Bismillahirrahmanirrahim..
Di persinggahan dunia ini, manusia tercipta dengan berbagai kemahuan serta keinginan. Itulah rencam. Semuanya diatur dan diolah mengikut kehendak batin dan jiwa.
Apabila yang diolah menghasilkan satu lakaran keinginan, cantik dan tepat pada waktunya, bibir menguntum seribu senyuman, hati pula melonjak keriangan. Itu tandanya tadbir dan takdir seiringan lalu tercipta kebahagiaan.
Namun, bagaimana pula jika tadbir tidak seiringan dengan takdir? puas diolah, puas diatur, puas di susun, akan tetapi pengakhirannya tetap bukan kehendakmu. Di sini iman diuji. Berat terasa, lenguh di jiwa.
Tidak habis merintih, kenapa dan mengapa harus diuji begini. Mengharap jawapan pada siapa? ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya. Ada insan sedih meruntun hati.
Dikala merasa langkah kehidupan tidak seiring dengan kemahuan, yakini hanya satu. Allah menanti permohonan kita. Rintihlah padanya kerana Dia memang menanti rintihan kita. Rayulah padanya kerana Dia memang menanti rayuan kita.
Sesulit dan sesukar apapun, ruang untuk menadah dan meminta pada Nya terbentang luas. Dia yang memiliki segala tadbir alam dan ketentuan. Dia yang berkuasa atas segala isi langit dan bumi. Dia yang memberi izin, segala sesuatu terjadi.
Usah diratapi jalan hiba yang sedang kau tempuh, tetapi rianglah kerana ruang permohonan terbuka seluas lautan. Mohonlah, agar segala tadbir hamba kita Dia serasikan dengan takdir agungNya.
Jalan ini yang harus kau tempuh, teguhlah pada kalimahNya, serulah hati mereka. Moga Allah memberi nusrah terindah.
p/s: pena farhana sudah mula bermain kata..huhu..mau panaskan enjin menulis poem balik ni, tapi macam tak jadi je..ngeh3x

20 comments:
berbisa... bole letak kat sidang pengarang... sebab baru nak perangat kalo dah setat ni mesti berdesup
penah rasa saat gitu walaupun tak sehebat orang lain, malangnya bila dah senang lupa pulak waktu susah... manusia!
Salam..
Biar pun apa takdir tetap mengatasi takbir. Takdir itu datang daripada Allah sedangkan takbir itu rencana manusia. Andaikata ia seiring terjadi maka bahagialah rasanya.
Andaikata disebaliknya, usah merasa gundah. Berbaik sangkalah kepada Allah. Tidak terjadinya kerana Allah punya rencana yang lebih baik daripada itu.
Nice..thanks
salam ukhwah buat ukhti :)
terubat nurani membaca bingkisan ukhti..beruntunglah bagi sesiapa yg mampu mengambil setiap ujian dan dugaan sebagai satu tarbiyah dari Tuhan..yang mampu mengucap syukur di bibir dan memasakkan redha di hati..sungguh Allah sentiasa merindui rintihan hamba2Nya tetapi malangnya masih ramai dari kita yg cuba bergantung kpd yg tidak berhak..na'udzubillahi min dzalik..
salam sayang dari melatidaisy..semoga ukhti terus diberikan kekuatan untuk terus mencoret bingkisan rasa untuk perkongsian bersama ..
fi amaanillah ^_^
Salam Deena.
Sungguh terpesona dengan susunan bingkisan kata-katamu. Sungguh! Allah sentiasa sudi memberi apa yang kita pohonkan. Mudah2an kita tetap istiqamah memohon kekuatan daripadaNya baik semasa diuji mahupun ketika tidak diuji.
waauu......(terkesima sambil pikir sape rembat penutup blender umah aku ni)
^_^
Assalamualaikum wbt
Memang kita diperintahkan mentadbir mengikut perintah Allah, jika tidak terdapat perselisihan yg byk dlm dunia ini spt dlm Surah AnNisa:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا
. Bagaimana Rasulullah saw telah membina Daulah Islmiah dgn mentadbir AlQuran dan membina Hak milik awam ( MulkiyatulAmmah), hak milik Daulah (MulkiyatuDaulah) dan hak milik persendirian (Mulkiyatulfadhiah) mengikut celupan Allah (Surah AlBaqarah:138)sebagimana diperintahkan. Selama 13 tahun Rasulullah saw mentadir AlQuran sehinggalah Allah memberikan Daulah dinegeri Madinah (Surah AlQasas:85) tempat pengembalian dan Rasulullah saw sendiri pun tidak mengetahui tempoh waktu tersebut. Ini bermakna usaha mentadbir oleh Rasululah saw merupakan sunah Rasululah manakala pemberian ketentuan yg Allah SWT kurniakan adalah takdir wlaupun takdir telah ditentukan sebelum kita lahir kedunia ( Surah AlHadid:22). Malah Allah telah menciptakan kita dgn sebaik2 kejadian (Surah AtTiin:4) taqwiim atau program pembangunan insaan sehinggalah sampai destinasi kita diakhirat... Wallahualam
kdg2 sesuatu perkara yg kita tak suka, itulah yg sbnrnya terbaik utk kita sbb Allah lebih tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya.
