Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ini eksklusif dari Pena Farhana, dipancarkan secara live menerusi laman sesawang blogspot, kisah dan perjalanan kedua ayah bonda saya menuju Islam. (pehh! ayat.. macamlah blog ni hebat sangat :P)
Ini juga sebagai memenuhi permintaan beberapa rakan bloggers dan saya dengan senang hati menunaikannya..(letih interview parents tau!)
Alhamdulillah, ada kelapangan untuk buat homework ni. Moga kisah pengislaman ayah bonda saya ini menjadi buah perkongsian berharga buat sesiapa yang membaca. Insya Allah.
Keluarga papa saya berketurunan kadazan/dusun dan dulunya adalah Atheis (free thinker), tidak menganut mana-mana agama. Sehinggalah pada tahun 1971, atuk saya (ayah kepada papa saya) mengambil keputusan mengajak keluarganya untuk memeluk Islam.
Waktu itu, papa saya kata dia hanya ikut sahaja, belum kenal apa itu Islam dan jauh sekali merasa selesa dengan Islam. Tahun demi tahun, papa semakin dewasa dan mula terfikir untuk mencari tahu tentang persoalan 'mengapa suku kadazan/dusun lahir dalam keadaan tidak Islam, sedangkan suku lain di Sabah seperti Bajau dan Iranun lahirnya mereka sebagai seorang Islam'.
Kemudian papa membuat research (pehh, gaya cam profesor!), mula mengkaji asal-usul penempatan suku kadazan/dusun di negeri sabah. Papa kata, suku Bajau dan Iranun dulunya suka tinggal di kawasan tepi laut dan sungai, berbeza dengan suku Kadazan/dusun yang tidak suka tinggal di kawasan itu.
Pada masa itu, mubaligh-mubaligh Islam hanya tertumpu kepada penduduk sekitar tepi sungai kerana sampan dan rakit sahaja yang menjadi transport utama masa itu. Jadi, suku Kadazan/dusun memang tercicir dari dakwah Islam waktu itu.
Bila papa menyedari tentang hakikat betapa suku Kadazan/dusun jauh ketinggalan tentang kefahaman Islam maka papa mengorak langkah untuk mula mengenal dan mendalami Islam dan kebetulan pada waktu itu, negeri Sabah memperkenalkan sistem detech and further bagi sesiapa yang beragama Islam diberi keutamaan untuk meneruskan pengajian dan pembelajaran di peringkat lebih tinggi.
Pada masa itu, papa saya antara yang tersenarai sebagai pelajar Islam Sabah yang melanjutkan pengajian Islam di Maahad Salehuddin, Sabak Bernam, Selangor. Bermula di sana, papa saya mula mendalami Islam dan mendapat pendedahan terus melalui sistem pendidikan yang ada pada masa itu.
Di antara yang bersama papa juga ialah aktivis politik, Dr Badrul Amin Bahrum yang berasal dari Tawau, Sabah. Mereka menuntut di Maahad yang sama dan menginap di bilik asrama yang sama, tapi papa saya bukan aktivis politik. hehe.
Soal tentangan dari keluarga memang sangat dahsyat, papa saya dulunya pernah di baling batu, dicerca, dihina kerana memeluk Islam. Penerimaan masyarakat sekeliling sangat mendukacitakan bila melihat suku kadazan/dusun memeluk islam..tapi berkat sabar dan keyakinan terhadap Islam akhirnya papa berjaya membina tapak kehidupan sebagai seorang Islam dan kini papa sebagai peneraju dan ketua tenaga pengajar di sebuah sekolah agama di daerah Kota Marudu.
Mama saya pula.. (mak aih, panjangnya entri..baru habis cita sal papa..aduii..sabar ye kwn2..pls jgn bosan..tolong..) Keluarga mama saya beragama kristian katolik (yang zuhud dan patuh, kira kuat agama lah). Hidayah datang bertamu di hati mama saya sewaktu berumur 16 tahun dan waktu itu juga mama saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam. (lagipun dah jumpa papakan, cinta hati mama :P) Tapi bukanlah kerana cinta semata-mata mama peluk Islam, hati mama betul-betul tertarik dengan Islam kerana mama kata Islam berbeza dan sangat indah bagi mama.
Mama kata, kristian kalau nak beribadat tak ambik air wudhuk atau dengan kata lain bersuci. Main hentam je nak berdepan dengan tuhan, tak kira baju ada najis atau tak..terus je beribadat. Beza dengan Islam yang menitikberatkan soal kebersihan terutama bila ingin mendirikan solat dan berhadapan dengan Allah.
Soal tentangan dari keluarga memang cukup hebat berbanding papa. Nenek saya (mak kepada mama) pernah tak mengaku mama sebagai anak, di lanyak, di maki dan sebagainya. Tambah teruk lagi bila satu persatu adik-adik mama menurut jejak mama memeluk Islam, mama yang menjadi habuan kemarahan dan amarah nenek.
