Bismillahirrahmanirrahim..
Ini entri kilat, sekejap lagi ada urusan di luar. Sempatkan diri untuk jawab soalan sahabat baik saya eisya yang bertanya apa hukumnya mempercayai Nujum Paul tu.
Jujur, pada mulanya saya betul-betul tak tahu tentang kewujudan Nujum Paul sempena World Cup yang baru lalu ni, bila tau tu, rasa nak gelak 44 hari tak berhenti. Saya ingatkan apalah yang orang bising sebut-sebut nama Paul.
Mula-mula dengar nama tu, tau tak saya ingat apa? Ingat hakim mendiang Agustine Paul tu. heheh..Rupa-rupanya sotong! sotong sungguh pulak tuh..adeh la..nak gelak je saya..
Seperti yang kita tahu, semua ramalan Paul betul belaka, setiap kali ada match, Pak Paul tu akan ambil bendera yang diramalnya akan menang, dan semuanya betul. Ajaib ke tu? huhu
Hemat dan pandangan saya, bila saya baca fakta tentang Pak Paul ni, dia ada pemilik. Memang sotong ni di bela dengan baik, dan mungkin ada latihan-latihan tertentu dari tuan dia.
Bila saya teliti betul-betul, semua bendera yang di angkatnya berada di sebelah kiri Pak Paul tu, dan saya yakin dia dilatih untuk peka pada objek yang berada disebelah kiri. Ok, sekarang soalan yang timbul, macamana boleh betul semua?
Sudah tentunya ini semua ada campurtangan dan planning yang telah disusun rapi oleh yang namanya manusia. Saya juga tidak menolak ianya melibatkan syarikat-syarikat perjudian terbesar sempena World cup ni.
DAN KITA? Janganlah jadi bodoh dek kerana seekor sotong yang entah apa-apa. MEMPERCAYAI RAMALAN PAK PAUL HUKUMNYA ADALAH SYIRIK. Syirik adalah dosa besar. Ingin sekali saya seru agar semua masjid-masjid mewar-warkan tentang hal ini kerana ia melibatkan aqidah kita. Jangan disebabkan seekor sotong yang jadi nujum hebat, aqidah kita tergadai, nauzubillah.
Lagi bagus tengok nujum pak belalang. Nujum yang free dari anasir yang tak baik. Kalau suruh saya pilih nujum pak paul or nujum pak belalang, of course pilih pak belalang. muahaha :P
Tambah menggelikan hati saya, Pak Paul sekarang menghadapi ancaman bunuh oleh mereka-mereka yang marah dengan ramalannya. Hadoiiiiiilahh..aku nak gelak guling2!!
16 comments:
pelik tul manusia ni, kalu la sotong tu bule bercakap "korang pon tau aku takde akai nak memikir menda-menda cenggini, aku pon tak tau menatang apa wc tu... dey tambi, lu pikir la sendirik"
salam
macam macam ada. dunia dah nak akhir zaman.
wassalam
Salam...
Ujian buat umat Islam..
yg paling best bila Paul si sotong pun ada personal body guard~hahahahaha
Latest post:Aku malu!!
kisah Paul ni memang mendapat perhatian dr peminat2 bola masa WC lepas.
Mcm mana kita manusia yg dikurniakan akal fikiran boleh percaya Paul tu boleh meramal WC ni?
Ada pulak mereka yg ancam nak bunuh paul tu sbb predict team dorg kalah. terfikir pulak aefa, sape yg xde akal fikiran sbnarnya ni? :)
akk pun ada buat entry psl paul si sotong tu :D
salam,
dengar cerita paul pun dah bersara sebab tak mau terlibat dalam perkara khurafat tu..
salam kak deena...
keh3...mmg lawak pn sy dgr...hihihi
sy pn xtau psl ni..mgkn sbb xtgk bola kot...hehehhe
makan sotong goreng tepung lg sodap huhuhuhuh
kedua2nya adalah khurafat!
haah samalah! mahu gelak guling guling dan guling lagi! :D
to cemomoi,
ha tu lah...seb bek xreti kecek sotong tu
to jeman,
mcm2 ada..hehe
to Abd Razak,
ujiaan sgguh..
to iqbalsyarie,
kalah manusia, sotong lak ade bodyguard
to Aefa Ariesya,
dunia mcm da terbalik da...sotong lak yg jd mcm ade akal jd nujum..
to Nadiah Sidek,
ha ah...perasan je entry kak tu tp time ti xleh nk loading..brodben ni hampeh
to penjejak maya,
huhu..klaka..
to ZihNuN FaTiN,
kak pun xtau first2 tu..huhu
to sahromnasrudin,
yaa....sodap tu..
to Ibuhani,
actualy mmg kduanya khurafat, tp mksud deena, pak belalang tu jd nujum tipu2 aje..hehe..xmasuk wc mcm pak paul...hee
to kella,
jom gelak lagiiii..ehehehe
berkata paul dlm hati sambil menangis...
"aku diciptakan untuk jadi masakan sambal korang....bkn bahan tilik.....boddo....huh!"
Post a Comment