syukran deena :)
to cemomoi,
berdesup ke? huhu..xdelah..mesti cemomoi lg mantop dulu... trm ksh ke sini :)
to Abd Razak,
ya, mudah-mudahan kita semua mampu meletakkan ujian sbg tarbiyah buat diri..
to melatidaisy,
slm syg juga buat ukhti ksygn sy ini..moga apa yg ternukil itu diambil baiknya ditolak buruknya..
moga kita semua terus tabah dalam menegakkan kalimah Allah..
trm ksh ukhti..moga ukhuwah kita berkekalan :)
to Werdah,
ws kak :)
hehe...xdela tu kak..saja je mencoret-coret..ya..insya Allah, moga hendaknya begitu..
to ismihairil,
tikus pinjam kot cover blender?? hehe
to tajnur,
wslm..trm ksh sekali lg..fotokopi seterusnya..
to Nadiah Sidek,
ye betul tu kak..apa yg pahit bg kita, tp manis bg Allah..
same2 kasih :)
Salam Deena..
Tak dapat Kak Nida bayangkan bagaimana kalau enjin tu dah panas ye... agaknya laras bahasa setinggi mana ye?..:)
Kak...saya sgt-sgt-sgt-sgt suka dgan ayat ni,"ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya."...
terima kasih.moga saya juga akan menerima tarbiyah itu~
Kak!banner saya dah elok.Bolah la ambik dan letak kat blog~hehe
salam kak intan...
wah.. leh tahan akak bermain dgn kata2. cantek.leh diasah lagi bakat yg terpendam tu =D
yup.. btol kata akak.. tidak semua yg kita mahukan dan rancangkan, menjadi kenyataan. adakalanya sebaliknye pula yg kita terima. tapi siapalah kita untuk berburuk sangka kepada Allah, Pencipta kita. Dia jualah yg Maha Mengetahui.
Segalanya yg telah ditetapkan-Nya dah cukup cantik dan pastinya terbaik buat hamba2-Nya. jadi x perlula kita persoalkan n merungut serta mengeluh andai sesuatu itu terjadi di luar kehendak kita. terimalah dgn hati ikhlas dan redha. Yakinlah segalanya adalah terbaik buat kita, kerana kita takkan pernah tahu apa yg sebenarnya terbaik buat kita..
yup, btol kata kak intan.. andai sesuatu terjadi tidak seiring dengan kemahuan kita, maka kembalilah beringat kepada Allah. Yakinilah bahawa Dia sentiasa menanti rayuan serta rintihan kita.
"Namun, bagaimana pula jika tadbir tidak seiringan dengan takdir? puas diolah, puas diatur, puas di susun, akan tetapi pengakhirannya tetap bukan kehendakmu. Di sini iman diuji. Berat terasa, lenguh di jiwa." - saya suka penghujung ayat ni.. thanx kerana mengingatkan tentang hakikat iman yg diuji =)
"Tidak habis merintih, kenapa dan mengapa harus diuji begini. Mengharap jawapan pada siapa? ada insan menerimanya sebagai tarbiyah hati yang begitu mahal harganya. Ada insan sedih meruntun hati." - tertanya2, saya ni kategori mane ye.. yg pertama, atau yg kedua? wallahu a'lam (T_T)
apepun, thanx for sharing.. sama2 kita beringat, inshaAllah ^_^
to Nida,
ws kak :)
eh kak...sy xpndai sgt sbnrnye nk tulis2 ni..tp suke nk tulis..hehe...
to iqbalsyarie,
:) moga kita semua tgolong dlm kalangan yg menerimanya sbg tarbiyah...
ok2 nti kak letak ye.. :)
to honeyz,
huhuhu...pjgnye...suke je bace...tp nk bls cm kering otak..hahaha..
apepun, thanks so much hani atas komen yg sgt indah ini...kak xreti sgt komen pjg2, mantap lak tu..
happy je ade kwn mcm hani..big,big,big hug 4 u!!
Post a Comment