm ni punya orang pun ada..haha..tapi kalau mcm saya cmne kak?saya tak pernah masuk U pun...huhu
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat

Jangan lupa baca entry tu kalau line dah okey.hehehe

hairil said...

uuuuiiiiikkkk!!!!!!!!



awat aku cam teghasa ja...

aku mang x pandai pon....nk spikin arab tunggang...spikin omputih langgang......


panggil dy sat.....mai ajaq aku...heee

econpolics said...

sabar jela dgn beliau tu,,

kekadang saya pun serbe salah gak,,,

selalu cakap "ko UM bolehla"

aahh study mana2 sama jer,,,

cuma rezki,,,masa kita...jalan kita,,,

cepat atau lambat,,,

Nadiah Sidek said...

setuju belaka dgn apa yg deena kata tu. lain kali deena jwb la balik..tak terer bahasa inggeris tapi bahasa arab mantap :D.

kat mesir, bahasa utama bahasa arab, kan? jadi, tak la pelik kalau tak fasih berbahasa inggeris. bahasa ni kena praktik baru blh jadi fasih

sahromnasrudin said...

tak kisahla blajor kt U mane pun..jgn URTV udah la ye huhuhuhu

cun09 said...

salam deena ^_^

"berilmu tapi tidak beradab"
boleh keee guna ayat niii??

piewahid said...

salam farhana,
biarkan saja si luncai dgn labu2nya. bak kata farhana sendiri, sahut cabaran,ambil sudut positif utk baiki kelemahan diri.

p/s- dia tu mahir b arab tak? hehehe

Fatin Nazmin Mansor said...

Salam... kak dina. first time komen kat sini. MM...memang laa mulut manusia macam tu. Takde insurans. hehe. kenapa nak beza-bezakan tempat belajar, sedangkan peluang belajar itu sniri merupakan satu anugerah, tak kiralah graduan Mesir, Madinah, Malaysia, semua ada peranan masing-masing. Yang penting peranan dalam masyarakat kan...mm.. panjang pulak komen he he.. salam dri mansurah utk kak deena

deena farhana said...

to cemomoi,

sgt bagus bila masih boleh bfikir mcm tu :)


to tajnur,

manusia berbeza ragam..biasalah..trm ksh :)


to iqbalsyarie,

tmpt awk tu kira dlm kategori U da la...

deena farhana said...

to Mohammad Hairil bin Abdul Rahim,

saba2..cooool..hehe


to Lokman,

mantapla UM..hehe


to Nadiah Sidek,

deena ni arabic pun ntah kemana kak.. huhu :P

deena farhana said...

to sahromnasrudin,

bhya la klu URTV..hehe


to cun09,

boleh je kak.ramai je yg ade ilmu dan blagak..


to piewahid,

i/allah..sahut cabaran :)

deena farhana said...

to fatin nazmin mansor,

wslm fatin :)

mekasih sudi drop komen kt sini..biasalah manusia ni..mcm2 ragam..kita ambik je dr sudut posotif.. :)

teruskn pjuangan dibumi kinanah buat fatin, slm syg dr kak deena :)