08 October, 2009

Rencam manusia


Dua tiga hari ni, banyak perkara yang saya tidak dapat selesaikan.... Disulam dengan bermacam2 ujian dan dugaan. Tetapi, saya akur dan redha. itulah adat hidup manusia yang bergelar hamba pada penciptanya. Ujian itu sebagai pengukur tahap kesabaran dan keimanan kita.Kadangkala, kita merungut apabila masalah dan ketidakselesaan kita adalah disebabkan orang lain yang juga bergelar manusia seperti kita. Hati terguris, terluka, terpana, terkesima..itu lumrah.
Rencam manusia, rambut sama hitam..hati nyata berbeza. Adat manusia, apabila seseorang membuat kita marah, sudah pasti kita akan membalas dan melawan bermati matian sehingga hati kita berasa puas dan menang.."siapa yang sanggup kepala dipijak!!" "kau yang mula dulu!!!" "apesal kau cari gaduh ni!!" "kau ingat, kau sorang je yang hebat?!!" "kau ingat aku tak boleh lawan ke?!!" ini kata2 biasa yang akan terungkap bila kita rasa marah dan tidak puas hati.
Saya berfikir, di satu sudut mungkin ada bagusnya. Kita bangkit membela diri jika benar maruah kita di injak2. jadi, orang yang buat kita marah itu pun tahu kita tidaklah sebodoh dan setolol yang dia sangka. kira HEBAT SAMA HEBAT lah. Namun begitu, hati saya terdetik untuk memikirkan, masih ada sesuatu yang lebih bermakna disebalik itu semua. sesuatu yang lebih indah. sesuatu yang sering kita lupa. sebenarnya, bila terjadi kekusutan, di sebalik kekusutan itu ada secebis 'sabar' yang kita selalu lupa. namun hasad yang namanya 'ego' lebih berkuasa menutupi secebis sabar yang kita miliki.
Kita jarang mengajak diri untuk menginsafi hatta untuk bermuhasabah. Saya juga agak kurang sabar. saya mengaku. kadang diri ini masih terlalu jauh dari landasan yang sepatutnya. tapi sekurang2nya kita berusaha untuk memupuk rasa ke arah itu. untuk lebih sabar, lebih tenang dan lebih matang..mungkin apa yang terjadi itu adalah disebabkan kesalahan dan kelemahan kita. atau yang lebih puitis, atas kifarah dosa2 kita.
jarang dari kalangan kita bila berlaku kekusutan dia akan berkata "tak apalah,mungkin ini salah saya" jarang sekali. kerana apa? penyakit yang namanya ego itu lebih menguasai diri. Bahkan yang lebih nyata, hati lebih cenderung untuk memanjangkan kekusutan dek kerana EGO!! Dr Fadzilah kamsah pernah berkata "orang yang sukar mengakui kesilapan adalah orang yang sangat ego" tapi itulah..dunia ini penuh dengan ragam manusia yang kita tidak mampu untuk bahas tentang hati mereka..dan Dr fadzilah kamsah juga ada berkata "orang yang mampu mengungkapkan kata maaf adalah orang yang sabar dan matang".. em..harap2nya macam itulah..saya yakin kalau kita diberi pilihan mesti nak jadi orang yang matang dan sabar kan..tapi itulah, lumrah pilihan selalu diatasi dgn ibu segala penyakit iaitu ego..
Kerja saya masih bertimbun. kena siapkan menulis. kalau saja2 buat koleksi tak apa. ini kita di bayar untuk hasilkan sebuah tulisan yang bermutu. entahla..selalu sangat keletihan sekarang ni. idea pun kering. nak tulis apa?? bila sudah macam ni, mulalah serba tak kena. tu lah, betapa lemahnya manusia ni. baru ujian sikit sudah melatah. apalagi kalau ujian yang berat. lagi hebatla melatahnya. tapi saya cuba untuk tidak melatah. sudah sudahla tambah dosa. Baik saya diam. tunggu sampai idea datang. itupun kalau datang, kalau tak datang juga, siap sedialah untuk di sembur.. dan lepas tu bersabar atas 'semburan' itu..huhu..
kalaulah semua orang didunia ni berhati baik, sentiasa bersabar, mesti tak ada orang yang stress. huhu..tapi mana boleh.. sebab Allah dah berfirman bahawa hati manusia itu dijadikan berbolak balik. maksudnya hati tu sentiasa berubah..dan juga keimanan kita sentiasa naik turun. kala naik, natijahnya baik, kala turun, natijahnya..aduhai..sabo je. sebab itu kita sebagai manusia kena sentiasa berusaha memilih jalan mana yang terbaik untuk bekalan kita ke Akhirat sana. Yang lebih kekal... saya sentiasa berusaha untuk ingat ini..hidup kita terlalu singkat, diri sendiri tak tahu bila nafas ini akan terhenti..bila sudah terhenti, segala yang di dunia akan tinggal melainkan AMALAN yang akan ikut bersama....

0 comments: