06 November, 2010

Poligami

Bismillahirrahmanirrahim..

Huh. Tajuk tu sangat skema. Siapa yang tidak tahu poligami angkat tangan! (tetiba deena angkat tangan) "kahwin empat saya tau, poligami tak tau" poyo punye deena. Dah2, jangan melalut pulak :P

Alkisahnya macamni, salah seorang kawan saya berkongsi masalah dia dengan saya baru ni. Suami dia nak kahwin lagi.

Kawan: "dia nak kahwin lagi..aku tak tau nak buat apa.."

Deena: "atas alasan apa dia nak kahwin lagi?"

Kawan: "ini sebahagian dari perjuangan hidup dan dia nak zuriat katanya"

Deena: "dah kompom ke ko tak dapat bg anak untuk dia?"

Kawan: "tak tau lah..dah dia nak kahwin..aku nak buat macamana.."

Deena: "hmm..ko tak yah la buat apa2, bukan ko yang nak kahwin kan" (apa punya kawan jawab camni :P)

Kawan: "aku sedih.."

Deena: "ye..ye..aku faham..sapela yang tak sedih laki nak kahwin..orang putus wayar je yang tak sedih..ko sabarlah banyak-banyak ye.."

Kawan: "aku tak sanggup bermadu..sungguh. aku tak sanggup"

Panjang kami bual, kalau saya tulis semua, alamatnya tertidur la ust Iqbal baca :P . Pendek kata, kawan saya sekarang berada dalam dilema. Dia sedang bergelut dengan perasaan yang serba tidak kena.

Suaminya perasan dengan sikapnya yang seperti tidak selesa. Lalu suaminya kata "takkan lah nor tak faham lagi hakikat sebuah perjuangan..ini sunnah nabi nor..nor kata nor redha..tapi kenapa nor macamni"

Kawan saya kini semakin dilanda kesayuan dan kesedihan yang tidak tertanggung. Jika saya ditempatnya waktu ini, ingin saya titip puisi jiwa Amiza Khusyri ini untuk tatapan para suami.


Suamiku,

Garisan duka yang mencalari jiwa masih jelas terasa. Tetapi usah gentar pejuangku! teruskan nada juangmu walau atma jadi taruhan..

Manusia lantang berbicara tentang hukum, tetapi mereka tidak boleh menafikan detup nadi perasaan. Ku gagahi jua kehidupan rodaku ini kala ku lemas dalam derita jiwa yang membadai. Lakukanlah wahai pejuangku, benar, ia adalah sunnah Rasul junjungan. Usah ditepis hadir amanat hanya disebabkan oleh satu tuntutan halus yang bernama perasaan..

Abang,

Usah disalah ertikan tangisan ini. Maaf andai tangisan ini bakal menghadirkan kemelut jiwa yang berpanjangan. Tetapi yakinlah, tangisan ini disebabkan salah diri sendiri yang masih belum mampu mencari sinar dan manisnya nur Ilahi kala kucuba untuk menjadi Srikandi Cintamu..


Ikhlas,
Isterimu.

16 comments:

mamawana said...

Salam ..

Ttg poligami. Hakikatnya setiap kali suami berterus terang ingin menambah isteri, pasti isteri menentang. Akibatnya suka tak suka, sanggup tak sanggup, berani ka tak berani ka, akhirnya ramai suami2 nikah lagi secara sembunyi2. Macam nenek kakak ipar saya bila umur dah 60 tahun tetiba suatu hari dtg seorg gadis manis mencari suaminya. Katanya, mencari ayah utk mewalikan pernikahanya tak lama lagi. Ayahnya itu suami nenek tulah. Mengamuk besar nenek apabila baru tahu selama ini dia telah dimadukan. Hmmm...sampai akhir hayat nenek tak maafkan atok walau atok sangat baik. Sedey saya...nenek meninggal dulu krn strok beberapa tahun kemudian atok pun pergi. Semoga Allah swt ampuni nenek krn tidak menerima poligami dan atok yg sangat baik semoga berbahagia di sana. Walau tidak diterima dan tidak dimaafkan Atok sgt baik krn tetap setia menyedia kan breakfast, lunch utk nenek. Nenek walau herot sebelah muka masih boleh berjln mengiring tetap tidak maafkan atok. Kasihan Atok. Alfatihah. Renung2kanlah.

Unknown said...

tiba-tiba nama saya naik.haha. bukan saya yang nak berpoligami. haha

Erm, saya tak mampu berkata apa selain apa yang saya pernah kata di blog dan FB saya.

"wanita yang suaminya monogami, cintakan suami kerana dia kerana dia ialah suami sedangkan wanita yang suaminya berpologami, cintakan suaminya kerana Allah"

moga Allah beri kesidahan yang terindah buat sahabat itu...

Abd Razak said...

Salam...

Tidak salah utk berpoligami tetapi harus memahami dan menghayati firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja”(QS an-Nisa' 4:3)

Jika berkahwin juga dalam keadaan tidak mampu, nikah tersebut sah dari segi hukum fiqh tetapi ia berdosa jika tidak berlaku adil.

Untuk berlaku adil dalam berpoligami adalah perkara yang sukar sebagaimana ditegaskan oleh Allah dengan firmannya yang bermaksud, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung:.(QS an-Nisa' 4:129). Suami yang tidak berlaku adil akan bergelumang dengan dosa dan di akhirat nanti separuh badannya akan lepas dan terputus, sebagaimana sabda Rasul yang mafhumnya, “Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak berlaku adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus.”