Saya dengan adik beradik ni ( cucu2 nenek) kalau datang rumah nenek, kena halau.. (pi balik!! kamu semua bkn cucu akuu!! balik!!!!) grrrrrrrr. Nasib baiklah kami semua tak kena telan, kalau tak, tak de nye wujud Pena Farhana ni..kui3x
Hari demi hari mama meniti kehidupan yang penuh sengsara kerana kemarahan ibu sendiri. Namun, berkat kesabaran dan juga keyakinan terhadap agama Allah ini, akhirnya semua berlalu dengan penuh hikmah dan mama kini sudah boleh memberi tazkirah buat kami anak-anak.
Saya sangat bersyukur, memiliki kedua ayah bonda yang hidup mereka merupakan perjuangan memburu sebuah redha Allah. Alhamdulillah, tahun lalu Allah telah memberi izin kedua ayah bonda saya menjadi tetamu Allah di Makkatul Mukarromah.
Dengan ini, Pena Farhana ingin meluah sayang, menyulam kasih, merafak cinta buat kedua ayah bonda saya, Tuan Hj Nu'man Abdullah dan Puan Hajjah Inah Attau. Di doakan sentiasa dalam rahmat Ilahi.
p/s: pic kat atas tu, mama papa berada di dataran Hussien cairo, egypt, sempena menemani saya ambik final exam utk first degree. thanks ma..thanks pa... love both of you!
wahh...panjangnya entri..ya Allah..sorry..!

28 comments:
suka baca crita orang dapat hidayah dan kagum dengan semangat juang mereka... tahniah, islam anda lebih baik dari kami yang hanya taklid... sebab itu banyak orang yang lahir sebagai muslim tidak begitu menhayati islam berbanding orang yang memperolehnya dalam keadaan yang sukar, umpama si miskin mendapat seketul emas lebih menghargainya berbanding orang yang lahir dalam timbunan emas
takde la pjg pun entry ni :). alhamdulillah, mama & papa deena jadi insan terpilih dpt hidayahNya. kdg2 akk malu sendiri dgn saudara baru sbb ilmu diorg lg mantap. huhu..malu je..
p/s: lecturer akk tu pun keturunan dusun jgk..org ranau tapi dia bertuah la sbb tak dpt tentangan dpd family ms nak convert dulu
Salam...
Alhamdulillah, suka baca cerita anda..:)
Sungguh hidayah Allah SWT ibarat sinar matahari yang menyinari seluruh alam ini, dan kita adalah penerima sinar tersebut. Jika kita membuka diri dengan hati yang bersih maka kita akan mudah untuk mendapatkan sinar hidayah Allah SWT. Tapi jika kita menutupi hati dan diri kita dengan kotoran dan hama penyakit hati maka kita akan sulit untuk mendapatkan sinar hidayah-Nya.
salam,
alhamdulillah...
kadang² mereka yg lahir sbagai non muslim dan mendapat hidayah lebih memahami keindahan islam daripada islam keturunan...
smoga rahmat dan barokah utk farhana sekeluarga dunia & akhirat!
henseemmmm laa pakciikkk....
patut makcik pon melekat dulu..
:P
nak tiru la... :D
Assalamualaikum
Allah SWT telah menciptakan maut dan hidup itu supaya menguji siapakah hambaNya yg terbaik amalannya (Surah AlMulk:2). Apa lagi yg paling baik jika selain drpd AlQuran sebaik2 penafsiran dan pegangan sepanjang perjalanan utk hidup (Surah AlFurqan:33. وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيراً
Sebenarnya petunjuk telahpun sampai pada setiap manusia tanpa berdolak-dalih(Surah AlBaqarah:38 فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
cuma kita perlu usaha mencari petunjuk mengikut ketentuan nasib yg kita pilih sendiri utk menyelamatkan diri kita dahulu dari azab neraka (surah AlIsra`:33)
اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً
مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً
Jadi tidak hairanlah sahabat Rasulullah swa spt Shuib ArRomi r.a.(dari Eropah) dan Salman AlParsi r.a.(dari Timur Iran) sanggup berhirah keMekah apabila mendengar Rasullah membawa ayat2 Allah utk semata2 mendptkan petunjuk. (Surah AlFussilat:53)Akan Kami memperjelaskan setiap penjuru (ufuk)dan pada diri2 mrk sehingga ia jelas bahawa AlQuran adalah yg benar.` Apatah lagi dgn adanya internet dpt berhubung segenap penjuru! Wallahualam
oh adikku...sayang mereka jugak!!!Moga sentiasa dirahmati Allah...Amin....
erm...sgt menarik kisah ni!
betul la...hidayah ini perlu dicari.Nabi Ibrahim pun melalui pencarian yg panjang dan memenatkan.
Di Malaysia,mmg non-muslim takkan respek tengok muslim sbb perangai muslim yg sgt2 teruk ini.
Ibarat berdiri di muka pintu,masuk tidak..keluar pun tidak.Akhirnya menghalang org lain drpd masuk pula!
Moga akhlak kita semakin hari semakin baik,dan moga kita tak menjadi fitnah kpd agama
Terima kasih berkongsi cerita ni..menghayati sampai hujung entry penuh khusyuk..
