02 April, 2010

Ujian hati


Bismillahirrahmanirrahim..


Sudah beberapa hari blog ini sepi. Semangat diri naik turun, tika naik banyaklah idea ilmiah yang berkobar untuk dijadikan entri, tika turun, Ya Allah..serabainya otak, nak jenguk blog pun jari rasa berat berkilo-kilo!

Waktu ini, hati saya betul-betul teruji bila melihat wajah tua insan yang amat saya sayang. Tidak terluah dengan kata-kata bila melihat akur dan redhanya dia dengan ketentuan yang maha Esa.

Nenek saya (ibu kepada ayah) disahkan menderita kanser tiroid pada bulan ogos 2008. Doktor mengesahkan kanser nenek berada di stage 3. Terperanjat. Itulah yang kami sekeluarga rasa. Terperanjat kerana tidak sangka kanser nenek sudah di tahap kritikal.

Kami tahu, laluan yang bakal ditempuh sangat berat, namun itu tidak bermakna kami putus harapan. Semua keluarga berusaha mencari berbagai sumber perubatan alternatif untuk nenek.

Doktor menyarankan agar dilakukan kimo terhadap nenek namun keluarga saya memutuskan untuk menolak rawatan itu atas beberapa alasan. Salah satunya kerana, kudrat dan fizikal nenek yang semakin lemah.

Akhirnya, pihak hospital mengklasifikasikan nenek sebagai palatif, suatu istilah yang didefinisikan melalui perubatan adalah berdoa, berserah dan berusaha agar proses kematian mampu dilambatkan.

Satu ketika selepas saya solat subuh, nenek pernah sakit yang teramat sangat di hadapan saya. Waktu itu, ayah dan bonda saya sedang mengerjakan ibadat haji di Makkah. Melihat tangisan nenek menahan sakit, jantung saya seakan berhenti berdegup. Luruh segala rasa, ingin saja saya menangis sekuat hati. Sungguh tidak mampu saya menahan rasa kasihan yang membuak melihat nenek begitu.

Nenek saya bertubuh kecil, apalah daya dia menahan segala sakit yang menusuk. Setiap kali di akhir sujud saya berdoa agar Allah memberi sepenuh kekuatan pada nenek untuk menghadapi ujian itu dan saya memohon jika boleh sakit itu dibahagi-bahagikan dengan tubuh saya agar kurang rasa kesakitan nenek. Terima kasih ya Allah, kerana memberi kekuatan hingga nenek masih boleh bertahan sampai detik ini.

Namun, kita hanyalah hamba yang mampu berdoa, dan pastinya segala ketentuan harus kita terima dengan sepenuh redha. Saya tidak putus berdoa agar Allah masih memberi jalan dan kesembuhan buat nenek.

Nenek, moga ketabahan dan kesabaranmu dipandang Allah. Terima kasih, hatiku kini meniti tarbiyah berharga melihat kecekalanmu.

Saya sayang nenek,

15 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Saya sekadar mencoretkan sesuatu sbg peringatan utk diri sy tetapi bknlah org yg layak sebagai mualim, namun biarlah perbincangan lebih ilmiah dgn enti. Siapalah yg tidak sedih apabila menghadapi ujian sebegini namun kita kena imbas kembali tujuan asal semasa kita bai`ah ( Surah AlA`raaf:172) dialam Ruh. Sebaik saja kita bai`ah dan dizinkan Allah, masing2 mengikut ketentuan ( Surah AlHadid:22) bersedia utk turun ke rahim ibu.Kita turun dgn membawa amanah (Surah AlAhzab:72) sehinggalah kita bersaksikan hadapan manusia dan Rasulullah menjadi saksi kpd kita bahawa kita sudah ckp baligh utk menentukan nasib kita diakhirat nanti. jgnlah kita lari dari tujuan asal kita, Adapun ibubapa, datuk nenek dan semua yg sangkut paut dgn kita hanyalah ujian kita sebelum cukup bekal dan tempoh masanya ( Surah AlBaqarah:36) Wallahualam

deena farhana said...

to tajnur,

terima kasih sekali lagi di atas komen saudara. sy membaca dan menghargainya :)

Unknown said...

erm...sedih mendengar perkhabaran ni.Harap akak sekeluarga dapat banyak2 bersabar atas dugaan ni.Sementara masih berkesempatan,berbaktilah kpd mereka.Saya dah takde nenek dan atuk.Kesemua mereka meninggal masa saya kecil.Mmg tak pnh kenal pun.huhu

hamada hamdi said...

setiap sakit yang dirasa adalah pengampun dosa masa silam.
semoga kembalinya kita kepada Allah dengan keadaan yang suci lagi bersih selepas pengampunan-Nya di dunia ini.

econpolics said...

semoga Allah makbulkan doa mu..........

Abd Razak said...

Salam...

Bersabarlah...Sesungguhnya kesabaran yg tinggi dalam menghadapi musibah adalah manifestasi keimanan dan keredhaan kita kepadaNya di samping ianya dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

Saya mendoakan agar nenek sdri cepat sembuh dan diberi kesabaran dan keimanan yg tinggi oleh Allah SWT.

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

insya Allah, terima kasih iqbal :)

to hamada hamdi,

ya insya Allah, moga hendaknya begitu. terima kasih :)

to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,

ameen ya rabb..syukran atas kunjungan :)

deena farhana said...

to Abd Razak,

ya insya Allah..sy juga berharap kami memandang semua ini sbg tanda Allah syg kpd hambanya.

trm ksh tidak terhingga di atas doa itu :) Allahu yubaarik feek..

Werdah said...

Salam Deena.

Mudah2an Deena sekeluarga tabah, sabar dan redha serta bermunajat kepada Allah dalam menghadapi ujian ini.

Kak doakan agar nenek cepat sembuh dan dianugerahkan ketabahan dalam menghadapinya. InsyaAllah.

piewahid said...

salam.
semoga farhana dan seisi keluarga khususnya nenda sntiasa tabah dgn ujian Allah... amin!

Nida n' Hanafi said...

Setiap manusia akan mengalami satu kesakitan yang amat sangat sebelum nyawa dicabut.. cuma bagaimana caranya hanya Allah yang tahu.. beruntung nenek Deena, sudah bersedia ke alam itu.. kita??? Bagaimana keadaan apabila nyawa kita ditarik kelak...

Semoga Deena tabah dan semoga nenek akan sembuh seperti sediakala.. tidak ada yg mustahil dengan kehendak dariNya

Anonymous said...

jgn lupa terus 'makan nasik + lauk yg suka'


^_^

Anonymous said...

kesiannya bila membayangkan seorang nenek bertarung dengan kesakitan kanser, moga nenek lebih tabah menghadapi ujian hidup

Nadiah Sidek said...

smg nenek deena & deena seisi keluarga terus diberi kekuatan dan ketabahan..

deena farhana said...

to Werdah,

slm, trm ksh byk2 di atas doa dan smgt dr kak werdah..

to piewahid,

trm ksh sudi menjenguk ke mari :)

to Nida,

trm ksh juga buat kak Nida..ats sokongan yg brterusan..

to ismihairil,

ok ;) thanks..

to fa10,

thanks kak.. insya Allah..

to Nadiah Sidek,

amin insya Allah..thanks kak Nad..