08 November, 2010

Bayyinat



Bismillahirrahmanirrahim..

Pengenalan

Saya ada beberapa blog pilihan sejak adanya Pena Farhana di alam maya ini. Blog pertama yang akan mengisi ruang entri saya kali ini adalah Bayyinat. Dulunya dikenali sebagai Pondok Cinta.

Url : Http://iqbalsyarie.blogspot.com

Pemilik : Iqbal Syarie bin Saari

Genre : Syarah deen, tazkirah kehidupan, pengalaman.


Siapa Iqbal Syarie


Setelah hampir dua bulan Pena Farhana bertapak, saya mula menjadi sahabat blogger pada Iqbal Syarie. Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi banyak berkongsi bicara kehidupan dengannya melalui blog dan di luar blog.

Dia pelajar METC, masih sangat muda. Namun bicara tintanya sangat memukau minda. Saya menganggapnya sebagai adik dan memandangnya sebagai seorang yang mampu menjadi role model pada anak muda zaman kini.

Dia juga pemegang amanah saham bumiputera..ehhhhh silap..pemegang carta top komentator Pena Farhana sejak Januari 2010. Hampir semua entri dalam blog saya ada komen dari dia. Blog saya pernah diganggu oleh sekelompok spesis manusia yang gemarkan publisiti murahan, dan Iqbal ada tampil membantu saya serta membuat entri khusus untuk saya di blognya masa itu.

Pernah satu ketika, saya sakit. Blog saya sepi tanpa sebarang entri selama sebulan. Iqbal tetap setia bertandang ke blog saya dan selalu menitip kata-kata semangat. Tidak cukup di blog, menghantar mesej pada saya untuk mengirimkan doa agar saya cepat sembuh. Saya terharu.


Tinta Bayyinat

Dulunya pondok cinta, pernah beberapa ketika dia buat entri straight semua cakap pasal cinta. Bagus, itu menarik pembaca muda untuk singgah di blognya. Semua suka bila ust Iqbal cakap pasal cinta..ngehehe

Pengisian blognya berkisar tentang permasalahan agama. Dia menghuraikan dengan begitu bersahaja namun cukup mudah dan senang difahami. Dari isu cinta hinggalah halal haram. Kadangkala saya terlepas entrinya kerana kekangan masa, tidak berkesempatan untuk buka lappy, tapi bila ada masa, saya akan ke blognya untuk catch up dan baca semua entri-entri yang terlepas.


Harapan Deena

Secara peribadi, saya amat mengaguminya. Sangat berpotensi untuk menjadi pemimpin yang berpegang pada nilai agama. Harapan saya, moga dia istiqamah dan suatu hari akan menghasilkan buku garapannya sendiri untuk tatapan masyarakat.

Satu lagi, moga Allah memberi ruang untuk kita saling berkongsi bicara yang bermanfaat sekarang dan masa-masa akan datang.

Tahniah buat blog Bayyinat dan pemiliknya, Adik Iqbal Syarie.

25 comments:

sahromnasrudin said...

salam ziarah..semoga awak dan iqbal syarie sentiasa dirahmati Allah SWT...ameennn

ainhany said...

Salam Deena,

Alhamdulillah dan tahniah adik iqbal syarie. Takkan surut ilmu dikongsi dan takkan berkurang teman kiranya menjaga adab.
Terima kasih mmperkenalkan blog adik ustaz..(bertambah sorang lagi kakak la nampaknya..hihii)

terokai seni said...

yaps, setuju tu... pandangannnya cukup jelas dan bernas semoga dia terus istiqamah dalam perjuangan ke arah kebenaran

MiloMasihPanas said...

Assalamulaikum..

Iqbal 2 saye biase panggil kebal je..
die mmg baek la.. satu metc la dengan die.. alim2 die pom tapi sempoi... hehe..
btw nice blogg..
jemput ke teratak saya lak ye..

Unknown said...

Saya tak layak menerima pujian sebegitu kak.. doakan saya, moga saya istiqomah :)

Terima kasih, saya sangat terharu...

Nadiah Sidek said...

mmg bagus pengisian blog iqbal. malu je dgn dia :p. teruskan menulis ye iqbal!

♥ Srikandi Perindu Syurga ♥ said...

Salam ukhty,

Saya adalah silent reader blog Baiyyinat..

Apapun blog iqbal syarie mmg penyemarak obor cintakan ad-deen ilahi..penulisannya bg ana bagaikan sebaris spt tulisannya Hilal Asraff (Langit Ilahi), inshaALLAh..Moga masih ramai anak muda sepertinya =)Ameen

deena farhana said...

~en Sahromnasrudin~

Terima kasih, moga en sahrom juga sentiasa dlm rahmat Allah :)

deena farhana said...

~kak ainhany~

ahaa...tambah lagi sorg kakaknye..insyaAllah, bg deena sdh sepatutnya kita myokong dan bg dorongan pd anak2 muda mcm dia tu. berjiwa besar..

deena farhana said...

~cemomoi~

insyaAllah, moga dia istiqamah :)

deena farhana said...

~MiloMasihPanas~

wslm milo..erk..leh pggil milo ke..hehe..

mekasih dtg sini..ohh awk kwn iqbal la ye..nice to meet u..study leklok ye..

insyaAllah akan dtg blog awk jap lg.. :)

deena farhana said...

~iqbalsyarie~

teruskan tinta juang awk iqbal, kak deena sentiasa bg sokongan :)

deena farhana said...

~kak Nadiah Sidek~

dia sgt berpotensi besar dlm memimpin..insyaAllah moga Allah mudahkn dia..

deena farhana said...

~muslimah soleha~

ws..ta'al ya ukhty..

insyaAllah..kita doakan moga lebih ramai anak muda yg berjiwa besar spt dia..

slm kenal dr deena buat ukhty :)

syukran ala ziarah..

Siti said...

Salam kak deena... saya pun sebenarnya silent rider tuk akak. huhu... semoga Iqbal Syarie akan terus menjadi kebanggaan ma dan ayoh kami... amin :)

Siti said...

sorry.. 'reader'

kella said...

hai deena.. apa khabar hari ni?
semoga sentiasa dirahmati Allah..

wow.. entri deena ni, buat kita mahu kenal juga dengan Adik Iqbal..

terima kasih deena! :)

deena farhana said...

~siti~

wslm siti..ya allah..terharunya siti jd silent reader kak deena, mekasih byk..kak search blogger profile siti tp not found lak..ade blog x..?

jap, siti ni adik iqbal ye?

deena farhana said...

~kella~

hai kella..alhmdulillah..deena sht..kella mcamane..hrp sht selalu juga..

silakan bkenalan dgn ust muda kita iqbal ni..calon imam muda musim hadapan..hehe

kella..klu xkeberatan..deena nk tahu nama penuh kella..spy mudah nak titip doa utk kella..cpt beroleh rezeki..dpt baby tomeiii serupe mcm kella...klu xnk share publicly, leh send fullname kt emel deena, deenafarhanaz@gmail.com

Unknown said...

siti tu kak saya la kak..sebaya akak kot.hehe

cun09 said...

salam dik ^_^

yup, blog iqbal antara sahabat awal kak liza...perkongsian ilmu yg 'canteeq' utk kita sume ...model anak muda moden ^_*

**tahniah iqbal**

Siti said...

Ha... tu adik saya dah tolong jawabkan. hehhee

deena farhana said...

~iqbalsyarie~

oh ye ke..kakak born tahun bile?

deena farhana said...

~kak cun09~

alhamdulillah, moga dia istiqamah :)

deena farhana said...

~siti~

kite sebaye ke?