Saya setuju dgn pendapat kwn2 di atas..insan terpilih yg mendapat hidayah Allah utk menganut agama Islam lebih menghargai agama suci ini berbanding menganutnya secara baka..
Kagum dgn kekuatan iman dan kekentalan semangat ibubapa deena utk Islam...moga thabat selama2nya..Insya Allah..
salam ziarah ukhti..
lame nya tak jejak ke sini..terubat rindu di hati..melatidaisy dah kt rumah..sedang menikmati cuti semester..dah kat rumah ni agk busy skit dengan kehadiran new born..my 1st nephew..:)
btw..syukran ats perkongsian kisah indah ini..subhanallah..betapa beruntungnya ukhti memiliki ibu bapa terpilih secekal mereka..terharu sy membaca kisah ayahbonda deeNa..thanks 4 sharing:) till then..take care sis..fi amaanillah..salam :)
to cemomoi,
slm kenal cemomoi..trm ksh atas kunjungan sulung..trm ksh juga di atas komen ptama dr cemomoi..semoga ukhuwah antara kita berkekalan.. :)
mohon doakn hidayah berpanjangan buat ayah bonda saya..
to Nadiah Sidek,
panjangla tu kak Nad...bg saya yg jrg2 buat entri pjg berjela nii :P hehe..
alhamdulillah..moga hidayah berpanjangan..
p/s:oh yeke..mmg suku dusun ramai di ranau..ramai dah la kenalan kak Nad org sbh, nti dtg sini bgtau je :)
to Abd Razak,
alhamdulillah..doakan moga hidayah berterusan.
mmg benar, jika kita mencari sebuah kebenaran dgn pndangan mata hati yg tulus..di akhirnya, pasti ada kemanisan yg sukar digambarkan.. :)
to piewahid,
moga yg br mengenal islam dan yg sediakala islam sama2 dpt mghayati keindahan agama Allah ini.
trm ksh atas doa itu :)
to ismihairil,
huhu..hensem ye...silakan tiru :P
to tajnur,
salam. trm ksh skali lagi. sy membuat fotokopi dan menyimpan semua komen berharga dr anda.. :)
to NurelL's Craft,
ohh dear sist...yaa...love our parents! slm rindu utk semua disana ya... :) wish all da best on ur bisnes!
to iqbalsyarie,
timekasih sudi membaca :)
harap2 kita xjadi spt itu (bdiri tgh2 pintu) insya Allah...
to Ummu Ammar,
trm ksh kak UA sudi dtg jenguk n baca..alhamdulillah insya Allah, mudah mudahan hidayah berterusan dan moga Allah merahmati kita semua.. :)
to melatidaisy,
salam ya habibaty melatidaisy...lama xbersua rasa di udara maya ini...moga melatidaisy sentiasa sht dan ceria hendaknya..oh ye...congrats 4 ur first nephew..glad to heard that :)
alhamdulillah..moga hidayah dan semangat itu diperoleh oleh mereka2 yg masih menanti..insya Allah..rinduuu sgt kat melatidaisy!
Assalamualaikum!
Simpan? Buat fotokopi? Malunya saya ni... Sebenarnya ya ukhty, saya coretkan selama ini hanyalah utk muhasabah kan diri saya je sbb kalau tidak buat mcm ni cepat lalai dan pengetahuan berlalu begitu saja setelah jantung kita menjadi keras seperti dlm Surah AlHadid:16
وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡۖ وَكَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ
Wallahualam
Salam Deena.
Apa yang harus kak katakan, memuji Allah SWT sebanyak2nya kerana mengeluarkan kita semua daripada kegelapan kepada cahaya. Allah yang memberi cahaya! Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar La hawla wala quwwailla billahil 'aliyyil 'adzim
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. / (An-Noor [24] : 35)
Syukur kepada Allah.. kak terlambat memabaca N3 ini.
Mudah2an kita semua tetap dalam petunjuk Allah.
Allahumma Amin
salam dik...
maaf lama tidak berkunjung ^_^
perkongsian yg menarik...bukan mudah untuk semua orang mendapat hidayah dari ALLAH...
semoga dirahmati dan diberkati utk deena sekeluarga...
salam...akk sht?dh lama x bertandang ke sini..huhu
terharu sy baca cerita ayah bonda akk..begitu hebat dugaan mereka demi Islam..
kirim salam mama papa akak ea..=)
to tajnur,
xpe, kita sama2 saling igt mengingati :)
to Werdah,
ws kak..sy suka baca ayat tu..setiap kalu baca, terasa hati terang dan tenang..
Insya Allah..moga kita semua sentiasa thabat dlm jagaan Nya..
to cun09,
ws kak :)
its ok, yg pntg ukhuwah antara kita xpernah padam. trm ksh byk2 atas doa tu, moga kakak sekeluarga juga sentiasa dalam rahmat Nya..
to ZihNuN FaTiN,
ws..alhmdulillah kini semakin baik..trm ksh sudi jenguk sini :)
alhmdulillah, moga hidayah berpanjangan..
fatin jaga dr baik2 ye..syg fatin :)
Post a Comment