Wallahua'alam..

terokai seni said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

baru ni tengok satu dokumentari mat salleh berpoligami sampai semilan orang, dok plak serumah, gilo betul. tapi bininya barangkali seusia sebab semua dah tua belaka... tiap kali ada problem, dorang adakan meeting tergempar dan bercakap dari ati ke ati...

kalu dah takdir begitu, terima le walau dalam duka dan cuba-cuba le cari hikmah dari Allah, mesti ada manisnya dalam madu tu kot

sahromnasrudin said...

salam ziarah..sy tak berani nak komen coz ilmu tak cukup didada..walau apepun, jika ini ketentuan redha je la..si suami pula, jgnla gune pelbagai alasan yg cacamerba

ainhany said...

salam deena,

Semuga ALLAH beri jawapan terbaik buat kwn deena tu. Mohonlah redza dan berserahlah padaNYA dengan sepenuh jiwa..doalah bersungguh2 dan ..terimala..Mungkin dia dpilih ALLAH dan memiliki kelebihannya. Semuga tabah degn ujian ini..:)

p/s kalau pikir ini masalah..ia tetap jadi masalah tetpi jika berserah pada ALLAH...ALLAH pasti beri petunjuknya.

deena farhana said...

~mamawana~

wslm..

deena khusyuk baca kisah kak tulis..trm ksh krn berkongsi, btl kak..kdg2 suami menyatakan hasrat utk kwin lg satu, tak ramai isteri yg redha..maka terjadilah mcm2 konflik dlm rumahtangga..

bila bca kisah atok kak ni..deena doakan moga atok kak dirahmati dan segala kebaikan di berkati Allah..

trm ksh buat kak, sudi bertandang blog deena ni..trm ksh byk2 :)

deena farhana said...

~iqbalsyarie~

insyaAllah, moga kawan itu menemui ketenangan hati yg abadi buatnya :)

deena farhana said...

~ust Abd Razak~

betul tu ust..trm ksh sudi menitip tinta berharga disini..

benda yg paling sukar adalah berlaku adil..itu adalah hakikat..

sangat sukar..

deena farhana said...

~cemomoi~

semilan org?? uhh..ramei tu..duduk serumah plak ye..mat salleh ni biasala..selalu buat benda yg luar dr biasa...

deena farhana said...

~en Sahromnasrudin~

betul..si suami jgnla ambil kesempatan melebih2 pulak dgn si isteri yg dah redha...

deena farhana said...

~kak ainhany~

ye insya Allah..moga dia bertemu jalan ketenangan dan rahmat Allah..

kella said...

deena...
sebak membacanya..
seakan merasai diri berada ditempat itu..

pernah aku jua menangis disebabkan perkara ini..
bukan kerana dia ingin berkahwin lain, tetapi aku yang usulkan perkara ini, yaa... jika ini yang terbaik..
terasa sungguh sebak ketika aku mengusulkan cadangan tu kepadanya, 'jikalau dalam tempoh beberapa tahun ini.. kita tidak dikurniakan zuriat, aku relaa..."
air mata berderai..
dan nyata dia juga terkejut dan kami sama2 mengalirkan air mata!

aku berkata begitu kerana sayang..
kerana tidak mahu hidupnya sia2 tanpa anak.. sedang masa tak pernah berhenti berlari..
ku tahu aku tak boleh tamak, walau sebenarnnya aku memang terlalu tamak untuk berkongsi kasih sayangnya dgn orang lain!

katanya..masih belum sampai rezeki kita untuk mempunyai anak sebenarnya.. sabar.. mungkin ada rahmatnya..

aku bukan tak boleh sabar, aku sememangnya boleh sabar.. tapi, aku risau dgn tahap kesabaranmu .. dan sebelum kamu meluahkan, lebih baik aku terlebih dahulu meluahkannya..
walau hati perit sekali..
aku rela..
demi melihat kau bahgia..

*nangis pulok kat blog deena ni! sorry deena.. ter emo di sini..

deena farhana said...

~kella~

deena pun nangis bace tulisan kella (T_T)

sungguh tinggi budi kella thadap suami, deena kagum sgt..tak ramai isteri yg rela menyatakan kerelaan itu, mengizinkan suami berkahwin lain demi zuriat.

suami kella sweet sgt, menyayangi kella bkn hanya kerana kella isteri, tapi kerana kella adalah seorang wanita yg miliki nurani luhur..

deena kagum dgn kesabaran kella dan suami, deena gembira dpt bersahabat dgn kella melalui dunia blog ni, insyaAllah, nama kella ada ruang dlm doa deena..

deena doakan moga kesabaran kella dan suami mendapat perhatian dan diberikan hikmah terindah dr Allah buat kalian berdua..

izin Allah, kella pregnant nti..jgn lupa gtau deena ye.. :)

cun09 said...

salam deena ^_^

semoga sahabat deena tabah menghadapinyee...tp mesti sedey kan!?

**kak liza punya 2 emak ^_^**

kella said...

menangis tak berlagu membaca komen mu itu Deena! (sebak sangat nih! huuu..)

terima kasih sahabat..
walaupun kita hanya mengenali di alam virtual ini..
tapi tetap mampu membuat hati seseorang manusia tersentuh.. terasa.. sebak.. pilu.. dengan hanya tulisan yang bermain di jari jarian..

terima kasih Deena sudi doakan diriku..Allah maha Mendengar.. moga Allah makbulkan..
InsyaAllah.. jika tercapailah hajat itu.. akan ku maklumkan berita itu deena!

tapi.. macamana ni? deena nak berhenti??
tolong.. aku akan kehilangan sahabat yang tulus jiwanya... :(