Baru-baru ini, ada cerita yang menarik perhatian saya. Ada seorang hamba Allah. Saya difahamkan beliau menuntut di salah sebuah pengajian tahfiz swasta di semenanjung Malaysia.
Tapi saya kurang kenal dengan beliau. Namun dalam hati ni bersyukur..masih ada orang yang mahu menceburi bidang agama dan pastinya satu hari nanti beliau akan menjadi rujukan orang ramai jika ada permasalahan tentang selok belok agama.
Tetapi, telinga saya mula tidak selesa bila mendengar ada keluhan dari orang ramai tentang beliau. Mulanya saya buat biasa-biasa sajalah. Malas nak sibuk. Tapi makin hari ceritanya makin panas. Macam2 saya dengar. Boleh dikatakan semua negatif. Jika dia sampaikan tazkirah dimasjid, pasti disitu dia jadikan medan untuk mengkritik orang dan berbangga dengan ilmunya serta banyak hukum yang sentiasa bercanggah dengan orang lain dari mulut beliau. ini sebahagian daripada apa yang saya dengar.
Akhirnya saya bercadang untuk pergi sendiri ke sesi tazkirahnya. susah sangat kalau dengar dari orang. Kadang saya ni tak percaya. Saya luangkan masa untuk pergi mendengar walaupun agak jauh dari kediaman saya. Bila sampai, saya sudah terlepas beberapa minit. Dia sudah mula bertazkirah.
Ada beberapa orang makcik yang kenal dengan saya mempelawa masuk sambil berkata "intan dengar sendiri budak ni cakap apa" saya senyum macam tak tahu apa. Saya amati kata-kata tazkirahnya. dengan penuh lantang dia bersuara.
"orang yang menghafal Al-Quran, syurga adalah tempatnya! hadirin semua mau tahu? orang yang hafal Al-Quran ini boleh mengheret 10 orang ahli keluarganya masuk ke syurga!". Saya rasa ok saja lah. Memang kata-katanya itu adalah antara hikmah menghafaz quran. Kemudian...
"kalau saya tanya, mesti semua berebut mau jadi keluarga saya kan??" Aikk...telinga saya mula berdesing. Dahi pun mula berkerut. Bunyinya macam lain saja. Seperti dengungan lalat yang bongkak pun ada. Dan katanya lagi...
"tu lah..dulu tak mau hafal quran.." jantung dan darah saya mula jadi macam lobak yang kena blender.. saya tengok semua orang yang ada disana. Tidaklah terlalu ramai. Mungkin cuma jemaah masjid yang selalu berjemaah di sana. Semuanya tunduk. Saya sudah mula rasa tak selesa. Dia cakap lagi..
"orang2 yang hafal quran sekarang ni pun kurang sangat, adapun yang kura-kura dalam perahu..pura-pura alim tapi hukum tak tahu, macam orang Pas terutama Nik Aziz..kerjanya buat hukum sendiri sebab tak tahu.." grrrrrrrrrrrrrrrrrr. marah saya memang tahap gaban masa tu. Kawan2 saya yg tak tahu erti 'gaban' tu, umpamanya istilah marah yg amat sangatlah. Saya marah bukan pasal apa pun..bukan sebab saya ni taksub dengan pas ataupun saya ekstrem dengan parti itu..tapi kerana dia memperlekeh seorang ulama'.
Selama ni, ada kita dengar berita 'Nik Aziz sebar ajaran sesat' ada??? tak de kan? kerana insan itu adalah insan yang benar2 memperjuangkan islam sehingga detik ini dan kerana itu saya berhak untuk rasa marah bila ada manusia kolot yang menghina beliau. Jangan pula kata saya ni pengikut ekstrem,melampau..tidak sama sekali. Saya tak kata Pas tu sempurna sampai langsung tak de dosa. Tapi kita kena ingat Nik Aziz tak hina Allah, tak hina agama.
Marah.kesal.. itulah yang saya rasa. Tapi..ahh..betul lah kata kawan saya, kita kalau cakap dengan orang bodoh,kita akan ikut jadi bodoh. tapi, saya tetap tak puas hati sebab dia dah buat banyak kesalahan mengadakan sesi'tazkirahnya' tu. antara kesalahannya, bongkak dan sombong dengan ilmunya. kedua, mengecilkan orang2 tua dihadapannya. ketiga, menyalahgunakan masjid. dan kesalahannya yang paling besar adalah MENGHINA ULAMA'.
Saya mengambil keputusan untuk berbicara serampang dua mata dengan beliau. Hasilnya sangat mencabar kesabaran saya. Niat saya bukan untuk 'berantem' kata org indon. jauh sekali untuk 'menunjuk kehebatan'..namun jauh disudut hati saya perlu mencegah kebongkakkan manusia ini.
Kenapa perlu menghina ulama' jika niat dakwah ikhlas kerana Allah..itu kerana dia memang tampil untuk membangga diri..dan sempat pulak 'smash' tuan guru Nik Aziz. Siapa dia untuk menghina seorang ulama'? nasiblaa dia tak mengaku jadi rasul..kalau tak..nayalaa..
Saya malas tulis meleret leret dalam ni. Tapi budak ni ada tanya lagi kat saya.."betulke awak ni hafal quran 30 juzuk? dapat jayyid tu awak banggalah? saya dpt mumtaz rilek je.awak rasa awak boleh masuk syurga dengan jayyid awak?" dia tanya sambil kening sebelah dia terangkat. Saya nak tanyalah kawan2 semua, kalau kalian di tempat saya, nak bagi pelempang tak kat budak ni??huhuhu. Saya cuba bersabar sebagaimana entri saya sebelum ni. pesan kawan saya, kalau saya marah, saya akan jadi bodoh. saya jawab macam ni.
" yang berhak tentukan syurga neraka ni Allah je. Allah yang berhak tentukan saya masuk mana, awak masuk mana. tak payah temberang banyak. buang air liur je". Bulat mata dia tengok saya. pedulilah. tu kira ok dah jawapan saya. kalau nak yang lagi panas, mendidih kang budak tu.
Akhir sekali saya ikhlas pesan kat dia "mudah-mudahan Al-quran yang kita hafal tu tak akan melaknat kita satu hari nanti, jadilah seorang yang tulus dalam berdakwah" lepas tu habis. Ada juga dia try2 test ckp2 kat facebook tapi saya tak kisahla. ckpla suka hati.saya tak de hal. Malas nak layan. penat dah saya type.
Harapan saya jika dia terbaca entri saya ni, mohonlah nusrah dari yg Esa. minta bukakan jalan untuk menjadi 'kebanggaan islam'. moga kita semua umat islam terutama azhariyun berhati tulus dalam memperjuangkan agama yang kita cintai ini.
0 comments:
Post a Comment